Kehidupan kita..

Posted on

Salam,

Even bile saya dah tak kerja malam, saya masih lagi cemburu dengan masa saya.

Terkadang meragui apa yang diisi di dalamnya.

Tentu antara tanggungjawab tarbiyah ( usrah) dan jemaah ( meeting dan laporan2), berbanding dengan dakwah am ( blog dan jumpa2 orang), yang pertama disebut tadi lebih mendapat prioriti.

Mungkin apa yang menjadi struggle hidupku kini adalah mengimbangi semuanya dalam hidupku.

Ada orang bertanya siapa aku?

Sayalah seorang muslim, hamba Allah yang merindui syurgaNya.
Dan aku merindui zamanku duduk di bangku uni, mengutip masa yang ada untuk menuntut agama Allah dan menyebarkannya sewenangku.

Namun kini aku berada dalam dunia amanah. Dan setiap waktuku jika tidak digunakan untuk kerjaku sekarang, ditakuti menjadikan aku tidak amanah pada pekerjaanku ini.

Namun tak mampuku hentikan akalku, setiap kali aku terpaksa pergi ke bangunan Xray, menghantar request form, aku ambil masa ketikaku berjalan itu, mencuri membaca emel-emel di dalam blackberryku, dan tak berhenti merencanakan agenda tarbawiku.

Bila nak buat usrah A
Bila nak buat usrah B
Bila nak buat usrah C

Kemudian dapat emel dari supersaiya yang sering menguntum senyumku. Sungguh pengalaman jaulah memberikan mereka pengcahayaan di jalan dakwah ini. Sungguh syukurku melihat semangat mereka, moga semangat itu sentiasa bersemarak mewarnai cahaya bumi ini.

Tentunya aku sering menerima emel dari adikku yang sentiasa berkorbar-kobar mahu melonjakkan potensi dirinya dan rakannya. Dan sering aku buntu dan menangis dalam tangisku, kerana kali ini aku terpaksa menyerah kalah dari membantu mereka dengan caraku. kerana kesabaran itu pasti merupakan tarbiyah terbesar mereka. dan tentu ujian yang mereka hadapi ini amat membersihkan jiwa mereka.

Di situlah letaknya…

Tarbiyah itu dapat kita rasai, bukan dengan banyak ilmu kita dapat, tapi kehidupan itu sendiri sebahagian dari tarbiyah. Dari situ teruji, selama ini kita usrah-usrah, faham ke apa kita belajar dari usrah tuh…

Di balik emel-emel itu juga, ada perkara2 yang perlu diberikan perhatian..
program yang kami perlu incharge untuk adik-adik..
serta memantau program2 yang diincharge oleh adik2 kepada adik2 mereka pula..

dalam masa yang sama…

aku memikirkan kesemua anak binaanku yang ada…

bilakah masanya dapat aku menDF mereka semua.

tak termasuk rakan2 ku di mana sahaja mereka berada..

Ada orang berkata padaku,

CAmne nak kahwin kalau rumah sendiri tak terurus?

( mungkin sebab tu aku tak kahwin lagi ke?huhuhuhh)

Tapi kehidupan ini teramat struggle ketika aku memasuki dunia pekerjaan ini..
menjaga keseimbangan itu.
menjaga bacaan quran
menjaga solatku ( tak pernah sempat solat rawatib sewaktu kerja)
menjaga bacaan tsaqafahku ( sebab sehari dah sejam baca emel. kalau ada 6 jam sehari je nak makan, nak mandi, nak masak, nak solat, nak membaca, nak usrah…)

Dan whizzy zinn bertanya padaku tadi..

syah, where do u get the strenght?

Surely dia tak tahu aku mahu sahaja berhenti kerja kerana aku dah tak larat dihimpit dunia ini..

( then mana nak cari duit nak gi program dan support dakwah?)

