Kisahku ini…

Posted on Updated on

Kartun di atas, kredit kepada ex-anak usrah saya; hikari… bermakna kartun ini.. Alhamdulillah…

hectic sangatkan hidup ini? Ya Allah, banyaknya nak buat!!Tapi tentu terbatas limitasi kita dalam berfikir, beramal dan spend masa dengan teman sekeliling kita.

Rumah saya ada tetamu kawan abah. Malam ni saya abes keje 9.15pm, tibe rumah pukul 10 pm. Syukur sangat, anak usrah kesayangan saya, Huda,yang menunggu untuk pulang ke Malaysia for good, ada di rumah membantu memasak untuk saya. Dan kasihan juga huda, tiap kali saya balik, mesti terpaksa berbual dengan dia sambil membuka emel dan berchatting dengan orang lain. ( afwan ukhti! komunikasi tk bagus betul!huhuhh)

Entah kenapa, beberapa detik sebelum itu, saya dan huda adalah mengalami salah faham yang tak best sket. Biasalah terasa hati yang terkadang menyebabkan ukhuwah itu rengang.Alhamdulillah, salah faham itu telah setel. Dan rasa best sangat bila ada seorang ukhti sentiasa menemani diri kita. Cuma mereka yang merasainya sahaja faham perasaan itu. Melihat Huda duduk di rumah saya dan mewarnai hidup saya di sebelah malam setelah penat berada di hospital, cukuplah menjadi penyambung kepada cahaya harapan kepada kebahagiaan yang ada di bumi asing ini.

Kalau orang tanya, kenapa saya stay? Tak kesian ke ramai orang kat Malaysia yang sakit dan nak mati sebab tak cukup doktor?

saya akan cakap:

Kerana dakwah.

Kerana dakwah itu menjadikan saya bahagia.

dan kerana itulah saya mampu menyanyi riang, mengeluarkan perasaan yang diterjemahkan pada senyuman dan tawa saya yang menjadikan ramai pelik dan tertanya kenapa saya terlalu gembira pada satu hari..

suatu hari di mana setelah lama berada dalam zon kerja, pulangnya itu berjumpa teman seakidah, dan seperjuangan, dan kita mengalunkan lagu yang sama, beriringan tangan , walaupun kita tak pernah dapat menghafal liriknya.

Dan kerana perjumpaan itu membuatkan kita sedar, ikatan hati ini, lebih erat kerana aqidahnya berbanding ikatan darah. Dan walaupun kita tak sebapa, tetapi kita menyayangi diri kita sesama kita melebihi diri kita sendiri.

Mungkin kerana itu aku masih hidup. Walaupun kacaunya mutabaah amalku tatkala aku bekerja 12 hari tanpa henti. ( letih yang amat!)

dan tentu bile dapat masuliyah menguruskan PMS dan kawasan scotland ini, makin mengecutkan masaku yang ada. Allahumma yassirli ya Allah! Dan tentu Kau tahu betapa strugglenya aku dengan segala perkara yang berlaku pada masa ini.

Kerana itulah tarbiyah. Dia mendidik kita menjadi seorang pemimpin. Mampu mengelolakan program dengan baik dan terancang.(walaupun last minit sangat!) Mampu menguruskan sumber tenaga manusia yang ramai.

Dalam masa yang sama, tarbiyah mendidik kita menjadi murabbi. Mampu menjadi muwajjih dan menguasai bahan tarbawi yang banyak dalam membina manusia.

Kerana itulah dia manusia tarbiyah. Pemimpin yang terpilih. Terpilih kerana mampu menjadi seorang imam manusia ( baca muntalaq bab 8) dalam kesibukannya sebagai seorang pelajar, doktor, engineer dan sebagainya.

Susah sebenarnya nak buat. Tapi kita boleh insyaallah! ok?

sama2 kita doakan each other ok?

sayang antum!

Ya Allah, kau tahu apa yang ada dalam diriku sekarang ini…bantulah aku…..

nak ngaji kejap sebelum tidur. jom!

Advertisements

8 thoughts on “Kisahku ini…

    qumfaanzir said:
    December 16, 2009 at 11:52 am

    kerana dakwah menjadikan sy bahagia:)

    semuanye bermula dgn dakwah. kalau tidak entah ke mana kita sekarang ni. dakwah yg menyuluh jiwa ini supaya besar, pedulikan masalah2 kecik yg xpatut dibesarkan. dakwah mengajar supaya MENtabah! hu.. masalah ummah lebih besar dr masalh diri. dan perjalanan ini tiada rehat, tdk seperti camp2 outdoor yg ku hadiri sewaktu di alam sekolah dulu.. ia tidak pernah henti meraih pengorbanan dr jiwa-jiwa yg mahu bekerja. unless diri yg mengatakan, ‘aku mahu berehat sebentar’. tiada siapa yg mahu susah dlm hidup, dan hanya sedikit yang mahu menyahut huluran offer ‘perniagaan menguntungkan dari Allah (61:10)’. yang pasti kita senang dgn pengorbanan yg diberi, bahagia dgn nikmat iman dan ukhuwah yg tiada nilai. susah nk jumpe:)

    akan rindu kHuda juga!
    roh kite tetap bertaut kan sis?? =p

    supir said:
    December 16, 2009 at 2:32 pm

    subhanallah, ramai juga yg nk balik for good ye?

