Night shift

Posted on Updated on

Hari ini kerja malam.

Hidupku bermula waktu malam dan berakhir di waktu siang.

Jujurnya aku amat sukakan malam. Lebih alert dan hening untuk akal berfikir.

Jika siang mesti sangat kelam kabut dan pelbagai perkara perlu dilakukan.

Kalau kerja siang, sampai seawall 9 am. Berebut komputer dengan teman sekerja untuk update bed plan dan print stickers untuk letak pada blood forms, terutama pada patient yang baru masuk pada malam sebelumnya.

Setelah itu akan berpenat lelah selama 2 jam untuk ward round, berjumpa dengan semua patient yang ada, membuat kerja-kerja yang perlu. Hubungi orang itu dan ini. siapkan surat perpindahan ke hospital lain. Buat discharge script. Kadang2 ada cardiac arrest yang aku turut membantu, namun jarang sekali sebab kebanyakan patient sudah stable bila dimasukkan ke ward aku.

Tengaharinya mesti dipanggil nurse untuk masukkan venflon ataupun attend patient yang hypotensive, diminta review ubat disebabkan terkadang patient ini datang dengan ascites,( fluid in the peritoneum cavity= air dalam ruang di badan), on loads of diuretics, dan dalam masa yang sama on anti-hypertensive juga.

Tengahari biasanya ada teaching yang perlu kami pergi. Terkadang juga tugasan kawanku belum habis lagi. Since kami ada 3 team di ward, so kami kerja ikut team kami. aku paling kurang patient yang ada. Kadang2 mereka meminta bantuanku walaupun memang aku rasa bosan juga kadang2 buat perkara yang sama = amik darah dan letak venflon. Rasa doctor ini buat kerja yang rutin sahaja. Memang aku sukakan kelainan dan challenge, tapi terkadang perkara itu tak berlaku seperti mana yang kita mahu.

tempohari aku hampir sahaja dapat buat lumbar puncture ( cucuk kat spinal cord amik cecair kat lumbar areaà utk provekan ada tak meningitis atau tak). tapi sebab pesakit itu perempuan muda, a bit agitation, so tak dapat nak buat. sedikit kecewa pun ada.

Biasanya aku mesti terkejar nak balik jika kerja siang hari. Habis kerja pukul 5pm. Tapi disebabkan rush hour, selalu sahaja dapat tiba rumah pukul 6 pm. Bekejar untuk solat Asar. Kemudian selalu tak larat, dan tidur sebentar. Pernah satu hari melawat rumah Wardah, minta izin pada Sarah untuk tidur rumah dia selepas pulang kerja. Kasihan dia, patutnya ke rumahnya untuk ziarah, tapi tertidur sebab kepenatan. Kol 9pm biasanya aku ada usrah, dan memang sedikit sahaja masa yang ada untuk borak-borak dengan mereka.

Dulu adikku Afie pernah cakap , ‘Ngantuk dan penat itu is in your mind je! You have to fight it!’

tapi itulah. Memang terkadang tak larat pun. Kalau ada ubat jadi superwoman, maybe ramai je daiyah dah makan.huhuhu….

Malamnya hampir setiap hari ada perkara, biasanya usrah. Alhamdulillah. Memang kene curi masa untuk spend time dengan Arinah dan Iqa di rumah, biasanya curi masa makan, walaupun terkadang kami semua tak sempat masak, dan tidur sahaja, last2 semua makan maggi dan roti di bilik masing-masing. ( cane lah semua nak kawen ni, masak pun tak sempat2! hehehe)

Bila kerja malam, suasananya senyap sedikit. Semalam mungkin aku clerk satu patient sahaja. Terkadang boleh sampai 5-6 patient. dan biasanya kalau aku clerk seramai itu, mesti aku akan kepenatan esok harinya. ( tahu kat Malaysia mesti lagi horror!huhuhuhu). Malam juga aku berpeluang berjumpa dengan pelbagai kes yang agak menarik. Sebab kebanyakan pesakit yang betul2 sakit, mesti tak stable waktu malam. Biasanya dapat sama2 involve untuk manage mereka..

Satu perkara yang kamu semua perlu tahu, di UK ini , secara rambangnya, kebanyakan patient yang ada di ward medical adalah :

1) orang tua yang kesunyian kat rumah dan sudah nyanyuk. admitted due to fall or confusion ( sebab UTI atau pneumonia)

2) Alcoholic liver disease.

3) Smokes induced problem à COPD, ischaemic heart disease, etc.

Susah juga nak cakap. Memang kasihan bile melihat 3 golongan ini. Yang tua selalu rasa nak mati, depress duduk rumah seorang-seorang, dan takde semangat nak hidup.

tapi saya takde perasaan sangat bila tengok orang yang kene admit sebab alcohol ini. Ramai yang masuk hospital sebab ada ascites ataupun liver cirrhosis. Bila ada liver cirrhosis, biasanya akan ada varices. varices ini macam vein yang pecah kat bahagian oesophagus dan perut.

