Omelan…

Posted on Updated on

‘ Do you go out at night aisyah?’

Gayanya seperti sosok seorang wanita yang moden. Pipinya bermekap jambu. Keningnya dilukis lentuk. Bulu keningnya ikal menampakkan wajahnya yang menawan. Di balik rerambut yang hitam itu ada garis-garis perang yang mengimitasikan gaya hidup barat.

Aku melihatnya dan terpaksa kuakui, dalam usianya 22 tahun, dia memang seorang pakistani born british yang cantik.

‘You mean , going out for movies and stuffs?’

Aku bertanya naif.

‘No, i mean like , going out for pubs and clubbing?’

Terkadang aku kaget bila ada orang tak dapat membaca perwatakan orang lain, ataupun tidak dapat mengagak kehidupan orang lain dengan penampilan luaran mereka.

Aku cuba berpakaian mengikut tatacara seorang muslimah, bertudung bawah dada dan berpakaian selonggar mungkin.( Pernah ditegur oleh dua orng ikhwah satu masa dahulu kerana berpakaian tidak cukup longgar. Malu sungguh!)

Adakah tidak cukup aku berpakaian sebegini untuk menunjukkan aku tidak pernah tahu bagaimana rupa sebuah kelab malam walaupun telah bermastautin di negara ini 6 tahun yang silam?.

‘No, I don’t do clubbing.’

Tergerak hati aku untuk bertanya akan perihal diri dia. Dan tentu aku tidak akan terkejut mendengar jawapan yang bakal terbit dari bibirnya itu..

Sebelum sempat aku membuka mulut, dia berkata,

‘ I know it felt so wrong and i felt bad about it, but i do clubbing. And I enjoy it quite a lot. I really do……. and the most thing i feel bad about is… I am drinking too!’

Dan dia meneruskan lagi, ‘ I know should not have drinking. I know its bad. Everytime I drink, I regret it, but then when I went clubbing, I kept drinking again….’

Pernah kita berada dalam situasi begitu?

Abu Abdillah An-Nu’man bin Basyir  Radhiallahu Anhu berkata: Aku telah mendengar Rasulullah Shallallahu Alaihi Wa Ala Alihi Wa Sallam bersabda :

Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas, dan di antara keduanya terdapat pekara-pekara yang syubhat yang tiada diketahui oleh kebanyakan manusia.
Barangsiapa yang memelihara dirinya dari pekara-pekara yang syubhat itu, maka dia telah melindungi agama dan kehormatannya dirinya. Dan barangsiapa yang tergelincir ke dalam pekara syubhat itu berarti ia tergelincir masuk ke dalam perkara haram.
Laksana seorang penggembala di pinggir sebuah daerah larangan, yang akhirnya masuk ke dalam daerah larangan itu. Ketahuilah sesungguhnya bahwa setiap raja mempunyai daerah larangan, Ketahuilah, sesungguhnya daerah larangan Allah itu adalah pekara-pekara yang diharamkanNya.
Ketahuilah, dalam setiap tubuh itu ada segumpal daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh tubuh itu dan jika ia rusak maka rusaklah seluruh tubuh itu.  Ketahuilah, Itu adalah hati
(HR. Bukhari dan Muslim)

Hadis ini terdapat banyak ibrahnya.

Pertama, dia menjelaskan yang di dunia ini wujud tiga situasi sahaja: Haram, halal dan syubhat.

Sebagai muslim. Semua kita tahu mana yang halal yang mana yang haram.

Kita tahu kahwin halal, zina haram. Tahu air susu halal, arak haram. Tahu berniaga halal, riba haram.

Tapi yang paling ramai struggle untuk tahu adalah antara keduanya ; SYUBHAT.

Pergi clubbing dan pub, memang nampak obviously haram sebab ada benda2 haram dijual di situ, tapi sebab tidak ada label HARAM yang jelas dalam Islam, maka ramai muslim mengiakan diri mereka untuk pergi, demi sebuah hiburan dan juga keseronokan yang fana.

