Kerana cinta

Posted on Updated on

Salam,

manusia bertanya padaku tentang cinta.

Dan tentu cinta itu amat dekat dan sinonim pada hidup kita.

Ada sebuah kenikmatan yang berpaksi atas cinta ini, dan tentu mengindahkan apa yang ada di langit ini.

Itulah dia cinta kerana Allah…

___________________________________________

Air matanya deras mengalir. Susuk wajahnya yang tegas itu kelihatan mencair dengan kelembutan hatinya yang jernih.

Sungguh dia pasti akan dirindui oleh ramainya manusia yang tersentuh dengannya.

Samada mereka yang baru mahupun lama di dalam tarbiyah ini..

Dan aku terfikir sendiri…

Apa yang paling indah dalam hidup ini?

Mengenali seseorang di jalan dakwah ini dan menyintai mereka hanya kerana Allah semata..

Hanya kerana Allah semata…

Dan wajah-wajah itu sentiasa menerobosi wajahku di saat aku kembali kepada bilik kubikelku ini, menata hari-hari yang mendatang tanpa ketetapan yang pasti.

Dan tentu kehadiran mereka dalam hidupku cukup mengindahkan hari-hari penuh ujianku.

Dan sungguh hujung minggu ini penuh barakah sentiasa menyuluhi hatiku pada seminggu yang akan datang, mewarnainya dengan citra bahagia….

Apa antum rasa lepas mabeet kita? Tanyaku sebelum mereka pulang.

‘Best! Sebab barulah first time betul-betul rasa ukhuwah’

Tuan rumahnya tak henti-henti mengucapkan tanda terimakasih kepada tetamu yang terpaksa drive 7 jam dari kawasan mereka untuk menghadiri mabit ( malam bina iman dan taqwa) kami.

Kebiasannya usrah kami jika berjumpa mesti sangat hectic. Bermula 10 pm, abes 2 am. Esok paginya pada hari sabtu, masing2 akan ada program lain yang perlu dihadiri. Tidak ada masa langsung untuk bermuayashah ( bersama-samaa) dan berkenalan dengan penuh santai.

( ahli usrah kami jauh2. So cuma hari Jumaat je dapat buat usrah kalau nak face to face. Tapi biasanya weekend akan full dengan banyak program2 kat kawasan atau nasional. Kalau tak dapat nak buat jumaat, memang kene buat online sahaja. Biasanya kalau usrah tu memang usrah sahaja, tak sempat nak borak-borak dan lepak-lepak)

Dan aku sendiri merasa bahagia di situ, bersama teman seperjuanganku Hajar yang amat aku kasihi kerana Allah yang turut hadir bersama adik-adik kami.

Mungkin kami hanya bersama 24 jam tepat untuk mabit itu. Tapi 24 jam itulah sarat penuh makna dan barakah.

( Sebagai panduan yang ingin tahu. Agenda mabit kami antaranya : Pengisian tauhid, dinner, games ukhuwah, tazkirah akhlak,sirah sahabat,  pengisian tafsir, qiyam, senam yoga, breakfast, pengisian harakiy, qadhaya dan penutup)

Kami tutupi majlis kami dengan senandung kesyahduan pada seorang teman yang akan meninggalkan kami di sini. Sungguh kehilangannya pasti amat dirasai. Pasti aku akan kehilangan seorang jundiy yang sentiasa menyinga semangat dakwahnya di sini walaupun umur tarbiyahnya baru setahun. Tak mampu aku menitiskan air mata di khalayak, namun tak tergambar perasaan rasa kehilangan itu. Tentu beban dakwah ini betambah kerana kepatahan sebuah sayap, namun Alhamdulillah. Aku yakin, patah tumbuh hilang kembali…

Antara perkara tak terlupa yang kami laksanakan di mabit kami juga adalah, kami menulis harapan kepada setiap seorang dari kami. Semuanya ditulis atas kertas tanpa nama. Supaya setiap seorang benar2 dapat dimuhasabahkan tanpa diketahui siapa penulisnya.

Dan begitulah diriku, pertama kali dimusahabahkan setelah beberapa ketika. Tapi kertas muhasabah itu hanya dibaca semula selepas pengisianku. Takut ada orang terdistract terfikir-fikir apa yang ditulis orang lain tentangnya time aku memberikan taujih.

