Dan titik itu..

Posted on

Salam buat mu temanku,

Entah siapalah kamu yang membaca bait tulisanku ini.

Namun salah seorang dari kamu tentulah mereka yang pernah bertamu di mata dan hati saya tempohari.

Kini semangatku mula pulih setelah mengetahui siapa kamu di sebalik tetingkap computer ini. Moga-moga kalian akan sentiasa menghidupkannya selalu.( bagi komen ok? )

Esok akan bermulalah rutin hidupku semula. Dan entah bila lagi masa yang ada untuk terus mencoret dan mencoret. ( moga istiqamah, dan bukan sekadar semangat time lepas jumpa korang sahaja !)

Esok akan hadir lagi beberapa orang sahabat kita dari bumi anbiya’. Meminta juga pengisian dari kami di sini.

Kasihan pada anak2ku widad munisah terpaksa berhempas pulas menyediakan tempat dan melayan mereka. Namun melihat kedewasaan dan keikhlasan mereka mengoffer diri untuk teman2 yang tak pernah mereka kenali itu, menjadikan hati aku sejuk melihat mereka.

Nilai2 keimanan itu pasti ada menghidupkan jiwa-jiwa mereka yang masih mengkehendaki keampunan dari Allah.

Atas dasar itu, hati itu akan terus terpacu dalam menbuat kebaikan. Walaupun tiadanya ganjaran yang nampak di dunia ini.

Mungkin esok dan lusa di sini kami akan bersama para duyuuf ( tetamu) dari bumi anbiya untuk mengisi jiwa mereka dan tentu kami juga.

Iqa adik housemateku yang bersama denganku selama 3 hari di paris untuk bersama mengenal hati budi di sepanjang jaulah sudah bertanya padaku tentang usrah kumpulan mereka pula. Mungkin kene buat hari rabu..

Usrahku sendiri mungkin hari khamis…kene confirmkan semula..

Jumaat pula akan bermula kerja malamku selama 7 hari berturut-turut… 9 pm – 9 am..

Usrah sinatul hayah ? huhuhu.. mana nak selit ini….. ( astaghfirullah, astaghfirulllah, kasihan mereka…)

Betullah kata Yana, teman sejaulahku,

‚ Balik ke Glasgow, balik ke tempat tanggungjawap

Itulah yang saya rasa.

Begitu juga dengan kamu semua.

Memang indah perjalanan dan pertemuan kita.

Rasa bagaikan hidup dalam mimpi, ataupun di taman syurga yang indah.

Memang kepayahan yang banyak kita lalui, sebelum atau selepas itu…

Saya tahu duit kamu banyak habis untuk mendapatkan bekalan kamu lagi 5 bulan ini.

200-300 euro itu bukan sedikit, tapi kamu sanggup korbankan.

Kamu korbankan juga tenaga, masa dan perut kamu juga.

Hampir menangis melihat makanan tak cukup buat kamu. Sampaikan kakak kamu terpaksa berpuasa demi melihat adik2nya makan.

Kamu korbankan masa yang banyak di dalam kapal terbang dan train, semata-mata untuk bersama2 kami akak2 mu dalam pertemuan tarbawi itu.

Dan tentu terkesima juga aku mendengar cabaranmu untuk pulang, tidur di train station, tertinggal bag, ada orang nak paw duit..

Macam2 lagi..

Dan tentu itu menambahkan lagi kemanisan di dalam rencah perjalanan hidup ini.

Tentu tarbiyah yang kita sama2 dapat 5 hari itu cukup banyak mengubah diri dan hati kita, jika tak banyak, sedikit pun tak mengapa.

Kerana dari titik perubahan itulah yang akan banyak mengubah kamu selama-lamanya

Jangan biarkan titik itu padam, dan semangatmu layu bila kamu kembali pada tilam dan bilikmu itu.

Ambil titik itu, pegang dan kembangkan ia…

Jangan ia pergi berlalu begitu sahaja seperti mana waktu itu telah pun berlalu.

Memang indah sungguh kenangan itu. Tak mampu dibenamkan di balik kotak memoriku..

Namun esok dan hari mendatang adalah hari realiti penuh tanggungjawap

Dan kerana tanggungjawap itu kita masih hidup di muka bumi ini… kerana kerehatan itu pasti datang bile kita di syurga nanti..

Dalam meniti realiti kita nanti, pasti akan kite temui kepayahan dan karat-karat dosa..

Camne leh ada karat-karat dosa walaupun baru je balik program?

Kerana itulah kehidupan, apabila kita menghadapinya, segala yang menjauhkan kita dari Allah tentu akan menghakis iman dan melunturkannya.

Kerana itu pasti berlaku.

Tapi jangan sedih dan depress, bila downnya kita itu…

Itulah yang para sahabat buat.. jumpa rasulullah..

Dan kita kene buat begitu juga.

Jumpa sisters, jumpa nuqaba kita..

Paling utama.. baca Quran..

Baca, dan baca, dan baca, penuh penghayatan.

Kongsikan ayat-ayat itu dengan mereka yang ada di sekeliling kamu.

Moga itu menjadi bekalan buat kamu..

Doakan saya tak tumbang di ward round esok..

Rindu kamu semua! Walaupun tak tahu siapa lagi baca blog saya ini….. insyaallah kamu tetap dalam rabithah saya..

