Ubat kefuturan

Posted on

Terkadang kita tak sedar yang kita sedang futur

Kita tak sedar terkadang iman makin melemah

Semangat makin merudum

Badan makin malas

ibadah makin sumbang

duniawi telah memamah hati

dan sedikit demi sedikit kita merasa jengkel dengan mereka yang semangat untuk islam dan dakwah.

Kita mula tertanya-tanya, kenapa mereka semangat sangat untuk islam ini? Kita ini dah lebih makan garam ok? Tak semangatpun ok je? Korang semangat2 sebab apa?

Mulalah kita berideologi, cuba mencari alasan-alasan melarikan diri supaya kita boleh selesa dengan kefuturan kita.

Maka alasan demi alasan diberi.

Penat kerjalah.

kerja rumah tak siaplah.

Anak sakitlah.

Husband takde nak jaga rumahlah.

Kenduri kahwin kakak/abanglah.

Dan sebagainya.

Maka di detik di mana hati makin kering dengan semangat, maksiat mula bermaharajalela dalam diri, maka di situlah perlu cepat disedari.

Perlu bangkit dan laksanakan sesuatu.

Jangan kalah dengan keadaan kita! kerana kita sahaja dapat kawal keadaan kita!

Jadilah umpama pelita yang menyala di tengah malam yang gelap gelita

Memandu manusia kepada hidayah dan menerangkannya

bergiat cergaslah demi agamamu dan janganlah bermalas-malas

berusahalah untuk menggerakkan orang yang berdiam diri

Mulakanlah dengan kaum keluargamu apabila bertugas menjalankan dakwah

kerana mereka itu lebih utama dan lebih hampir untuk dinasihati

Allah menyuruh dakwah kepada kaum keluarga kita terlebih dahulu

dan selepas itu, urusan menjadi mudah ( petikan dari Muntalaq)

Maka di saat tiada yang menyelamatkan, maka kitalah perlu selamatkan diri kita sendiri!

Kerana itu, ajaibnya ubat kefuturan ini.

Dahulu, aku merasakan ubat futur ini adalah menghadiri majlis tarbiyah.

Namun keadaan yang mencengkam tidak selalunya ideal dengan menyajikan kita makanan ruhiyah untuk kita tiap masa.

Maka kitalah yang harus menciptakan ubat futur kita itu.

Ubatnya itulah dakwah.

Tapikan, bagaimana dapat memberi jika kita tak mendapat apa-apa?

Sedarlah bekalan itu terlalu banyak. Terkadang membuka buku dan berkongsi kefahaman buat adik-adik yang sentiasa dahagakan bimbingan itu sendiri menghidupkan cahaya yang mula malap dalam diri.

Apatah lagi ketika dapat membaca sebuah buku fiqh dakwah di dalam kereta berlatar belakangkan lagu Langkah Tercipta, cukup banyak menyedarkan nurani ini bahawa, tiada yang dapat selamatkan diri kita sendiri, melainkan kita juga!

Terkadang tiada sapa dapat menyedarkan kita. Namun kita juga yang tahu hati ini perlu dikejutkan. Maka bentanglah buku. Berdiskusi dengan ramai orang.Jangan quit dengan dakwah.Teruskan memberi, kerana memberi itu sendiri satu bekalan.

Cubalah. Antum tahu apa ana maksudkan.

Alhamdulillah Ya Rab pada hadiah hari pertama ramadhanku ini.

di sini telah kutemui kekuatanku semula.

Langkah Tercipta – Unic

Semalam aku kelukaan,
kecewa kehampaan,
mencalar ketabahan,
mimpi yang sering ku harapkan,
menjadi kenyataan,
namun tak kesampaian.

Allah…
Inginku hentikan langkah ini,
bagaikan tak mampu untuk ku bertahan,
semangat tenggelam,
lemah daya,
haruskah aku mengalah,
namun jiwaku berbisik,
inilah dugaan.

