bersabar adik….

Posted on Updated on

Alhamdulillah hirabbil alamin, Allah yang memberikan nikmat hidayah dan islam..

Selawat dan salam pada rasulullah yang menunjuki jalan berduri namun manis ini.. tentu menyelami sirahnya takkan pernah habis dapat digali mutiara berharga di dalamnya. Serta mendalamkan cinta kita buat baginda…

Dunia dakwah dan tarbiyah kita ini sangat banyak mengajar kita akan sebuah kehidupan yang panjang, warna warni dan tentu misteri..

Kadang2 kita rasa jalan yang kita lalui ini pasti mencapai kejayaan.

Tatkala melihat wajah naif anak binaan kita memandang kita penuh syahdu, meminta-minta jirusan hidayah ke dalam kekontangan hati mereka..

Maka kita gembira melihat mereka mengelilingi halaqah kita. Kita merasa seronok berkongsi apa yang menjadi keindahan buat jiwa kita..

 

dunia Islam, tarbiyah dan dakwah…

 

Dan kita tanam pada jiwa mereka, mereka perlu menjadi pewaris kepada dakwah ini, agar mata rantai islam takkan terputus-putus… Kita berharap sangat akan ada pewaris kepada tugasan Rasul ini..

Namun, sedetik itu jugalah Allah yang memegang hati manusia ini membolak balikkannya…

Dan diri kita tersadung, terjelepuk serta terkedu.

 

di mana silap kita sehingga mereka terus berpaling dari kita?

Bagaimana agaknya Rasulullah, kekasih kita tatkala melalui kota Thaif..

dengan sandalnya..
dengan panas teriknya..
mungkin dengan seekor unta menjadi peneman,
dengan kepayahan lamanya perjalanan…

Baginda berjalan, penuh berharap,
penuh dahaga dan lapar,
kiranya ada tuan rumah sudi menerimanya bertandang,
bukan sekadar memberi roti dan air,
namun mahu menadahkan telinga mendengar kalimah sebuah risalah..

bayangkan Rasulullah, berjalan adikku…
berjalan…

berhari-hari,

penuh penat,

penuh harap,
akan ada manusia mendengar risalahNya..

Namun hadiah mereka kepada baginda adalah batu-batu kerikil yang menghunjam ke tubuh baginda yang suci itu!

Batu-batu yang melukakan kaki dan tubuhnya!!…

Kesedihan apa lagi yang paling dahsyat selain dari itukan? ( Tak dapat bayangkan kita di tempat rasulullah kan?)

Sehingga malaikat terus menjadi marah dan geram pada Thaif, dan lantang mahu menebalikkan bumi Allah itu…

dan Baginda hanya berkata :

‘ Jangan, mungkin anak cucu mereka pasti akan menerima risalah Allah ini…’

Ya Allah…. selawat ke atas manusia suci itu… yang menanggung sengsaranya emosi dan fizikal di jalan dakwah ini…

kerana cintanya pada Allah, dan risalah ini..
baginda berjalan menempuh perjalanan yang panjang, penuh sukar..
kerana mahu manusia merasai apa yang dia rasai dalam jiwanya yang sasa itu…

Merasai nikmat sebuah hidayah Islam..

Nikmat mengenali Rab, Ilah dan Khaliq sekalian alam; itulah Allah rabul jalil..
Nikmat keluar dari belenggu jahiliyah yang sempit, kepada keluasan Islam tanpa batas…

 

walaupun terpaksa berhadapan dengan sakitnya hati, jiwa dan fizikal kerana tentangan Thaif,

 

namun atas nikmat itu, dirasai ujian itu terangkat, dan dilupai terus! Tak mahu langsung dibalas oleh bantuan malaikat.

Kerana nikmat itu!

 

Dan kerana nikmat itu jugalah, kita tempuhi jalan ini,
Penuh mehnah, ranjau, kepayahan, kesusahan, keperitan dan kepedihan..
Dan kita datang, saban minggu, mengajari mereka, mendidik mereka, dan mereka memberi harapan pada kita, bahawa mereka mahu tsabat di atas jalan ini..