Bayangkanlah kalau vein pecah kat perut, apa akan berlaku? so patient tu akan muntah dan berak darah… betul… muntah darah macam air paip. Berak darah pun macam air paip.

Memang kasihan sangat tengok mereka.

Abdominal Ascites

Semalam kami terpaksa transfuse seorang patient ini dengan 8 unit of blood. Lepas itu kasi platetel dan fresh frozen plasma. Biasanya orang yang banyak bleeding akhirnya system pendarahan dia disrupted dan menambahkan lagi pendarahan ( coagulaphathy)

Dan memang kasihan tengok dia. tapi dari sudut hati memang tak dapat nak tolong nak cakap je kat dia:

 ‘ Haaa… tulah ! sape suruh minum arak?’

kerana mereka sendiri tak dapat tahu tentang Islam itu sendiri.

Mendengar ceramah Hamzah Yusuf, dia kata umat sekarang ini dalam state of spiritual alzheimers disease. People don’t know who they are anymore, and what they are doing.

Macam orang tua yang nyanyuk, nama sendiri tak ingat, dan mereka tak sedar mereka buat apa. Tapi orang yang ada spiritual Alzheimers disease ini kebanyakan masih muda, yang tentunya masa muda itu digunakan untuk perkara-perkara yang lebih besar lagi!

Kasihan lah tengok mereka sebenarnya.

Tapi kerja malam ini selalu membuatkan hati saya berfikir dan merenung jauh.

Melihat khusyuknya manusia yang tidur waktu malam hari. Dan tentu senandung malam yang mesra di hati manusia. Membuai-buai.

Di saat tiadanya pesakit yang sakit, inilah sebaik-baik masa yang ada untuk bersama si Rabb. Entah, detik kematian itu juga sinonim dengan malam. Detik keinsafan juga mesra dengan malam.

Dan waktu yang hening dan sepi ini, aku mencuri masa yang ada, bersama-sama dengan Rabbku.

Terkenang dengan perbualanku dengan Kathryn, teman sekerjaku pada satu ketika,

‘ Nur, where have u been for the last 45 minutes? The nurses were looking for you and none of us know where have you been.!’

‘ I told you I went to pray Kathryn.’

Pelik sungguh dia kot nape aku salu hilang kejap waktu tengahari untuk solat Zuhur dan Asar. Biasanya aku memilih waktu yang dekat dengan Asar supaya aku dapat solat sekali. Maka takdelah banyak kali aku hilang. Dan terkadang memang sukar nak predict bila masa yang free sebab biasanya tetiba sahaja pesakit sakit dan consultant nak buat ward round. Dan sebab masa rehat diberikan Cuma 30 minit sahaja, biasanya aku akan gunekan 30 minit itu untuk solat..

Malam ini seperti malam sebelumnya. Aku berharap ia tidak menyedut tenagaku yang ada untuk kucurahkan sedikit di waktu siang untuk mengutip sebahagian dari redhaNya.

“Dan dirikanlah shalat itu pada kedua tepi siang (pagi dan petang) dan pada bahagian permulaan daripada malam. Sesungguhnya amalan-amalan yang baik itu menghapuskan (dosa) perbuatan-perbuatan yang buruk. Itulah peringatan bagi orang-orang yang ingat.” ( Surah Hud: 114).

Memang, teramat banyaknya dosa kita. Kita sahaja tahu betapa dalam dan teruknya kesalahan yang kita buat pada Allah. terasa jika memohon ampun pun, jika bukan kerana rahmat Allah, dan bukan kerana sifat Allah yang Pengampun, maybe susah sangat nak terhapus dosa-dosa kita.

tapi Allah itu Maha halus lagi baik. Benar amalan baik itu menghapuskan dosa-dosa. Dan kerana itulah kita akan sentiasa termotivasi untuk membuat kebaikan. Agar Allah menghapuskan dosa silam kita yang teramat menghantui kita.

“Sesungguhnya Allah SWT sangat gembira dengan taubat hambaNya melebihi kegembiraan salah seorang di antara kamu yang kehilangan untanya di padang pasir kemudian menemukannya kembali”. ( Imam Muslim)

Dan tentu di pagi hari ini aku teramat rindu untuk bertemu temanku, mutarabbiku, serta murabbi buat adikku. Ingin kupeluk tubuhnya melunaskan rindu dan melepaskan lelah di dadaku. Terkadang aku merasai dosa-dosaku gugur kerana ukhuwah yang terpaut di hatiku, dan mungkin kerana kebersihan dirinya juga.

Sukar untukku ceritakan. Terkadang kita sebut kita sayangkan seseorang itu.

Namun kita tahu, kita benar-benar sebenarnya mengasihi dirinya, bila kita merasai separuh diri kita hilang di saat ketiadaan dia di sisi kita. Teman berbicara dan penguat di atas jalan ini. Terkadang tak perlu berbual panjang, cukup dia ada di sisi kita.

Dan pada Allah aku bersyukur, kerana mengurniakan aku sahabat sepertinya. Lama rasanya sudah tidak ketemu dia. Cuma bergaduh di corong telefon, merajuk kerana masing-masing rindukan each other.