Wassalam
Muharikah
glasgow

Advertisements

12 thoughts on “Dan titik itu..

    illi said:
    February 8, 2010 at 12:04 pm

    salam sya…dh lame btol kite tak berborak…baca blog nti ni dpt jgk menenangkan hati..waaaa….nk menangis tp air mata tak boleh keluar…tp bile fikir2 balik, ramai lagi org yg lagi ssh drp diriku ni.ni baru ujian sket je…jadi haruslah bertabah…rindu lah nk jumpe nti tp xtau bile..hprnye dpt peluang lagi nk dengar pengisian2 dr nti. take care my fren. may All bless us always 🙂

      muharikah responded:
      February 9, 2010 at 2:01 am

      salam illi!!!

      rindunya kat ntiiiii!!!
      hows malaysia?

      ada apa2 masalah ke kat situ? iAllah nanti kita catch up eh.., skrang turn ana plak kan utk ziarah anti? iALlah doakan eh … mmg dah tibe masa untuk ziarah manchester plak ni…huuhuh

      illi said:
      February 9, 2010 at 12:52 pm

      waalaikumussalam…hehe..malaysia was superb, as it used to be..hehe…when ur families and dear frens around, sume itu dh cukup utk buat kite gumbira…yes, sila2 dtg manchester..hehe..beselah sya, research related prblem ni..bile time dtg downnye, down sket lah…kene pujuk hati sndiri jgk…kalo ana bleh dtg glasgow pun cntik jgk tp xsure lagi bile waktunye..really need to work hard for my research expecially dh final yr….berusaha kite!

    Faiza said:
    February 8, 2010 at 2:21 pm

    Assalamu’alaikum Aisyah…

    Saya mahu jumpe kamu juga!!! 😦

    Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah, selesai usrah pada hari ahad, saya bersama Kauthar dan Sakeena ke Leeds, berjumpa dengan sisters dari bumi Mesir…Alhamdulillah, mendapat perkongsian yang amat manis dan bermakna dari sisters di Leeds juga malam tadi…perasaan yang sangat-sangat indah…Walaupun hanya berjumpe sebentar dengan sisters dari Mesir, tapi tautan hati kami bagai sudah lama terjalin…Alhamdulillah, dengan nikmat Iman dan Islam itu…

    Sewaktu sisters dari bumi Mesir mula bertolak ke Glasgow pagi tadi, kami pula bertolak pulang ke Preston…Sangat rindu dengan perjumpaan ukhuwwah sebegini…Harap dapat berjumpe Aisyah nanti, InsyaAllah…Moga Allah mudahkan…Ameen

    Jaga diri baik-baik Aisyah…Moga Aisyah sentiasa di dalam pelihara dan rahmat Allah SWT…Moga Allah sayang kamu selalu, cintai kamu sentiasa…Moga Allah beri yang terbaik…Ameen…Saya sayang kamu kerana Allah!

    Sayang Fillah:
    -Faiza-

      muharikah responded:
      February 9, 2010 at 2:02 am

      salam ukhti!!!

      terharunya saya baca komen awak ni!!!

      ahabbakillah min ajlihi ahbabtini!! syukur dapat kenal faiza, walaupun kejap je kita berjumpa…

      bila nak mai lagi ke glasgow neh?

    saye said:
    February 8, 2010 at 3:29 pm

    saye bace blog ini

    hehehe

    insya ALLAH kite juga akan bertemu..
    teringin nak bertemu mata di sebalik kata2..

    tunggu kami buln3 ni…

    afwan menggangu tenang bumi di sana…

      muharikah responded:
      February 9, 2010 at 2:03 am

      salam,

      saya… siapa awak? ehehehe. nak datang bulan 3 nih? suspennya…… sape lagi nak datang UK ni?hehehhehe… kalau jadi datang meh datang sini ok? 😀

    atam said:
    February 8, 2010 at 9:02 pm

    salam kak aisyah..
    akhirnye izin Allah, sy comment di sini.
    jazakillah atas ingatan.
    memang ingatan tu suatu yg sgt bermanfaat.
    memang rse berat bile dah sampai di tempat asal..
    krn ade tanggungjawab yg sgt berat
    segale ape konsep memang snang nk hafal,
    tp bile nak apply tu memang payah..
    bile Allah dh pilih kte yg memikulnye.
    pasti Die tahu kemampuan kte, n x nak lah hilangkan kepercayaan Allah pd kte. InsyaAllah mensyukuri dgn melaksanakannya.

    insyaAllah,nme akak juge dlm rabitah sye.
    sudah rindu dgn sentuhan akak:)

      aizadiha said:
      February 8, 2010 at 9:53 pm

      alamak atam,nak rate thumbs up..tapi silap tekan.hehe…
      🙂 ana aasifah~

      muharikah responded:
      February 9, 2010 at 2:05 am

      salam,

      atam, nak tahu satu benda?

      bile saya jumpa awak hari itu… satu je terkeluar dari hati saya…

      adik ni amat cilik!!!

      ada sorang ukht di sini yang sama cilik dan sesemangat awak… moga akan lahir beribu2 atam di dunia ini insyaallah!!

      sama2 kita doakan each other dalam rabitah ye?

    farahfadhil said:
    February 8, 2010 at 9:08 pm

    salam wrt, kak aisyah…
    hehe, selama ni saya jadi pembaca gelap blog akak, tak timbul2 pun…

    dan alhamdulillah, dapat berjumpa dgn akak di besancon.. kata2 akak, sharing2 bersama akak byk menyentuh hati saya. rasa seperti Allah sedang mengetuk2 pintu hati saya berulang-ulang kali.

    inshaAllah, moga Allah kekalkan kita di jalan yang satu ini..

    jazakillahu khairan, kak aisyah! ❤

      muharikah responded:
      February 9, 2010 at 2:06 am

      salam,

      pembaca gelap? scary je bunyinya…hehhe.. orang baca blog kenelah ada skrin yang terang benderang, nanti sakit mater…hehehehhe

      alhamdulillah.., semua itu Allah je yang berikan.. saya ni perantara sahaja…. 😀

      jazakillah juga kerana bertamu di hati saya, kuatkan lagi semangat saya menulis ok?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s