Kesibukan itu satu rahmat

Posted on

salam

terkadang saya kesian tengok adik2 saya yang tak boleh nak cope dengan multitaskernya dan sibuknya hidup saya..

dulu waktu saya buat open house di rumah saya pun illi, teman baik saya di alamin pun pening tengok saya. even 3 jam sebelum rumah terbuka tak buat apa2 lagi pun.. illilah juga banyak tolong saya untuk menjadikan rumah itu terbuka.. hehehe..

sehari selepas itu saya baru balik kerja seminggu waktu malam. esoknya ada liqa di tempat lain. Malam sebelum itu barulah dapat beli ayam untuk rumah terbuka..

tapi memang masa kita akan sentiasa sempit, bagi mereka yang mencari ruang-ruang kebaikan dalam setiap saat dalam hidup dia..

Saya masih ingat zaman UG saya mengenal tarbiyah dan dakwah. Dahulu kesemua ahli usrah saya semuanya buat medic ( kecuali sorang akauntan dan engin), tapi memang life kami amat hectic jugalah..

usrah kami kesemuanya di luar kawasan. ( usrah anak binaan). Paling kurang perlu travel 40 minit perjalanan. Ada yang 2 jam. bayangkanlah ada seorang ukht, balik dari kelas, terus jumpa ana usrah dia, dan esoknya ke kelas lagi ( dengan perjalanan 40 minit- 2 jam tu)

dalam masa yang sama, dia juga adalah final year/4th year medic..

dan saya masih ingat, ketika itu MSM baru nak aktif semula setelah sekian lama Ug tidak datang ke UK. Time itu jugalah kami menjadi muassis( pengasas) kepada dakwah UG di sini..

kerja-kerjanya bukan sedikit..

daurah-daurah
DF-DF
program-program..

Sebab nak mulakan Qaidah sulbah baru di Uk ini..

dalam masa yang sama, kami jugalah yang menulis majalah untuk IMAM ( PPIM) dan juga untuk MSM sendiri..

Serta involve actively dalam IMAM. ( kesemua kami memegang post tertentu dalam IMAM)

dan kami jugalah yang memikir dan merancng dakwah UG di seluruh UK ..( yang berada bawah sistem MSm)..

dan alhamdulillah..

semua dari kami berjaya graduate dengan jayanya..

Allah Akbar..Alhamdulillah wa astaghfirullah..

tentu semuanya adalah pertolongan dari Allah semata-mata..

Satu yang saya belajar dari teman seperjuangan saya itu adalah…

they never say no to dakwah..

dan all their life, is to devout to Him..

and Him only..

dengan kerja-kerja dakwah itulah yang memberikan kekuatan bagi mereka, dan lebih dekatkan diri pada Allah..

dan dengan dakwah itulah yang menyebabkan otak mereka sangat senang meresap pelajaran mereka dan memudahkan Allah menolong mereka.

namun satu lagi yang saya pelajari adalah:

kita kene sangat berdisiplin dengan masa dan jadual hidup kita.

jangan menyekat kemampuan anda selagi boleh. Kita sangat bolehhhhhhhhhhhhhhhhhh buat banyak perkara, cuma kite kene atur semua aktiviti hidup kita agar tidak berserabut.

Antara perkara yang kita boleh buat, supaya kita dapat buat banyak benda adalah:

i) belajar untuk jadi multitasker

– gunakan masa sebaiknya. Jangan biarkan masa sesaat terluang.
-di saat makan, pastikan dapat DF dengan adik-adik juga. Masa tengah drive, dengar ceramah di MP3 atau follow up mad’u. masa tengah cek emel, chat juga dengan adik-adik ( walaupun tak muntij)
– cuba lakukan banyak perkara dalam satu masa, cuma satu je korang takleh nak buat secara multi tasker : belajar, ibadah(solat dsbrnya) serta tidur. Yang selain dari itu boleh.

