Bersama kafilah ini…

Posted on

Salam,

alhamdulillah. Syukur pada ALlah, diberi semula kenikmatan ramadhan yang dicari-cari dan didambakan. Kenikmatan yang hanya dapat dirasai oleh hamba-hamba yang memang mencari kenikmatannya itu.

Pernah tak kita rasai , samada dulu mahupun sekarang, terkadang kita rasa ‘hilang’ (lost) dari Ramadhan ini?

Nak cari apa eh bulan puasa ini?

kenapa aku puasa eh? ( kang tak puasa, orang mengata ko tak puasa. Malu beb!)

Kenapa nak kena solat tarawikh eh? Kira puasa pun dah cukup baguslah kan. Insyaallah Allah terima punya. Takpelah kalau dapat buat tarawikh beberapa hari, kira oklah tu. Sure Allah kira punya!

Kenapa rasa susah eh nak khatam Quran? Kalau baca sure letihnya. (Takpelah buat yang termampu je…)

Begitulah rentetan monolog seharian kita dalam melayari bahtera ramadhan yang kian berlabuh ini.

Terkadang kita tak tahu nak cari apa pada bulan ini.

Tahu pintu syurga dibuka, pintu neraka ditutup.

Tahu je Allah ampunkan dosa bulan Ramadhan ini. Tahu je Allah kabulkan semua doa.

Tahu je setiap amalan berganda menjadi 10, 100 , 700 dan berganda2 pahalanya mengikut rahmat Allah.

Tahu sangat benda tu!!

Tapi kenapa hati tak merasai kemanisannya ketika berbuat semua itu? ketika melayari hari-hari lapar dan dahaga serta marathon ibadah kepadaNya?

I wish I can give u a cup of coffee, or maybe a sip of water. Im so sorry to look at you!’

Begitulah ujar seorang nurse yang amat baik denganku tatkala aku melihatnya ‘mencuri-curi’ makan makanan pesakit yang tak habis. ( biasalah kadang2 patient kene puasa sebelum buat sesuatu pemeriksaan, ataupun patient tiba2 tak selera nak makan. So kalau makanan tak habis , sure kena buang punya bila sampai kat kantin. So nurse pun akan habiskan makanan tu).

Aku sering mengadu padanya akan keletihanku. Apatah lagi bekerja 13 jam tanpa henti. Apatah lagi makanan terakhir yang kusuap adalah makanan iftarku pada hari sebelumnya.

Terkadang bila buat long shift, tak sempat untuk berbuka secara proper di hospital. Tiba rumah pukul 9.30pm baru ada kesempatan untuk berbuka ditemani oleh housemate yang dah berbuka di Surau.

Akibatnya selalu sahaja tak berkesempatan untuk berjemaah di masjid, menikmati suasana Ramadhan yang sangat best di bumi bukan Islam ini.

Terkadang ingin berehat sebentar sebelum berjemaah tarawikh dengan housemate, tapi tertidur dan terlajak sehingga bangun setelah sahur hampir habis. ( ataupun terlajak sampai subuh!)

Astaghfirullah.. ( mengapa tenaga selalu sahaja kering, sedangkan Rasulullah dan semua khulafa’ pergi perang, pergi berdakwah, tanpa henti, tapi tak pernah mengabaikan bangun malam dan sahur mereka di bulan ini? 😦 )

Malunya kita pada mereka!

Terkadang aku fikir, untuk apa Ramadhan ini jika tidak mendatangkan kebaikan dan perubahan pada kita?

Untuk apa beria-ria depan manusia, berpuasa, berusaha untuk tarawikh walaupun telah seharian belajar dan bekerja, berkorbar-kobar menghabiskan tilawah, walaupun memang tidak cukup masa untuk membacanya…

Untuk apa semua itu jika tiada kesannya ibadah itu pada jiwa, perasaan dan fikiran kita??

Untuk apa semua itu, jika kita tak rasa nikmatnya semua itu, tidak merasai keheningan dan kedamainnya.

Terkadang, kita lupa untuk mencari keterikatan kita dengan Allah di saat bulan ini.

Dan kita lupa untuk menyandarkan segalanya buat Allah, mengharapkan redha dan ampunanNya.

Kita lupa bahawa pada bulan ini, keikhlasan sahajalah matter the most, bukanlah banyaknya rakaat tarawikh dan juga berjuzuk-juzuk bacaan Quran.

dan segalanya bermula dari hati dan perasaan kita yang sentiasa mencari-cari..

mencari-cari keikhlasan supaya Allah redha dengan kita, dengan segala amalan kita mendekatkan diri kepadaNya… pada bulan penuh rahmat ini…

Dengan itu sahajalah, sepenat mana pun kita, atau semalas mana pun kita dalam melaksanakan ibadah-ibadah di bulan ini, tentu semuanya mencari sangat ringan, manis dan tentu sangat memberi kesan pada jiwa kita!

3-4 hari lagi sebelum Syawal… masih belum terlambat untuk mencari sesuatu itu..

wassalam

muharikah

Advertisements

2 thoughts on “Bersama kafilah ini…

    Hussaini said:
    September 16, 2009 at 5:13 am

    Nice written,
    Semoga berjumpa kekuatan itu.

    Kadang-kadang kita tertipu, mengapa kita lakukan semua ‘perlumbaan’ ini, tanpa rasa di hati.

    Mungkin dengan ‘tanpa rasa’ ini, ‘kekuatan’ gagal diperolehi.

    supir said:
    September 16, 2009 at 1:20 pm

    salam kak

    ape yg akak nukilkan tu, ialah apa yg sy rasai sekarang.

    saat saya menyedari ketiadaan ruh itu, ialah pada masa saya merasai kehadiran rindu itu.

    ya, sangat rindu pada Allah. sangat ingin menjadi golongan yang terpilih untuk mendapat rasa itu…

    dan saya menyedarinya, pada saat saya hampir kehilangannya. owh…

    tp, allah tu memg best! ada macam2 cara nak jumpa Dia. so, sebagaimana Rasulullah dan sahabat xpernah jemu, saya juga ingin begitu.

    jazakillah kak!

    semoga akak juga bertemu dengan rasa itu. aminnn

    p/s: sy akan terus menanti untuk jumpa akak… insyaallah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s