Dan langkahku kini terbuka,
pada hikmah dugaan,
uji keimanan (menguji keimanan),
tak dilontarkanNya ujian,
di luar kekuatan,
setiap diri insan.

Allah…
Pimpinlah diriku,
tuk bangkit semula,
meneruskan langkah,
perjuangan ini,
cekalkan hati dan semangatku,
kurniakan ketabahan,
agar mimpi jadi nyata,
padaMu ku meminta.

Daku mohon agung kudratMu,
wahai Tuhan yang satu,
segalanya dariMu.

Dakwah, jiwaku, hatiku,hartaku dan fikiranku.

Muharikah

Advertisements

5 thoughts on “Ubat kefuturan

    alam dan manusia said:
    August 23, 2009 at 10:42 pm

    Not sure if the following (below) is related to the entry.
    However, a wee bit of sharing: –

    <<>>

    Pada saya, ‘they’ inilah yang membuat saya ter-nganga seketika. :-O. Seketika sahaja.
    Ramadhan Mubarak. Maaf Zahir Batin.

    alam dan manusia said:
    August 23, 2009 at 10:44 pm

    sorry….error lah pulak.
    sambung di sini ya.

    Our Prophet Muhammad s.a.w once said to some people who just came back from defending the religion…you know, no arms, broken legs, bleeding ….

    Remark:
    They = some people who just came back from defending the religion
    You = the Prophet Muhammad s.a.w

    They said,
    “We have been through now the toughest battle ever.
    What do you have to say about that?

    The Prophet Muhammad s.a.w replied,
    “No, no, this is not your toughest battle. Your toughest battle is in here (showing at heart), and that is to remove as much arrogance as you can, remove self-importance, step back, be nobody so that you can become and be a part of something much bigger.

    :-))

    knikmun said:
    August 27, 2009 at 10:03 am

    salam,

    bergerak itu adalah satu kemestian, kerana air kalau dh memang kotor, akan bertambah kekotorannya kalau masih bertakung di tempat yang sama.

    kenali simptom futur dlm diri sendiri. mungkin lain org lain simptomnya. latih diri untuk sensitif terhadap bibit-bibit futur. sebaik saja dapat ‘detect’, terus usaha utk ubat, utk ubah. jgn tangguh, jgn lengah.

    hati itu memang Allah jadikan ‘nature’ nya berbolak-balik. satu skill yg plg berharga utk kita kalau kita dapat ‘detect’ bila hati kita ni sedang ‘dibalikkan’ ke arah futur, supaya kita dpt cepat2 usaha, minta tlg kt Allah, supaya tlg balikkan hati kita kpd ketaatan.

    -knikmun-
    sedang belajar menjadi doktor hati

    ainulmardhiah said:
    September 1, 2009 at 10:27 am

    slm wtr dr M,

    lama tidak menjenguk blog akak. blog sendiri pun dalam incubation sekejap. insyaAllah akan menetaskan telurnya kembali xlama lagi.

    alhamdulillah, berada di atas jalan tarbiyah ini, serasa beruntung kerana pabila diri sendiri membuat sesuatu yang salah, fikiran jadi gelisah, tak senang duduk, serba tak kena. alhamdulillah, Allah telah mencambahkan suatu perasaan yang membuatkan kita tidak terlalu terikut dengan hawa nafsu sendiri. nauzubillah jika ada antara kita yang dalam melawan futur, akhirnya menjadikan diri hamba kepada nafsu kembali!

    akak, saya dlm diam di sini doakan agar kita dpt berjumpa lagi! insyaAllah2x…

    slm rindu drpd dublin yang sudah mulai meriah… disertai juga dgn bara-bara api baru sampai… doakan!

    muharikah responded:
    September 3, 2009 at 12:52 am

    alam dan manusia –> teringat tajuk subjek ni kat sekolah rendah, then dia tukar ke geografikan?heheheh

    Kmuni –> guess what? we are going to Brunswick street! Rindunya kenangan indah!!!

    Ainul –> cane exam hari tu? Moga flying colours eh!Ameen!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s