Salam Ramadhan

Posted on

Alhamdulillah,

Allah berikan masa untuk menulis di celah masa yang amat menyempit.
Dalam masa yang terhad, dan ketiadaan internet di rumah, saya banyak menggunakan kesempatan yang ada berutus emel kepada para sahabat berkenaan urusan dakwah dan tarbiyah.

Terkadang sehari dapat pakai internet, perlu baca hampir 50++ emel, dan menulis 10 emel.
Maka blog ini menjadi terabai seketika walaupun terlalu banyak mahu dikongsikan.

Saya memikirkan secara serius untuk menulis lagi satu blog, memandangkan blog ini sudah menjadi agak public dan sukar untuk saya menulis perkara yang betul2 tulus dari lubuk hati saya.

Blog ini akan kekal untuk penulisan umum dan media cetak yang lain.

Blog yang lain akan lebih berbentuk peribadi dan penceritaan kisah saya dalam dakwah dan tarbiyah.

Insyaallah, jika ada yang berminat dan sudi, bolehlah berhubung dengan saya untuk meminta address baru itu.

tentu saya tak sempat nak design banyak benda dalam blog itu sebab kekangan masa yang ada. Moga Allah terus mentsabatkan kita di jalan dakwah ini.

Turbo RAmadhan everyone? Tunggu next entry. Ada urusan seterusnya menanti.

RIndu semua…

wassalam
muharikah

Advertisements

5 thoughts on “Salam Ramadhan

    Faiza said:
    September 1, 2009 at 4:01 pm

    Salam Aisyah…

    Salam Ramadhan Kareem…

    Saya sudah agak lama mengikuti blog saudari ini…Saya mengenali blog saudari, dari blog Sakeena Zahidah (Keena)…Saya juga housemate Keena di Preston,Lancashire ini…juga sahabat kepada Safia (kakak Keena) dan juga Asyif.

    INDAH dan cantik sungguh pertemuan yang Allah aturkan untuk saya di bumi UK ini…

    Saya berharap dapat berkongsi pengalaman serta ilmu dengan saudari dalam dunia dakwah dan tarbiyyah ini…Jujurnya, saya adalah diantara insan-insan baru, hamba-hamba Allah yang telah dibukakan hati, diberikan petunjuk serta hidayah oleh Allah SWT untuk berada di atas jalan ini…

    DOA saya, semoga Allah SWT kukuhkan serta istiqamahkan petunjuk serta taufik hidayahnya kepada saya, untuk berada di atas jalan ini…Ameen

    Saya mengharapkan bimbingan saudari serta dapat berkongsi pengalaman dengan saudari selain dari sahabat-sahabat yang lain…saya terlalu baru di atas jalan ini…sedang menyusun langkah bagi gerak perjuangan yang seterusnya…

    Semoga Allah SWT REDHA dengan kita semua…Semoga kita sentiasa berada di dalam pelihara serta rahmat Allah SWT…Ameen

    Salam Ukhuwwah dan Taaruf

    -Faiza-

      muharikah responded:
      September 3, 2009 at 12:48 am

      salam faiza….

      apa kabar awak? ada saya masuk blog awak, dapat tahu link awak dari sakina…hehehe… sudah jodoh kita bertemu di sinikan?
      Insyaallah, sama2 kita belajar tingkatkan diri. Boleh je saya kongsikan semua cerita, cume terkadang, nak tulis , dia banyak berkait dengan emosi, kalau takde perasaan, susah sket nak menulis, kalau ada senang sket…hehehe.. doakanlah supaya kita menuulis dan berkongsi atas rasa sedar, bukannya perasaan.

      moga Allah memudahkan urusan kita insyaallah…

      ana rezeki kita jumpa, kalau tak jemput datang scotland ya? πŸ™‚

    muharrikdaie said:
    September 1, 2009 at 8:44 pm

    Maaf, saya terpaksa memberi komentar jika saya melihat ada perkara negatif dalam dunia dakwah dan dunia penulisan duat di blog blog islam ini.

    Saya tidak bersetuju jika saudari menukar blog lain untuk menyampaikan mesej dakwah dan tarbiyah jika saudari menghargai mereka semua selama ini kerana saya rasa blog ini telah begitu sinonim dengan pengunjung2 yang dahagakan pencerahan dan embun tarbiyah dari pengalaman dan perkongsian saudari serta anak binaan saudari untuk kita menfaatkan!

    Lagi pun Jenama blog ini telah lama dan ada antara mereka mereka yang mengunjung telah menjadikan blog ini sebagai rujukan untuk mendapat input tentang dakwah dan tarbiyah. Lebih lebih lagi dari pengunjung di Malaysia ini.

    Saudari boleh wujudkan berapa banyak blog yang saudari inginkan untuk kegunaan peribadi namun jangan pisahkan input dan penceritaan tarbiyah dan dakwah serta pengalaman saudari dalam dunia dakwah ini dari blog ini.

    Banyak sumbangan dan pengajaran pengalaman yang saudari telah berikan disini kepada pengunjung yang telah biasa kesini yang saya rasa pengunjung lainnya setuju dengan pandangan saya.

    Jika ” Dakwah mengatasi segalanya dari kehidupan kita” Kekalkan identiti blog ini.

    Semuga Allah mensucikan ruhiyah dan niat kita dalam apa pun keputusan yang kita ambil. Insyaallah.

    Maaf atas kritikan ini.
    Wallahuaklam.

      muharikah responded:
      September 3, 2009 at 12:49 am

      Salam,

      betul cakap akhi, Akan saya fikirkkan dengan lebih mendalam insyaallah.

    tulip_strawbery said:
    September 3, 2009 at 6:41 pm

    Kak, buat apa tukar blog. Fokus jer kat blog ni. Ramai kat sini dah kenal dengan blog akak.

    Akak ceritalah macam macam kat sini. Peribadi ke, apa ke? Serupa jugak kan kalau akak buat blog lain pun nak di publish jugak!

    Kekalkan dan keraplah update yang best best. Saya kan jadi peminat setia dan akan hebohkan blog akak kat teman lain kat sini.

    CU kak.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s