Nikmat Ramadhan

Posted on

Ramadhan itu bertandang lagi.

Kali ini penuh mesra, menyapa kesibukan yang enggan surut ini

Entah mengapa sangat sukar menyesuaikan diri pada hidup baru ini.

Amanah baru, tugasan baru, rumah baru, suasana baru, keadaan baru.

Semuanya menuntut masa bagi menyesuaikan diri.

Tentu ramadhan tahun ini berbeza, pada jemaah yang berbeza dan masjid yang berbeza.

Digagahkan diri ini untuk mengecap nikmat yang ada pada setiap kalimah yang terlafaz pada bacaan ayat Quran yang panjang. Pada rakaat-rakaat yang amat menguji ketahanan kaki dan perasaan untuk bertahan. Bilamana bersama-sama imam membaca sejuzuk Quran itu, terasalah Allah sedang mentarbiyah diri ini dengan tarbiyah Quran dalam solat.

Asyik!

Alhamdulillah, di dalam negara yang pekat dengan jahiliyah ini, terdapat sisa manusia yang amat dahagakan ….

dahagakan apa ya….

dahagakan nikmat yang mengairi kekerasan hati yang pejal. Bagaikan batu yang berkerak akibat desakan air bah yang deras. Begitulah ia.

Tak tersangka dalam kesibukanku dalam dakwah, ternyata hati ini masih cintakan dunia itu.

Dan Quran itu membasuh, menyucikan hati, melunakkan ia, agar bersedia menanggung embanan yang besar pada masa mendatang.

Namun, mengapa terkadang ada manusia, beria-ria meraikan iftar, lebih daripada meraikan tarawikh itu sendiri.

Sedangkan pada tarawikh dan alunan ayat-ayatNya itu, amat mengandungi makna yang besar buat hati yang peka mendengar perintahNya?

mengapa lebih suka berlamaan di meja makan, berbuka dengan kisah-kisah seharian di tempat kerja/belajar, tetapi tidak merasai keperluan untuk mengecapi keenakannya mengejar sesuatu yang lebih bermakna pada bulan ini….

Iaitu, kemanisan bertahanut, bertawajuh dan bermesra dengan Allah.

Mengapa begitu….?

Bila perut sudah kenyang, makin malas dan penat untuk bertarawikh. sedangkan ramadhan inilah bulan untuk meraih sebanyak2 pahala dan bekalan pada solat itu!

Alhamdulillah Ya rab, Kau mengurniakan aku sekali lagi kesempatan menunaikan ibadah agung ini. Bersama manusia yang amat dahagakan maghfirah, rahmat dan cintaMu.

Kaget ketika melihat di bumi asing ini, melihatkan bilangan jemaahnya sepertiga malam terakhir ramadhan, lebih ramai daripada permulaannya.

Saf-saf menjadi penuh, dan 80% jemaah akan tinggal menunaikan 20 rakat, walaupun Tarawikhnya habis hampir pada saat tengah malam.

Mereka itu mentazkirahkan diri ini, tidak kira sesibuk mana pun kita sebagai manusia, tidak boleh langsung kita rugikan peluang setahun sekali dalam hidup kita ini.

Inilah dia peluang mencari barakah, peluang untuk lebih dekat dengan Allah, dan tentu peluang untuk menjadi lebih bertawakal kepadaNya.

Diriwayatkan dari Aisyah ra. Sesungguhnya Rasulullah saw. telah bersabda : berusahalah untuk mencari lailatul qadar pada sepuluh malam terakhir. (HR Muslim )

Diriwayatkan dari Aisyah ra. dia berkata : Adalah Rasulullah saw mengamalkan i’tikaf di dalam masjid pada sepuluh hari terakhir pada bulan Ramadhan. (HR Muslim )

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda (yang artinya), “Barangsiapa berdiri solat pada malam Lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan mengharap pahala dari Allah, maka diampuni dosa-dosanya yang telah lalu.” (HR Bukhari dan Muslim)

Diriwayatkan dari Aisyah ra. dia berkata, “Ya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, apa pendapat mu jika aku tahu bila akan berlaku malam Lailatul Qadar, apa yang harus aku ucapkan?” Beliau menjawab, “Allahumma innaka ‘afuwwun tuhibbul ‘afwa fa’fu ‘annii”. (“Ya Allah, Engkau Maha Pengampun dan mencintai orang yang meminta ampun, maka ampunilah aku.”) (HR Tirmidzi)

Wahai diri, jangan kau lepaskan peluang ini, tidak kira betapa penat dan teruknya dirimu dikerjakan seharian. Tapi jangan sekali-kali kalah dengan desakan fizikalmu.Kuatkan semangat, kerana cuma sebulan ini sahaja peluang untuk membaiki kesalahanmu setahun yang lepas. Mahukah kamu bersabar?

Wassalam

Muhasabah Mode,
Muharikah

Advertisements

One thought on “Nikmat Ramadhan

    muharrikdaie said:
    September 11, 2009 at 9:37 am

    Alhamdulillah … jazakallah atas pencerahan dan muhasabah ini dan kita masih punya ruang untuk mengisi waktu waktu kita mudah2an kita akn terus berdoa agar Allah pertemukan kita dengan malam ” Lailatul Qadar ” kerana tanpa pertolongan Allah pasti tidak mampu untuk kita mengapainya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s