Hidup ini… utk apa?

Posted on

KL berubah wajah lagi.

Terpaksa aku akui, kemodenannya menuju ke arah yang lebih baik. Namun, suasananya masih sama.

Bahang matahari yang merintikkan air peluh di tubuh menjadi ‘pakaian’ baru warga malaysia ini.

Aku merasa damai melihat ramainya wajah-wajah yang bertudung dan lelaki melayu berbaju Melayu di sepanjang tempat perjalananku.

Mungkin terlalu lama aku melihat permandangan yang berbeza sehingga aku merindui perasaan itu.

Perasaan kembali ke kampung halamanku.

Walaupun tidak dinafikan kesedihan yang tidak bernoktah sering berkunjung di hati saat melihat ramainya gadis muslim bertudung litup, tetapi berlengan pendek, mahupun memakai pakaian yang melekat di tubuh badannya.

Apabila pergi ke surau, (KLCC), tak pernah lekang surau itu dibanjiri manusia yang enggan lalai dari mengingatiNya di saat shopping di situ. Tapi amat kaget melihat diri mereka seusai sahaja keluar dari solat.

Mungkin manusia yang solat di UK ( ataupun di tempat aku sahaja..huhuhh), adalah manusia yang betul-betul faham kenapa dia perlu solat.( same goes, mereka amat faham kenapa mereka menutup aurat) Bila dia tahu untuk apa dia solat,  dia sendiri faham, dia tk boleh solat je, dia kene amalkan juga perkara lain yang Allah suruh. Sebab itu dia menutup aurat serapinya. Sebab itu dia tidak bercouple sebab tahu couple itu haram.

Dan itulah mereka, Muslim barat, yang kebanyakannya mengenal Islam dengan ilmu dan menghayati islam dengan iman. Walaupun mereka ini minoriti di Barat, tetapi kualiti Islam dan iman mereka lebih besar dari kuantiti orang muslim di Malaysia ini.

Tapi tak semuanya begitu.Kita tahu itu.

Ada satu lagi yang mensayukan hatiku. Itulah dia suara azan bersahutan setiap kali masuknya waktu. Masjid yang dekat antara satu sama lain. Ah.. rindunya suasana ini!!

Ada satu lagi saya nak kongsi dengan kamu semua.

Sewaktu di UK, mungkin kami semua sudah biasa greet semua orang. Bila pergi je hopsital, akan cakap good morning pada nurse, doktor2, pesakit dan sebagainya.

Dan bila jumpa orang muslim berjalan-jalan kat mana-mana ( jalan raya), macam dah biasa mengucapkan assalamualaikum kepada mereka. ( jika kita tk mengucapkan salam, biasanya  mereka mulakan dahulu)

Dan aku terbawa-bawa sikap itu di sini.

Aku mengucapkan salam pada cashier di kaunter

Aku mengucapkan salam pada pekerja yang amik tol di lebuh raya

Aku mengucapkan salam pada jemaah di Masjid.

Ironinya,mereka memandang padaku kehairanan, dan terus kembali membuat kerja mereka tanpa menjawab salamku..

Hehehehe…

Lainkan budaya Muslim pada dua negara berbeza ini?d

Belum lagi majalah-majalah kita. Alhamdulillah sudah banyak yang islamik. Tapi masih ada something yang lacking kat situ. Something yang orang2 Muslim di barat amat jelas, dan lontarkan sehebatnya dalam majalah-majalah mereka.

Itulah dia konsep Islam secara syumul. Bukan pada rantai-rantainya sahaja.Konsep kesyumulan islam ini memang mewarnai majalah-majalah islam di Barat. Malangnya, bukan di sini.

Memang impianku amat besar bila pulang ke Malaysia nanti.

Ntah boleh ke tercapai ke tidak. Rasa amat jauh, tapi memang nak sangat perjuangkan. Dan bila melihat keadaan di Malaysia, memang lagi semangat untuk ubah..

Dan aku menulis ini kerana aku tidak mahu hidup seperti orang biasa.