Dan aku mulakan tafsir Surah Luqman dan sedikit pengisian tentang ‘Langkah-langkah untuk menjadi tsabat di atas jalan dakwah’  ini.

Tibalah satu persoalan….. apabila surah luqman itu menceritakan tentang sikap menasihati antara orang mukmin..

‘Apa makna tafahum itu?‘ tanyaku penuh berharap, anak2 usrahku akan dapat 1o point atas soalan simple itu.

Tapi entah mengapa, jawapan yang diberikan tidak betul-betul tepat. Dan mungkin pada mereka jawapan yang diberikan dah betul. Tapi entah, kenapa tiba-tiba aku terasa marah dan sedikit kecewa kerana mereka tak dapat jawap soalan itu dengan tepat dan cepat sekali.

( dan Aza berkata selepas itu… ‘ Hurmm.. not again.. K syah marah lagi.!)’

Dan mungkin aku terlupa, pada satu masa dahulu, di saat aku berumur mereka jugalah, ustaz kami pernah bertanya pada kami soalan yang sama, dan ternyata kami tak dapat juga menjawapnya. Dan ustaz sedikit kecewa, namun terus bersabar dan menceritakan makna tafahum yang diungkapkan dalam rukun usrah itu…

Bagaimana aku boleh lupa saat itu dan tak mampu bersabar bila perkara itu dihadapkan padaku semula? ( astaghfirullah…)

Kerana mungkin harapanku pada mereka sangat tinggi sekali.

Dan sekali lagi aku diingatkan semula..

Our time is different from yours kak. You cannot treat us the same like your time. Sebab generasi akak berbeza pada kami. Kami dah berusaha sehabis baik dah dan inilah yang terbaik boleh kami berikan pada akak.

Memang betullah kata mereka. Dan sungguh, merekalah kumpulan terbaik buat generasi mereka di UK ini, dan tentu berlainan generasi mereka dan kami yang merupakan golongan perintis dakwah di UK ini…

Memang tidak boleh disamakan, kerana environment mereka membesar dan ditarbiyah berlainan dengan kami semua. Dan aku perlu hargai perbezaan itu.

Astaghfirullah.

Dan malam selepas pengisianku itu, aku membaca muhasabah yang ditulis padaku..

‘ Hope akak can be more empathy pada orang, dan mula appreciate perasaan orang.’

‘ Saya sangat takut pada akak. tapi saya sangat sayang kat akak’

‘ Jangan jadi bossy sangat..

( ada 12 komen semuanya. Lagi 9 semua iAllah cam ok. tapi saya nak simpan untuk saya je k?heheh)

Itu antara muhasabah yang kupegang untuk aku perbaiki pada masa mendatang ini. Tertelan air liurku bila mendapat muhasabah sebegitu yang tentu membentuk keazamanku untuk memperbaiki diriku ini.

Rupanya masih ramai takut pada aku. Kasihan mereka. Tapi kata adikku, itulah perkara yang perlu aku perbaiki kerana ramai je murabbiyang tegas dalam mendidik, tapi mereka didik itu dengan cinta dan penuh kasih sayang. ( Sebelum pengisian kami, seorang adik kami terpaksa berlari ke library untuk printkan nota tafsir yang aku minta, kerana takut dimarahi!)

Inilah dia makna tafahum.

Kita saling nasihat menasihati. Dengan jujur tanpa takut!

Dan kerana cinta itulah kita berbuat demikian. We love each other so much, and only want the best out of our sister!

Kita pasti akan berkahwin dan pasti akan menyintai seseorang dalam hidup kita selepas ini. DAn tentu cinta itu akan turun pada anak-anak kita, once kita sudah melahirkan mereka.

Tapi ada satu cinta yang takkan mudah dilupai dan terpadam sampai bila-bila.

Itulah dia cinta di atas jalan Allah ini…. Fillah, lillah, billah.

Tidak pernahkan anti bercinta sebelum ini ya ukhti? aku pernah ditanya sebegitu.

Kerana terlalu banyak cerita pasal cinta di jalan Allah, sayang sesama sisters, bagaimana pula dengan ehem ehem…. 😉

Tipulah kalau kita tak pernah crush dan minat somebody sepanjang hidup kita, sebab kalau tak, memang tak normallah kita inikan?

