Inilah rasaku..

Posted on

Perjalanan merempuh laut Selat Inggeris menaiki Stena Line cukup memukau hatiku ini.

Pemandangannya indah. Dan kami sempat melihat bayangan matahari terbit di sebalik gelapnya awan yang membawa hujan pada bumi Scotland beberapa minggu sebelum itu.

Ferry yang kami naiki ke belfast
Ferry yang kami naiki ke belfast

Aku amat kagum pada adik-adik dan kakakku itu. Paling aku syukuri, Allah membukakan hati mereka untuk menempuh perjalanan yang agak lama bersamaku. Kami perlu mengambil ferry pada pukul 4.40am untuk tiba di bumi Northern Ireland pada pukul 7pagi.

Dan tentu perlabuhan feri itu tidak dekat dari tempat kami. Perlu pula memandu 2 jam ke situ. Maka kami memutuskan, perlu kami tiba pada tengah malamnya agar dapat mencuri waktu tidur sekejap sebelum menaiki feri.

Alhamdulillah. Pertama kali aku menaiki feri mewah itu ( pada harga tiket yang agak ok), kami sempat merasai teknologi barat sehingga tidak langsung merasai goyangan feri itu. Akak aku yang bersiap siaga untuk tidak mabuk, memakan hyoscine untuk mengelakkan dari pening dan muntah. Oleh kerana tidak ada sedikit pun gegaran pada feri itu, dia merasai kesan ubat mabuk itu sendiri : pening dan tak seimbang! Beberapa kali badanya terhuyung hayang walaupun kapal tidak bergetar sedikit pun.

Seringkali perjalananku yang panjang membuatku berfikir lama.

Dan tentu menjadi satu latihan bulanan atau mingguan setiap kali menempuh perjalanan itu.

Latihan menguatkan azam dan himmah.

Menjadikan aku benar-benar yakin mengapa harus kutempuhi jalanku yang panjang dan payah ini.

Bukan untuk memilih untuk bersenang lenang di atas katil. Ataupun bersadai lepak di atas sofa sambil menonton Top gear ataupun Dragon Den sepanjang hari.

Tapi aku menempuh perjalanan itu kerana sebuah iman.

Menghidupkan semula hati yang telah lama tidur.
Membakar semula semangat yang sudah lama malap.

Mungkin juga hatiku ini sedang mengalami kefuturannya. Ibadah ke mana, bacaan entah tak bergerak dan sebagainya.

Tentang kefuturan ini, Raqaiq pernah menulis,

“Kelemahan (futur) selepas mujahadah adalah berpunca daripada permulaan yang tidak betul.

Langkah-langkah pertama bagi seseorang pendakwah pada jalan dakwah yang menyampaikan kepada Allah hendaklah bermula pada jalan yang sahih lagi benar. Dengan itu, dia akan meningkat dari masa ke semasa tanpa merasa lemah dan mundur. Jika dia merasa lemah sekalipun, maka dalam lingkungan yang tidak melebihi apa yang dikesani berlaku di dalam sunnah Nabi saw. Namun ia tetap suatu yang mengaibkan jika ia merupakan kelemahan atau kemalasan yang menghalang daripada berlaku peningkatan.

Sesiapa yang kita berjaya perteguhkan langkah-langkah pertamanya, maka insya Allah dia akan tetap dan teguh dengan pendiriannya selepas daripada itu. Tetapi sesiapa yang kita biarkan langkah-langkah pertamanya goyah dan longgar, maka sebenarnya kita telah memberikan gunting yang akan dipergunakan oleh syaitannya untuk memotong segala hubungan yang ada antara kita dengannya. Syaitannya pula memang sentiasa mengintai-ngintai dan menantikan peluang sedemikian.

Permulaan yang betul mengandungi dua makna yang saling ikut mengikuti dan saling memerlukan.

Iaitu niat yang baik dan keazaman (himmah) yang tinggi seperti ungkapan ini:

“Jiwa yang bercahaya dan keazaman yang bernyala-nyala.”
(al-Bukhturiy)

Jiwa yang bercahaya adalah merujuk kepada jiwa yang mengandungi niat yang suci. Oleh itu, ia dapat memberikan cahaya lantaran kesucian yang dimilikinya.

Manakala sesiapa yang mencampur adukkan niatnya, maka segala urusan dan perjalanan hidupnya akan menjadi kacau bilau.

Pengertian ini juga telah dibongkar oleh Mutarrif bin Abdullah al-Shikhkhir al-‘Amiriyy melalui kata-katanya: “Kebaikan amal adalah dengan sebab kebaikan hati. Kebaikan hati pula adalah dengan sebab kebaikan niat. Sesiapa yang suci, maka dia akan disucikan. Tetapi sesiapa yang mencampur adukkan, maka dia akan dicampur adukkan.

Keazaman yang kuat (himmah) adalah teman kepada niat. Selepas niat, tiada sesuatupun sebelum keazaman.Sesiapa daripada kalangan para murabbi yang berjaya menerapkan perkara ini pada langkah pertama anak buahnya, maka dia sebenarnya telah menjamin bagi keberlangsungan tarbiyah mereka, insya Allah.

