Detik cinta

Posted on Updated on

salam,

hari ini adik2 dari bumi anbiya bertamu di rumahku. kasihan mereka, sudah tampak wajah keletihan di sebalik jaulah yang mereka lalui.

aku katakan pada mereka….

tujuan jaulah ini ada dua:

1) tarbawi
atau
2) sharing

mana satu yang mereka nak.


masing-msing mahukan sharing. barangkali sudah banyak ilmu berada di jiwa mereka.. tentu mereka lagi fusha dariku sendiri dalam menafsirkan kalam Allah.

pelik juga sebeb kebanyakan adik-adik yang kutemui mahukan pengisian dari sharing itu sendiri…hhuhuhuh…

namun mata mereka sudah kelayuan dan badan sudah kepenatan, maka ramai juga termengantuk dan aku tak mampu sharing banyak perkara kerana kurang juga kenal adik2 baru ruhul jadid ini dan takut terlampau tinggi atau rendah dalam berkongsi.

apapun di akhir pertemuan tadi mampu juga kuucapkan kata-kata semangat di balik kelayuan yang tinggi di hujung kelopak mata mereka.

kukira tak mengapa asalkan ada keberkatan walaupun pada satu ayat yang kukongsikan buat mereka.

aku teringat kenangan jaulah ku bersama devushki soviet pada minggu lepas… ( arggghhh.. sungguh kenangan itu teramat sukar dilupakan!)
dan tentu bertemu dengan akhawat france sangat banyak membekas di jiwa…. ( nanti saya citer dekat entry lain, panjang nak citer tentang pengorbanan mereka yang amat luar biasa! mana ntah mereka dapat kekuatan dan tahdhiyah yang amat tinggi walaupun pada usia yang hijau itu…)

tentu jaulah devushki soviet itu bertujuan semata-mata untuk tarbiyah.

maka disusun pola programnya supaya solely utk tarbiyah. tidak banyak perjalanannya. hanya bertumpu pada satu tempat. dan mereka dapat solid seminggu pengisian di situ. dan disebalik pengisian tentu ada sharing untuk membantu kefahaman dalam fiqh dakwah.

kerana tak bergunalah sesuatu sharing kalau bukan akhirnya untuk mengkayakan pengalaman fiqh dakwah kita sendiri.

dalam kesibukanku bersama adik2 dari bumi anbiya itu, sebuah emel memasuki kekaca black berryku.

dari ukhti yang amat kukasihi di Allah ini..

tersenyum syahdu membaca emelnya itu…

Aku tahu dia menyintaiku sebagai murabbi pertamanya .

tapi mungkin dia tak pernah tahu aku juga menyintai dirinya, dan teman seusrahnya dahulu , kerana merekalah mutarabbi pertama di kalangan penggerak yang benar-benar ‘menjadi’.

Betul! sebelum itu ramai anak binaanku, tapi ada yang futur, ada yang hanya ikut-ikut biasa, ada yang menolak terus.

dan di kala aku down sebab takde siapa nak usrah dengan aku, mereka hadir membawa sinar harapan, menyuluh cahaya, bahawa di hujung dunia sana, ada insan yang amat merindui sentuhan rabbani, mengisi kehidupan mereka.

dan kerana merekalah mungkin aku masih hidup, ber’muharik’ di atas jalan dakwah ini, dengan izin Allah. mungkin mereka tak tahu, betapa bersyukurnya aku bertemu dengan mereka, insan yang menjadikan aku tsabat di atas jalan ini, kerana mereka sanggup ditarbiyah olehku…

ingin ku rakamkan kata-katanya di sini, walaupun ku tahu dia amat segan sekali. kerana emelnya itu pasti akan tenggelam di balik puluhan ribu emelku yang lain. tentu tak dapat aku korek dan lihat kembali emel dia akibat kepayahan aku mencarinya.

namun di sini, ianya akan menjadi saksi abadi. Kenangan memori tersemat di sepanjang zaman. Hingga mungkin ke hujung hayatku, kenyataan ini menjadi saksi dan penyobor semangat di kala aku lemah.

Dan aku mahu mengabadikannya di sini kerana ingin ku nyatakan padanya, bahawa cinta di jalan Allah itu amat indah, Dan cinta itu terasa indah bila aku bertemu cinta ini bersama dia di jalan ini….