Then ukhtiku mengemelkan ku akan kata2 Syeikh Qardawi yang amat berbekas di hatiku…

Saya pernah melihat para remaja yang tekun belajar pada kuliah kedokteran di perguruan tinggi, fakultas teknik, fakultas pertanian, fakultas sastra, atau fakultas-fakultas ilmu-ilmu umum yang lainnya. Mereka berjaya dan memiliki prestasi yang gemilang, akan tetapi tidak lama kemudian mereka meninggalkan
bangku fakultas-fakultas tersebut, dan merasa tidak sayang untuk meninggalkannya; dengan alasan untuk ikut serta melakukan da’wah dan tabligh; padahal spesialisasi yang mereka jalani termasuk ilmu-ilmu fardhu kifayah, di mana umat akan menderita bila tidak ada seorangpun di antara mereka yang memiliki keahlian pada bidang-bidang tersebut. Di samping itu, mereka juga dapat menjadikan amal perbuatan dalam bidang
kehidupannya sebagai ibadah dan perjuangan apabila mereka melakukannya sebaik mungkin dan disertai dengan niat yang baik, serta mengikuti batas-batas yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.

Jika setiap muslim meninggalkan profesi mereka, lalu siapa lagi yang hendak melakukan perbuatan yang membawa kemaslahatan untuk kaum Muslimin? Sesungguhnya Rasulullah saw dan para sahabatnya melakukan pekerjaan dalam pelbagai bidang.
Rasulullah saw tidak pernah meminta salah seorang di antara sahabatnya untuk meninggalkan profesinya agar dia dapat ikut serta dalam berda’wah. Hal ini dilakukan oleh beliau agar setiap orang tetap berada pada profesinya masing-masing, baik sebelum atau sesudah hijrah. Orang-orang yang meninggalkan
profesi mereka itu apabila diajak untuk melakukan peperangan di jalan Allah, mereka melarikan diri dan merasa berat sekali melangkahkan kakinya untuk berjuang membela agama Allah SWT dengan harta benda dan jiwa mereka.

Imam al-Ghazali tidak setuju dengan orang-orang yang hidup sezaman dengannya, di mana orang-orang hanya belajar fiqh dan sejenisnya, padahal pada masa yang sama di negeri mereka tidak ada seorang dokterpun kecuali dokter Yahudi atau Nasrani.

Mungkin disinilah Allah menguji keikhlasan kita semua, dalam beramal ini. Betul kerja untuk Allah?

Terkadang aku merasai telah menzalimi diri sendiri bila terlalu banyak sangat tanggungjawab.

Dan betul terkadang kita terpaksa menolak sesuatu amanah itu hanya kerana kita tak mau sampai menzalimi diri sendiri. ( sebab mutabaah diri sendiri terabai)

DAn seringkali aku berdoa agar adik2ku cepat matang dan membesar, supaya mereka dapat mengurangkan beban di bahuku.

Memang amanah ini teramat berat, dan kita mahu semua manusia di muka bumi ini mengenal penciptaNya.

tapi kerja ini tak mudah sama sekali.

Sebab amal ini tidak cukup rasa selesa denga kebaikan diri sendiri.

Tidak cukup dengan pergi usrah 2-3 usrah seminggu jika kita sendiri tak membawa usrah dan membina manusia itu sendiri!

Dia takkan sama perasaan itu.

Kerana jalan dakwah inilah jalan Rasulullah, bukannya jalan rahib, yang hanya bermuara di sudut biliknya, berzikir siang dan malam tanpa mengajak manusia mengenal PenciptaNya.

Kerana itu terkadang tak dapat aku sembunyikan rasa sedihku tatkala ramainya manusia lain mempunyai banyak sangat masa.
Tidur sampai 8 jam. Borak berjam-jam.Tengok face book setiap hari. Shopping setiap hujung minggu.

Sedangkan tidurku 5 jam ( 6 jam kalau nasib baik), dan masaku berborak dengan mad’u ku adalah ketika aku memandu kereta pergi ke hospital dan pulang semula,di rumah terpaksa spend masa yang sedikit itu dengan housemate dan kerja2 dakwah lainnya) dan mungkin dah 3 bulan aku tidak membuka facebookku..

Alangkah ringannya bebanku jika mereka itu sanggup memikul sedikit beban ini.

Namun setiap perkara itu ada proses2nya..
Tidak boleh sesuatu perkara itu dipercepatkan sebelum ranum masakannya?

Untuk mereka yang pasti menikmati suasana kerja.

Ingatlah kisahku ini, dalam keadaan apapun anda..

samada penat, ataupun susah..

Hidup ini adalah untuk akhirat kita.

