It’s me

Posted on Updated on

Dah lama tak cerita pasal kehidupan saya.. mungkin kisah itu kurang signifikan untuk diceritakan pada hari-hari saya yang bsah dan beku di sini berbanding apa yang menjadi mulia di sisi Allah, iaitu dunia dakwah dan tarbiyah.

Benarlah kata aza adikku,

itulah dia dakwah. Penuh kepayahan. Kalau senang sahaja, kita takkan nak lebih berusaha pun.

Subhanaallah, Allah yang mengaturkan hidup kita.

Di sepanjang jalan aku mengenal tarbiyah ini, antara manusia yang saya amat struggle untuk tajmik dan bina adalah manusia di kawasan saya sendiri.

Entah kenapa..

mungkin kerana diri saya sendiri, akhlak dan perangai saya.

Ataupun inilah ujian bagi diri saya sendiri.

Dan alhamdulillah juga, Allah susun supaya hidup saya sebegini, supaya saya betul-betul menghargai betapa sukar dan peritnya mentajmik adik-adik yang masih hijau tentang Islam ini.

Telefon tak berangkat.

Text tak berjawap.

Ajak keluar tak mahu.

memang tebal sangat muka untuk terus mengajak dan mengikat hati mereka ini..

Sedangkan siang dan malam, tanpa ada satu hari pun malam-malam kulena memikirkan…

apakah akan jadi pada dakwah di sini saat aku tiada nanti di sini….


Alhamdulillah, Allah berikan aku kelebihan untuk rasa amat terikat dengan adik-adik dan akak-akakΒ  yang jauh dariku..( tapi alhamdulillah, ada juga yang duduk dekat di sini)

Mudah sahaja untuk menggapai mereka. Taat sahaja. Bukan aku yang mengejar mereka, mereka yang mengejar aku. Dan bersama mereka aku temui kekuatan yang amat luar biasa sekali..

seusai sahaja muntalaq mahupun liqa, alhamdulillah, akan kutemui bekalan yang tidak kutemui dalam liqaku sendiri.

Kerana dari merekalah aku belajar sesuatu..

Benar jugalah bahawa.

Daie itu mendatangi, bukan didatangi ( Ad-duah ya’tii walaa yu’taa)

Dan memang perit dan besar sangat ujiannya bila kita yang mendatangi manusia, terutama yang tak mencari pun islam itu sendiri.

Setiap hari ku mulakan langkah, membersihkan cermin kereta ku yang keras dek kebekuan suhu yang melampu ( -1 C). Setiap kali itu juga ku alunkan nafas ma’thurat ku sambil mendengar mp3 ceramah, bekalanku di masa akan datang.

Tiba sahaja di hospital, pasti akan dibombardkan oleh nurse untuk mengisi borang discharge patient ( kat sini, kalau patient kene pulang rumah, kita kene tulis surat doktor bersama ubat-ubatnya sekali), mahupun memaklumkan ada patient perlu di clerk-in. kadang-kadang sampai dua tiga orang pada pagi buta itu.

Dalam masa yang sama juga aku perlu bersedia dengan ward roundku. Perlu ketahui apa masalah yang ada pada 30 orang pesakit di wad itu, bersama dengan current issues and management mereka.

Temanku bercuti, maka tinggal aku seorang diri di wad itu untuk menguruskan kesmua hal di situ. Aku gembira keseorangan. Begitu ironi, Tapi rakan kami semuanya merasa jengkel dengan teman sekerjaku itu. Tak perlu aku ceritakan tentang kisah dia melainkan, memang hatiku sangat berat dan sesak setiap kali aku bersama dengan dia di ward itu.

Bukan sahaja dia seorang lelaki, tapi sikap dia, amatlah menyabarkan aku.

Memang terlalu banyak aku belajar di sini.

Tentang perangai manusia

sikap-sikap mereka

karenah mereka

dan perasaan mereka.

Registrar aku ( associate specialist) pernah aku benci satu masa dahulu. Sewaktu aku mula bertatih di sini, pernah dia memarahi aku kerana aku memasukkan pink venflon pada surgical patient. ( venflon ni tempat jarum masuk air. Pink venflon ni saiz sederhana, biasanya surgeon suka gune green venflon, which is besar sket, tapi kadang2 susah sangat nak masuk kat tangan orang tua dan perempuan)

dan pernah aku tak order clotting factor utk patient yang on warfarin prior to theatre. Habis aku kene lecture dengan dia. ( err… sorry eh kalau tak faham sangat apa saya tulis ni)

Terus nangis malam tu.