Namun takdir Allah menentukan, akhirnya mereka pergi jauh dari kita..

membawa diri,
mencari identiti
dan makna diri,

tak mahu terikat pula dengan ‘belenggu’ islam/dakwah/tarbiyah ini..

dan akhirnya mereka makin jauh, dan amat sukar digapai oleh kita..

dan tentu kita amat sedih dan tertanya-tanya : apa salahnya pada tarbiyah kita berikan pada mereka?

atau adakah ini balasan Allah pada dosa-dosa kita?

pada kurangnya tahajud, hafazan, dan tilawah?

atau kerana kita lupa sangat-sangat…

yang sebenarnya kita mahu mengajak mereka mengenali allah, meletakkan ubudiyah mereka teratas kepadaNya… cuma yang kita fikirkan mungkin, kita nak sangat pelapis di jalan dakwah ini.. ( sebab kita sangat sedikit, dan kerja dakwah sangatttttttttt banyak, dan kita nak ramai orang tolong dakwah ini….!!)

dan tentu kita nak mereka rasa, bestnya hidup dalam dunia dakwah ini!, dunia yang memang memelihara kita dari lagha dan kepenatan hidup di dunia…

ataupun inilah dia….

supaya kita rasai sangat, apa yang Rasululllah rasai di Thaif

dan Rasul2 yang lain rasai di sepanjang perjalanan hidup mereka..

أَمۡ حَسِبۡتُمۡ أَن تَدۡخُلُواْ ٱلۡجَنَّةَ وَلَمَّا يَأۡتِكُم مَّثَلُ ٱلَّذِينَ خَلَوۡاْ مِن قَبۡلِكُم‌ۖ مَّسَّتۡہُمُ ٱلۡبَأۡسَآءُ وَٱلضَّرَّآءُ وَزُلۡزِلُواْ حَتَّىٰ يَقُولَ ٱلرَّسُولُ وَٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ مَعَهُ ۥ مَتَىٰ نَصۡرُ ٱللَّهِ‌ۗ أَلَآ إِنَّ نَصۡرَ ٱللَّهِ قَرِيبٌ۬
Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga, padahal belum sampai kepada kamu seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit serta digoncangkan , sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah? Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah). (2:214)

Tentu juga kerana Allah mahu menyucikan jiwa kita… dan membuatkan kita betul-betul faham, kenapa kita buat kerja dakwah ini…

makin kuat kita diuji, makin dalam kefahaman kita di atas jalan dakwah ini, dan makin dekat kita dengan Allah, serta tsabat insyaallah…

dan tugas kita hanya memberikan peringatan, mengajak mereka mengenal jalan yang lurus dan benar ini. Jalan yang pasti menghantarkan kita semuanya ke syurga insyaallah..

namun memang lumrah, ada manusia menerima, ada yang menolak..

dan apa yang kita dapat pelajari di sini adalah, tebarkanlah jala dakwahmu sebesar mungkin, namun berdoalah agar hidayah itu sampai pada mereka, dan berkekalan di dalam jiwa mereka..

di dunia ini, berapa ramai sahaja yang akan menjadi pekerja Allah..

lebih ramai yang menjadi penonton semata-mata..

tak apalah jika Allah extractkan pada kita, kualiti manusia yang benar-benar Allah pilih untuk mengembani risalah ini. Moga-moga mereka akan dapat mengukuhkan saff Hunain kita ini..

Ingatlah ketika ramainya musuh menyerang hendap kaum muslimin di medan perang Hunain, ribuan orang muslimin di tika itu bertempiaran lari menyelamatkan diri kerana terkejut bangat diserang tiba-tiba..

sehinggakan Rasulullah berteriak..

‘ Wahai orang-orang beriman!!! Aku ini Rasulullah!! Aku ini Rasulullah!! Muhammad bin Abdullah!!Maralah bersama aku!!’