________________________________________________

Salam wbt kak aisyah,

maaf..

ingin sekali saya meninggalkan komen di blog kak aisyah,
namun saya tak mampu mengukir bait2 indah sepeti akhawat lain buat perangsang kak aisyah untuk terus menulis…

sebak rasanya membaca tulisan kak aisyah dan komen2 akhawat lain..
entahlah..
sekarang pun air mata saya bergenang…
inilah jaulah pertama kali dan program yang pertamanya barangkali air mata saya terlalu mudah mengalir..
alhamdulillah..akhirnya mata hati ini mudah juga berair kerana terusik oleh sentuhan tarbiyyah dari Allah..

akak..
waktu salam-salam hari tu..saya nak jadikan akak orang terakhir yang saya peluk…
supaya saya dapat peluk lama-lama..
supaya saya dapat menatap wajah akak buat kali yang terakhir lama-lama….rindu..pasti akan rindu dan entah bila akan bertemu lagi…
supaya saya dapat nangis dibahu akak..memberitahu betapa diri ini begitu sayangkan akak..

tapi…
rupanya..akak perlu bergegas pergi…
hanya sekali pelukan yang entah beberapa saat…tanpa saya dapat berkata apa-apa pun..
sungguh saya sangat rindu pelukan murabbi saya yang pertama dalam sejarah tarbiyyah ini…

saya sedih…
sepanjang program pun…hanya beberapa kali dapat berbicara sedikit panjang dengan akak..
itupun..hampir setiap kali bicara pasti akhirnya akan mengalir laju air mata ini..
tidak dapat tidur sebantal, mahupun sekatil πŸ˜‰

lemah kan saya ni akak..
dengan banyaknya kelemahan saya terserlah di hadapan akak, tersalah itu, tersalah ini..lupa sana lupa sini, teringgal point itu, point ini..ahh..malu betul dengan akak..
saya juga malu..kerana saya tidak dapat menjadi contoh kepada adek2 lain..
kalut..serabut..=(
saya memang tak setanding adek2 akak di Volgo..
figure mereka, karisma mereka, tidak tertype di sini kelebihan mereka..
terlalu banyak kekurangan saya berbanding mereka, juga berbanding akhawat lain..

namun, kak aisyah jangan risau..itu semua bukan pematah kepada matlamat saya dalam saff perjuangan ini,
saya hanya bermohon agar akak sentiasa mendoakan kami thabat di sini, bertambah ilmunya walaupun perlu struggle..tidak gentar kebelakang walaupun selangkah..terus kuat untuk maju mara kehadapan..

akak,

kerana Allah, aku mencintaimu akak~

Buat adikku, kamu akan berada dalam doaku selalu…

sungguh aku menyintaimu juga, kerana Allah….

moga kita sama2 tsabat dalam dunia penuh pancaroba ini…..

Advertisements

12 thoughts on “Detik cinta

    aizadiha said:
    February 9, 2010 at 2:58 pm

    masyaAllah comelnye sahabat sy ni,terus saya jadi segan nak mengomen T__T
    Rasa nak pergi moscow peluk dia.jzkk sebab share kat sini kak.

    mawaddah said:
    February 9, 2010 at 3:09 pm

    sahibahku yg disygi,
    sy tahu awk siapa..jgn ckp camtuh,
    segala puji itu hanya utk Allah,
    enti yg selayaknya dikagumi..bukan kami='(

    astahgfirullah3x

    maaf xbyk meringankan beban sahibah..malah menambah pula

    hikari2211 said:
    February 9, 2010 at 4:51 pm

    huhu…
    saya juga tahu awk siapa….

    awak,
    saya segan sangat dengan awk…
    mcm kak aishah kata, “balik2 muka sama je buat keje…”
    iskh, sebak pulak rase wak…
    saya minta maaf sgt2 dengan awak…
    saya rasa terlalu banyak menzalimi awak dan sahabat2 lain…
    saya 2-3x je kot tido lbh dr kol 2 time jaulah tu…
    sedangkan awk tiap2 mlm tido lbh dr kol 3…
    arghh…rasa sungguh sungguh sungguh tidak berguna sekali….
    isk, panas plak rasa mata nih…

    sungguh,
    melihatmu bergegas ke sana ke mari,
    matamu merah menahan kantuk,
    hati ini sayu dan rasa bersalah sekali…
    waaaa….sungguh loser sekali diri ini!

    sungguh kukagumi dirimu dlm diam….

    ish, sedihhh!!

    ummusalma said:
    February 9, 2010 at 7:03 pm

    terharu dan jeles melihat cinta kamu semua..
    teringat masa melihat gambar di rumah aisyah,
    gambar itu sahaja bisa membuatku mengalirkan air mata.
    terasa pancaran ukhuwwah fillah dari gambar kaku yang hidup dan hangat dengan kemesraannya.

      syazack responded:
      February 13, 2010 at 6:59 am

      salam,

      zin.. ana sayang kat anti juga… πŸ˜€

      tak sabar nak tengok dan jumpa salmaaa!!!!

    syuqaira said:
    February 10, 2010 at 7:04 pm

    Saya sangat tahu kamu siapa.
    Selalu rendah diri orangnya.
    Jiwa hebat disebaliknya.
    Cuma kamu yang tak melihatnya,
    Dan kami menjadi saksinya.