Bercoupling misalnya, walaupun telah wujud banyak kesedaran dalam masyarakat tentang haramnya coupling, tapi ramai membenarkan hubungan di luar perkahwinan itu. Malah tidak boleh menerima haramnya coupling.

Sebab masyarakat kita kalau disebut haram sahaja, terbayangkan babi, terbayangkan arak dan zina.

Sedangkan tentu, perkara-perkara yang membawa kepada perkara haram itu turut haram juga.

Namun Al-quran sebenarnya membentuk hati kita dengan lembut dan baiknya sekali.

Tentang pengharaman arak misalnya, Allah tegur lembut sebanyak tiga kali sebelum benar-benar mengharamkannya.

Begitu juga perkara yang lainnya.

Sebab itu para sahabat zaman dulu tak rasa berat meninggalkan perkara-perkara yang diharamkan, kerana hati mereka telah melekat dengan Allah dan sanggup buat apa sahaja untuk Allah.

Sebab itu dalam kita mentarbiyah diri kita dan masyarakat untuk membuang perkara-perkara jahiliyah dalam diri, perlulah didik dengan tarbiyah quraniyah, merasai hati ini dilentur dan diketuk dengan hidayah Allah.

Baru senang dia nak tanggal perkara-perkara haram dalam dirinya!

Kedua, Allah Taala memiliki taman larangannya:

Ketahuilah sesungguhnya bahwa setiap raja mempunyai daerah larangan, Ketahuilah, sesungguhnya daerah larangan Allah itu adalah pekara-pekara yang diharamkanNya

Dan cara kita untuk elakkan diri dari masuk tanah larangan Allah ini adalah:

Barangsiapa yang memelihara dirinya dari pekara-pekara yang syubhat itu, maka dia telah melindungi agama dan kehormatannya dirinya. Dan barangsiapa yang tergelincir ke dalam pekara syubhat itu berarti ia tergelincir masuk ke dalam perkara haram.
Laksana seorang penggembala di pinggir sebuah daerah larangan, yang akhirnya masuk ke dalam daerah larangan itu

Tapi kita selalu kalah dengan nafsu kita. Dan tidak sedikit kita sentiasa menghalalkan sesuatu hanya demi untuk membenarkan apa yang nafsu kita kata.

Sedangkan AlQuran mengajar hati kita akan sesuatu yang lebih bermakna dan agung…

Allah comes first before anyone else.. including us..

Sebab itu nak elak jatuh ke dalam kawasan larangan ALlah, pelihara diri kita dari perkara-perkara syubhat, sebab perkara-perkara syubhat ini biasanya lebih cenderung untuk jatuh kepada perkara-perkara yang haram di sisi Allah.

Begitu juga dengan fitrah sebuah cinta.

Memang normal bila kita menyukai seseorang. Fitrah manusia tentu akan suka disayangi dan mahu pula memberi hatinya pada orang lain. Apatah lagi dengan yang berlawanan jantina.

Teringat saya kata-kata seorang ukht:

Dahulu bila akak pernah tersuka kat mana-mana brothers/lelaki, akak akan solat istikharah banyak-banyak. Kalau betullah dia jodoh untuk akak, Allah akan mudahkan akak menuju perkahwinan itu, jika tidak, maka akak minta ALlah buang perasaan suka akak pada dia.

Dan Alhamdulillah, lepas akak istikharah, mmg bukan dia jodoh akak, akak dah takde dah perasaan itu pada dia. Hilang! Malah dah tak ingat pun perasaan suka itu pada dia.

Dan Alhamdulillah, ukht itu mendapat suami yang terbaik bagi dirinya, seoarang al-akh mujahid dakwah yang diidami cirinya-cirinya oleh semua akhawat yang melayari bahtera dakwah ini.

Dan tidak saya lupa kata-katanya, sepanjang urusan khitbahnya, tidak pernah semalam pun dia meninggalkan istikharah.. Masyallah!

Sebab itu, jika kita terjebak dalam perasaan suka/cinta ini, istikharahlah, dan mintalah panduan pada Allah, adakah dia yang terbaik untuk diri kita dan dakwah kita.

