BM dan couple

Posted on

Apa beza kita dengan mereka?

adakah beza kerana kita berBM dengan perantara borang?

adakah beza kerana kita sama-sama pergi program?

adakah beza kerana kita sama-sama memasang niat, berusaha mendirikan bait Muslim demi dakwah kita berkekalan sampai kita bertemu Allah kelak?

adakah beza kerana bertudung labuh dan berkopiahnya bakal pasangan kita?

saratnya hafazan dan bertaburannya anak binaan?

adakah itu bezanya kita dengan mereka?

Sedangkan lukisan yang ditunjukkan, serupa sahaja dengan mereka yang tak pernah mengerti,

apakah proses BM itu sendiri..

Melalui bahtera proses itu sendiri adalah satu ujian yang amat besar buat kita.

Ujian dalam….


menjaga hati

menjaga pandangan

menjaga suara

menahan perasaan dari mentext, berym dan beremel atas perkara tak perlu

apatah lagi perkara lainnya.

Dan kita sering tertipu di atas ‘pakaian’Β  usrah kita.

Kita ingat sudah melalui proses BM yang disusun JΒ  ini menghalalkan segala yang pernah kita tegah satu masa dahulu.

Sewaktu adik2 kita masih couple,

kita katakan pada mereka,

haram couple dalam islam ni..


+kenapa haram kak/abang?


Yelah, kita meletakkan cinta bukan pada tempat sepatutnya. Kita berdua-duaan dengan dia. Bukankah orang ketiga di antara dua insan bukan mahram adalah syaitan?

+ tapi kami tak dating pun kak. kami facebook, ym dan call je..


bukan berdua-duaan ke kalau begitu walau tak jumpa?

dan kita minta adik2 kita jaga sangat ikhtilat dengan rakan=rakan lelaki/perempuan mereka..

jaga pakaian, pandangan dan pergaulan.

dan kita galakkan proses BM ini supaya mereka putuskan hubungan couple yang tidak syarie itu.

namun bila kita sendiri melalui proses BM itu…

hati jadi tak keruan

fikiran jadi tak tenang

iman bagaikan gelombang yang berputar dahsyat

(kejap kat atas, kejap kat bawah)

kerinduan menjadi membuak-buak..

time tu barulah kita betul2 diuji, kefahaman dan keimanan kita.

ktika itulah kita akan benarkan perkara-perkara yang kita haramkan adik2 kita buat dahulu..

kita start bersms

kita start beremel tanpa perantara

kita seronok berym,

berbunga-bunga hati kita bila mana mendapat ‘sesuatu’ dari si dia

walaupun sekadar ungkapan di text mesej.

Dan bila kita dilanda masalah, sahabat seusrahnya bukan lagi tempat pertama dituju..

diadunya masalah kepada si tunangnya dahulu..

Benar kita telah melalui satu proses yang amat mulia dan diberkati Allah taala.

Kita menundukkan hati dan perasaan kita dengan membenarkan jodoh kita disusun oleh mereka yang berkelayakan.

dan kita memilih al-akh dan al-ukht itu bukan lagi atas dasar suka dan cinta kita semata-mata,

tetapi atas dasar dakwah dan iman kepada Allah.

namun syaitan akan sentiasa memerangkap kita, dari sudut paling kita lemah sekali….

tanpa kita sedari kite sedang diperangkap mereka..

dan inilah muhasabah untuk diri kita semua.

makin lama dalam pertunangan, tentu akan makin banyak ujian, tapi tentu tak ramai antara kita banyak pilihan.

Memang ianya tak mudah..

sama sekali tak mudah…

dalam fasa ini,

beristighfar

istighfar

istighfarlah..

dan mohon kekuatan dari Allah untuk kuatkan hati kita, sentiasa menjadikan kita cintakan iman dan membenci maksiat.

banyakkan bertawakal kepada Allah, dan tahanlah perasaan di dada. Biasakan diri dengan menggunakan pihak ketiga untuk berhubung walaupun merasai tak dapat nak telus sangat dengan pasangan kita.

Kita daie, harus berbeza dari mereka yang tak merasai nikmatnya tarbiyah kita.Kerana kitalah contoh buat mereka semua…

Barangkali kurang maknawi dan manisnya iman ini, hanyalah kerana kita leka dalam menjaga diri kita ketika melalui bahtera ini..

Sesungguhnya kita semua manusia, ada kelemahan yang sama.

Kerana itu muhasabah amat penting bagi kita semua..

dan Allah telah pesan pada kita dalam as-saff: 2 . Dan kerana itu kita bersungguh-sungguh membenarkan setiap kata-kata yang telah diucapkan oleh lidah kita sendiri..

tegurlah saya jika anda melihat saya melakukan perkara yang sama juga..

ukhtikum fillah,

muharikah

23/2

0430

Advertisements

8 thoughts on “BM dan couple

    qs said:
    February 23, 2010 at 7:07 am

    πŸ™‚

    hurin said:
    February 23, 2010 at 8:54 am

    salam.
    sangat terkesan dan sgt telus.
    betapa mudahnya syaitan meruntuhkan tembok malu yang telah kita jaga bertahun-tahun.
    betapa mudahnya syaitan mengalihkan kasih sayang kita drpada ahli-usrah kepada si tunang.
    betapa lemahnya hati seorang wanita bila diberikan kasih sayang adam.

    subhanallah!

    mohon copy n paste

    Ummu Auni Afif said:
    February 23, 2010 at 10:02 am

    thank you.

    Faridrashidi.Com said:
    February 23, 2010 at 10:08 pm

    Assalamualaikum,

    Mari kita beristighfar selalu ya.

    http://www.faridrashidi.com/2010/02/22/tips-mendapat-anak-soleh-dan-solehah/

    iman said:
    February 24, 2010 at 6:17 pm

    Assalamualaikum kak!

    Moga dijaga Allah!
    ❀

    Moga kita semua berpakaian taqwa insyaAllah! ❀

    Chayo2~

    zikr said:
    February 25, 2010 at 2:29 am

    alhamdulillah, artikel anti mengingatkan ana agar selalu bermuhasabah sebagai da’i.

    zikr said:
    February 25, 2010 at 2:38 am

    alhamdulillah, ana sudah melalui proses pertunangan, sebab itu ana dan akhwat itu menetapkan agar tempoh pertunangan singkat, alhamdulillah, cuma 2 bulan.

    tinggal beberapa hatri lagi ana akan melafazakan akad.

    benar, sbg daie lagilah harus berwaspada. bila sudah bertunang, pada ana ini adalah waktu untuk meneruskan taaruf, mengenal keluarga dia dan juga persiapan2 perkahwinan..

    orang yg sudah melaluinya akan memahaminya, yang belum lagi, mungkin selalu memandang serong terhadap perhubungan pertunangan ikhwah dan akhwat.

    mana mungkin akad nikah dapat dilafazkan tanpa ada rasa cinta oleh pasangan ikwah dan akhwat.

    makanya, berhati-hati dalam memahami dan bersikap pada ikhwah dan akhwat yang sudah pun bertunang..

    wallahua’lam.

    http://satuummah.blogspot.com

    apa bezanya kita? « kembara cinta ku said:
    February 27, 2010 at 2:55 pm

    […] muharikah […]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s