One of the odd days.

And now, I can see the charming smile inside him.Β  Indeed he is. Dia seorang yang sangat pandai dan bijak. Tahu sedetail-detail benda. Dan benda yang aku amat respect tentang dia adalah cara dia cakap dengan patient.

Charming.

‘ Ian, you can be so charming sometimes.’

‘well, as you know, i can be so mean to my own house officer!‘ sambil tergelak padaku.

‘ As you can alsoΒ  see, I can be like Miss Hyde and Jackyl!’

Banyak aku belajar dari dia, dan dialah tutor aku walaupun aku tak minta diajar pun. sekarang ini kalau dia nak tegur aku pun, dia akan buat style macam abang aku menegur aku.

Mesti ada, ‘ish..’but in English version. ( susah nak cakap , kene tengok sendiri dia buat)

He will acting like he wanted to span my head ( hey.!!! tapi tak pernah bersentuh ok!), macam main olok-olok, pastu dia akan cakap baik -baik dan betulkan kesalahan ku.

Selain dari patient yang selalu mengucapkan thank you setiap kali aku ambil darah dan bertanya khabar mereka, selain daripada nurse yang amat baik dan mesra dengan aku, mungkin registrarku inilah yang menjadikan hidupku di sini bermakna dengan ilmunya juga. Rasa betul-betul best jadi manusia yang bukan robot. Kita buat yang terbaik untuk manusia, regardless siapa mereka.

Mungkin antara paling aku terharu, Ian sanggup menolongku membuat audit, making sure I know what Im supposed to do, walaupun aku tak minta pun…

btw, Ian tu dah kahwin dan dah ada anak ok..

Mungkin juga mereka ini semua mat salleh, dan tidak beriman pada Allah, dan benar aku kagum dengan ciptaan Allah ini… setiap manusia pasti ada fitrah baik dia, walaupun mereka itu kafir pada Allah..

Setelah separuh hari bekerja, aku akan mengemudikan diriku menuju ke chapel, satu-satunya tempat aku bersolat, walaupun terdapt banyak kerusi dan piano gereja di situ. Kesedihan sentiasa bermuara di hatiku, kerana aku satu-satunya insan yang memakai tudung di situ. Tiada yang lain. Dan tak pernah langsung aku berpeluang untuk berjemaah di hospital itu. ( tak talah camne orang lelaki solat jumaat kat sini) Dan semua staff di situ kenal aku. Nur yang satu-satunya memakai tudung. ( aku memang tak ingat nama mereka semua!)

dan hari ini, buat pertama kalinya aku melihat seorang lelaki muslim masuk ke chapel menunaikan kefardhuan Muslim pada Tuhannya itu. Kaget amat. sepanjang aku di situ, walaupun ramai registar yang muslim, tak pernah langsung kami bertemu di chapel itu.

Memang, solat selama beberapa minit itu amat menyegarkan jiwa dan perasaanku, serta selalu membuang kantukku. MEmang terkadang bosan dan tak tahu kenapa perlu buat kerja ini. Alhamdulillah, orientasi ini dibetulkan semula di saat menghadap wajah Allah.

Saat pulanglah yang paling menggembirakan aku.

Entah kenapa.

Sebab aku tahu, masuk sahaja aku dalam keretaku untuk pulang…

Inilah dia masa dakwahku!

Yeay!

Dan dalam kepayahan dan kesukarannya menempuh perjalanan ini, bayangan adik-adikku sentiasa mewarnai kaca mata hatiku.. Sentiasa mengingatkan aku, ‘ I cannot quit! I cannot follow the flow! I have to fight!’

Secara logiknya, memang penat bila berjam-jam berada di hospital, tapi ada sebuah wajah yang sering berada di hatiku, dan aku tak mampu kalah dengan diriku sendiri, kerana aku tahu, jika aku lemah, keseluruhan jiwa-jiwa yang berada di bawahku pasti lemah juga.

Dan alhamdulillah. Perjalanan selama 40 minit- 1 jam utk pulang dipenuhi dengan update-update dakwah di kawsan dan nasional. Tentu berborak dengan akhawat, cukup kuat menjadi magnet, menarik semula diri ini dari perkara keduniaan kepada akhirat.

Best sangat.

