Kerana manisnya ukhuwah

Posted on

IMG_3763
Plymouth may 09

salam,

Alhamdulillah. Syukur padaMu Ya Rabb, yang mengurniakan aku nikmat tak terhingga di jalan ini.

Fasa-fasa kehidupan ini amat banyak mengajarkan kita pelbagai perkara.

Begitu juga kepulanganku amat banyak mengajar dan mengetuk hatiku.

Dan inilah kali pertama aku pulang ke Malaysia di mana bumi menyaksikan rintikan air mataku.

Sedih dan pilu hatiku ini…

Melihat datukku yang pernah menjagaku ketika kecil, makin tua renta, makin ingat-ingat lupa..( entah, rasa serba salah tak dapat menjaganya dan membawanya ke masjid di saat ini)

melihat adik-adik mutarabbiku..

ada yang ditimpa ujian dalam hidup ini..

ujian keluarga, ujian kerjaya , ujian jodoh..

ada yang terselamat ada juga yang tersadung langkah.

Entah mengapa, ramai antara kita yang apabila tersadung langkah mengambil langkah yang mendekati bisikan hawa dan syaitan…

‘kenapa kau nak bersama mereka lagi? Kau dahlah lama tak datang usrah, kau dah tak layak dah bersama mereka….’

kau rasa layak ke kahwin dengan ikhwah? dah lah program lama kau tak join! kau rasa derang nak ke kat ko? ikhwah pun mmg tak ramai… sanggup ke kau tunggu sampai bila-bila tak kahwin..?’

ramainya akhawat yang apabila mencari jalan sendiri mencari jodoh…. ramai juga terkandas…

ya Allah… sedih melihatnya.

RAkan sebaya yang dahulu sama semangat dan kuat, apabila bergelut dengan kerja dan keluarga, akhirnya kalah pada keadaan, menjadikan mereka bukan lagi pengunjung tetap kepada halaqah-halaqah tarbiyah.

Maka wujudlah sindrom ‘ malu kepada akhawat’ kerana sudah kurangnya rasa iman dan ukhuwah sesama akhawat.

‘Kenapa ya ukhti mereka jadi begitu?‘ melihat kepada akhawat yang masih tsabat, sangatlah mengkagumkan diriku ini.

Ada yang sudah berkahwin, ada yang belum.

‘suami ada yang tak faham. mereka tak faham kenapa kita kene usrah beria sampai pukul 1-2 pagi. kenapa tak boleh macam biasa-biasa sahaja. Selepas itu wiken selalu takde untuk keluarga…’

itulah jawap seorang ukht yang sangat aku kagumi keperibadiannya.

Sewaktu kami bersama di Uk dahulu, dia pernah travel seorang diri naik ferri pada tengah malam untuk pergi program ke ireland. Seorang diri!

Ya Allah… kenapa pilih suami yang begitu?

Dahulu aku teringin sangat untuk kahwin, sampai terkabur matlamat,kenapa perlu kahwin itu..

untuk tuntutan biologi?

Tak tahan pressure tengok teman sebaya kahwin?

Family asyik tanya,’ ko bile lagi? semua kawan-kawan ko dah ada anak dah…’

dan terkadang tujuan dakwah itu terkabur, hanya semata-mata utk kahwin..

namun, murah sangat ke harga dakwh dan tarbiyah sehinggakan sanggup ditukarkan dengan harga perkahwinan itu?

entahlah, setiap orang melalui ujian sangt berbeza, bila kita berada di tempat mereka, mungkinkah nasib kita sama? kita tak boleh menuding jari menyalahkan sesiapa, kerana mungkin kita akan diuji perkara yang sama… la yukallifullah illa wus’ahaa..

Kepulanganku ini juga banyak mengubat hatiku yang luka, dan menyirami kekontangan yang ada pada jiwaku.

Tak tersangka yang aku sebenarnya kehilngan sesuatu yang amat besar dalam diriku sepanjang tahun lepas.

Itulah dia ukhuwah fillah sesama rakan sebaya.

Berjumpa dan bertemu, berbincang dengan mereka yang faqih dan tsabat ini sangat banyak menghidupkan hatiku. Tentulah mereka antara orang paling solehah, orang yang mengigit sunnatullah walaupun badai di malaysia ini sangat mengganas menurunkan nilai-nilai keimanan seseorang itu.

banyaknya hadis-hadis menceritakan tentang kekuatan ukhuwah ini.

Aku tak tahu korang rasa juga perkara ini.

Bagaimana magicnya kuasa ukhuwah ini, dia ibarat mampu mengecas bateri yang hampir kering dan mati itu. dia mengaliri sel-sel badan dan hati kita ibarat cas elektrik mengalir dengan derasnya.