Aku tak mahu hidup hanya fikir nak pakai kereta apa dan duduk rumah macam mana.

Bukan sahaja hidup hanya menghambakan diri pada anak dan suami semata-mata.

Aku tak mahu hidup hanya fikirkan lingkungan ‘aku’ yang kecil.

sebab sebagai seorang yang dah bekerjaya, tentu nak sangat buat macam-macam dengan duit titik peluh yang ada.

— nak keta power

— nak rumah besar

— nak baju lawa2

— nak hand bag branded

— nak pergi massage, manicure, or hair treatment

dan sebagainya.

Sebab dunia sekrang semuanya berpaksikan dan memutarkan hidup dan fikiran kita ke arah itu.

Urself first, then family then only others. ( itu pun kene ikut hirarki tu..mungkin pada boss dulu, pastu pada colleague, pastu pada… last-last baru dakwah ke? –> harap2 most of us tak camtu…)

So seolah-olah kita hidup utk setelkan hidup sendiri sahaja. (err.. korang faham ke?)

Sedangkn Allah kasi kita hidup ini utk sesuatu yang amat besar, penting dan bermakna dari itu . (Hud: 7)

Maka perlu sangat kita keluar dari cycle of common itu. semua orang sedang berlari ataupun melalui arus itu. Dan kita kene keluar dari arus itu!

And yes, of course we are gonna be different!

Orang memang pelik tengok kita!

( apa taknya, gaji 4-5k, tapi kereta pakai wira, duduk rumah teres sewa, pastu bila tanya mana duit, hujung bulan je habis. ke mana duit itu?)

Orang memang pelik tengok kita!

( apataknya, orang yang dah grad semuanya dah berkahwin. Kalau belum kahwin, sure sedang mencari-cari pasangan atau sudah berboyfren. Kita ini? Boyfren pun takde? aiyakkk! tunggu apa lagi ? takkan nak kerja je tak nak kahwin? pastu, kenalah kawan dengan lelaki juga, asyik2 kawan perempuan aje!)

Orang memang pelik tengok kita!

Hadis Nabi: ‘ Akan datang kepada manusia satu zaman di mana orang yang berpegang teguh dengan agamanya seperti orang yang menggenggam bara api.”

Sebab sukarnya kita nak berpegang teguh pada Islam ini, macam genggam bara api itu sendiri!

Rasanya maybe boleh kita semua boleh experience sendiri , terutama time memasak. Saya pernah tersentuh besi panas di oven waktu sedang bakar ayam di rumah. Parutnya masih lagi berbekas di tangan saya walaupun setelah 3 minggu. Malah kini lukanya masih belum sembuh lagi.

Itu baru sepalit.

Apatah lagi mengenggam bara api itu sendiri.

Ya Allah!

Dan terkadang kita mudah kalah dengan kelemahan kita sendiri. ( tak sanggup nak sentuh pun bara api tu!)

Sebab itu, ramai juga duat yang bermudah-mudahan dengan dirinya.

Ada yang bermudahan dari sudut menonton television

Ataupun berchatting tanpa tujuan

ataupun melayan youtube

ataupun ‘memiliki’ seseorang atas tujuan untuk berkenalan sebelum bernikah.

sebab suasana yang amat kelabu di Malaysia ini menyebabkan orang dah kurang nampak, mana yang betul-betul jahiliyah, mana yang Islam.

Dan mungkin tarbiyahdi UK amat mengajar kami tentang perkara ini.

Mungkin kerana kesibukan tahap giga kami, dengan banyaknnya lapisan mutarabbi, menyebabkan kami mudah untuk meninggalkan jahliyah itu, lantaran kami tidak ada masa sedikit pun untuk dibazirkan dengan perkara itu.

Tapi di Malaysia, kita tinggal bersama family. Kita tak boleh keluar dari rumah sesuuka hati kita. Tentu keluarga kita lebih suka kita duduk di rumah walaupun kita hanya duduk tak buat apa-apa. Asalkan kita ada di rumah!

dan dari situlah ujian bermula.