Insyaallah, jika dia yang terbaik buat kita, Allah akan mudahkan. Jika tidak Allah akan hilangkan perasaan kita itu pada dia.

Dan jika betul signal dia ( wah, macam antenna pula..huhuhu), ikutlah saluran yang sepatutnya. Melalui naqibah misalnya ataupun ibu bapa kita sendiri. Tidak sedikit juga orang yang meminta teman rapat yang sudah berkahwin untuk menolong dalam urusan baitul muslimnya.

Walaupun dengan niat untuk bertaaruf di awal peringkat BM, perlulah pintu-pintu syubhat itu ditutup, apatah lagi dikalangan mereka yang mahu mengangkat panji daulah Islam ini.

Dan cara paling ampuh untuk menutupnya adalah melalui orang tengah dan ketiga. Jika benar-benar ikhlas, bersungguh-sungguh, dan benar kerana ALlah, insyaallah inilah jalan yang terbaik untuk ditempuhi demi menuju perkahwinan yang lebih barakah.

99% akhwat yang berBM menasihati saya,

‘ Pengakhiran baitul muslim yang baik, bermula dari permulaan yang baik, yang tidak dihiasi dengan maksiat.’

Terkadang kita rasa tak apa kita laksanakan sesuatu. Kita wujudkan pelbagai alasan untuk benarkan perbuatan kita. Dan kita rasa kita buat semua itu kerana Allah. Tapi mungkin hati kita telah dikilaukan oleh kilauan syaitan yang sentiasa menguji titik lemah kita. Dan di situ syaitan akan mengiakan/membenarkan tindakan kita itu, walaupunn tindakan itu menyebabkan kita lebih jauh dari Allah tanpa kita  sedari sedikit pun.

Namun Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita. Bila kita menjaga Allah, Allah akan jaga kita, dan berika yang terbaik untuk kita, insyaallah…

Alamak, dah topik lain dah ini… inilah akibatnya update blog pada tengah malam!

Maaf caca cerba especially utk adik-adik kesayangan saya.. Moga antum beroleh manfaat dari entry tak seberapa ini.

Point paling penting dari hadis tadi, kalau nak elakkan benda-benda haram, haruslah kita elakkan diri kita dari perkara syubhat.

Perkara syubhat inilah perkara yang tidak jelas hukumnya. So better elak before terkena ok?

PS: cinta terindah bila semuanya berpaksi pada Allah, dan berada di bawah syariatnya..

Salam sayang,

aisyah

glasgow

12am

Advertisements

15 thoughts on “Omelan…

    adik plimot said:
    July 29, 2009 at 1:06 am

    “pengakhiran sebuah Baitul Muslim yg baik, bermula dr permulaan yg baik, yg tidak dihiasi maksiat”

    bagaimana utk melangkah one step forward di jalan ini, kita hiasi dgn maksiat. yg putih, tetap putih. yg hitam jelas zulumatnya, sukar utk blend bersama sinar nur di situ..

    daie perlu check permulaan langkah. bukan hanya BM, tapi muntalaq yg menolak itu sndrik..

    jazakillah kakak, utk ingatan ini..

    walau byk yg akk tulis, yg ni jgk mata sy spot..huhuhu
    anyway it does strike me, to stop and ponder akan perjalanan di hdpn kelak.. jua sejarah yg telah dipahat, jejak yg telah ditinggal.

    danial said:
    July 29, 2009 at 11:54 am

    Sharing yang sangat menarik ukht Muharikah.Sudah berjumpa dengan pilihan hati?hehe.Teruskan bertinta sehingga akhir-akhir hayat

    illi said:
    July 29, 2009 at 12:28 pm

    thanx sya! sungguh menarik ^_^ take care (bilakah kita dpt bertemu?? huhu)

      muharikah responded:
      July 29, 2009 at 10:57 pm

      momon –> itulah awak…. yang tu jugaaa yang kene kat awak…hehehe

      danial –> insyaallah doakan semoga masih dapat berkarya demi Allah!

