Kesibukan seorang daie

Makan-makan dengan femily di kota Munich
Makan-makan dengan femily di kota Munich

Marienplatz di Munich

Marienplatz di Munich

Mesti ramai menunggu supaya entry di blog ini berubah dari hari ke hari.

Tapi entah kenapa sangat sukar kebelakangan ini ia bertukar wajah.

Bukannya tiada ilham.

Bukan tiada cerita.

Bukan tiada gambar untuk dikongsikan.

Bukan tiadanya cinta untuk dikongsikan untuk semua.

Tapi kita tak boleh memberi sesuatu hanya untuk memberi.

Sekadar ada sahaja benda itu.

Sekadar update.

Sekadar ada.

Macam kita usrah.

‘ Asalkan usrah regular kire okla tu..’

Macam kita DF orang.

‘Ala, asal tegur YM oklah tu. Asal tanya khabar macam-macam tu ok jelah.’

Macam kita dapat tugasan masuliyah sesuatu perkara. Jadi masulah ke, amirah ke, buat majalah ke, apa jelahkan…

‘ Ok per buat je apa disuruh.Apa susah?buat je, berkesan ke tak berkesan, kenapa nak fikir susah-susah?’

Itu ke sikap daie?

Itu ke sikap kita pada Allah?

Itu ke sikap kita sebagai muslim?

Sabda Rasulullah yng bermaksud ” sesungguhnya Allah suka apabila seseorang itu melakukan sesuatu pekerjaan dengan tekun(an-yutqinah)’

Dalam hadis tersebut Rasulullah mention perkataan ‘An yutqinah’ maknanya itqan.

Itqan = Buat sesuatu sehabis baik dengan seluruh kekuatan dan tenaga kita.

Buat bukan sekadar ada, tapi buat something yang….

‘ BANGGGGGG!!!!!! impact dia!’

Menusuk jiwa, mengubah kalbu, membersihkan perasaan dan mengharakahkan anggota badan untuk berubah.

Kereta masa depan BMW. Sempat saya dan family pergi stadium BMW di Munich. Belajar bagaimana orang Barat sangatlah bersungguh-sungguh (itqan) dalam memodenkan kehidupan mereka. Bagaimana dengan kita?
Kereta masa depan BMW. Sempat saya dan family pergi museum BMW di Munich. Belajar bagaimana orang Barat sangatlah bersungguh-sungguh (itqan) dalam memodenkan kehidupan mereka. Bagaimana dengan kita?
Kereta hydrogen BMW. Kereta masa depan yang tak menggunakan petrol. Jimat duit para duat selepas ini sebab tak perlu bayar duit minyak lagi...eheheh
Kereta hydrogen BMW. Kereta masa depan yang tak menggunakan petrol. Jimat duit para duat selepas ini sebab tak perlu bayar duit minyak lagi...eheheh

Sebab jiwa yang berubah akan rasa nak mengubah orang lain , dengan izin Allah.

Tapi mungkin juga saya jarang menulis sebab…

Mungkin saya merasai bestnya dapat memberikan taujih face to face lebih daripada menulis.

Dan saya lihat kesan itu sangat besar pada anak2 didikan murabbi-murabbi saya. Murabbi yang sangat hebat sangat jarang menulis. Anak buah meerka sangat hebat dan menjadi duat hebat seperti mereka juga..

Inilah yang dikatakan sebagai pelukan jahbaz, sentuhan cendekiawan yang diceritakan secara terperinci oleh Syeikh Ahmad Ar-Rasyid dalam karya agung Muntalaqnya..

Keupayaan apabila mata bertemu mata, lutut bertemu lutut dan tubuh memeluk tubuh sangat hebat memberi kesan buat jiwa manusia.

Di saat Jibril memeluk Muhammad dengan sepnuh kekuatan hingga berkeretak tulang-tulang rusuk Rasullullah, perkara itu yang menggetarkan diri baginda dan memberi kesan  jiwa yang besar padanya.

Alangkah aku suka jika aku sedemikian. Membentuk manusia dengan pelukan dan sentuhanku. Berhadapan dengan mereka, membentuk dan mentarbiyah mereka.

Alhamdulillah sepanjang beberapa minggu yang lepas, aku berinteraksi dengan mereka, samada secara maya ataupun tidak. Mungkin itu menyebabkan diriku merasai bahawa dakwah secara fizikal itu lebih best feeling dia ( zouq) daripada menulis itu sendiri.

Atau mungkin ada sesuatu yang hilang dariku.

Sesuatu yang sentiasa menolakku menulis walau apapun yang ada didepanku, pasti aku akan menulis. Kerana kepentingan berkongsi itu lebih penting dari segalanya ketika itu.

Menaiki canal di Amsterdam sangat banyak mengundang ilham, tapi tak tercerna dalam tulisan pula...ermm...
Menaiki bot dan melalui canal di Amsterdam sangat banyak mengundang ilham, tapi tak tercerna dalam tulisan pula...ermm...