Aku tak tahu adakah aku penguat untuk dirinya, namun amat kurasai dialah penguat diriku juga. Dia juga antara penguat diriku untuk tetap berada di bumi Scotland ini, setelah ramai sahabat lain menyuruhku pindah ke tempat yang lebih ramai akhawat.

Doakan malam ini akan berlalu dengan sejahtera. Boleh catch up dengan Quranku.

Afie juga pernah berkata padaku,

‘Allah bukan nak tengok banyak mana amal dakwah yang kita buat. Berapa banyak usrah yang kita bawak, tapi sejauh mana kita tetap kekal dalam mutabaah amal kita.’

terkesima aku dibuatnya mendengar ucapan itu. Memang aku sendiri amat struggle dengan mutabaahku. Bila kerja malam ini, memang ada 6 jam sehari yang tinggal untuk usrah, makan, mandi, masak, cek emel, karang emel, membaca buku, solat, dan baca Quran…

Struggle hidup ini kan?

Katakanlah: Tiap-tiap orang berbuat menurut keadaannya masing-masing, maka RABB-mu lebih mengetahui siapa yang lebih benar jalan-Nya”( Isra: 84)

Moga sama2 kita beroleh kekuatan.

PS: waktu solat zuhur dan asar kat sini agak dekat, sebab tu kene sekalikan kalau tak mmg tak sempat. tapi kalau ikut time malaysia, supposedly boleh nak solat ikut time yang betul. duduk negara Islam pun kan, should be orang faham nape kita salu takde utk solat…huhuhu..

Wassalam

Muharikah

1 am

Sepital.

Advertisements

8 thoughts on “Night shift

    syazana said:
    February 14, 2010 at 5:29 am

    AlhamdulilLah kalau semua faham kita ke mana kalau hilang, i mean, pergi solat.
    Tapi, time ana kerja part time dulu pun, orang xfaham. Eventho, he is muslim. Huhu. Nama je negara Islam, supposedly faham la kan. Hilang 10minit pun dah bising. Biasa lah, rambut je sama hitam, tapi hati lain2 🙂

    zikr said:
    February 14, 2010 at 3:20 pm

    biasanya keje hospital begitulah, terpaksa mencuri masa utk solat..

    juga solat sunat dhuha…

    seharusnya kita beriltizam utk solat awal waktu.. bagi lelaki solat jemaah di masjid.

    cassandra ashiq said:
    February 15, 2010 at 2:43 am

    yang tidak sabar nak menghabiskan paper on Monday, presentation on Wednesday, result submission for research project on Friday…then boleh pergi usrah..rinduuuuuuuuuuu…
    Ya Allah permudahkanlah..

    qs said:
    February 15, 2010 at 11:25 am

    erm, susah hidup nie… memang susah.

    “Tiap-tiap orang berbuat menurut keadaannya masing-masing, maka RABB-mu lebih mengetahui siapa yang lebih benar jalan-Nya”

    -i like this sharing. 🙂 just so real~~~

    Raziana said:
    February 15, 2010 at 6:57 pm

    K aisyah dearrrriiieeee,

    salam…misssiiinnnnn u soooo mucccchhh :))))). Huhu…eventhou br medical student, tp still sgt2 agree wif u …wut more bein a ‘true’ doc…rite? Subhanallah every word from u ..is alwayz being enticing for me…seriously u r d coolest person i’ve ever met :p…
    K aisyah…if k aisyah rase down..wut more a person mcm me…lagi2 down..I knoe u r extremely strong !!
    Sesungguhnya Allah sebaik2 penolong dan pelindung…k aisyah ..rindu ur jelingan ..hehehe:p

    Love – ur sis in london

    muharikah responded:
    February 23, 2010 at 5:10 am

    syazana dan zikr –> betul tuuuuu

    cassandra –> usrah hari tu kejap sangat kan? tak puas…huhuhuh.. bilelah kesibukan tak mencengkam kita lagi.. usrah dengan adik2 best tak?bile nak share?heheheh

    qs –> u welkam dik

    raziana –> sis, u r the sweetest adik i have ever met this year! ( tahun2 lepas adalah sorang dua adik yang sweet juga…hehehe) bestnya dapat jumpa awak hari tu! rindu nak jumpa lagi.. bilelah saya nak gi turun bawah ni? doakan….

    amy said:
    February 28, 2010 at 2:46 pm

    salam Kak Aisyah,

    Masa dulu, ada sister share ayat ni dgn sya, moga ia membangkit semangat akak (and semangat sisters2 lain including semangat diri sendiri).

    Wahai orang-orang yang beriman, jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar. (2:153)

    Moga Allah permudahkan urusan akak. 🙂

    Rindu betul kat akak.

    Amy Brunawi

    muharikah responded:
    March 1, 2010 at 12:05 am

    jzkk amy

    rindunya nak pergi brunei lagi!!… moga dakwah di sana terus harum mewangi juga ukhti insyaalla…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s