Dan malamnya pula, ku penuhi hak adik-adikku di sini, yang baru dan lama.. tentu kerja ini tidak mudah, kerana takde siapa yang mahu keluar dek kebekuan yang amat di luar sana ( indahnya duduk dalam duvet kan?)

Inilah dia hidup saya, seorang manusia biasa seperti antum juga. Saya bertemu dengan makna kehidupan saya pada dakwah ini, dan saya temui bahawa apa yang saya alami semuanya make sense dan memang tepat untuk saya.

Dan di saat saya lemah dan putus asa menantikan jawapn pada takdir masa depan yang tidak menentu, di situlah saya menemui sebuah ketsabatan pada jalan yang panjang ini.

Ku bertahan di sini kerana Mu Ya Rabb. Untuk terus memikul amanah ini, walaupun terlalu banyak ujian melanda..

antara harta paling berharga di dunia ini, adalah nikmat tsabat berada di atas jalan dakwah dan tarbiyah ini..

kerana kestabatan itulah yang dapat menghantar kita ke syurga..

tak kira kita berada di fasa mana sekalipun, be it single or married, student or working, tugas kita tetap sama.

kita adalah duat.

Untuk yang mahu mengenali diri sini, inilah hidup saya.

PS: ada seorang patient kat sini, dah sebulan di sini, kami ingat dia akan mati soon, tapi memang tak mati-mati lagi. memang dia amat nazak. tapi Allah lambatkan lagi kematian dia..

tadi dia cakap dengan seorang consultant saya yang memegang lembut tangannya’

‘Im tired… can you make things even quicker? ( kematian dia itu)’

‘Be patient dear, the time will come..’ begitu kata consultant ku

ya Allah. cane eh kalau kita ini beriman pada Allah? samada ada takut mati tak sempat taubat, atau tak sabar-sabar nak jumpa kekasih kita? I wonder, kalau nenek tu tahu azab seorang yang kafir, adakah dia nak mati cepat-cepat sebelum bertaubat?

Allahummakhtim lana bilhusnil khatimah, wala takhtim alaina bissuuil khatimah.

Ya Allah matikanlah kami dengan sebaik-baik kematian, jangan Kau matikan kami dengan seburuk-buruk kematian.

Wallahuam,

Until I pencil my thought again,

Muharikah

November 09.

Advertisements

13 thoughts on “It’s me

    daradah said:
    November 11, 2009 at 2:16 am

    salam..

    nowfara said:
    November 11, 2009 at 4:35 am

    Salam.

    Ukhti…istimewanya….

    Arifah said:
    November 11, 2009 at 11:41 am

    Jazaillah sis.

    Have often wondered how the “human” side of you looks like. Selalu tengok part “daei perkasa” jek. Hehehe. It makes emulating you not so impossible after all.

    Semoga terus tsabat kak. Doakan kami di sini.

    Salam rindu,
    =)

    kak mimi said:
    November 11, 2009 at 2:08 pm

    Semalam tiba-tiba ada org suruh akak doakan supaya supervisor akak yang baik hati itu diberi hidayah….tak pernah terpikir pun sebelum ni. Bagusnya kalau dia seorang Muslim. |Dah la baik hati sangat2…

    ainulmardhiah said:
    November 11, 2009 at 2:34 pm

    Slm akak.

    Macam akak berada dpn saya je, cerita2 pasal diri akak.
    Alhamdulillah.

    Jzkk…

    ainulM

    aizadiha said:
    November 11, 2009 at 6:51 pm

    salam ukhti.ahhh..will be experiencing all that soon. -_- takutnya, xtau kemampuan diri..mampukah jadi kuat perkasa macam akk.. sangat2 inginkan ketsabatan hadiah paling berharga tu..
    insyaAllah
    insyaAllah
    insyaAllah..dengan pertolongan Allah semuanya possible
    terus berusaha kakakku
    pray for us too

    ^-^

    qumfaanzir said:
    November 11, 2009 at 8:17 pm

    salam kak,
    saat itu selalu dinanti kan?
    ayuh assignment, cepatlah siap!! aku ade kerja lain!
    betapa bestnye perasaan ‘bebas’ itu.. hanya mereka yg mahu akan
    merasainya πŸ™‚

    jazakillah sis atas sharing.
    selalu envy melihat kesibukan ‘mereka2 itu’,
    sbb lagi susah bila diuji dgn kelapangan waktu kan?

    yeah, usaha lagi..
    like pakcik said, jgn tggu…jgn tggu…jgn tggu!!
    wah! meaningful betul kata2 itu πŸ™‚

    ainul arina said:
    November 13, 2009 at 4:54 am

    salam akak..

    saya banyak belajar dari sini tentang susahnya nka hidup sebagai DR2. Kalau dulu rasa macam saya punya jalan dalam hal ni susah sangat, rupanya baru tahu ramai lagi yang lagiiiii susah. Apa-apapun, yang penting bak kata mereka, lebih susah, lebih kuat, lebih allah sayang, lebih allah tolong..