Ujian tidak ada kerja! ( atau kurangnya kerja)

apatah lagi tidak ada internet. Lagi sukar kerja-kerja dakwah boleh dilaksanakan.

Maka tv mula menjadi hobi. Benda-benda lain menjadi peneman.

Dan tentu bila bekerja , keadaan tempat sekerja, tidak langsung membantu meningkatkan dan menghidupkan hakikat imaniyah kita.

Maka hidup kita…

tak dapat nak dibezakan antara jahiliyah dan Islam.

Kita masih ikut usrah.

Tapi melayan movie setiap hari.

Kita masih lagi bawak usrah/membina manusia.

Tapi kita ber’couple’ dengan seseorang, bersms dan berchatting yang kononnya untuk lebih kenal sebelum kahwin atau menanamkan rasa cinta, tapi kita tertipu dengan tipu daya syaitan!

Kita pergi daurah, sampai kene marah-marah dengan mak asyik lenyap je time weekend..

tapi otak, fikiran kita, semuanya kepada nak beli bag baru,  gaya baru, dan sebagainya.

atau membaca buku sekadar untuk hiburan, bukan menambahkan tsaqafah dan iman!

Beratnya ujian ini!

( tentu jalan paling mudah, adalah kahwin dengan ikhwah yang faham dan bina biah di rumah sendiri—> tapi berapa percent je akhawat yang dapat anugerah hebat sebeginikan?)

Dan dari situlah kita perlu kuat!

Sangat-sangat kuat!

Cakap memang mudah. nak buat…. susahhhhhhhhhhhhhhhhh sangat!

Inilh yang aku belajar dari akhawat hebat di Malaysia ini.

Mereka wujudkan Rumah Islam mereka sendiri di Malaysia ini ( bagi yang belum berkahwin).

Mereka tidak pernah tinggalkan usrah, daurah dan pertemuan ukhuwah yang mencuci jahiliyah dalam diri mereka.

dan tentu, amal fardhi mereka sangat banyak membantu.

Quran mereka, tahajud mereka, bacaan mereka.

Dan mereka adalah doktor, akauntan, engineer, tapi malamnya berusrah, dan wikennya mengelolakan daurah.

Hebatkan?

Masyaallah.

Saya perlu tidur sekarang. mata pun sudah berat.

Ada benda belum saya share dengan anda semua.

Impian saya:

i) menjadikan health care system di Malaysia, percuma untuk semua rakyat, Masih ada lagi private utk yang mampu bayar. tapi utk rakyat biasa, mereka sendiri ada hak dapat ubat yang terbaik dan rawatan terbaik ( walaupun mahal) secara percuma

ii) menaikkan tarafkan sistem  jururawat yang lebih involve dengan patient care, lebih berdaya saing dan sentiasa memberikan terbaik kepada penjagaan pesakit di hospital.

iii) Membaiki sistem pendidikan di Malaysia supaya lebih membentuk generasi yang kritis, bebas berfikir dan kreatif. Mereka tidak dibebankan dengan exam, malah lebih kepada memberi penekanan aspek minat, praktikal skills dan juga penguasaan ilmu daripada untuk lulus exam semata-mata.

iv) Sistem ekonomi..

v) politik..

banyak berlegar kat otak saya, nak kene susun je dan share vision dengan ramai orang. Ramai je orang nak buat semua ini, so kene bring everyone collectively and sama-sama achieve the dream. Dan tak nak hebat je kata-kata ditulis, tapi nak capai benda tu, tak nampak jalan-jalan nak capai impian itu.

Maybe takkan dapat pun capai dalam 20-30 tahun akan datang ini. tapelah, asalkan 50 tahun lagi pun ok..

tapi time tu, mudah-mudahakan daulah Islam dah tertegak, maka perkara-perkara lain akan muncul dgn mudahnya. insyallah! Amin!!

dah ngantuk sangat,

wassalam

PS: harap dah tertunai janji pada mereka yang menunggu update blog. maaf merapu.

