Perkongsian..

Salam

Sudah lama tidak aku tatapkan salam buatmu ..

Memang masa2 yang ada amat meruncing, dan teringin sekali aku kongsikan hidupku dengan kamu tanpa aku perlu bercerita di sini.

Kerana dakwah itu pada amal.

Bukan pada bait-bait yang indah

Ianya pada kepenatan

Bukan pada kerehatan

Pada ujian dan kesedihan ( juga takut dan keperitan)

Bukan pada keselesaan ( juga hawa sejuk bersama katil empuk)

Di dalam perjalanan ini aku menonton peribadi seorang daie…

Bukan,… bukan seorang daie sahaja,

tetapi seorang murabbi yang di mana perjalanan hidupnya itu adalah untuk itu.

Diterjemahkan pada kepenatannya dan kesempitan masa yang ada.

Inna salatii, wa nusukii wa mahyaya wa mamatii lillah rabbil alamin..

Sesungguhnya solatku, jiwaku, hidupku dan matiku untuk Allah tuhan sekalian alam.

Sungguh seluruh kehidupannya hanya untuk Allah.

Ustaz, bila masa ustaz ada masa untuk preparekan bahan ya ?

Pernah dalam perjalanan aku berguru dengan seorang murabbi, aku bertanya akan soalan itu.

Aku tahu, di waktu itu memang tiada kamus rehat dalam dirinya. Teramat jarang melihatnya rehat dari memberikan taujih. Dia bermusafir sehinggakan ke 5 tempat berlainan sehari, berjumpa 5 group berbeza dan memberikan taujih berbeza.

Bila masa dia nak prepare semua itu?

Dan bukan sebarangan perkara dia beri..

Dia memberikan sesuatu yang memberikan cahaya dan ruh kepada jiwa ini.. ( Syura: 52, Anfal: 24)

Kerana pantulan ayat2 Allah yang sering didendangkan buat kami, mutarabbinya..

Mungkin apa yang dikatakan itu dicerminkan pada peribadinya dan terus memerangkap hati kami untuk mendengar dan mengikuti apa yang ditilawahkan kepada kami.

Sekarng ni memanglah tak sempat nak prepare. Waktu muda-muda dulu yang ana banyak membaca.

Same goes with my beloved ex-naqibah. Dia pun begitu perwatakannya. Ada sahaja perkataannya yang memikat jiwa, menyentuh hati dan terus membuat perasaanku teramat rindu akan sentuhanya.

Setiap kali aku bertemu dengannya pasti dihadiahkan aku sebuah buku.

Setiap kali!

Inilah dia cerminan jiwa seorang murabbi.

Dia sentiasa terisi, sentiasa bersedia untuk memberi.

Dia takkan cakap. ‘ ala.. tak tahulah. Tak readylah… tak layaklah nak beri itu dan ini..’

Dia seperti mana diungkapkan dalam At-taubah: 41.

Dia merupakan jiwa yang siap siaga sepanjang masa.

Kerana itu masanya tidak akan terluang sedikit pun. Pasti diisi dengan mencari untuk dirinya sendiri, atau memberi pada orang lain.

Murabbi itu yang teramat menyedari, di saat dia berada di atas, dia takkan ada masa untuk belajar lagi. Kerana itu dia akan gunakan masa mudanya, sebanyak-banyaknya untuk membaca.

Membaca..

Dan membaca…

Dan aku sudah lupa bilakah masa terakhir aku membaca untuk diriku.

Jika ada 4 liqa tarbawi selama seminggu, masakan ada masa untuk diriku sendiri menuntut ilmu..

Tidak termasuk jika ada program di hujung minggu yang perlu kita pegang masuliyahnya.

Tidak termasuk oncall berderet-deret hingga menyebabkan aku sering mengambil peluang solatku di chapel hospital, tidur dalam keadaan sujud, supaya orang tak tangkap aku tidur. Kerana teramat penat !

Dan di sini aku belajar makna seorang murabbi itu, dan ternyata aku jauh darinya.

Dan memang kita akan bertemu dengan keadaan yang kita tak sempat nak prepare apa2 untuk usrah kita. Kita tak sempat nak baca dan dengar recording.

Tapi kita perlu bentangkan pengisian dalam 4 usrah, tidak termasuk program hujung minggu..

Bagaimana keadaanya kita itu?

Dan aku merenung kembali sejarahku bersama murabbi-murabbiku..

Begitulah keadaan mereka.