Kerana ketakutan yang amat, mereka tidak mendengar kata-kata baginda, sehingga Abbas terpaksa berteriak pula kepada mereka,

Wahai kaum Ansar! Wahai pasukan yang berbaih di bawah pohon samurah ( sewaktu perjanjian Aqabah)!

Lantas ada yang terdengar dan terus menyahut:

ya! Kami sedia menerima arahan!

Sehinggakan ada dikalangan sahabat yang untanya tak mampu untuk berpusing semula ( barangkali kali takut juga?) turun dari untanya dan berlari mendapatkan Rasulullah…

dan tahukah adikku, berapa ramai sahaja yang terus menerajui peperangan Hunain itu dan memperolehi kemenangan?

100 orang!

ya, dua kosong, 100!

dan bilangan asal tentera Islam adalah 12000 orang. 10000 adalah dari kaum madinah, dan 2000 adalah orang yang baru masuk Islam setelah fathu makkah…

Ya Allah, itu kiranya 0.1% je !!
dan akhirnya Allah turunkan rasa takut musuh kepada orang mukmin walaupun teratmatlah sedikit orang mukmin di tika itu…. Dan atas dasar taqwa dan iman kepada Allah itulah, akhirnya mereka menang di Hunain…

Allahu akbar!!

Kiranya, cukuplah dapat kita cari 0.1% itu! Mereka yang dapat bersama kita memikul beban dakwah ini bersungguh-sungguh hingga ke penghujung hayat mereka….

dan tentu kita perlu tebarkan islam pada semua orang, tetapi jangan kecewa jika kita hanya mendapatkan 100 orang dari 12000 orang kita ajak…

ataupun 1 dari 100 orang yang kita ajak…

tak apa… Allah memilih hamba-hamba yang mahu diwariskan risalah ini…

Berdoalah,kita yang beramal.. keputusannya Allah yang beri..

 

mungkin dengan tak ramai pengikut ini, Allah nak bersihkan hati kita dari rasa bongkak, takbur dan yakin diri, supaya kita betul2 rasa, adik2 yang dapat menjadi pekerja dakwah ini, bukanlah kerana tangan kita pun yang mendidiknya,tetapi kerana hidayah Allah semata-mata..

 

 

allahualam..

 

buat adikku, bersabarlah…

 

wassalam

akakmu

Advertisements

18 thoughts on “bersabar adik….

    hawariyyin said:
    October 29, 2009 at 1:05 am

    salam..

    gud article, masyaAllah..

    memujuk tapi juga memberi ruang untuk refleksi diri..

    mintak izin copy paste..

    jzkk..

    wslm

    maisarah said:
    October 29, 2009 at 7:16 am

    salam kak aisyah

    jazakillah sister!

    aizadiha said:
    October 29, 2009 at 2:32 pm

    🙂
    artikel2 akak yang membelai.macam sajak tapi bukan.. full of nasihah,yet very soft..
    best=) as always…

    miss u ukhti..
    ape kata kadang2 kita berwebcam jugak, mcm dulu kan? hehehe
    take care
    assalamualaikum

    anak-anak-nil said:
    October 29, 2009 at 2:33 pm

    subhanallah.
    sgt best, sgt memotivasikan, dan menusuk jiwa.
    baca dan hadamkan. merasa ada ketenangan.
    syukran sis.

    muharrikdaie said:
    October 29, 2009 at 5:04 pm

    Salam Muharikah,

    Sirah dan sejarah Rasul mmg banyak gigitan lukanya.
    Bukan untuk dijadikan memori atau sekadar mengambil ibrah sebagai pusaka ilmu tapi apa yang berlaku dan dilalui oleh Rasul adalah sebagai message kepada kita untuk berada dlm sirahnya….

    …justru kita duat ini kini berada dalam sirahnya.

