Kerana sebuah cinta…

Posted on Updated on

Hari minggu ini penuh ceritera dan warna warni.

Tentu aku kesedihan melihat kak mimi yang mengalami bengkak di tisu lymphoidnya ( mungkin akibat jangkitan) dan shidah yang gastritis disebabkan pregnancynya.

Namun kejinggaan dihatiku bertukar menjadi wajah pelangi yang sangat indah untuk ditatap.

Asyik.

Alhamdulillah Wa Subhanaallah.

Maha Suci Allah yang mengurniakan keindahan pada perasaan dan hati kita di saat kita mengenal Allah dan risalahNya.

حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ الْمُثَنَّى قَالَ حَدَّثَنَا عَبْدُ الْوَهَّابِ الثَّقَفِيُّ قَالَ حَدَّثَنَا أَيُّوبُ عَنْ أَبِي قِلابَةَ عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ
عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ ثَلاثٌ مَنْ كُنَّ فِيهِ وَجَدَ حَلاوَةَ الإِيمَانِ أَنْ يَكُونَ اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِمَّا سِوَاهُمَا وَأَنْ يُحِبَّ الْمَرْءَ لا يُحِبُّهُ إِلا لِلَّهِ وَأَنْ يَكْرَهَ أَنْ يَعُودَ فِي الْكُفْرِ كَمَا يَكْرَهَ أَنْ يُقْذَفَ فِي النَّارِ

Tiga perkara yang sesiapa memilikinya, maka dia memperolehi kemanisan iman: Allah dan rasulNya lebih dikasihi olehnya daripada selain keduanya, dan dia tidak mengasihi seseorang melainkan kerana Allah, dan dia benci untuk kembali kepada kufur sebagaimana dia benci untuk dilontarkan ke dalam api.” [Riwayat al-Bukhari]

Subhanaallah!

Keindahan dan keasyikan hati itulah yang dinamakan Halawatul Iman..

Iaitu kemanisan iman..

Ia hanya dapat dirasai bila Allah dan RasulNya lebih kita cintai dari segala sesuatu di dunia ini..

termasuk mak ayah kita

suami kita

anak-anak kita

harta benda kita.

Allahlah paling teratas.

Selain dari itu,untuk kita rasai kemanisan iman itu, bila kita menyintai dan membenci sesuatu, kita cinta dan benci hanya kerana Allah.. hanya kerana Dia semata-mata

Cintakan mak ayah , sebab Allah suruh kita sayang pada mereka. ( bukan sebab mereka lahirkan dan besarkan kita)

CIntakan suami dan anak-anak, kerana Allah suruh kita menjaga hak kita kepada mereka.( bukan sebab semata-mata sayang sahaja)

Cintakan akhawat dan mad’u hanya kerana Allah menyuruh kita berbuat demikian.

Sebab….

‘ Tidak beriman salah seorang dari kamu, melainkan kamu menyintai saudaramu, seperti mana kamu menyintai diri kamu sendiri.; ( Hadis Muttafaq alaih)

Dan perkara ketiga yang menjadikan seseorang itu merasai halawatul iman adalah apabila dia benci kembali kepada kekufuran seperti mana dia benci masuk dalam api neraka..

Pernah tak rasa manisnya iman?

Kalau tak, mesti kita tak buat pun 3-3 perkara yang RAsulllah cakap tadi.

Ataupun kita keliru dalm menafsirkan cinta kita.

Kerana dengan iman sahajalah akan bermaknanya cinta itu.

Di jalan dakwah yang penuh mehnah namun indah ini, aku belajar bagaimana cinta itu dapat memenuhi ruangan sepenuh benua hatiku,  sedalam lautan yang tidak berdasar.

Hanya di jalan dakwah inilah, hati yang sebesar tapak tangan itu menjadi luas tak berpenghujung dalam memberikan cintanya buat manusia yang memerlukannya.

Dan di jalan dakwah ini jugalah, mudah sekali diri ini jatuh cinta.

Melihat seorang demi seorang adikku berubah. Masyaallah. Hebatnya kuasa Allah dlam mengubah hati manusia.

Aku menjadi cinta kepada mereka, kerana dengan mereka aku mengingati Allah.

Dan hidup ini telah mengajar aku bahawa, dahulunya mereka anak binaanku, kini , mereka teman akrabku di jalan ini yang membantu mentarbiyah diriku pula.

Dan aku melihat adik-adikku itu, dengan penuh kasih dan cinta.

Aku teramat mahu mereka rasai betapa bestnya hidup di atas jalan dakwah ini. Kehidupan indah penuh cahaya walaupun cabaran penuh menduga!

Hujung mingguku kali ini ternyata lebih bermakna dari hujung minggu di tempat- tempat program, kerana aku berpeluang bertemu dan mengenal jiwa-jiwa akhawatku di sini..

Sukar untuk aku kongsikan perasaanku, namun aku amat bersyukur. Amat bersyukur. Kerana sungguh pengalaman ini amat indah dan bermakna.