Tapi kita tahu, bahagia itu, letaknya apabila cinta itu bersandarkan hanya pada Allah semata. Dan kita tahu dan rasa, bila perkara itu datang sebelum tiba masanya, hati kita mesti gundah gelana dan kurang khusyuknya kita pada Allah.

Dan kita pernah melihat di hadapan mata kita sendiri apabila cinta itu termateri selepasnya adanya akad itu. Bukankah mereka lebih bahagia dan tenang?

Kita akan hidup dengan pasangan kita selama 40- 60 tahun akan datang. Kita akan dapat bercinta sepuasnya dengan dia sampailah kita menemui pengakhiran jodoh kita.

Tak mampukah kita bersabar selama beberapa ketika ini, untuk membina kejelasan kepada cinta kita dan menautkan hati kita sepenuhnya pada Allah, hingga akhirnya cinta kita kepada manusia semuanya akan berpaksi kepadaNya?

Dan sehinggalah bila kita berkahwin pun, kita jelas, cinta kita kepada suami kita, hanyalah kerana Allah. ( bukan sebab nak memenuhi keperluan biologi, sebab nak kuatkan kita, sebab mak ayah suruh kahwin, etc etc). Dan jika ujian menimpa, kita akan sentiasa berpaut kepadaNya semata. Takkan futur di saat futurnya pasangan kita.. tidakkah kita ingat kisah Aisah isteri Firaun? Tidak ingatkah kita kisah seorang pemudi yang mengorek matanya hanya kerana Hasan Albasri pernah tertawan pada matanya?

Kerana mereka menunjukkan pada kita, the ultime love is for Him. And from His love, kita akan dapat memberi cinta pada ramainya manusia lain tanpa batasnya.. Dan tentu cinta yang datang dariNya takkan terkira bahagianya..

Alangkah indahnya sebegitu bukan?

Kerana cinta itu mengasyikkan dan sentiasa membuai kita..

Dan terkadang kita terlupa tujuan asal kita diciptakan di dunia ini..

Hanyalah untuk memenuhi tugasan ubudiyyah dan khalifatullah ini. Dan kerana itulah sahajalah kita dapat membuka hati kita untuk mencintai dan dicintai…

Err… camne leh keluar topik ini? Hehehe..

Nidaul iman akan kongsi tentang pengisian kami nanti di blog dia.

Dan saya harap anak2 lain ada kesempatan untuk kongsi juga pengisian-pengisian lain yang kami dapat. Mungkin saya kene fikirkan juga untuk cari masa untuk tulis juga perkara-perkara ilmiyah lain. Tapi dia takkan sebest kalau dapat ekspresskan dengan kata-kata.

Untuk sinatul hayah. Sangat sayangkan kamu kerana Allah. ..

for you dear, bestnya, lagu kita sama…  🙂 Thanks for always being cerminan saya di jalan dakwah ini.. sayang awak kerana Allah…

PS: saat saya menulis ini, adik2 saya masih stuck dalam perjalanan kerana road block. Dah lebih 8 jam mereka di highway! Ya Allah mudahkan urusan mereka!

Wasalam

esok ada ward round 4 jam. Doakan saya tabah…

muharikah

1 am

Advertisements

13 thoughts on “Kerana cinta

    nur aqilah said:
    December 7, 2009 at 3:39 am

    Salam syah,kesian dia kena round hospital.mesti bestkan…tgk org sakit selalu

      muharikah responded:
      December 16, 2009 at 1:08 am

      Qilah.. best ke tengok orang sakit selalu? sedih adalah.. salu rasa nak nangis tapi tak nangis2. tgk orang meninggal pun, bile rasa sedih , kawan mesti tanya’ are u ok nur?’ terus jadi tak sedih… aiyakkk….. camne open house kat rumah hari tuh?

    akhawatboleh said:
    December 7, 2009 at 4:48 am

    Soalan: “Akak bila nk kawin?”
    Jawapan:”Belum puas bercinta dengan akhawat… ;p”

      muharikah responded:
      December 16, 2009 at 1:08 am

      akhawat boleh, tapi kene kahwin juga tau! jangan melanggar sunnah!hehehhe… moga ditemukan jodoh yang terbaik…insyallah…

    qumfaanzir said:
    December 7, 2009 at 10:07 am

    salam kak. wah nak menangis baca.. walaupun dapat dengar sharing antum secara tempias, kami disni rindu utk bersama kalian jugak. hu.. rindu mahu berjumpa, sama2 membersihkan hati, niat, sama2 memotivasikan diri utk terus melaju dgn teguran penuh kasih syg..

