dan kenangan itu…

Posted on

Malam ini ku rasakan teramat dingin.

Sejuk dilambai semilir angin cinta yang membuai hati dan perasaanku.

Tentu mereka yang sedang menarik beg dengan kepayahan yang amat di tubuh dan wajah sedang merasainya juga.

Sungguh menatap wajah mereka terakhir kali di tanah subur ini mengulum rindu yang bakal dirasai oleh jiwaku ini.

Inikah dia cinta di atas jalanMu Ya Allah?

Adikku,

sungguh indah memori kita bersama sepanjang perjalanan kita bersama meniti hari-hari penuh cabaran namun tentu menggembirakan hati kita.


Dan setiap kali aku melihat wajahmu, qaidah sulbah, liqa kiter serta anak binaan mereka, aku melihat kamu semua sudah menjadi wanita, al-ukht yang teramat dewasa dan matang. ( dan tentu anggun di pandang mata)

Seperti mana adik-adikmu mengkagumimu, begitu juga aku.

Dan aku bersyukur Allah menemukan kita, dalam detik-detik yang telah disusun atur olehNya. Alhamdulillah ya Rabb.

Entah kematu tulisanku menggambarkan perasaan yang aku ada sekarang..

Namun teringatku pada sebuah ayat yang kita baca bersama di satu pagi :

Muhammad itu adalah rasul Alah. Orang yang bersama dengannya adalah keras dengan orang kafir dan amat berkasih sayang sesama mereka.

Dan aku terfikir, adakah ini nikmatnya berada di atas ruh ini. Ruh yang mengimpikan satu matlamat yang sama, iaitu kita sama2 nak masuk syurga Allah dan dapat redha Allah itu?

Sebab selepas menyedari muqaddimah zilal, muntalaq ( tentu ISK, SH, SJ dll) seterusnya tafsir yang menggegar jantung kita dan menaikkan bulu roma kita, kita benar-benar sedar tanggungjawap yang besar yang jatuh di atas pundak kita.

Dan kita tahu bahawa satu2nya cara untuk menuju syurga Allah, bukan sekadar solat, puasa, haji dan bayar zakat sahaja!

Bukan itu!

Tetapi yang memasukkan kita ke dalam syurga adalha bila kita jual diri dan harta kita diatas jalan dakwah ini. Bila kita serahkan keseluruhan diri kita kepada Allah. ( at-taubah : 111)

Maka kita korbankan semuanya untuk itu. Untuk dapatkan redha Allah itu walaupun terpaksa mengorbankan perasaan kita. Perasaan sayangkan duit dan kerehatan kita.

Dan kerana pengorbanan dan matlamat kita itu sama, kita bersatu, bagaikan satu simpulan tali utuh yang digari, tanpa kita dapat fahami maknanya pun.

Walaupun aku tak tahu tarikh lahirmu, dan kau tak tahu tarikh lahirku,

walaupun aku tak kenal seluruh keluargamu, begitu juga kamu,

walaupun aku tak tahu makanan dan warna kegemaranmu .. ( begitu juga kamu)

but do they all matter?

Benda itu sepele di mata kita kerana tautan hati itu adalah kerana dakwah yang kita pikul ini.

Dan rasa hati inilah yang membahagiakan diriku, memandikan hatiku dengan embunan dingin yang menyapu karat dosaku.

Dan aku rasai kebasahan itu pada cintamu padaku, begitu juga aku padamu.

Sungguh mata ini Cuma bersua denganmu mungkin hanya 3 kali sahaja semenjak 3 tahun lepas… ( ermmm melampaulah tukan, ok2, adalah 5 kali, but still!!)

Dan sungguh mata ini bertemu dengan wajah yang tidak pernah terbayang di balik hati ini, namun aku tahu kau tetap setiap membaca setiap bait kata dalam wadah ini, mencari sesuatu buat hatimu.

Sungguh aku teramat gembira bertemumu sehingga air mataku berguguran di saat kau tidak Nampak airnya menyapu wajahku.