Dikatakan orang: “Anda hendaklah menjaga keazaman (himmah) anda, kerana ia adalah pendahuluan segala sesuatu. Sesiapa yang mempunyai himmah yang baik dan dia benar di dalam himmah tersebut, maka segala amalannya selepas itu akan menjadi baik.”

“Hati umpama burung. Setiap kali meninggi, ia akan jauh daripada sebarang penyakit. Tetapi setiap kali merendah, dia akan diterpa pelbagai penyakit.” ( Ibnu Qayyim)

Keazaman tinggi mengekalkan kebersihan hati dan mengelakkannya daripada ditimpa sebarang perkara remeh, bahkan ia sentiasa disibukkan dengan perkara-perkara yang besar. Bukan setakat itu sahaja, keazaman yang tinggi juga dapat memelihara hati daripada terkena pelbagai jenis penyakit dan keaiban serta panahan syaitan. Keadaan ini sama dengan keadaan dua belah sayap yang diangkat lalu dapat memelihara burung daripada terkena panahan pemburu. Tugas seorang murabbi muslim ialah mengajar generasi baru pada permulaan tarbiyahnya.


Alhamdulillah. Syukurku pada Allah, kerana aku temui niat yang baik dan himmah itu pada akhawat yang teramat aku cemburui keperibadian mereka.

‘ Kagumlah dengan akak tu bila bercakap. Nak dengar je dia bercakap,’

Ujar seorang adikku.

Masakan tidak, kakak itu sendiri mengajar aku akan banyak pelajaran dalam hidup ini, walaupun kurang 2 hari kami bersama.

‘ Setiap apa yang kita buat perlu pada niat. Untuk apa, kenapa kita perlu buat sesuatu itu!’ Ujarnya penuh tegas dan hemah.

‘ Adakah perlu kita miliki kereta mewah itu hanya untuk tarik mad’u kita nanti?’

Tanyaku penuh kenaifan padanya ketika aku masih lagi tidak menemui jawapan yang jelas, mengapa seorang daie itu perlu memiliki kereta mewah.

Umum tahu, harga kereta mewah di UK ini 300% lebih murah berbanding dari Malaysia. Bayangkanlah, dengan hanya budget RM 10,000, seseorang boleh memiliki sebuah kereta mercedes!

‘ Pada pandangan peribadi akak, kita perlu memiliki kereta mewah itu bukanlah untuk tarik mad’u kita kepada Islam. Sebab, nanti kita akan jumpa mad’u yang akan ambil kesempatan atas diri kita,’ ujarnya penuh himmah ( semangat!)

‘ Setuju!’ Aku mengangguk. Bukan sekali dua aku berjumpa dengan mereka yang berbaik denganku hanya kerana mahu merasai empuknya Talhah.

‘ Tapi kita perlu tunjukkan qudwah pada ummah, perlu tunjukkan pada mereka bagaimana kita sebagai seorang mukmin ini menggunakan kemewahan ini. Kita perlu tunjukkan kemana perlu duit itu kita salurkan dan gunakan. Kita tunjukkan pada mereka yang dunia ini berada di tangan kita, bukan di hati kita!’

Aku teringat sebuah hadis di mana Rasulullah pernah menegur seorang sahabat yang kaya raya, tetapi memakai pakaian yang sangat daif, serta tidak menunjukkan pun perwatakan sebagai seorang kaya. Baginda menegurnya dan menyuruhnya memakai pakaian yang lebih elok supaya masyarakat tahu status dia. Bila masyarakat tahu status dia, maka masyarakat boleh meminta bantuan darinya dari sudut kewangan.

‘Sebab itu, bila banyaknya duit kita, bukan sahaja banyak belanja kita , tetapi lebih banyak jugalah wang infak kita. Salah, jika kita ada kereta dan rumah mewah, tapi infak kita masih lagi di tahap lama.’ begitu ujar kakak itu menutupi hujah.

2 hari bersama akhawat sebaya, sefikrah dan sefahaman sangat-sangat menyegarkan iman dan jiwaku.

Aku tak tahu bagaimana dengan antum sekalian..

Pernahkah bila kita rasa selesa dengan keadaan kita, merasai bahawa tarbiyah dan dakwah kita tidak bermasalah, kita merasai selesa dengan keadaan itu.

Apatah lagi di waktu jiwa kita lemah, iman kita merudum, dan maksiat menjiwai ruh kita, kita mula rasa malas nak berjumpa sisters. Malah nak pergi prorgam yang perjalanannya lebih sejam pun turut rasa seperti sehari dua!

Berat sangat!

Pernahkah?

Mungkin di saat itulah, jiwa dan iman kita memerlukan penyelamatnya secepat mungkin!

Dan alangkh indahnya dan nikmatnya berjumpa dengan sahabat fillah. Terasa teramat barakahnya!

‘ Bestkan, tak yah pengisian pun tak apa, dapat jumpa pun cukupkan?’