Aku berpeluang untuk bertemu dengan sisters di tiga halaqah berbeza. ( tidak termasuk usrahku sendiri)

Di halaqah pertamaku ( anak binanku sendiri), penggerak-penggerak dakwah itu membuatku menangis, kerana mereka gagal bersiap dalam mengikuti halaqahku itu.

Bahan tak diprintkan. Hafalan tak buat. Ternyata perkara itu menyebabkan aku merasai mereka tak bersedia untuk ditarbiyah walaupun mereka itu telah berada dalam marhalah pendukung dakwah. Malu aku pada tuan rumah kerana seingat aku, itulah pertama kali aku menangis kekecewaan dengan performance anak binaanku.

Mungkin kerana aku merasai bahawa, jika kesemua mereka telah berkorban 2-3 jam untuk pergi ke usrah sahaja,sepatutnya mereka sangat bersedia dan siap untuk ditarbiyah. siap dengan segala kelengkapan. Menunggu-menuggu saat diberikan taujih penuh setia.

Namun aku tahu, minggu ini minggu yang amat sibuk buat mereka. Ada daurah mereka perlu handle. Ada yang ada exam dan sebagainya. Tapi entah kenapa mudah sahaja hari itu hatiku terusik dan sedih dengan keadaan itu.

Alhamdulillah. Perkara itu memberi tamparan yang besar buat mereka, dan nampak perubahan pada wajah mereka. Moga-moga mereka akan lebih bersedia dan bersemangat dalam menghadiri program halaqah mereka Mustahil kita nak jadikan anak binaan kita commited dengan tarbiyah, jika kita sendiri tidak menunjukkan komitmen pada tarbiyah diri kita.

Ya, aku sayangkan mereka walaupun aku tak mampu nak tunjukkan perasaan itu pada setiap seorang dari mereka. Mereka ampuh dalam menanggung beban dakwah. Mereka sanggup berkorban apa sahaja unutk dakwah ini.

Usrah kami tak pernah habis lebih awal dari pukul 2 am. Setelah usrah itupun ada yang berjaga sampailah ke tahajud. Dan kebiasaannya selepas sahaja tidor malam itu, sabtu pagi terus sahaja bergerak ke tempat program. ( kami selalu usrah jumaat malam). Pendeknya masa kami bersama kerana terlalu banyak amanah dakwah yang perlu diembani.

Pagi sabtu itu aku meninggalkan mereka dengan pandangan penuh sayu, dan berdoa agar mereka bertemu syahid atau kemenangan di jalan. Aku bangga dengan mereka. Alhamdulillah.

Aku pulang ke kampung halamanku untk mengisi dua halaqah yang dibawa oleh anak binaanku sendiri ( cucu usrah). Alhamdulillah, kedua-duanya itu bernuansakan air mata dan keinsafan.

Tentu melihat mereka bersedia untuk berubah dan menerima taujih yang menambah iman, tercampak rasa cintaku ini pada mereka. Anehnya terkadang aku rasa. Mudahnya aku sayangkan pada manusia.

Tapi mungkin sahaja sayang itu mekar kerana aku nak sangat mereka memahami dakwah dan islam  ini, dan sama-sama masuk syurga bertemu Allah yang Esa.

Dan teringin aku memeluk tubuh mereka tatkala air mata mereka berjujuran dan mengatakan bahawa…

‘it’s ok adik, ill be by your side insyaallah…’

Namun aku tahu, masaku amat sempit. Amanah makin menggunung, dan aku sedih kerana tidak dapat menggulum cinta itu sehingga mekar menjadi seperti pohon mawar yang wangi, kerana sempitnya masaku untuk diluangkan buat mereka.

Hujung minggu ini juga mengajar padaku, betapa Allah amat sayangkan hamba-hamba yang Dia pilih.

Dan Allah telah menjadikan aku cinta kepada dia dan sering bertanya akan dia dan tidak pernah berputus asa untuk sama-sama  menariknya melalui jalan tarbiyah ini.

Aku jarang bertemu dengan dia. Masaku paling bermakna dengannya adalah apabila kami sama-sama pergi bernasyid di konsert NISE March lepas. KAmi bertolak waktu malam dari Scotland. Adik-adik lain tidur di belakang, dan dia menemani aku berborak sepanjang malam sebelum sampai di Leeds selama 4 jam itu.

Walaupun sekejap dan sekali sahaja episod itu, aku amat mengingatinya. Dan dari detik itu aku amat mengasihinya. Kerana dia mengingatkan aku akan naqibah dia, yang juga anak binaanku yang amat kukasihi. Karakter mereka sama, jiwa pun begitu juga. Dan aku bersyukur aku ditemukan dengan dua orang seistimewa ini dalam hidupku.

Hari ini , air matanya berguguran lagi. Begitu juga hatiku. Aku amat bersyukur kerana persoalannya selama ini terjawap. Dan aku amat berharap, jalan-jalan seterusnya dalam hidupnya akan lebih mudah terang dan luas untuk diterokai. Besarnya harapanku untuk memimpinya supaya dia dapat menjadi naqibahnya, merasai indahnya dunia dakwah ini.

