Kenangan ISK

Posted on

Aku melihat wajah-wajah naif itu mendongak ke dinding yang berlatar belakangkan video itu.

Video yang pertama kali aku melihat semenjak memahami makna kepada isinya 3 tahun sebelum itu.

Di detik kefahaman itu memukau akalku. Mendesak jiwaku, dan menolak perasaanku.

Dan tentu mengubah fasa-fasa hidupku setelah itu.

Dia menghidupkan aku dari lena, menyegar bugarkan jiwaku dari rehat amat panjang tak bermakna.

Pertama kali aku mendengar pengisian yang mendesak dan menolak aku berkongsi dengan semua umat manusia di saat pertama kali aku mendengarnya..

Di saat itulah aku benar-benar merasai apakah makna faham yang selalu disebut murabbiku itu..

Faham yang membuahkan iman.

Faham yang menolak perasaan.

Dan faham yang mampu membuang jahiliyah getahku.

Dan faham yang terus membuah perasaan memberi itu..

terus menerus untuk memberi tanpa henti.

Dan kini video itu menyentak aku lagi. Mengobar-ngobarkan jiwaku. Sungguh muzik itu sangat banyak kesan bagi jiwa manusia. Apatah lagi visualnya yang sangat memukau perasaan.

Satu barakah buat insa yang mendapat ilham luar biasa dalam menghasilkannya. Dia cuma pelajar engineering di Nottingham University dan baru berusia 22 tahun ketika menghasiilkan video tersebut.

Barakah yang lebih besar lagi orang yang menginovasikan karya agung Hasan Al-Bana Antara semalam dan hari ini itu. Seterusnya memberikan manusia ilham-ilham lain untuk memahamkan orang akan al-fahmu itu dalam bentuk yang berbeza-beza.

Menyentak mereka dengan satu rasa baru.

Kefahaman baru!

Kefahaman seperti mana yang Syakib Arsalan tahkikkan; Kita bermula dari membina individu-individu muslim.

Dulu orang mengatakan usrah itu satu sinonim.

Pelik orang tak tahu pasal usrah.

Tapi kini ISK pulak.

Walaupun tak boleh nak dikatakan pelik lagi bahawa tak ramai dengar lagi ISK ( sebab ISK ini pun masih baru), tapi di mana-mana sahaja ISK ini diperdengarkan. Patutnya ramai sudah tahu.

Dan saat ISK ini dijajakan besar-besaran, jangan lupa pula ‘jeez’ dan maknawiyah sebenar di balik nama besar itu.

Dia bukan sekadar slogan.

Dia bukan sekadar satu kata gah, atau satu keperluan dalam tarbiyah tanpa faham matlamat di sebalik pengisian itu.

Dan ISk itu bukan perkara wajib perlu difahami setiap manusia pun.

Cuma ISK berjaya membawa satu kefahaman.

Menghasilkan satu tolakan.

Melahirkan tindakan.

Tindakan yang luar biasa impaknya!

Namun…

apakah itu masih dirasai lagi?

Masihkah ISK kita rasai dahulu sama segarnya dengan apa yang kita dengari sekarang? Atau sudah berwajah bosan dan semu? Sekadar fakta-fakta tiada makna?

Atau adakah kita masih lagi basah dengan satu keinsafan pada apa yang telah berlaku pada umat Islam, dan merasai cahayanya ketika kita memberikan cahaya itu kepada orang yang pertama kali mendengar formula itu.

Formula kebangkitan Islam.

Masihkah?

Masihkah merasai ‘ Inilah Sejarah Kita’ membuka lagi mata hati kita seperti mana dahulu pernah mata ini terbuka dulu?

PS: seronok melihat seorang akh yang dahulu masih yang takut-takut nak kedepan memberikan ISK, skrg mampu memberikan taujih yang menggegarkan hati ini walaupun masih lagi segan dengan penonton yang ramai. Alhamdulillah.seronok dengan kelahiran ramai murabbi-murabbi di kawasan yang dulu sangat struggle untuk mendapatkan muwajih pun! Alhamdulillah. ( tentu dengan akhawat dah lama bangga! πŸ™‚ )

PSS; boleh contact saya sesapa nak dengar ISK pada yang belum, k? πŸ™‚

Post ISK scotland,
Aisyah

Advertisements

One thought on “Kenangan ISK

    nida' ul-iman said:
    July 20, 2009 at 8:39 pm

    Salam kak….

    AlhamdulillahX3..

    Jzkk kak….happy sgt dgr cerita antum..dan lagi happy akak jumpe sekejap ‘penolak itu’ utk menulis.. πŸ™‚

    -yang masih mencari ‘sesuatu itu’ utk menulis-

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s