    generasi kita tidak sama, tapi iAllah kami mahu yg terbaik utk dakwah ini. selepas kene tegur tu, masing2 diam tak terkata, nak nangis pun ade:( masih jauh lagi perjalanan kami.. dan masih byk lagi perkara perlu di revise, dipelajari. dan yg paling penting masih byk perlu diamalkan, barulah meresap izzah pd sebuah pendidikan milik Allah ini, merasa izzah dgn deen yg hebat ini..

    jzkk kak.. =p

    p/s: akan berusaha dan terus!

      muharikah responded:
      December 16, 2009 at 1:11 am

      umu, tahu tak apa? saya rasa bahagia awak jadi mutarabbi saya walaupun tak rasmi. rassa best sangat dapat adik macam awak , auni, dan semua2 lah… i donno how my life would be without you guys paint the colour in it!

      sayang antum!

    ummi adibah said:
    December 7, 2009 at 11:55 am

    menangis saya membacanya.runtun segala amarah membaca bahasa indah begini.bahasa kelembutan.bahasa jiwa.bahasa hati yang penuh kasih sayang.Tuhan..ampun.rupanya masih ada yg peduli-MU dibawah sangka burukku.blog yang pertama berjaya menyentuh sanubari saya yang keras, blog pertama yang bertepatan dengan apa yang hati saya mahukan.terima kasih kepada kakak mimialia.

    kalaulah bisa bergelak tawa bersama dalam kumpulan idaman sebegini.kalaulah dan kalaulah.apa daya, jasad kakak-kakak semua terlalu jauh untuk saya rapati, untuk saya peluk, untuk saya adukan emosi saya, untuk saya pekikkan semangat perjuangan saya.apa daya.apa daya.saya dipaksa oleh Tuhan untuk lalui jambatan ini sendirian tanpa teman seperjuangan seperti mana kakak sekalian.saya mengajar diri untuk meletakkan sepenuh pengharapan, perlindungan hanya kepada Allah di atas jalan yang saya pilih.

    alangkah.
    alangkah.
    saya menangis sehabisnya.

    teruskan berdakwah wahai kakak-kakak sekalian.saya kepingin untuk turut serta tapi merasakan diri umpama langit dgn bumi dengan kakak semua, saya memilih untuk tetap begini.saya akan jadikan setiap luahan kakak semua sebagai pembakar semangat dan insipirasi cinta keTuhanan saya.

    terima kasih membaca muntahan emosi ini.
    terus Allah merahmatinya.

      muharikah responded:
      December 16, 2009 at 1:11 am

      umi adibah.. awak dah ok? harapnya awak bertemu dengan kebahagiaan paling abadi di dunia..insyaallah…

    Saya said:
    December 7, 2009 at 10:30 pm

    ❤ 🙂 Maafkan saya akak~ huuuuuuuuu~~~ T_T

    nawwar insyirah said:
    December 7, 2009 at 10:48 pm

    salam akak. maafkan kekurangan kami akak!!! wuuuuu
    jzkk sbb sudi tegur kesalahan kitorg. mmg kitorg amat perlukan, utk jd daie2 yg lebih baik.
    sy sngat2 hargai weekend yg lalu. sgt2 sronok. n sy saaaaaaaayang akak n sume2 kite 😉
    moge Allah terus tautkan hati2 kite. naaaak sgt masuk syurga sama2. huu

      muharikah responded:
      December 16, 2009 at 1:13 am

      saya dan insyirah…. sudi lagi ke bersama murabbi tak seberapa ini….kesian antum selalu kene berkorban travel, tak tahu apa option terbaik utk kita.. moga Allah memudahkan kita dan merahmati kita.. ameen…

    hikari said:
    December 15, 2009 at 10:22 pm

    salam akak.
    heheh.teringat akak pnah tnya psl tafahum dlu.

    akak,
    rindulaa…isk
    sayu je baca bla akak tulis psl adk2 akak….

      muharikah responded:
      December 16, 2009 at 12:58 am

      salam ! Someone is missing me!!!hehehehe…jangan jeles hikari ok? nanti kita jumpa kat france saya tulis pasal korang ok? cant wait!!!!

      miss u so much!huhuhuh.. jzkk adik atas kartun ‘bermakna’ itu… luv u!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s