      illi –> nanti ana YM anti ok? miss u!

    tulip_strawberry said:
    July 29, 2009 at 7:31 pm

    Kak saya setuju.

    tulip_strawberry said:
    July 29, 2009 at 7:48 pm

    kak tolong komen ini, saya terbaca dari blog http://muharrikdaie.wordpress.com tajuk :baitul muslim-satu persoalan

    Dah lama aku pendamkan nak cerita tentang BM. Yang banyak diperjuangkan oleh sisters dalam jamaah malah ada sisters yang sanggup memutuskan niat pernikahan jika tidak melalui proses BM seolah olah BM ini arahan Allah dan hukum yang mutlak yang tak boleh ditolak ansur dalam mendirikan rumahtangga. Sedangkan tidak terjumpa hadith dan atsar tentang BM yang diurus oleh jamaah. Yang ada cuma hadith tentang mendahulukan orang tua dan proses pernikahan yang melalui wali yang ditekankan. Biarlah … aku tidak mahu berhuajh tentang ini.

    Aku bukanlah anti kepada BM dan proses ini. Malah ada baiknya untuk mengelakan kemaksiatan dan menyalahi hukum namun BM juga punya keburukan yang sepatutnya kita perbaiki prosesnya.

    Tidak semua perkara pasangan harus di perhati dan dimonitor oleh orang ketiga dalam soal taaruf yang melibatkan perkara perkara yang aib dan sensitif bagi kedua pasangan. Terkadang kita harus beri ruang kepada pasangan untuk berinteraksi antara mereka samaada melalui email dan sebagainya untuk mengenali diri masing2 dan taaruf ini harus dijalankan sehingga masing2 berpuas hati dengan hal peribadi masing masing.

    Bagi aku, tidak timbul soal syaitan, soal kilauan dan tipuan syaitan dan sebagainya. Sebab kita nak bermula dengan kebaikanlah, kita kawin dengan orang ahli jamaah. Melalui proses ini! Cuma kita inginkan sedikit ruang private untuk mengetahui lebih tentang hal hal peribadi yang tidak boleh diketahui oleh orang ketiga. Itu saja. Bukan nak jumpa. Bercakap mata bertentang mata.

    Kenapa harus kita ektrim sangat tentang hal yang sedikit ini sedangkan dalam bekerja dan dalam pergaulan ditempat kerjapun yang memang kita tak boleh elak terkadang kita tidak boleh jaga bab ikhtilat ini seektrim kita jaga waktu BM. Apakah kilauan syaitan ini berbeza diantara dua tempat ini? Wajarkah kita berhenti kerja sebab ikhtilat yang tak boleh kita elakkan ini sepertimana kita putuskan hubungan untuk bernikah dengan sebab ikhtilat waktu BM? Zalim sangatkah Islam ini?

    Aku ingin ceritakan sedikit peristiwa ini kepada kamu semua tentang ekstrimnya seorang sister ini terhadap BM dan berlaku didalam jamaah ku sendiri.

    Seorang akh ini bekas drug addict dan dia tidak tahu dia telah terkena HIV. Emak beliau berkenan dengan seorang ukhty dalam jamaah aku lantas berlakulah BM ini dan ukhty ini langsung tidak membenarkan bakal suaminya berinteraksi dengannya secara direct kerana amat jaga permasaalahan ikhtilat ini sehingga al akh ini malu untuk menceritakan tentang hal peribadinya bekas drug addict kerana kehadiran orang ketiga dalam proses BM tersebut lantas berlakulah pernikahan dan akibatnya Isteri dan 2 anak nya mengidap HIV.

    Kisah kedua dalam jamaah aku adalah seorang ukhti yang dulunya hidup social dan pernah berzina dan telah bertaubat dan apabila melalui proses BM ini Naqibahnya tidak membenarkannya berinteraksi secara direct dengan bakal suaminya kerana kena melalui BM yang ektrim ini lantas akhirnya Rumahtangganya hanya bertahan sehari saja selepas dia menerangkan segala kisah hidupnya selepas bernikah kepada suaminya dan suaminya tidak dapat menerima keadaan itu dan berakhir dengan penceraian.