Dan hidup ini adalah untuk mengarahkan segala ubudiyah kita pada Allah, dan mengarahkan perhatian kita untuk menegakkan agama Allah di dunia ini.

Di saat kita sedih, down, dan tak larat sangat nak join program,

Ingatlah, hidup kita bukan untuk dunia kita, tapi dunia kita untuk Allah.

Kerana itu bersabarlah atas kepayahan yang sementara ini, kerana kita tak keseorangan dalam menghadapi cabaran ini..

moga ini bermanfaat buat mu,

nasihatkanlah aku di saat kamu bertemu dengan ku…

Apabila seseorang meminta nasihat dari kamu, maka nasihatilah dirinya…. ( Hadis rwayat Muslim)

Muharikah
Glasgow

Advertisements

11 thoughts on “Kehidupan kita..

    ummusalma said:
    March 1, 2010 at 9:45 am

    ehehe… tambah dgn suami dan 2 anak…..
    buat postgrad and demanding courses
    my mexican friend asked my hubby, “are you the one who just got a new baby”
    “yes”
    “how can you manage!!!?? I cannot even manage myself”

    hanya mampu tergelak je bila my hubby cerita.
    Tapi di sinilah gunanya perkataan “himmah” tu syah..
    Keinginan tu begitu tinggi sehingga membolehkan kita buat apa yg kita nak.

    Semoga sentiasa dikurniakan Allah himmah yang tinggi πŸ™‚

    ar-rumaisa said:
    March 1, 2010 at 6:16 pm

    Salaam aisyah dear,
    as if you are writing my life story too..
    apa yang ana selalu admire tentang tulisan enti, is the honesty in it. jazakillah aisyah..
    kerana bijak mewarnakan realiti.. and on top of it, menggali taujih dan tazkirah darinya,dari setiap yg berlaku.

    ~luv from letterkenny

    mujahidah said:
    March 2, 2010 at 12:16 am

    “Ingatlah kisahku ini, dalam keadaan apapun anda..

    samada penat, ataupun susah..

    Hidup ini adalah untuk akhirat kita.

    Dan hidup ini adalah untuk mengarahkan segala ubudiyah kita pada Allah, dan mengarahkan perhatian kita untuk menegakkan agama Allah di dunia ini.

    Di saat kita sedih, down, dan tak larat sangat nak join program,

    Ingatlah, hidup kita bukan untuk dunia kita, tapi dunia kita untuk Allah.

    Kerana itu bersabarlah atas kepayahan yang sementara ini, kerana kita tak keseorangan dalam menghadapi cabaran ini..”

    Kak Aisyah, Jazakillah for the sharing…
    erm, memang mencari jawapan dalam kesibukan.. (padahal belum kerja lagi pun)
    seringkali terfikir, agak2 bagaimanalah Rasulullah, para sahabat semua manage.. mereka sure lagi2 super busy.. Tapi, still busy2 pun maintain je.. Siap boleh bermanis muka lagi kan..

    dan di saat ini, terasa keikhlasan saya sendiri teruji.. betapa, banyak lagi yg perlu diperbaiki, iA….
    Ya muqallibal qulub, tsabbit qulubana ‘ala deenik…

    azhariyyah said:
    March 2, 2010 at 10:49 am

    salam k.aishah!!jzkk memberi semangat..doakn khadijah thabat dlm jln ni..uhibbuki fillah

    aizadiha said:
    March 2, 2010 at 2:07 pm

    jazakillah atas peringatan ini kak:)
    semoga kita sama2 bertahan demi sebuah dakwah jua..demi perhatian kita nan satu ni..
    selalu baca artikel2 akak,rasa takut utk melaluinya namun menjadikan kami lebih bersedia menghadapi realiti..
    dan setiap langkah akanku ingat pesanmu ukhti, insyaAllah

    πŸ™‚
    ya Allah,pilihlah kami untuk ikhlas
    pilihlah kami untuk istiqamah.. irhamna irhamna T_T

    oh lupa, miss u:)

    qs said:
    March 2, 2010 at 3:01 pm

    kak vsegda, ia lublu takix statiu. eto voobshe nashe zhizni. zhizni kotoraia ne tak dolgo,no ocen-ocen doroga. eto vse dlia posle sudnogo dnia.

    jazakillah kak, “apa-apa pun is tarbiyah.even masa tunggu bas!” πŸ˜›

    muharrikdaie said:
    March 2, 2010 at 8:01 pm

    Salam.

