Beginilah cerita kita

Posted on Updated on

besancon

Keletihan itu, akan menjadi beban ketika kami merasakannya sebagai keletihan fizikal yang tidak diikuti dengan keyakinan ruhiyah. Maka sesungguhnya kesempitan di jalan ini, pasti menyimpan hikmah luar biasa yang akan tercurah dalam bentuk rahmat Allah.

Perjalanan aku ke Besancon ( disebut sebagai Besonzon) dirasakan amat lama.
Entah kenapa badanku amat lemah sekali melalui keseluruhan perjalanan selama 12 jam itu.

Seringkali aku dan mutarabbiku mengadu perasaan yang sama, keletihan dan kelaparan yang amat.

Sudah 6 tahun sejak aku tiba di sini satu masa dahulu. Dahulu bumi France ini masih kontang dari kebasahan tarbiyah. Ada yang inginkan Islam, tapi tiada siapa yang berpeluang untuk berada dalam keindahan tarbawinya, merasai intimnya hati-hati yang berintima dengan jemaah tarbiyah.

Pendek katanya, 6 tahun dahulu jika kita mahu cari sisters di France, memang tiada!

Sehinggalah Allah melimpahkan rahmatnya buat seorang ukht dan zaujnya, mengembangkan dakwah di France. Dakwah yang bermula dari setempat, merebak ke tempat lainnya hingga keseluruhan France mendapat sentuhan tarbawinya. Subhanallah. Benarlah kata Allah, jika benar kita bekerja, Allah pasti akan datangkan hasilnya, walaupun agak mustahil pada mulanya.

Begitulah dakwah itu sampai ke Besancon, perkampungan kecil yang ada di France. Ada apa di sini? Mungkin tiada apa, kecuali aku bertemu dengan buah hatiku dari tempat yang jauh dari kota ini.

Kenapa korang tak leh nak wat program kat sana eh?

Masjid tak boleh nak guna kak. Takde dewan besar pun untuk program kami. Kalau nak buat mabit pun terpaksa guna bilik hostel yang kami kongsi berempat. Ruangannya kecil sekali!

Dan memang hampir setiap tahun mereka perlu keluar dari negara mereka untuk bertemu murabbi dan menghirup sesuap hidayah yang tidak dapat mereka dapati di tempat mereka sendiri.

Memang jauh bandinganya mereka dan adik2 aku di UK. Di UK,program hampir setiap bulan. Masjid tidak ada masalah untuk digunakan. Makanan pun amat murah.

Tapi keadaan ini tidak sama di sana. Ketiadaan murabbi menyebabkan kurangnya daurah. Tiadanya masjid menjadikan kurangnya program bersama. Kurangnya program bersama menyebabkan kurangnya biah dan berkuranglah keberkesanan tarbiyah.

Mereka tidak berpeluang untuk meminta ustaz mengisi pengisian mereka, merekalah yang perlu mengisi liqa yang ada tanpa pilihan.

Aku merenung hakikat ini dan bertanyakan diriku, di UK ini, semua perkara itu kita ada, tapi berapa ramai sahaja yang mengambil manfaat dari itu semua?

Assalamualaikum…. Apa khabar?

Aku meletakkan begku dan menyapa buah hati yang hamper setahun setengah tidakku temui. Ternyata mereka bertambah dewasa dan matang.

K Aisyah!! Rindunya!!!

Mereka sedang menyediakan makan malam untuk adik2 mereka ketika itu. Malam itu sudah hamper 9pm dan makanan masih belum siap.

Mereka memeluk tubuhku dengan kuat dan sudah lama tidakku rasai pelukan penuh kecintaan dan kerinduan yang mendalam itu. Ternyata keikhlasan dalam ukhuwah itu benar-benar dapat dirasai oleh sebuah pelukan. Dan tentu kecintaan pada mutarabbi itu adalah kecintaan yang terkadang tidak dapat diukirkan dengan kata-kata.

Aku melihat wajah mereka dengan sayu. Sayu mengenangkan hakikat diri mereka yang jarang mendapat pelukan jahbaz dari murabbiah, namun mereka mampu kekal dengan tudung labuh dan keakhawatan mereka. Mereka mampu iltizam dengan dakwah dan tarbiyah walaupun peritnya melalui perjalanan yang penuh pancaroba ini.

Di waktu itu juga aku bertemu dengan anak binaan ukhtiku di france ini. Aza pernah sebut, akhawat France sangat ruhiy, dan aku tidak dapat menidakkan kenyataan itu.

K Aisyah tahu, adik2 akak ini terpaksa mengangkut barang2 mereka dari kedai tadi ke Hujurat ( rumah mereka) selama sejam sebab takde bas!

Masyaallah. Memang salji memutihkan hampir kesemua kawasan di Besancon ini. Tidak tersangka ini juga menyebabkan semua pengangkutan awam terbantut.

Pastu mereka angkut jugalah barang2 itu ke tingkat 7 ni? ( sebab lift di rumah hujurat rosak)

A’ah. Tabahlah adik2 akak ni. bagus betul!

Masyaallah , astaghfirullah.

Malunya aku dengan mereka.

Makanan hampir siap pada 11 pm dan mereka semua makan 12 amnya.

Malamnya kami sama-sama meeting untuk pengisian selama 3 jam sebelum tidur pukul 4 am.

Mereka jugalah yang bangun terlebih awal dariku pada paginya. Lebih bertenaga dariku dan terus senyum di hadapan adik-adik mereka.

Adakah tarbiyah di negara sana benar-benar mengajar mereka untuk berhati waja?

( dan aku terus menyalahkan kepenatan badanku kerana selama 2 minggu lebih berhempas pulas untuk program adik2 di UK)

Dan bahagianya aku bersama mereka, memberikan sentuhan yang mereka dambakan itu. Dan ternyata dakwh itu makin berkembang di sana. Melihat semakin ramai anak binaan mereka yang perlu terus menerus diberikan didikan dan bimbingan…

Dan memang mereka teramat tabah sekali. Melihat mereka melayani adik2 mereka walaupun kurang berpengalaman dalam membuat program menyebabkan aku teramat kagum dengan mereka….

Hingga bertemu di tulisan seterusnya…

Wassalam

Muharikah
Besancon

Advertisements

2 thoughts on “Beginilah cerita kita

    ainulmardhiah said:
    February 6, 2010 at 1:14 pm

    Slm wrt ukhti muharikah…

    doakan, moga kami di sini juga seperti jundiyy2 kecil di besancon. insyaAllah…

    [rasa macam nk ke france je.. bila ye?]

    ainulM

    mawaddah said:
    February 8, 2010 at 1:12 am

    k aisyh,

    saya quote balik kata2 sikin pada saya-‘keajaiban akan datang dgn usaha yg bersungguh-sungguh’….

    alhamdulillah jaulah berakhir dgn usaha k aisyh membantu kami bersungguh-sungguh dan berhempas pulas..jazakillah k aisyh…tentunya k aisyh letih..
    k aisyah adalah hadiah dr Allah utk kami khas buat jaulah kali ini=)

    saya juga terhutang budi pada akhowat frnace yg byk juga membantu..
    masyaallah.malunya rasa menyusahkan ramai pihak..
    sesungguhnya kami benar2 mentah dlm da’wah..memerlukan tunjuk ajar kalian ya akhowatifillah=)

    semoga k aisyh dalam redha Allah selalu(~_*)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s