    Sedang melalui sedikit sebanyak tribulasi jejaknya dan dpt merasa pahit dan payau serta jingga bahangnya …

    ….dan insyaallah semuga kita semua akan sentiasa istiqamah bersama sirahnya dan akan terus tabah, setabah rasul memasuki selat hunain dipagi hening itu bersama baghal putihnya dgn melontarkan kalimah

    ” Anan Nabyu la kazib” ( Aku Nabi tidak berdusta )
    ” Ana Ibnu Abdul Mutallib ” (Aku Cucu Abdul Mutallib )
    tanda mulianya Rasul sebagai cerminan kita.

    Dan kita, semuga tidak berdusta dijalan ini! Insyaalah

    Good entry. Kupasan yang baik.

    Jazakallah hu khair
    http://muharrikdaie.wordpress.com

    MSAH said:
    October 29, 2009 at 6:09 pm

    masyaAllah…sangat menyentuh jiwa

    barakallahufik!

    salwa said:
    October 29, 2009 at 8:57 pm

    salam..kak aisyah..
    jazakillah..
    rsa bersemngat kmbali..
    barakallahu feek

    fathiyyah said:
    October 29, 2009 at 9:46 pm

    salam

    kak,senanya sy merasa down. huhu mmg terkena pada diri sendiri..

    Terima kasih kak. Sy janji akan berusaha sehabis mungkin

    ZahirahzahiD said:
    October 30, 2009 at 8:43 am

    Assalamualaikum wth,

    Bergetar.

    Terima kasih.

    Bawalah ‘Nur’ ini dan tembusilah ‘kejahilan’ ini dengan ‘nur’ ini.

    uknowme said:
    October 30, 2009 at 7:22 pm

    salam syah,

    i felt like adik2 tu 2 months ago, as in sedih, penat etc….
    this is the answer that i was searching for…
    thank u so much…

    lili said:
    October 31, 2009 at 6:38 pm

    Salaam ka aishah fillah 🙂 if u still rmmbr me eventho we hvnt met yet. Jazakillah kk atas sentuhon topik ini. Kesakitan hati ini meruap, kesal, namun atas peringatan bhwa kita hanya mesti terus terus terus berusaha, dan Allah lah yg mengubah hati seseorang itu..dan kita tidak mengetahui apa yg Allah ketahui. Semoga terus tsabat di dlm prsinggahan dunia ini 🙂

    azhariyyah said:
    October 31, 2009 at 6:49 pm

    Semoga kita sama2 thabat ukht..selalu je masuk blog ni,tp x pernah tinggalkan jejak.semoga kita berjumpa satu hari nanti..uhibbuki fillah 🙂

    mawaddah said:
    November 1, 2009 at 5:58 am

    slm akak,
    jazakillah,benar2 memujuk hati ini,
    buat sy terfikir & muhasabah byk=)
    kalau nabi pon 0.1%..kita yg penuh kefuturan dan dosa apatah lg..
    ayuh!jgn pts asa~

    rindu akak,
    jika ada kelapangan kita berborak ye?
    lama xdgr taujihat k aisyh(~_*)

    Arifah said:
    November 1, 2009 at 2:38 pm

    Sis, saya print out untuk sharing dgn aduik2 usrah. Minta izin ya. With copyright insyaAllah.

    Luv Fillah.

    Naufa Insyirah said:
    November 2, 2009 at 3:38 am

    seperti sedang senada. janji Allah lah satu-satunya kekuatan yg tinggal.

    sabar ya. doakan sama-sama tsabat.

    dalam nafas SSC,
    adik beradik kepada adik 🙂

    CeskaHolka said:
    November 7, 2009 at 8:10 am

    Salam Sis,
    menusuk kalbu, kadnag-kala kite terlupa sirah Rsulullah..
    ibrahnya… untuk kite kat jalan neh.
    alhamdulillah.. entry yg bagus untuk membujuk hati tatkala adik-adik masih begitu &begini..
    Jazakiliih!

    amyheidi said:
    November 30, 2009 at 12:54 pm

    Salam akak

    Jazakillah for sharing.

    :), nanti curhat kat akak kai email, ek…

    Amy

      muharikah responded:
      November 30, 2009 at 10:55 pm

      salam,

      ok amy.. i’ll wait for your email k?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s