PSS: kene buat satu blog entry lagi : Antara first class and dakwah. stay tuned. 🙂

muharikah

gombak

Advertisements

10 thoughts on “Hidup ini… utk apa?

    uknowme said:
    September 24, 2009 at 10:31 pm

    ..tgh berusaha keras mengeluarkan diri dari kempompong keselesaan… susahnye syah oii…

    kadang2 Allah menguji kita, isnin nak exam, jumaat sebelum tu adik2 yg baru datang ke germany ni buat gathering, mestilah kena pergi, masak mestilah sedap2, preparation kena mantap, agar kehadiran kita ada kesan pada hati.. Difikirkan lagi, bagaimana nak cope dengan anak yang dah mula aktif berlari dan baby dalam perut, dan kepenatan yang jauh berbeza dari pregnancy yg pertama. Macam-macamlah!

    Last-last, tutup mata, masak sedap2, prepare bahan best2, bawak anak, dgn stroller seberat 11 kilo tu, susu& pampers dia (kaki mcm nak tertanggal naik bukit sambil membuyung dan sorong stroller), and off we go to the picnic location, half an hour via train (maybe not much, tp dgn keadaan skrg with a toddler some more.. i need stamina!).

    harapnya, nnt pulang ke malaysia, xdelah jadi lembik mcm description nt.. huuuuu

    aizadiha said:
    September 25, 2009 at 10:14 am

    salam akk.adik2 dah sampai. doakan kami! kena turbo!!~ huhu

      muharikah responded:
      October 3, 2009 at 7:02 pm

      of courseeee!!! rindunya nak peluk antum …..:(

    Haizi said:
    September 26, 2009 at 8:57 pm

    salam kak aisyah…

    Entry kali ini, lots of things to ponder. walaupun sudah bergelar akhawat malaysia nearly 6 months now. bt at times still menganggap akhawat uk-eire lagi.

    kdg2 pernah terpikir, adakah berBM dapat menyelesaikan masalah saya utk all out di Malaysia…hihi..

    btul sgt apa akk ckp…pasal ble kte di tempat kerja, ia xkn membantu meningkatkan keimanan kte…malah lagi menjerumus ke alam jahiliyyah kembali…utk lawannya need to be suuppppperrr stroooonnngggg

      muharikah responded:
      October 3, 2009 at 7:04 pm

      betul tu haizi… ukhuawh tu.. adalah bekalan tertinggi selepas iman dan kefahaman…

      kalau rasa nak tersasar je, cari balik sisters..

      im glad that i met u and other sisters too.. moga allah sama2 tsabatkan kita insyaallah.

      dakwahforlife said:
      October 4, 2009 at 1:56 pm

      i’m glad to meet you too. berjumpa dengan akk, mengenangkan seribu satu kenangan sewaktu di uk-eire. sama2 kte doa each other yea akk…

    Little Mo0n said:
    October 3, 2009 at 8:47 am

    salam kak aisyah…

    jzkk akak for the reminder… adik letak link kat ym: momentum utk bergerak.. hehe, terasa…

      muharikah responded:
      October 3, 2009 at 6:55 pm

      hehhee… salam moon! bile dapat nak jumpa ni? sure sibuk dengan adik2 kan… rindu kat kanak2 riang leeds!

      untuk kakak mun, aka uknowme –> im glad that u found this path…. walaupun susah… tapi bestkan!!!!! heheheh.. sukenya nak jumpa zin nanti! bile eh? dengan baby baru! kuatkan semangat zin.. hadiahnya bukan di dunia, tapi di syurga insyaallah!

    ummuardinie said:
    October 7, 2009 at 6:15 pm

    salam,

    tahniah atas cita2 itu. Mudah2an tercapai. Apa cara perlaksanaan/strategi unt mencapai impian2 tersebut? Boleh kongsi bersama? 🙂

    rafio said:
    November 16, 2009 at 7:28 pm

    salam..] apa kbr? sy suka bahasa pena anda.. thanks

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s