    Bitaufiq ~ ^_^

    Doakan saya seistiqamah akak. Iman ni yazid yankus melampau sangat rasanya.

    muharikah responded:
    November 14, 2009 at 7:55 am

    daradah –> salam… πŸ™‚

    nowfara –> anti juga seorang yang istimewa…

    arifah –> im also a human being dik…. πŸ™‚ , we all are…. and I also still learning to be a better daie and His servant, day after day..

    k mimi —> kdang2 kita doa je mereka masuk Islam, tapi kita pun tak ajak mereka betul2 kenal islam kan kak? ish ish…ni nasihat utk saya sendiri neh!

    AM –> know what? having u as a sister really made me fell young at age ! Pleasse and please dont let me stop giving u guys something ok for your soul… dont let me ever stop.uhuhuhuh

    aiza–>huhuhuh… ekceli takut jugalah QS nak grad tahun depan dn nak keje kat malaysia… cane eh? kene buat daurah sebelum balik for good nanti, dan kene ada mindset keje kat malaysia cane dan bagaimana nak cope antara dakwah dan kerja.

    Qumfaanzir! –> jangan putus asa dan lemah semangat atas ujian sepele ok? kuatkan juga hati awak dan terus menyentuh manusia memberikan hidayah buat mereka.. i know u can do it!

    ainul arinaa –> sedapanya nama anti ni… mencabar eh medic kat jordan? kita sama2 doa agar diri kita sama tsabat ya dik!

    asiah said:
    May 5, 2010 at 1:21 pm

    assalamualaikum

    entah mcm mane sdg saya cari idea utk mentajmik adik2 tiba2 boleh sampai ke blog akak.. kagum dan insaf melihat kesungguhan akak yang bersemangat utk berdakwah walaupun sibuk dgn tugas lain.. saya sebenarnya baru bergiat aktif dlm bidang dakwah ni sbg penggerak.. selama ni saya hanya manusia biasa yang masuk usrah sbb nak tambah ilmu dan memperbaiki diri sedikit demi sedikit..

    saya akui, sebagai manusia biasa yang baru mula nak aktif dlm mengajak orang lain join usrah ni mmg kadang2 saya rasa tak tertanggung beban. dgn rasa rendah diri yang teramat sbb rasa belum layak, dan dgn perasaan mudah kecewa bila program yang dianjurkan tidak dapat sambutan, tiap2 minggu saya cuba lawan perasaan patah semangat dan cuba cari kekuatan utk terus bertahan.. ble fikir balik, nabi nuh dulu dakwah kpd umat dia beratus ratus tahun dan tak ramai pun yang ikut, apa sangatla nak dibandingkan dgn saya yang baru buat program sekali dan org tak datang.. kadang2 malu dgn diri sendiri yang sangat lemah dan tak tahan dgn ujian, padahal mengaku inginkan syurga..

    dgn takdir Allah saya jumpa blog ni, mungkin sbg tazkirah buat saya di malam ini, Alhamdulillah. semangat bila tgk akhawat2 lain bersemangat nak siapkan assignment sbb tak sabar nak berdakwah..

    by the way, boleh ke kongsi cara bagaimana nak mentajmik adik2 yang agak keras sedikit (buat program taknak datang, etc.), nak juga belajar dari org yang da berpengalaman=))

    muharikah responded:
    May 7, 2010 at 11:03 am

    salam asiah,

    jzkk kerana sudi melawat dan bertapak di blog ini. hurmm.. segan plak rasa, saya takdelah pandai sangat dik.huuh

    iALlah nanti saya buat entry baru utk awak k? uhuhhu

    […] Entry ini untuk asiah yang bertanya saya pada entry https://muharikah.wordpress.com/2009/11/11/its-me/ […]

    […] Entry ini untuk ukhti asiah yang bertanya saya pada entry https://muharikah.wordpress.com/2009/11/11/its-me/ […]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s