    Sekali lagi ingin aku jelaskan bahawa aku bukan lah anti kepada BM cumanya bukalah sedikit ruang untuk kedua pasangan mendalami taaruf kisah hidup masing masing secara telus serta berpuas hati dan dapat menjalani pernikahan dengan sebaik mungkin dan tidak ada penyesalan dikemudian hari.

      muharikah responded:
      July 29, 2009 at 10:24 pm

      salam,

      tulip strawberry, terima kasih sudi singgah blog tak seberapa saya…

      pendapat orang lain, terpulang pada mereka nak tafsirkan apa, saya tak berani nak komen apa2. Apatah lagi perkara ini boleh disalah tafsirkan dengan mudahnya sekali.

      Sebagai manusia, walaupun mengikuti tarbiyah dan dakwah, kita tak pernah sunyi dari kesalahan. Ada je ikhwah akhawat yang pernah berkahwin, tapi tak melalui orang tengah pun.

      Alhamdulillah, sepanjang proses itu, walaupun mereka sangat struggle nak jaga hubungan, berlangsung juga dengan baiknya.

      Apa yang diceritakan di sini adalah pengalaman orang lain, bukan pengalaman sendiri yang tiada.

      Mereka yang melalui proses ini banyak menceritakan kepada saya akan proses yang mereka lalui. Ada juga yang berhubung sesama sendiri untuk menjelaskan beberapa perkara prior to perkahwinan. Tapi proses sebelum itu semuanya bermula dari naqib/ah.

      saya melihat perkara ini ( khitbah melalui orang tengah) sangat indah dan cantik. Sebagai manusia , perkara paling susah untuk kita jaga adalah hati. Bila dah tersuka pada orang, susah tak fikir pasal dia. Apatah lagi nak jaga hati. Mungkin perempuan lebih tereffect, sedangkan kerja-kerja dakwah sangat banyak. Bayangkan sepanjang proses BM itu syaitan akan sentiasa menggoda kita , dan ramai juga yang terkandas dalam proses itu.

      Mungkin apa yang diceritakan adalah ideal, dan saya lihat perkara itu sangat indah di mata saya.

      Seperti mana seorang ukht pernah berkata pada saya, ‘ dalam kita berBM ini, kene selalu ingat, mungkin tak jadi je nak berBM dengan orang itu. Sebab itu paling penting dalam BM adalah tawakal pada ALlah.’

      Itu sahaja dapat saya simpulkan. Terpulanglah kepada sesiapa untuk menafsirkan. Namun penjagaan hati lebih PENTING dari penjagaan fizikal. Hati manusia, mudah sahaja bergetar hanya teguran di sebalik YM sahaja…. kita je tahu titik lemah kita di mana, maka elok kita jaga pagar2 ALlah tu.

      nanti add kita kat YM awak eh? kalau ada apa2 leh tanya terus 🙂

      salam ukhuwah
      k aisyah

    ainulmardhiah said:
    July 29, 2009 at 8:41 pm

    Slm wrt.

    Sblm itu nak ckp: Comellah tulip strawberry ni,

    ‘Kak saya setuju.’

    (^_^)/

    Kak, saya pun setuju juga. Akak, nak tanya? Semangat inkuiri saya menolak saya untuk bertanya. Maaf kalau tak penting.

    Permulaan yang baik itu mana titik mulanya yang boleh kita kategorikan sebagai permulaan? Bagaimana pula boleh dikatakan permulaan yang tidak baik? Bagaimana tahunya kita itu adalah permulaan?