Sungguh dalam cintaku kepadamu kerana Allah duhai adikku. Dan sungguh kamu banyak menyentuh jiwaku dengan keikhlasan penuh mulus pada jalan ini hingga aku malu pada diriku sendiri.

Aku melihat air matamu wahai adikku, dan mahu aku menyapunya selama-lamanya dalam hidupmu.

Baru aku fahami jiwamu itu yang mahu merangkul tubuh seorang murabbi yang sentiasa dapat membimbing dirinya. Kau mahu seseorang yang sentiasa menunjukimu jalan ini.

Namun kita sama-sama akui dan redhai yang Allah meletakkan kita sesuai pada keadaan kita walaupun kita sering mengkhayalkan perkara yang berbeza di dalam mimpi kita.

Namun Allah menjadikan dirimu kuat dan tegar di saat dikau tiada siapa yang dapat memimpin tanganmu di jalan ini.

Dan allah menjadikan ukhuwah ini indah dan penghargaan kepada cinta ini amat bermakna kerana hubungan hati yang tidak dimengerti ini. Sungguh rindu kita bertaut pada pertemuan ini dan rindu itu akan terus menjadi lagu kita sepanjang masa sehinggalah di satu saat Allah menakdirkannnya

Sungguh banyak ku belajar dari mu di waktu yang tentu panjang namun pendek ini.

Dan tentu aku berdoa agar kita sama-sama meraih sesuatu yang mengghairahkan dan mampu meangkat kita menjadi lebih baik dari keadaan yang kita lalui dahulu.

Kita sama-sama merasai sesuatu perlu kita laksanakan dalam diri kita. Kita sama-sama merasai anjakan diri ini perlu melalui fasa yang baru. Perlu berubah, perlu transformasi perlu menjadi orang baru !

Kitalah yang menjadi kunci kepada perubahan diri kita sendiri. Tiada yang lain.

Jika kamu bertemu denganku pada beberapa detik yang lalu, mesti kau memahami apa yang mahu kunukilkan. Jika tidak, mungkin suatu hari aku akan bercerita lagi..

Ya muqaalibal qulub tsbabit qalbi ala diinik

Pada dingin malam yang syahdu ini, sungguh aku merasai indahnya cinta di jalan Allah ini. Umpama siraman air terjun yang sedang mendinginkan badan yang kepeluhan, mendamaikan dan menenangkan hati yang sentiasa berada di bawah siramannya.

Wassalam

Muharikah,
Paris

Advertisements

14 thoughts on “dan kenangan itu…

    ismakedah said:
    February 7, 2010 at 9:45 am

    sungguh indah…

    iman nakal said:
    February 7, 2010 at 4:16 pm

    assalamualaikum kak!!!
    πŸ˜₯

    nnt akk leh blanje kmi makan kebab halal dekat train station bercy, paris tuh ek!! πŸ™‚
    ingat kitorng dlm doa rabitah akak tau.. πŸ™‚

      syuqaira said:
      February 7, 2010 at 9:10 pm

      Assalamualaikum kak aisyah,

      ='(
      air mata ini menitis lagi..
      akak,
      seribu syukur pun tak cukup untuk menyatakan kesyukuran kami dengan kehadiran akak,
      jazakumullahu khairan katheeran atas bimbingan akak,
      bersabar dengan kami yang mentah,
      sehingga kadang2 akak terpaksa explain berkali2.
      Tapi akak tetap sabar untuk ulang semula.

      dalam metro moscow, dalam perjalan pulang
      zauj ana cakap
      “abang nak jadi abang ‘aisyah’ mcm kak aisyah ”
      ana tergelak kecil,
      Alhamdulillah,
      terima kasih Allah,menyusan kehadiran seorang muharikah. mengajar kami menjadi para muharrik yang lebih teliti.
      dan jaulah kali ini terasa sangat hangat di hati..

      dan akhirnya saya tersenyum,
      cantiknya susunan Rabbi!

      indahnya ukhuwwah ini..

      p/s: nak juga kebab halal tu! huhu..

      muharikah responded:
      February 8, 2010 at 3:05 am

      salam,

      wah… demandnya!!! tapi saya takde duit time tuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu…. sedih sangat tak dapat belikan korang makan malam !!!