Sebab itu kita semua sangat perlu berusaha untuk bertemu sisters, sekurang-kurangnya sebulan sekali.  Mendapatkan semangat, menghidupkan iman, dan membasuh dosa-dosa.

Aku teramat berterima kasih buat akhawat yang tentunya memberi kesan buat adik-adik dan kakakku. Aku tahu mereka semua berazam untuk berubah seperti akhawat tersebut.

Kita semua manusia biasa sahaja. Akhawat atau bukan, we are still human beings.

Akhawat pun suka gelak, suka buat lawak, suka je kene mengenakan.

In fact, kita semua perlu rasa, once kita nak Allah, nak hapuskan dosa-dosa kita depan Allah, dan nak dekat dengan Allah, ikatan hati kita akan terikat dengan mereka yang mahu cita-cita yang sama.

Di situlah kita akan rasa bahawa….

Kita semua adalah akhawat.

‘ Kita kene share benda yang kita rasa manis dalam diri kita, iaitu tentang kemanisan iman, kemanisan ukhuwah dan aqidah ini. Dari situlah kita dapt tarik rakan-rakan kita dari benda selain dari Allah kepada perkara yang mendekatkan diri kepada ALlah’.

Banyak lagi tausiyah yang bergetar di telinga dan jantungku. Masih banyak lagi mahu aku dengari dari mereka!

I really don’t want this weekend to end!! Tapi kita semua tahu, the battle begins with tasbih kafarah and suratul Asr. Tarbiyah kita yang sebenar adalah selepas usrah. Sebab usrah, perjumpaan sesama akhawat dan sesi qadhaya bersama mereka adalah sekadar bekalan untuk perjalanan yang lebih panjang.

Walaupun terasa perit sangat nak bertemu realiti sebenar, perjalanan ini harus ditempuhi juga.

‘Kak tak sabarkan nak masuk syurga, buat semua benda yang kita nak.’

Aku tersenyum bila teringat kata-kata adikku itu.

Dan hatiku berbisik pada diriku sendiri..

Moga syurga itu menjadi motivasi buat kita adik, insyaallah. Sebab dunia ini serba indah, dan syaitan sentiasa menggoda kita setiap masa.Terkadang ranjau-ranjau yang banyak itu menyebabkan kita sentiasa berputus asa dan mahu berdiam diri sahaja..

Moga kita semua temui kekuatan yang sebenarnya dari Allah, Pencipta kita.

PS: pertemuan dua hari terasa lebih penuh dari baca 20 buku dalam masa dua bulan! Allah Akbar!

hingga tulisan seterusnya,

Aisyah
Glasgow

Advertisements

6 thoughts on “Inilah rasaku..

    mun82 said:
    July 27, 2009 at 10:28 am

    salam sis,

    =) lame tk drop a note. bile la nk jumpe ni.

    suka part quote dari Raqaiq tu. just in time! =)

    kmuni

    ar-rumaisa said:
    July 27, 2009 at 7:37 pm

    Salaam aisyah,
    wasn’t there this weekend. miss you lots! thank you for sharing it here. jumpa nanti nx month inshaAllah =)

    amy said:
    July 28, 2009 at 11:18 am

    Salam kak, akak apa khabar? Rindu betul… thanks for sharing kak. If ada rezeki sya, iA kita jumpa kat uk hujung bulan 9, :D. Nanti email cerita lebih lanjut

    kakak said:
    July 28, 2009 at 1:58 pm

    Tak sia-sia terkejar2 kapal terbang sebab nak balik glasgow gak untuk gi belfast.hujung minggu yg dpt memggilap kembali jiwa yg karat.ALhamdulillah…

    muharikah responded:
    July 28, 2009 at 11:04 pm

    k muni…….. cant wait to see you!!!!

    ar-rumaisa… sedih tak jumpa anti juga… macam mana boleh takde nih…huhuu insyaallah kita jumpa nanti…

    amy…. mana email awak? takde pong…………huhuhuhhuhhu….. rindu juga!!! kita nak gi newcastle nanti nak tgk baby k bisha!huhuh… join program tak kat malaysia tu?

    kakak –> wah… mahal ayat tu kak, menggilap kembali jiwa yang karat…hope akak ok dengan kad2 akak, moga ada keberkatan pada duit2 yang ada 🙂

    ainulmardhiah said:
    July 29, 2009 at 8:32 pm

    Slm Dr Muharikah!

    Sharing best! tak tersangka jumpa akak time di belfast!
    Terkejut sgt jumpa dengan seseorang yang tujuh hari shj jaulah dengannya mampu memurabbiahkan dirinya. Alhamdulillah! [Erk saya, saya? Saya macam mana ya?]

    Jumpa di lain hari – daurah di Leeds nanti, insyaAllah

    Ainulmardhiah
    Wafa yang tenang, tapi hati rindu bergoncang
    Dublin

    [p/s: Eh akak, saya xnaek keta akak sbb nak amek kesempatan taw! Tak tahupun akak ad keta. Taw! =ppp]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s