    Salam sayang dari bumi Dublin.

    ainulmardhiah

    [p/s: akak bukan carca cerba, UQY kata carca merba la! Hihi… =ppp w lots of luv going to glasgow]

      muharikah responded:
      July 29, 2009 at 10:55 pm

      alaaaaa…. cik auni…. caca cerba tu silap typoooo….huhuhuh….

      macam mana awak nak perasan titik permulaan awak, sedangkan awak sedang berada di dalamnya… 🙂

      bila kita naik kereta, kita nampak dalam kereta je kan? tak tahu pun bentuk luar kereta.

      camtu juga dalam tarbiyah, murabbi kita nampak kita dalam peringkat permulaan, tapi kita tak sedar pun kita sedang dalam tu…

      permulaan yang tak baik?hurmm… susah tu, sebab takut kita menyalahkan orang..

      tapi cukuplah kita menilik diri kita, adakah diri kita masih ikhlas dalam mengharungi dakwah dan tarbiyah ini? dan adakah masih hidup lagi himmah yang menyala2 ini?

      dua-dua perkara ini cuma akan ada bile mana tarbiyah dan kefahaman yang betul itu ada….

      wallahualam

      ok ke?

    mun82 said:
    July 30, 2009 at 1:23 pm

    salam,

    hehe nk nyampuk juga, utk response komen auni (hehe tk nk singgah sheffield lak ke? nnt singgah la bile kami dh ade RI nnt k?;)

    bagaimana kita tahunya kita itu adalah permulaan? setuju juga dgn reply k aisyah, kadang2 kita tk tahu sbb mungkin kite sedang berada dlmnya. n kadang2 mungkin dh berlalu pun permulaan tu tanpa kita sedari.

    sbb tu, kite kena selalu muhasabah n taubat kan? cek n balance diri kita, niat kite. just in case la, kut2 la kalu permulaan kite tk baik pun, at least kite muhasabah n terus taubat, mulai saat ni, mula dengan yg baik. tk pernah terlambat utk buat permulaan yg baik, selagi belum nazak.

    sbb tu ade kata2 yg kite selalu dgr ni, sape yg hari ni lebih baik dari smlm, dia beruntung, tp siapa yg hari ni lebih teruk dr semalam, dia mmg teruk la. (hehe ayat akak pun caca merba juge :P) menunjukkan selagi masih hidup, hari yg baru mesti di’renew’ dgn permulaan yg fresh n baik! kalu dh baik, buat dia lagi baik. yg berlalu tu tkleh nk buat ape dah. tp saat yg kite ade skarang ni yg kite mampu mengubah keadaannya!

    ok dah dah…hehe inilah akibatnye tk update blog sendiri setelah sebulan 😛

    c u soon chah!

    wassalam
    (last night tonight!!)

    tulip_strawberry said:
    July 30, 2009 at 3:28 pm

    Kak …terima kasih atas komen tu. Walau pun komen akak tu nampak macam tak setuju pandangan blogger tu tapi bila saya baca balik entry blogger tu, ada juga kebenarannya.

    Dalam apa pun hal kak, kita perempuan ni kena hati hati. Pada BM pun kita tak leh caya 100% kerana itu ciptaan manusia sekalipun memudahkan kita dari terjebak dengan maksiat tapi dari satu sudut kita juga boleh terainiaya.

    Saya dah invite akak kat YM. Tapi saya lebih suka tanya disini sebab boleh share dan dapat pandangan visitor lain.

    Suka sangat ngan sajak palestine akak.

    Bertuah dapat kenal akak.

    cu ..salam

    alam dan manusia said:
    August 1, 2009 at 11:49 am

    salam
    a bit of comeback if it’s ok

    arak (beer, whiskey, wine, martini etc = alcohol/liquor) & six lashes of rotan ialah antara isu terkini yg agak hebat dibincangkan sbb melibatkan pesalah wanita.

    penerangan dari makcik sy; makcik from my mom’s side
    (iaitu Dr Lo’ Lo’, MP Titiwangsa dari PAS) pun sy blur abis sbb…ntahlah..

    menurut kwn2 sy dr lawyer group yg practice non- syariah law, pesalah wanita yg terlibat dlm kes non -syariah tak boleh di sebat.

    another view said sebat rotan dlm syariah law utk wanita bukanlah spt sebat di dlm penjara tu…so agak ringan skit kot sebatnya..