      iman dan syikin jaga diri ok!!!! jangan nakal2 ..

      untuk syikin, kasihan zauj awak jeles dengan saya.. moga2 betul2 berikan dia semangat juga untuk bergerak, dan lebih maju dalam doa..

      untuk kamu berdoa..

      satu hari saya belanja kebab ok!!!!

      salam rindu!

    aizadiha said:
    February 7, 2010 at 8:47 pm

    salam ukhti..
    baru shj menjejakkan kaki di Qalam,selepas 11hari..
    namun hati ini masih tersangat rindu akan perjalanan indah itu,dan semestinya saya ghairah untuk melaluinya lagi,insyaAllah..

    kak,
    hatiku menangis lagi,
    mungkin akan terlena dalam kerinduan lagi malam ini, seperti malam2 tidur di airport dan di dalam tren 24jam..

    tetapi jaulah kali ini banyak mengajarkan saya kalimah hamdalah,
    yang bila mengucapkannya terasa sangat indah..
    kerana dalam kesusahan Allah tetap menghadirkan rasa syukur
    terima kasih Allah
    terima kasih Allah jua kerna menghadirkan murabbi ku..
    semoga hari2nya terus sahaja dalam redha Mu..

    i miss u T__T

      muharikah responded:
      February 8, 2010 at 3:07 am

      Alhamdulillah summal alhamdulillah,

      ada dua perkara saya belajar pada jaulah ini : tarbiyah dan syukur..

      opppss… nak add satu lagi… c.i.n.t.a

      ya Allah… rindunya kat korang!! sedih horrooorrrrrrr ok!

    hikari2211 said:
    February 7, 2010 at 9:54 pm

    salam akak…
    huhu..
    rindu….
    time tdo kt airport terbayang2 wajah mungil akak di balik pintu metro…
    time berkejar takut terlepas train terfikir apela akak tgh buat skg agaknya…huhu
    time 24jam dlm train terngiang2 segala kata2 akak yg buat saya muhasabah dri sendiri…
    skg akhirnya dh sampai Qalam, rinduuuuu nak pelok akak…huk3
    sedeyh2….
    bila lagi laa leh jumpa ni…

    p/s: saya mmg jumpa akak 3 kali je dlm 3 thn ni!! (T_T)

      syuqaira said:
      February 7, 2010 at 10:29 pm

      memang boleh kira dengan jari.
      sekali masa summer 3rd year,
      sekali masa winter 4th year,
      sekali masa…..
      sekali masa winter 6th year..
      ada mana2 lagi yg sy miss ke?
      huhu..

      muharikah responded:
      February 8, 2010 at 3:12 am

      3 kali je ke? aiseh… camne ukhuwah ni? betul ke 3 kali…. huhuhuhuh

      tapi terasalah juga bebabanan saya sendiri pun rasa ringan bila dapat jumpa antum semua!!
      happy!! berbunga2 perasaan saya sampai skrang..

      nor, apa saya tgh buat time lepaskan korang kat metro?

      hurmm… tentulah saya tengah fikir, camnelah korang nanti kat sana… boleh ke survive … boleh ke bertahan.. tiap kali fikir, tiap kali itu rasa sedih…

      pastu saya terfikir, bukankah selama ini Allah ada? dan Allahlah yang menguatkan diri antunna kan?

      kartun nor saya akan gantung nanti… tanda kenangan…. πŸ™‚

      insyaallah

      ALlah ada!

    aizadiha said:
    February 7, 2010 at 10:54 pm

    sekali lagi masa summer 4th yr, akk balek malaysia..
    jumpa di serdang, kemudian kami usrah di rumah akk,pertama kami saya tidur rumah murabbi πŸ™‚

    insyaAllah 4 kali,hehe
    last time peluk akak sebelum akak masuk kereta,teresak2 pulak tanye “bila nak jumpa lagi ni~?” akak diam je..
    saya yakin Allah akan susun yang terbaik. dan inilah yang terbaik..