    Alhamdulillah kerana Allah telah memberi anti kekuatan untuk terus bekerja dijalanNya.

    Namun jangan lupa akan ‘ kerehatan ‘ kerana ianya sebahagian dari ” ramuan tarbiyah” yang perlu kita ambil untuk kesenambungan dakwah.

    Dalam kesibukan yang terlalu sibuk itu jgn lupa perhatikan ‘ruhani ‘ kita agar ianya seimbang dgn kerja2 dakwah kerana jika tidak ada keseimbangan akan mendatangkan puluhan mazmumah yg membius kita secara tidak sedar hingga menjadikan kita riya’ ujub dan tidak ikhlas secara tidak sedar kerana syaitan tidak pernah melupakan kita sehingga ujung hidup kita.

    ‘ Sifat Ikhlas’ bukan sesuatu yang boleh kita nampak. Terkadang bila mula lakukan amal kita ikhlas tetapi selepas beramal kita akan rasa takjub pada diri. Apa lagi mendapat pujian dan sanjungan dari mutarabbi kita dan mad’u yang telah kita dakwahkan. Atau kita tanpa sedar
    ‘ terungkit’ akan keletihan dan kesibukan kita dan ini boleh mencacatkan amal dakwah yang kita lakukan.

    Walau apa pun artikel ini amat menfaat sebagai ibrah dan ‘ pengungah jiwa ‘ bagi mereka mereka yang sukakan kerehatan tanpa asbab dan alasan yang syarie.

    Kerapkan menulis pengalaman dan apa yang telah dilalui agar menjadi amal yang ‘qowi’ bagi anti dan menfaat bagi kami yang membacanya.

    Semuga Allah sentiasa memandu kita berada diatas jalannya.

    wallahuaklam
    muharrikdaie – menulis untuk mengerakan jiwa jiwa

    dayyinah said:
    March 4, 2010 at 9:44 am

    salam wrt kak aisyah..jzkk!
    this post came at the right time 4 me~alhamdulillah.
    credits to Allah~~

    muharikah responded:
    March 4, 2010 at 10:41 pm

    ummu salma–> teruskan himmah anti juga! suka sangat tgk anti skrang. bertambah anak, bertambah semangat. teruskan usaha!

    hanim –> alahai.. tulisan anti apa kurangnya. menusuk kalbu!huhuhuh.. refleks mine juga sometimes.. biasalah kerja doktor ni… banyak benda kita nampak tapi tak tertulis kan…

    mujahidah –> moga Allah memberikan anti kekuatan, petunjuk dan hidayahNya.. kekuatan kita ada 3, Tanzim yang kukuh, jihad yang bersungguh2 dan pertolongan dari Allah. pertolongan dari Allahlah yang memenangkan kita.. ok?

    khadijah… rindunya wajah comel anti! bile lagi nak datang glasgow? tak sabarnya nak jumpa lagi!

    aiza –> artikel2 ni mmg utk orang seperti antum. selalu bile rasa down, teringt kat korang.. kalau saya down dan putus asa, camne korang nanti kelak.. di saat itu teringat akhawat kita kat malaysia, yang doktor, on call lagi teruk, tapi tetap tersenyum memberikan taujih. wiken ttg tak miss program. they are super amazing! cumenya mereka tak sempat menukilkan kisah2 mereka.. kalau kita tahu sure kita semua takkn lemah semanagt juga…

    qs–> makcik gmex… tk faham!!!! translate pleaaseeeeeeeeeeeeee

    muharik –> iAllah ana akan menulis lagi semampunya.. doakan..

    dayyinah –> kem salam azimin. jadi kan datang sini nanti?cepat2 confirmkan…

    mawarmujahadah said:
    March 8, 2010 at 9:35 am

    mg Allah permudhkn sgl urusan..”whai manusia! ssghnya kamu telah bersusahpayah menuju TuhanMu, maka, kamu akan menemuinya” (84:6)

      muharikah responded:
      March 12, 2010 at 8:01 pm

      jzkk ukhti πŸ™‚

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s