    another view from a particular study lagi said sakit pedih dr sebatan rotan ni boleh kurangkan rasa addiction towards alcohol, pills etc…sebat penagih? tak kan nk sebat penagih…sure flat cepat……ntah.

    pd sy antara yg teramat pedih ialah related to love, which possibly could topple that pedih from six lashes of cane..perhaps.

    anyway, tak nafikan arak ni bersebab dihukumkan sbg haram….

    setuju atau tidak setuju hukuman sebat rotan pada pesalah wanita in syariah law, sy tak tau nak act mcm ne…

    ada baiknya sy improvekan diri sy kan, malas nak campur sgt especially klu melibatkan makcik sy tu.

    ps: hrp tak de yg menyembur komen sy ni..sbb sy tidak memihak pd mana2 pihak.

    jurudakwah muslimah said:
    August 2, 2009 at 7:58 am

    Terklik blog ni bila mencari blog islam yang boleh dimenfaatkan!

    Tertarik dgn tajuk BM yang ditimbulkan oleh tulip strawberry! Dan saya telah membaca blog muharrikdaie dan mmg bersetuju dgn pandangannya.

    Hanya untuk ingatan anak2 yang masih single dan berada dlm harakah islam ni supaya berhati hati dgn orang yang ingin kita jadikan teman hidup serta dgn BM yg diaturkan oleh jamaah. Mmg ada pro & con nya!

    Experience saya. Saya pesakit HIV. Anak saya meninggal kerana HIV dan sorang lagi Alhamdulillah. Suami juga telah meninggal kerana HIV. Puncanya saya tidak mengenali suami waktu menikah dgn nya kerana diatur oleh jamaah.

    Jamaah saya AlArqam. Telah diharamkan kerana dikatakan sesat namun apa yang ingin saya ceritakan bahawa jamaah alarqam ini adalah jamaah yang amat straigth pasal ikhtilat. Nak angkat muka pun dilarang, inikan pula nak memandang lelaki. Seluruh kehidupan saya diuruskan jamaah. Dari A sampai Z. Tidak ada ruang untuk saya menentukan kehidupan sendiri. Apa lagi ruang ibu dan ayah untuk memberi pandangan. Waktu itu jamaah segala galanya. Saya memang cinta islam dan waktu itu amat taksub dengan jamaah. Apa yang jamaah arah dan tentukan, itulah keputusan saya. Even kalau orang lain beri pandangan, hanyalah sia sia saja. Saya amat ego waktu itu.

    Pertama kali saya mengenal suami adalah waktu jamaah aturkan dalam satu majlis. Suami hanya diizinkan untuk melihat tapak tangan dan wajah saya sahaja dan saya hanya dapat menjeling suami sekali imbas sahaja. Waktu itu tiba2 hati saya tak sedap dan saya merayu pada naqibah saya agar dapat becakap dgn suami disebalik tabir untuk mengetahui latar belakang peribadinya namun tidak diizinkan . Naqibah mengigatkan saya agar banyak bertawakkal pada Allah.

    Akibatnya. Inilah saya. Bukan menyalahkan BM tapi buat kata penulis blog tu, BM ini hanyalah ciptaan manusia pasti ada kekurangannya!

    Saran saya, agar anak anak saya disini, dahulukan ibu bapak dan berkenallah dahulu dgn bakal pilihan hati secara yang diizinkan syarak. Sekadar perlu, untuk berterus terang tentang latarbelakang hidup yang lalu kerana ini akan menjamin keutuhan rumahtangga akan datang dan dapat memuaskan hati kita supaya tidak tersalah pilih! Saya rasa tidaklah sampai dimasuki syaitan kalau sama sama ikhlas kerana Allah dan ingaikan keredhaannya. Sama sama dah faham akan hukum, rasanya tak timbul masaalah. Janganlah kita sempitkan ruang ruang ini. Rujuk balik usul fikh dalam bab ini. Insyallah.

    Ingat anak anakku. Talaq terletak ditangan lelaki. Jangan sampai mereka mengainiaya kita dan pilihlah lelaki yang terbaik yang cintakan deenullah ini agar kehidupan kita mendapat redhanya!