Pernahkah mereka sempat bersedia? Apa yang mereka bawa adalah kefahaman dari dalam dada, dan Quran yang menjadi cahaya jiwa mereka.

Dan tentu alat-alat bantu mengajar yang mmg mereka dah kumpul dan sempat compilekan sebelum ini.

Benar dalam tanggungjawab yang besar ini seringkali menarik aku dari teman-temanku sendiri, rakan2 sekolahku yang kurindui saat bersamaku dengan mereka ( you know who you are), keluargaku dan tentu teman serumahku yang sering menungguku pulang untuk makan bersama dan berbual-bual.

Tak termasuk juga menarik aku dari menghabiskan masa bersama anak2 binaanku , widad munisah yang sering meninggalkan bekas yang dalam di jiwaku, sinatul hayah yang kurindui liqa bersama kita, dan tentu adik2 baruku yang sedang bertatih dalam arena  liqa ini.

( tentu kepada muassirah yang sedang meniti cahayaNya yang lebih luas)

Dan dalam hal ini, tentu juga menarikku dari terus menulis tentang apa yang menjadi asas kepada diri kita semua. Menjadikan blog ini blog rujukan bagi mereka yang mahu mengenal Allah dan Islam  serta bagaimana untuk melalui jalan yang lurus ini.

Terlalu banyak yang mahu dikongsikan, terlalu sedikit yang ada.

Mungkinkah Allah telah memberhentikan jam untuk Imam Syafiie di saat dia mampu mengarang ratusan buku?

Mungkinkah dapat aku doa supaya jam di waktu malam ini akan terus berhenti agar aku dapat rehat sepenuhnya untuk bertemu pagi hari di tempat kerja, mahupun untuk bertenaga di waktu malam untuk memandu turun ke tempat program kami…

Ya Allah, berikan aku ruang waktu, untuk aku penuhi hak semua yang amat kukasihi, hak yang ku rasai berkat waktunya. Walaupun sekejap bersama, namun bermakna dan dalam maknanya..

Itu sahaja coretan di waktu ini..

Jika antum tahu, aku terpaksa merebut waktu aku menulis blog dengan bacaanku sendiri,

Sampai bila kita takkan sibuk ?

Di syurga nanti,

Biiznillah..

Wailallah turjaul umur,

Ukhtikum fillah

Muharikah

glasgow

Advertisements

Author: Muharikah

Dr Aisyah Daie di JalanNya..

9 thoughts on “Perkongsian..”

  1. Salam kak aisyah..
    sudah lama ana membaca blog ini, bahkan dh ada dlm bookmark pn, sjak sekian lama..namun inilah kali pertama kot ana tulis komen dlm ni…ana juz nk ckp, cemburu sgt (wlupun tahu action tu lbeh pnting) tp nk ckp cemburu juga, kerana anti n murobbiah2 yg pernah wujud dlm hidup anti…semuanya penat kerana dakwah, and you guys, you walk the talk.
    Ana xtau nape terdetik ntuk tulis bnde ni, namun ana rse resah n gelisah setiap hari, memikirkan diri ni, yg walaupun telah memegang beberapa usrah, bhkn tlah ade dlm kpimpinan pn, masih lagi x dpt nk meninggalkan dosa2 besar terhadap Allah…ana rasa itulah the reason nape ana usrah ana, semuanya xmnjdi sgt…apa yg ana katakan ngan ape yg ana buat mcm langit ngan bumi!! ana sedar akan hal ni, menjadi hijab kpd doa2 ana, tp nape ye ssh btul nk tinggalkan dosa2 ni, kerana bnda ni mmg sudah kt ana sjak kecil2 lagi…lama2 telah terbiasa, pastu ssh btul nk tggal..jihad ana…ana xtau la nk kna mcm mana lg..seems like nothing has ever worked with me…kalau boleh diputarkan masa, ingin saja ana tarbiyyah diri sejak kecil lg, supaya semuanya mnjdi mudah bila dh besar2 ni…
    Ana cume nk minta, doakan ana, moga2 berubah peribadi ini kpd definisi murobbi, muslim, daie yg sepatutnya.
    Minta maaf tulis pnjg sgt, just cant help it..ntuk curhat…

    Salam :))))

    1. Dear when?

      Kenapa when? Kenapa tak why? Hehehe..

      Soalan ini amat penting dan tentu dekat di hati saya. Ramai juga struggle di dalam perkara ini termasuk saya sendiri.
      Mungkin ini fitrah kita as manusia, tarikan hawa itu akan selamanya bertarung dengan iman sehinggalah kita bertemu dan berjumpa dengan Allah Taala.