ii) setkan taqwim utk setahun
– kita semua kene ada 2 taqwim selama setahun. Satu untuk dakwah , satu untuk study. Dari situ kite tahu jadual hidup kita dengn lebih teratur tanpa bertindih sedikit pun, serta dapat prioritisekan program-prorgram mana patut pergi, mana yang tidak.
-begitu juga dengan study, terkadang tak perlu study group tiap-tiap minggu, cuma ambil waktu yang betul-betul kita discuss dengan member kita untuk lebih kita faham pelajaran kita itu.

iii) Tuliskan semua aktiviti anda dalam diari.
– sebab itu sangat sesuai untuk menghadiahkan anak binaan sebuah diari.
– semua aktiviti, dan idea-idea kita , susun dalam diari tersebut. Kadang-kadang kita selalu je teringat nak buat banyak benda. Tengah study teringat nak tulis emel tentang program. Instead of terus tulis emel, fokus study dulu, tulis idea dalam diari, lepas sahaja study, baru tulis emel itu..
– dengan ideanya diari, kita dapat susun aktiviti kita,mengikut masa yang paling sesuai untuk melaksanakannya.


iv) update jadual harian

– perlu taat pada jadual mingguan/harian kita. perlu juga diupdate mengikut perubahan jadual kelas dan program. Terkadang ramai orang yang full setiap malam sebab adanya meeting dan usrah. Maka, perlulah adjust juga jadual belajar accordingly mengikut kesibukan diri anda, Tapi jangan jeopardise masa study!

-begitu juga jadual hidup kita akan berubah bila tibanya musim exam. So masa-masa untuk meeting dan usrah boleh dikurangkan according to that.

v) kenali potensi diri.
-ada orang cepat je faham. ada orang lambat. Paling penting kite kene terima diri kita, cepat, atau lampi…huhuhuh… kalau cepat, then, amal dakwah kenelah lebih banyak. Jika perlukan masa untuk hadam , then gunakan masa sebaiknya.tak apa terkebelakang sediikit dalam dakwah, asalkan awak tahu dan sedar, yang memang awak perlukan sedikit masa untuk hadam dan faham study awak.  Paling penting perlu kene cara study tersebut.

vi) study smart
– setiap course berbeza cara study dia. Namun apapun, gunakan masa di kelas/hospital masa study yang sebaiknya. jangan fikir pun tentang perkara lain. Fokus, faham dan hafal study kat sekolah/hospital. Jika ada kerja-kerja lab, habiskan di situ, jangan bawak ke rumah.. kerana rumahlah tempat dakwah kita. Terkadang mmg takde masa nak buat apa-apa once dah balik rumah.
– gunakan cara terbaik untuk study. tak semua orang sama cara study. gunakanlah cara study yang paling mudah dan sesuai utk kamu semua.. ada yang study group. ada kene buat. ada kene dengar lecture banyak kali. terpulanglah.

vii) pergantungan pada Allah…

inilah paling ulimatenya..dan perlu sangat ingat, Allah je yang berikan kita kejayaan. bukan usaha kita pun.. kalau Allah beri kejayaan pun,memang dia nak suruh kita gunakan kejayaan itu untuk Dia juga..

banyaknya lagi nak share.. tapi harapnya yang sedikit dan bercelaru sedikit ini banyak memberikan manfaat…

cuma satu sahaja saya pesan, gunakan masa study kamu untuk dakwah, sebab masa bekerja dua kali ganda lagi sempit dari study..

jika kamu tak boleh nak cope time kamu study, bagaimana pula ketika kamu kerja kan?

Lapangnya masa itu bukan pada berapa jam dan mint yang kita ada.. namun lapangnya masa itu pada keberkatan setiap saat yang Allah berikan pada kita, dan semuanya itu menghasilkan amal. ( maknanya, tak semestinya belajar 2 jam akan faham. Belajar 30 minit pun ok, jika berkat dan jika Allah beri kefahaman itu. Nak dapat kefahaman itu kene doa, minta Allah bukakan hati, jauhkan diri dari maksiat, serta belajar secara efektif insyaallah..)

ok. nak tidur sangat juga..Moga kesibukan kita menjadi rahmat.. Antum boleh buat banyak perkara dengan jayanya! percayalah! Cuma antum kene percaya antum mampu lakukakannya! nescaya Allah akan mudahkan juga….