    Wallahuaklam

    Jurudakwah muslimah
    jurudakwah@yahoo.co.uk

    hishammahir said:
    August 3, 2009 at 1:37 pm

    salam.

    akhuki fillah minal manchester darul iman.

    saya rasa, proses BM itu cantik, tetapi, perlu ada guidance, berkenaan tentang perkara-perkara yang sensitif (HIV/AIDS, dosa lama dsb) perlulah dikhabarkan kepada pihak di sebelah sana sebelum diteruskan lebih lanjut. Bukanlah untuk memburukkan satu2 pihak namun, perkara yang sama juga akan berlaku jika hubungan dilakukan diluar proses BM ini, jika psgn kita mengetahui kita mengidap AIDS, possibility untuk dia meninggalkan kita sgt tinggi. Jika dilakukan secara BM, (dengan tarbiyyah dan kefahaman Islam yang tinggi) saya rasa rahsia (perkara sensitif) itu akan dikuburkan begitu sahaja andai proses BM dibatalkan kerana tidak boleh menerima bakal zaujah/suami. Seseorang yang betul2 memahami Islam tidak akan menyebarkan fitnah/mengumpat.

    Proses BM bukanlah perfect, namun bagi saya (yang pernah bercouple) itu adalah jalan yang paling selamat dalam mencapai BM dari digoda oleh syaitan/nafsu/hawa. Glitches2 dalam proses BM boleh ditangani. Naqib saya berpesan pada saya, jika ingin berBM, apabila berjumpa dengan calon face to face disamping orang ketiga, tanyakan perkara-perkara yang paling penting (pernah berzina atau tidak, ada AIDS atau tidak dsb) bagi kita, supaya tidak timbul masalah besar di kemudian hari. Memang direct/terlalu terus terang, namun itu demi kebahagiaan di hari kemudian. Jika melalui pertemuan itu, kita tidak berpuas hati dengan pasangan kita, galikan kubur dan tanamlah segala rahsia yang kita tahu mengenai dia.

    Bagi yang gagal/menghadapi masalah selepas berBM itu, adakah BM yang patut disalahkan? Adakah kita tidak yakin itu sebagai ujian Allah? Kenapa BM harus dipersalahkan akibat kelalaian kita sendiri (tidak berterus terang sebelum bernikah)? Muslimin tidak sepatutnya menuding jari kepada orang lain, bahkan seharusnya dia perlu menerima sesuatu musibah/nikmat itu dengan redha.

    Kebahagiaan tidak ditempa oleh BM/mana2 cara, tetapi diri sendiri. Bila seseorang itu redha, maka walaupun suami mengidap AIDS sekalipun, redha terhadapnya kerana itulah jodoh yang ditentukan olehNya. Itu adalah ujian untuknya sepanjang hidup ini. Dan yakinlah dengan balasan di syurga Allah.

    Point is, kita nak kahwin melalui cara yg kita yakin diredhai Allah. Proses BM for me is the best way untuk mengelakkan terdetiknya rasa cinta (saya pernah 2 tahun bercouple) yang susah untuk dikikis. Bagi saya, perkenalan sebelum perkahwinan (untuk mengenal hati budi dsb) tidak berkesan. Yes, memang saya dah betul2 kenal ex saya, tapi penuh dengan dosa/noda along the way. Niat saya pada awalnya memang ikhlas untuk memperisterikannya. Namun alhamdulillah Allah menunjukkan jalan yang benar pada saya.

    Siti Khadija tidak bertemu Rasulullah untuk mengenali hati budinya, cukup cerita dari pembantunya yang membuat dirinya tertarik hati untuk bersuamikan Rasulullah.

    Maka kenalilah calon itu melalui cerita-cerita dari orang yang mengenali calon itu (kalau betul2 nak kenal hati budi).

    Kesimpulannya, setiap perkahwinan pasti berlaku masalah. Melalui proses BM ataupun tidak, yang penting ialah mardhotillah. That’s our aim.

    Sekadar pendapat.

    Salam dari Manchester

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s