      Dalam asy-syams ada sebut tentang perkara ini. Diilhamkan jiwa itu jalan fujur dan kebaikan. Beruntung orang yang menyucikan, rugi orang yang mengotorinya.

      Kita ingat juga kisah Bal’am bin Bahirah, seorang ulama dan soleh di satu zaman dahulu, yang tidak terfikir oleh seseorang pun dia akan berzina dan membunuh, dan akhirnya dia buat benda itu dan kembali dalam kemusyrikan.

      Kita juga tahu di zaman Rasulullah ada 3 sahabat yang dihukum rejam kerana berzina. Dan mereka adalah para sahabat…. Orang yang paling dekat dengan Rasulullah. Mana mungkin di saat itu mereka takde biah? Mereka kurang iman. Rasulullah itu depan mata!

      Namun itulah hakikat kita.

      Bile kita bergelumang dengan dosa, ia merefleksikan kelemahan yang ada pada iman kita.

      Kerana itu kita selalu menghidupkan iman kita. Meruhkan iman kita dengan ruh Al-quran. Membersihkannya dengan taubat.

      Paling penting saya belajar dalam hidup ini adalah keutamaan bertaubat kepada Allah. Bertaubatlah kepadaNya setiap masa kerana kita teramat banyak dosa, dan terkadang dosa-dosa kecil itu sering menghantar kite kepada dosa-dosa besar.

      Dan syaitan akan serang kita bukan pada benda2 yang kita kuat. Dia akan srang kita dari sudut paling lemah.

      Dia takkan uji kita untuk minum arak, makan babi atau berzina.
      Tapi dia akan uji kita dengan benda paling lemah…

      Dan kadang2 benda itu berkaitan dengan perasaan kita sendiri…

      Dan itu teramatlah sukar….

      Kerana itu amat penting, amat-amat penting kene sentiasa bertaubat kepada Allah dan benar2 doa pada Allah.

      Kemudian cari solution kepada masalah itu.

      Jika masalah itu berkaitan dengan perasaan, berkahwinlah Doa pada Allah untuk memudahkan jodoh kita dan menemukan kita dengan jodoh terbaik.

      Jika masalah itu berkaitan dengan aurat, maka minta pendapat dan nasihat dari ramai orang bagaimana nak mengikhlaskan diri dalam menutup aurat. Cari pakaian2 yang lebih diredhai oleh Allah.

      Jika masalah itu berkaitan dengan kesukaan kita pada lagu2 lagha, ataupun menonton TV atau sama waktu dengannya.. latihlah untuk menghiburkan diri kita dengan ayat-ayat Allah, paling kurang pun nasyid. Memang susah mula-mula. Tapi hati itukan lebih lentur dari batu yang keras. Lama2 dia akan lembut juga.

      namun mmg betul, dosa2 kita dan maksiat kita akan terkesan pada mad’u kita walaupun rahmat Allah itu luas, dan sering memberikan hidayah kepda sesiapa yang Dia mahu. walaupun sang murabbi banyak dosa, mutarabbi itu masih juga menjadi kadang2.

      Maaf tak membantu. Mungkin satu hari kita leh jumpa, boleh kita borak lagi insyaallah…
      harap membantu

  2. jzkk kak aisyah. bersmgt sy nak membaca, menambah bekal. hee
    doakan kitorg akak. will always be praying for u insyaAllah

    slm syg

  3. akak nak tanya…macam mana kalau seseorang tu telah ditarbiyah dan mempunyai binaan ke bawah tetapi masih lalai dalam solat?

    1. salam shasha, jazakillah kerana sudi bertanya.

      Dalam dakwah ini, begitu perlunya kita kepada tarbiyah zatiyah, dan bekalan zat ruhiyah dari Allah pencipta kita.

      tapi tentu kita ini manusia biasa yang lemah dan memang selalu ada buat salah..

      dan kelalaian dalam solat ini salah satunya.

      tak kira siapa pun dia.

      Pada saya, jangan jadikan kelalaian dalam solat itu buat awak rsa down daripada membina manusia.

      Dalm hal ini kita kene terus baiki dan sentiasa berusaha untuk khuyuk dengan Allah.

      Kalau kita tahu satu-satunya masa rehat kita adalah masa kita dengan Allah, tentu kita akan betul2 rasa asyik adn khusyuk padaNya..

      biiznillah. cara2 untuk khusyuk pun banyak tertera dalam pelbagai buku.. awak boleh google insyaallah. harap membantu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s