 

 

PS: kalau perasan, dah takde gambar dalam entry-entry saya…huhuhu… sorry…

sayang antum,

muharikah

Advertisements

12 thoughts on “Kesibukan itu satu rahmat

    snowss said:
    November 4, 2009 at 5:14 am

    bagusnye …artikel enti…ley sharing tk nak berhubung dan berkongsi pasal dakwah…sngt menarik…-akhawat utm-

    aizadiha said:
    November 4, 2009 at 6:35 am

    akak!
    boleh tulis buku=)

    baru sy tahu knp akak hadiahkan kami diary..huhu
    iALLAH, akan terus mencuba manage masa.. jzkk ukhti.miss u as always

    Faiza said:
    November 4, 2009 at 11:37 am

    Assalamu’alaikum Aisyah…

    Sangat menarik artikel ini…Sangat berguna…Jazakallah diatas perkongsian ikhlas ini…Sangat saya hargainya…

    Aisyah, harap kita dapat berjumpa di Glasgow pada weekend ini…Saya akan ke sana dengan Sakeena,InsyaAllah…

    Moga Allah permudahkan segala urusan dan perjalanan…

    Salam Ukhuwwah dr Preston,Lancashire:
    -Faiza-

    nowfara said:
    November 4, 2009 at 1:40 pm

    Ya Allah, artikel ni betul2 kena dgn situasi ana sekarang ni.

    Jazakillah muharikah dengan perkongsian ini.

    ZahirahzahiD said:
    November 5, 2009 at 9:53 am

    Sangat suka baca tulisan akak.

    Terlalu banyak manfaatnya kak.

    Semoga kita semua dikurniakan keberkatan masa yg sering terlupa untuk dilihat.

    =)

    mawaddah said:
    November 5, 2009 at 11:59 am

    k aisyh syg,
    baru sy fhm kenapa akak webcam ngn sy sambil lipat kain=)

    ooo,buku SCOTLAND tu utk diary ke?sy buat buku usrah(~_*)
    jzkk k aisyh..setiap kali sy berusrah teringt,masyaallh byknye pahala k aisyh..

    inni uhibbuki fillah ukhty=)

    muharikah responded:
    November 5, 2009 at 4:28 pm

    salju sakinah… bestnya nama tuh!! harap akhawat utm semua ok kat sana!

    aiza –> lamaaaaaaaaaaaaaa dah nak tulis utk semua para duat yang study… tapi…huhuhuh.. hadiah tu tanda ingat dan cinta saya pada kamu semua! chewah..ehhehehe

    faiza –> bestnya faizah nak datang ! Tapi saya macam kene tgk orang sakit je wiken ni, so cam tak dapat nak join ISK tu pun..huhuhuh.. tapi iAllah kita akan jumpa ok?

    nowfara –> ni man satu ni? aifa ke, fazilah ke munirah? salam ukhuwah buat antum.. teruskan perjuangan k?

    zahirah–> jzkk ukhti….

    mawaddah–> tulah, kene buat banyak benda dalam satu masa, walaupun ramai je kecik hati kalau time saya YM dengan mereka tapi saya tak dapat nak layan betul2.. afwan semua….

    raziana said:
    November 14, 2009 at 8:27 pm

    Subhanallah..sgt2 ske dgn penjelasan k aisyah…very precise and meaningful to me…:)

    muharikah responded:
    November 17, 2009 at 9:35 pm

    salam raziana.. masuk juga blog saya eh?heheheh
    harap membantu anti kat bawah sana 🙂

    aisyahSuki Oz said:
    December 20, 2009 at 11:09 am

    Salam akk…sgt2 bguna!
    Teringin nk tahu btul2 cmne akk setkn takwin tahunan akk..
    leh share?

    amirahsaryati said:
    January 10, 2010 at 11:09 am

    Salaam, kak aisyah.. mintak izin copy ya? nak letak di blog, moga ramai juga yang manfaat.. yup indee, medical student sgt bz, tapi kena pandai manage.. 🙂

    muharikah responded:
    January 11, 2010 at 1:22 am

    aisyah –> afwan tak perasan sis!

    amirah –> boleh insyaallah. silakan.. ubahlah mana2 yang patut ye..huhhu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s