    Saya tak mampu nak menulis lagi.
    Habis basah pipi ini.

    Ukhti,
    kamu teman saya sejak dulu lagi,
    kita sama-sama lahir dari perut tarbiyyah,
    sama-sama belajar merangkak, berjalan, dan berlari.
    setakat ini belum berpisah lagi.
    wallahu a’lam macam mana kelak nanti.

    kamu comel.

    syuqaira said:
    February 10, 2010 at 7:21 pm

    akak,
    akak bukan setakat murabbi pertama,
    kami masih anggap akak murabbi kami sampai sekarang.
    saya tak pandai bermadah.

    Akak pun comel.

    akhawat volgo,
    antunna pun comel.

    Subhanallah.

      aizadiha said:
      February 10, 2010 at 8:37 pm

      subhanallah
      syuqaira sangat comel

      syuqaira,tolong peluk housemate kamu yg atas tu utk saya ye, kata..
      saya teramat cinta,rindu & kasih..
      kamu berdua jangan menangis lagi
      kami di sini rasa rendah diri.. -_-

      from volgo with ❀

    muharikah responded:
    February 12, 2010 at 3:32 pm

    sungguh, kenangan kita bersama tak boleh nak diukirkan pada kata-kata bermadah sekalipun.

    Baca balik entry dan komen2 kat sini, memang terkadang murabbi ini kene usaha lebih sket untuk penuhi hak semua mutarabbinya..

    namun mutarabbi pun kene berebut hak pada murabbinya, sebab terkadang murabbi ni rambang mata ( dah lah pakai spek kan…hehehe)

    buat syuqaira, .

    awak sememangnya cute dan teramat comel. rasa nak picit je pipi awak selalu!!hehehehe

    moga kerinduan di hati ini mengiringi amal kita dalam menarik manusia pada Allah.

    Biar cinta ini sentiasa melimpah dalam menguatkan kita membina manusia-manusia lain di jalan ini.

    Biar tautan hati ini kekal lama, supaya, nanti bile kita semua balik malaysia dan kerja.. kita rasa nak futur sket je… kita akan ingat episod 5 hari kita di besancon..

    takkanlah kerana dunia yang sekejap ini, kita nak koerbankan iman kita. nak korbankan 5 tahun tarbiyah kita , nak korbankan ukhuwah, nak korbankan apa yang menjadi manis bagi hidup kita..

    moga2 dengan kita ingat benda itu, kita akan tsabat dengan pertolongan dari Allah….. insyaallah

    bumi anbiyaa yg ada snoww said:
    February 13, 2010 at 9:37 pm

    salam dr bumi anbiaa..

    MASYAALLAH..saya juga sangat-sangat terharu dengan pengorbanan akhawat france..

    memang.. mereka bukan orang biasa..!!

    rasa terkilan sedikit tak dpt jumpe akak and semua akhawat dr russia ..padahal selisih antara tamat pengisian soviet dgn mula pengisian bumi anbiyaa sikit je!!

    p/s:
    1.teringin sgt2 nak jumpe akak..saya silent reader

    2. next time org russia kena turun bumi anbiaa yg ada snow pulak yee!!! cuti kita kan sama..

    salam sayng seaqidah.. =)

    muharikah responded:
    February 14, 2010 at 2:50 am

    salam
    nadheerah, jangan expect tinggi sangat eh bila jumpa saya. orang yg baru jumpa saya salu rasa takut dengan saya sampai tak mahu cakap dengan saya…hehhee

    teringin nak pergi sana.. doakan kami semua kesampaian insyaallah πŸ˜€

    soutisarmad said:
    February 20, 2010 at 6:33 pm

    salam k aisyah.. slm syng dr bumi mesir.. terima kasih sgt2 utk entry kali ni.. sy sndiri mengalirkan air mata ketika mbacanya… subhanallah.. mudah-mudahan ukhuwah yg tbina antara kami dr bumi anbiya dpt merasai spt yg akak2 sana rasa.. subhanallah wa alhamdulillah… nikmatnya perasaan tu.. k aisyah… maaf dipinta keran turut sama join antra org2 yg tersengguk mlm tu.. malu rasanya… tp apakan daya…

    namun, terima kasih sgt2.. pengalaman di glasgow sgt bmakna buat diri ini…. mencuri kata2 hikmat n kekuatan akhawat2 sana… smg sy sndiri n shbt2 sndiri di sini sntiasa tsabat di atas jln ni jugak.. ameen… syukran….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s