    4kali yang muntij kak! doakan kami insyaAllah,pendokong dakwah di bumi soviet ini.. macam budak2 kan ktorang nih;)

      muharikah responded:
      February 8, 2010 at 3:14 am

      salam aiza,

      indahnya bile setiap pertemuan kita, walaupun tak banyak, tapi setiap kali berjumpa pasti akan terakam setiap detik memori kita bersama macam tape rekording… ingat je semuanya.

      dan alhamdulillah, syukur pada Allah, entah kenapa, pertemuan kali ini dengan antum, inilah yang paling bermakna….

      alhamdulillah

    mawaddah said:
    February 8, 2010 at 12:49 am

    slm k aisyh,

    sangat jeles xdpt teman k aisyh sampai depan hotel etap seperti sahibah2 yg lain,menemani ex-murobbi yg sgt disayangi krnNya,
    afwan ada urusan yg perlu dilaksanakan,
    sedih mulanya hanya bersalaman dan peluk erat dlm kedinginan masjid besancon,
    akak mampu tarik tgn saya,memberi nasihat dan kata2 akhir untuk saya,dan mengucapkan selamat tinggal sebelum meneruskan perjalanan akak ke paris,
    tapi alhamdulillah Allah izin kita bertemu lagi,Allah adakan alasan untuk kita bertemu.

    akak,
    ketika saya sedang meeting di mlm yg sungguh lewat tempoh hari,
    akak tunggu saya ditepi dinding itu,
    melambai2 memanggil saya,
    saya pelik pada mulanya,
    rupanya hajat akak untuk bermalam di bilik saya,
    kita berborak ringkas,kerana badan ini mula menuntut haknya,sedangkan esok menanti dgn byk lg tanggugjawab padaNya.

    1 malam itu amat bermakna,
    jazakillah kak,
    kata2 akak akan saya semat dlm hati,
    buat bekalan di jln d’wah ini.

    akak,
    tentu hati akak berbisik,
    mentahnya saya dlm da’wah,
    tak tersusunnya kerja da’wah,
    kelam kabutnya pengurusan,
    tidak mantapnya syaksiah,
    haih='(
    insyAllah akan cuba baiki.

    akak,
    teringat malam pertama akak tiba di besancon,
    ketika itu saya dan akhowat lain sedang masak,
    akak muncul,
    saya terpaku,terdiam,hati menangis,
    bukan apa,tidak percaya dgn jodoh Allah menemukan kita,
    masyaAllah lamanya xberjumpa akak.

    kakakku,
    jazakillah sgt3 dgn kehadiran akak,
    xterbyg penyusunan& perjalanan program tanpa akak,
    akak byk membantu,benar2 byk mambantu,
    Allah sahaja tahu perasaan itu='(

    jazakillah juga buku doa kecil yg akak hadiahkan,insyaAllah jadi pedoman saya kak,
    saya baca dlm aeroexpress tempoh hari,
    buat diri ini menyanjungi akak..
    afwan tiada hadiah untuk akak,
    hadiah yg mampu diberikan,
    ialah doa dari jauh dan persoalan bilakah kita akan diketemukan lagi??

    moga Akak terus teguh di jln ini=)

    p/s-akak tido bilik saya 1 malam je!!!bilik diha byk malam
    jeles='(

    nak jugak kebab halal malam tu=)

      muharikah responded:
      February 8, 2010 at 3:22 am

      salam

      malam terakhir tu, takde sape pun nak tidor dengan saya!!!
      jiwanglah wada!!! but saya suke!!! sebab baru saya tahu betapa sayangnya awak kat saya!! ( hahhahaha…. sure oarng lain menyampah … sorry semua orang!!)

      and demi Allah saya sayangkan awak dan semua akhawat rusia lain…

      dan of course nak belanja awak makan kebab juga!!!!

      alhamdulillah, alhamdulillah…

      terima kasih Allah, sungguh indah pertemuan aku dan mereka ini.. cukup menjadi bekalan buat aku dan mereka juga….

      hikari2211 said:
      February 9, 2010 at 12:29 am

      akak x pnah tdo bilik saya pon…dtg breakfast je…huk3 sedeyh =(
      nk kebab jugaakk!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s