Aduh..

peliknya cinta.

Bertambah asyik bila bertemu. Bertambah bermakna bila bersambung cerita, bertukar tawa.

Subhanaallah. Alhamdulillah Ya rabb kerana mengurniakan aku makna cinta yang sebenarnya dalam hidup ini. Cinta hanya keranaMu semata-mata.

‘ You know Ness, sometimes I wonder why my feeling is so deep towards you…’

‘Deep yang macam mana, syah?’

‘I donno.. Dia mcam dalam lautan yang tak berdasar dan tak hujung. Dia mekar tanpa bicara. Tiada kata dapat tafsirkan betapa cinta itu tumbuh mewangi tanpa sepadan.”

Aku masih teringat aku menangis teresak-esak meninggalkan Brunei setelah aku berkenalan dengan insan-insan yang amat bermakna dalam hidupku.

Setelah setahun aku meninggalkan mereka. Kenangan itu masih basah. Satu ketika aku mendengar suara Ness di balik recording Ustaz kami di dalam kereta. Dan airmataku merintik jatuh di saat itu juga, penuh kerinduan padanya.

Kerana dakwahlah cinta ini bertamu. Dan kerana dakwahlah cinta ini subur, mekar tanpa henti.

Dan kerana cinta inilah yang menjadikan kita tsabat dan sentiasa menyegarkan nafas-nafas kita yang panjang ini.

Sesusah manapun ujian-ujian yang melanda kita, jangan tinggalkan sisters kita, tak kira dalam keadaan apa pun dia berada.

Kerana dengan cinta itu sahajalah dapat memotivasikan diri kita untuk tarik diri dia untuk kita sama-sama berpimpinan tangan menuju syurga yang abadi itu

Dan demi cinta ini, hidup ini penuh tenaga dan cahaya.

Wallahualam

Muharikah

2344, 15 November.

Advertisements

5 thoughts on “Kerana sebuah cinta…

    supir said:
    November 16, 2009 at 10:02 am

    assalamualaikum kak

    last week, saya officially serahkan anak2 saya pada naqibah mereka yg baru. demi tarbiyah mereka dan dakwah kita.

    sebelum tu, saya serahkan pada mereka notebook kecik yg akak titipkan untuk mereka b4 akak balik hari tu. mereka terkejut gak sbb ada kakak sayang kat mereka tanpa jumpa pun. best nya dakwah ni =) alhamdulillah

    nak katanya, sebelum2 ni, saya xbersedia nak serahkan mereka sbb rasa macam belum cukup terbina adik2 ni. banyak perkara tak settle….

    tapi bila fikir balik, kelalaian saya bererti saya mengabaikan hak mereka untuk ditarbiyah dengan lebih baik. dan akhirnya, saya serahkan hati saya pada allah untuk amanahkan pada naqibah yang pernah membina saya dulu.

    alhamdulillah, allah maha penyayang dan pembela yang haq. saya yakin, adik2 ni akan lebih baik dan siap untuk join akak kat sana nanti. insyaallah

    p/s: rindu akak =)

    pss: aq akak xlepas lagi la… terpaksa tunggu lepas ry haji, baru boleh g pdi. asif jiddan kak.

    psss: insyaallah sy akan ke indon 21-28 dis. akak nak kirim buku pun boleh, insyaallah

    Layang2 said:
    November 17, 2009 at 3:04 am

    Salamun Alaikum..

    SubhanAllah, teringin betul nak bertemu dgn Muharikah dan semua rakan seperjuangan Muharikah dalam medan da’wah ini.. Setiap kali membaca perkongsian yang di tulis, rasa diri ini terlalu kecil dan jauh sekali untuk menjadi golongan seutuh dan seteguh barisan pejuang da’wah kalian.

    InsyaAllah seandainya di izinkan oleh-Nya, semoga di permudahkan untuk melanjutkan pengajian ke UK (tak pasti lagi bile) dan semoga saya dapat merasai sendiri apa erti sebuah cinta.. (teringin sangat merasai perasaan tu)

    Salam Ziarah. :’-)

    muharikah responded:
    November 17, 2009 at 9:33 pm

    supir —> nak buku indon!!!… tapi cane nak order…

    layang-layang—> nama awakkan layang, patutnya rasa tinggi sebab dapat bersama awan.. jangan rasa kecil ok… insyaallah tak dapat jumpa di UK, kita akan jumpa di malaysia… jzkk sebab sudi ziarah..

      muhammadnnaufal said:
      December 11, 2009 at 3:47 pm

      order dr website die or titip kat mane2 ikhwah/akhwat yg ade study d uk..

    supir said:
    November 18, 2009 at 2:51 pm

    akak order je buku pape

    nanti sy carikan @ minta tolong akhawat sana carikan

    sy g 21 dis, sempatkan nak tunggu ongkosnya…

    hehe

    sorilaaa, xgaji lagi…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s