Tenaga, semangat, cergas!

Subhanallah.

Dan tentu saat berjumpa, berbincang dengan murabbi-murabbi, sudah tentu dapat memberikan inspirasi buat iman ini juga. ( jazakumullah ustaz dan ustazah… antum mmg ibarat pelita di dunia ini!)

Memang betul, kita tak boleh berlama-lama tidak berjumpa akhawat. Terutama akhwat yang insyaallah yang apabila kita bertemu dengannya, kita akan mengingati Allah.

sebab bile lama tidak berjumpa, itulah timbul perasaan malu, segan dan akhirnya tak mahu lagi join program.

Terkadang kita ada terasa hati dengan ahli dalam jemaah, maka kita tak nak pergi program.

Terkadng kita pergi program rasa tak meningkat pun, asyik2 cover asas-asas islam, asyik2 ISK, SH, asyik2 usul 20… ( bila nak dengar benda power2 nih! —> lerr.. macamlah dah amalkan semua yang tahu kan?hehehhe_)

terkadang kita malas nak fight dengan mak ayah kita untuk pergi program..( malas nak dengar kene perli, kene marah, kene asyik fikir excuse utk pergi program)

ataupun kita takut sangat nak jeopardize kecemerlangan kita dalam study..

maka kita tak pergilah program itu……..

dan kita tak tahu, bila kita tak pergi program itu..

kita dah buat satu kesalahan yang amat besar untuk diri kita!

Walaupun takde manfaat pun bagi kita pergi program itu, kita kene WAJIBKAN DIRI kita hadirkan diri kita di taman-taman syurga itu. ( hadis:Sahabat bertanya: “Apakah tamantaman syurga itu?” Maka Nabi menjawab: “Iaitulah majlis2 ilmu)

sebab walaupun kita tak dapat apa-apa, kita perlu mencuci diri kita dengan perjumpaan sesama akhawat.

perjumpaan itu akan dapat meruntuhkan suuz zhon, akan menambahkan iman, dan mencuci keresahan dan kelemahan jiwa kita..

Jika sudah lama tidak ada program, maka berziarahlah, carilah akhawat di mana sahaja anda berada. jangan biarkan anda tidak bertemu akhawat lebih dari seminggu…

Bila rasa down dan lemah iman, carilah akhawat, minta mereka berikan taushiyah, minta mereka berikan semangat…

Insyaallah, anda akan temui kuasa yang luar biasa itu!

Almu;minun wal mu’minaat auliyau ba’duhum ba’dha…

benarlah kalam allah itu… orang2 mukmin dan mukminaat itu penolong antara satu sama lain…

penolong menaikkan iman dan himmah..

hingga bertemu di tulisan lain… ..

PS: kerana akhawat, dapat banyak inspirasi utk menulis.. moga kekal dan tsabat…

Advertisements

5 thoughts on “Kerana manisnya ukhuwah

    adik plimot said:
    October 2, 2009 at 5:43 am

    salam..
    setuju dgn banyak mende akk tulis kali ni.. sukar untuk tsabat pd jalan ini jika muntalaq tidak betul. sehebat manapun performance sewaktu masih darjah satu dlm tarbiyah, seorang daie boleh kalah tatkala memasuki fasa darjah tiga@darjah berapa pun. semuanya disebabkan muntalaq yg tidak jelas, samar dan boleh sway bila-bila masa apabila dibentangkan jalan lebih menarik dan memnuhi tuntutan nafsu.

    sukar untuk tsabat. sebab itu kene selalu doa, dan jangan tinggal akhawats kite sorang-sorang. lebih penting, jgn bawak diri sorang-sorang, kononnya merajuk@rase xlayak. itu hanya merugikan diri dan tarbiyah.

    jazakillah kak. sharing best. jom berusaha!!

    muharikah responded:
    October 3, 2009 at 7:00 pm

    momon… iAllah sama2 kene baiki.. qum faanzir perlu aktifkan diri! yeay!

    masyhinorddin said:
    June 14, 2010 at 4:57 pm

    whoaahhh subhanallah sangat best la sis! : ) miss you~

    afiqahbaharin said:
    November 1, 2011 at 6:42 pm

    betul akak 🙂 kerana kita sesama kita adalah penguat antara satu sama lain, kita xboleh bersendiri dalam jalan ni.
    Harapnya ditsabatkan terus dalam DnT ini dan semoga Allah menyatukan hati2 kita.
    ukhuwwah fillah~

    dr.yana said:
    April 20, 2015 at 1:00 am

    akk ckp senanglah..walhal sy diuji dgn ukhuwah. Susah nak rapat gn akhwat.
    Akhwat mcm x ngan dgn saya. Alaaa..sy ni nobody.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s