    hr tu, k iman ni, k huda pula….
    alhamdulillah

    selamat kembali ke tanah kelahiran, banyak hati menanti kepulangan antunna =)

    kak, bila adik akak, arinah balik? sy nak amek aq utk dibawa pulang. cuma ongkosnya sy akan dahulukan, ya?

    tp, akak kena bitau saya, bila n bape lama adik akak balik? nti sy last minute kerjanya…

    halawatuliman said:
    December 18, 2009 at 12:47 am

    dakwah menjadikan saya bahagia..

    itu yang dirasakan setelah hampir 2 tahun lebih bergelumang dengan tarbiyah. tak ada benda lain yang lebih dihargai selain dakwah dan tarbiyah sejak duduk di sini. tetapi , adakalanya jalan nak mencapai kebahagiaan melalui dakwah dan tarbiyah tu, kita terpaksa melalui jalan-jalan getir lain yang mungkin membantutkan langkahan kaki ini. bila dah rasa betapa manisnya nikmat DT ni, ada ujian lain yang datang menghantui.

    orang kata, kita yang perlukan dakwah, bukannya dakwah yang perlukan kita. kerana daie yang pergi dari sesuatu tempat tu, pastinya akan ada daie baru yang lain dtg mengganti. jadi maknanya kan kak, adakah seseorang daie itu tak perlu risau akan keadaan DT di tempat itu jika dia berkeputusan utk pergi dari situ?

    Naruto said:
    December 20, 2009 at 4:05 pm

    Ana senantiasa berharap dapat bahagiakan semua akhawat
    Tapi ana tak mampu…

    paley said:
    December 22, 2009 at 5:28 am

    kenapa komen jundulLah seperti ada maksud tersirat? Hehehe…

    Btw, ana suka kartun tu and I try to read it as it was me. Especially part last kat tangga tu. Terpaksa ada orang tolong tarik naik ke step seterusnya…abstract sungguh!

    muharrikdaie said:
    December 22, 2009 at 4:16 pm

    Ukhti muharikah,

    Sebenarnya tidak kira dimana kamu berada, samada dalam halakah, berukuhuwah, berprogram atau 12 jam ditempat kerja …

    …kerana yang pasti itulah ‘amal amal qowi’ kamu dan kekuatan yang Allah tanam dan jazamkan dalam jiwa kamu untuk kamu lalui kehidupan ini yg menjadi sebahagian mutabaah amal kamu terhadap ” hablum minnanas ” yang berupaya mengangkat amal2 kamu kelangit serta menghidupkan ruhiyah kamu dalam menyempurnakan masuliyah kamu terhadap deen ini.

    Kamu patut bersyukur kerana dgn sebab kesungguhan kamu dengan dakwah dan tarbiyah selama inilah, membuatkan Allah masih mengekalkan kamu dalam saf perjuangan ini dan meng ‘istiqamah’ kan kamu sehingga kamu mampu menjadi sebahagian dari ‘ quran yang berjalan’ dibumi asing, meski pun kamu teruji kerana Allah tidak pernah menjanjikan hari hari kita, sebagai duat ini berlalu tanpa ujian. Berselimut senang tanpa kesulitan ….kerana Allah ingin menyedarkan kamu bahawa kamu adalah “hamba’ Nya dan insyaalah pasti Dia kan menemukan apa yg kamu cari dan ‘ niatkan’ dalam hati …

    Semuga kamu sentiasa ‘thabat’ yg bukan hanya ucapan tapi thabat dgn jiwa yg tegar dan kental untuk melalui ujian demi ujian sehingga kamu tersenyum bertemuNya!

    ~muharrikdaie ~

    N.A said:
    December 23, 2009 at 6:59 am

    salam akk….

    pernh jer merasai perasaan akk tu…

    dulu ble org ckp hubungan aqidah tu lebih kuat…xpercaya sangat..huhuhu…but ble dah merasai sendiri…sungguh bahagianya diri ana.

    berkerja sometimes can pull us down,sbb tu perlu sgt seorang sisters.ni berdasarkan pengalaman sendiri di msia.

    kdg2 terfikir can i survive all this,but in the end i could feel it, insyaAllah i’ll survive.

    sayang ukhti juga…

    muah2

    nurul said:
    December 24, 2009 at 8:00 am

    salam ya ukhti….
    menarik krtun tu.sme mcm situasi ana sekarang… sedang mencari kekuatan di tmpt br tanpa akhawat yg sntiasa brsma kita…. IAllah semuanya ada hikmahNya

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s