Dan itulah yang mungkin aku tiada.

Sejak sekian lama…

Apa benda dia eh?

Itulah kot yang adik2 semua banyak rasa sekarang, ketika antum mendapat ilmu dan kefahaman baru yang membuak-buakkan dada antum untuk share dengan oarng lain.

Maybe benda itulah orang lama seperti saya ( ceh..macam lama jer…) sudah hampir kering dan tiada..

Entah kenapa.

Tapi itulah hakikat tarbiyah kita.

Semakin tinggi mustawa (level) dalam tarbiyah kita, semakin kuranglah tarbiyah jamiyah kita ( usrah , daurah dan lain2) dan makin tinggilah tarbiyah dzatiyah kita.

Bila sudah sampai mustawa ini, inilah dia ujian utk kita lebih bergantung kepada Allah dari segalanya, merasai manisnya tarbiyah ini dengan adanya Allah di sepanjang masa di sisi kita, dan tidak menyalahkan keadaan/jemaah kerana tidak memerhatikan tarbiyah kita dengan baik.

Sebab itu kene selalu bina anak-anak binaan kita supaya betul-betul kuat dan mantap. Betul-betul boleh kendiri . Kerana kita mempersiapkan mereka supaya tinggi dzatiyah dan kefahaman mereka.

Supaya pada saat tiadanya orang kisah pasal tarbiyah mereka, merekalah yang akan cari tarbiyah itu.

Di saat tiadanya usrah di satu kawasan itu, merekalah yang menggerakkan usrah itu.

Kincir angin di Amsterdam. Ada orang tinggal dalam tue... :)
Kincir angin di Amsterdam. Ada orang tinggal dalam tue... 🙂

Dan kita hidup di zaman tiada sekatan dalam menuntut ilmu. Tiada alasan untuk tidak rasa meningkat dengan tarbiyah kerana ilmu itu ada dan senang diperoleh di sepanjang masa. Benar murabbi itu penting, tapi kita tak boleh menyerah pada keadaan dan berserah sahaja kepada diri kita yang kekuarangan ini . Tiadanya murabbi. Kurangnya pengisian. Kurangnya tarbiyah.

Tapi siapa yang akan rugi?

Kita juga!

Sedangkan kita ada satu nyawa dan satu usia.

Rugilah kalau kita sia-siakan umur kita itu.

Dan amazingly kekuatan ukhuwah itu.

Dalam keadaan tiada murabbi untuk membimbing diri kita, Allah akan kurniakan sahabat sefikrah hadir dalam hidup kita. Hadir untuk kita berbincang dan berkongsi rasa dengan kita.

Dan di saat itu semangat kita akan menyala semula!

Bergejolak!

Amsterdam.. memukau pandangannya..
Amsterdam.. memukau pandangannya..

Dan mereka meniupkan harapan baru dalam kita. Harapan untuk terus berjalan, bergerak dan tidak hampa dengan keadaan yang ada di sekeliling kita.

Allahuakbar! Ajaib kan?

aza and me 2
Graduation di Scotland takde topi, so takde gambar baling-baling topi

Iman itu perlu sentiasa dinyalakan dan dihidupkan.

Cara nak menghidupkannya adalah dengan sentiasa bercerita dan berkongsi dengan orang lain.

Kene cari orang utk kongsi.

Sampaikan kalau takde orang untuk dengar kita cerita pasal iman, kita kene tulis dalam blog ataupun paling teruk sangat pun cakap dengan cermin sorang-sorang! (hehehee)

Sebab kalau tak iman itu akan terhakis dan akan melarut dek hasutan-hasutan dan derasan jahiliyah yang tidak pernah henti….

Itu sahaja rasa nak kongsi.

Sorrylah entry tak best sangat.

Skrg sedang menemani seorang teman yang memerlukan. Doakan dia lulus exam ye kawan-kawan. Mohon dengan sangat.

Alhamdulillah selepas parents pulang, sempat untuk uruskan perpindahan dari dundee ke glasgow. Rasa sayu nak tinggalkan Dundee, tapi insyaallah inilah yang terbaik. Sibuk juga bila perlu mengemas dan pindah rumah. Dalam cuti sebelum kerja ini mungkin akan sibuk sket untuk uruskan beberapa urusan di samping memenuhi hak-hak ukhuwah sesama sisters di UK.

PS: i’m missing people in Malaysia so much!!! nak pergi daurah2 mereka!huhuhu..

PSS: melihat seorang ukht tidur sambil menatap Quranya.. tertidur sambil memerhatikan makna-makna ayatNya… kenapa tidak aku begitu? 😦

faqiratun ila rabbi,

aisyah

birmingham

Advertisements

Author: Muharikah

Dr Aisyah Daie di JalanNya..