Yang kuinginkan…

Posted on Updated on

Wardah melihat dari kejauhan. Sayu memandang pada gigi laut yang disimbah air deras tanpa segan.

pantai aberdeen

Dia sering berinteraksi dengan alam di saat masa-masa mengizinkannya. Apatah lagi apabila berkesempatan melihat laut. Merasai bayunya. Menjiwai damainya. Dan paling menusuk jiwanya, dia merasai Rabb melihat dirinya yang kerdil ini.

Entah kenapa pantai begitu dekat dengan hatinya..

Dan di gigi pantai itulah filem-filem berkenaan kehidupannya diputarkan begitu lancar. Satu demi satu. Bagaikana wayang kulit hitam yang dipaparkan di zaman tiadanya bunyi dan warna. Namun manusia di zaman itu sangat menghargai filem-filem sebegitu rupa.

Di pantailah tercoret jahiliyahnya, dipantailah dia bertemu Rabbnya, di pantailah termaktub memori abadi bersama puluhan sahabiah yang sangat dekat di hatinya. Mereka yang dikasihi pasti ada memori bersama di tepi pantai, kerana pantai itu menjadi saksi, anginnya menyanyikan lagu dan bunyi airnya itu mencatatkan sejarah pertemuan kami di pantai itu.

Dia merenung lagi pada pantai. Mengimbau kembali 26 tahun yang silam. Ya. 26 tahun dia masih dihidupkan oleh Allah di muka bumi ini.

Dia bertanya, untuk apa umurnya yang panjang ini? Adakah nasib baik? Atau nasib malangkah?

Dia pernah mendengar.Entah mana dia dengar tidak pasti. Mungkin ustaz di sekolah agamanya dahulu.

Ustaz itu pernah berkata ( owh, mungkin seorang budak lelaki alim di sekolah dia dulu yang pernah cakap begitu, bukan ustaz! Tak mengapa, siapa-siapa jelah kan!) ketika salah seorang pelajar di sekolah kami meninggal kerana demam denggi.

Dan ustaz/budak lelaki alim itu pernah berkata : ‘ Alhamdulillah, waktu mati seseorang itulah yang terbaik baginya. Matinya seseorang pada usia muda untuk mengelakkannya dari bermaksiat.Matinya seseorang, pada lanjutnya usia adalah kerana Allah mahu memberinya peluang untuk bertaubat atas dosa-dosanya’.

Wardah bertanya dirinya sendiri, ‘Bagaimana denganku? 26 tahun di dunia ini, apa yang telah aku lakukan? Apa?Mana buktinya?’

Dia masih ingat, 10 tahun yang silam, di tika usianya masih jambu 16 tahun, Allah yang Maha Kaya lagi Pemurah telah memilihnya untuk merasai nurNya yang gemilang itu. Di tika umurnya itulah dia mengenal erti dakwah dan tarbiyah. Merasai manisnya melihat dengan cahaya Allah di sepanjang hidupnya.

Rasulullah saw bersabda: “Takutlah kamu terhadap terhadap firasat

orang mukmin, karena ia melihat dengan cahaya Allah.”

Namun sepanjang 10 tahun itu, pelbagai pergolakan berlaku dalam hidupnya. Pasang surut hidupnya itu bagaikan air lautan dan pantai yang sangat suka dilihatnya di saban waktu itu.

Tentu tidak dapat dipadam memori silam yang amat gelap di saat dia sudah merasai manisnya iman.

Tidak pernah disangka di saat dia mengenal dakwah dan tarbiyah, dia akan kembali pada lumpur jahiliyah yang menjijikkan itu. Siapa sangka!

Namun rakannya menjadi saksi. Mereka mengetahui, Wardah ketua badan agama di sekolah Islam itu pernah melakukan perkara yang tidak pernah siapa-siapa sangkakan.

Dan sedih hatinya kerana peristiwa perubahannya dari baik ke buruk itu menyebabkan orang tidak percaya lagi kepada orang dakwah sepertinya.

‘ Ala.. dia itu, baik konon dulu-dulu. Sekarang tengok, siapa yang lebih ok? Aku tak ikut dakwah ini lebih baik dari dia!’

Begitulah kata-kata yang amat menghancurkan perasaannya.

Namun satu peristiwa yang amat meluluhkan hatinya adalah di saat dia bertemu bekas murabbinya dengan imej yang baru, imej selepas mengenal jahiliyah semula..

Murabbinya menangis di saat melihat dirinya yang berbusana bukan muslimah lagi.

‘Kenapa Wardah sudah jadi begini? Akak salah ke dalam mendidik Wardah?’

Dan dia dengan keegoan yang menebal dan kecintaan pada jahilyah itu memandang bekas murabbinya dan menjawab,

‘Takpelah kak, inilah pilihan saya. Kalau saya nak baik balik, kat UKlah kot..insyaallah.’

Malangnya, di bumi UK ini, di saat dia hadir, adalah bumi tarbiyah dan dakwah paling sukar pernah ditempuhinya.

Dia merenung kembali kepada pantai, mencari sisa-sisa kekuatan, menggali memori silam yang masih terbenam di balik butiran pasir yang mendak akibat huraian hujan yang amat lebat sebelum itu. Rakan-rakannya masih bermain-main dengan pasir, membina istana, melukiskan gambar dan tulisan, mengajaknya untuk bersama mereka.

Dia masih mahu duduk di tempatnya itu. Melihat pantai sepuas-puasnya. Menghirup auranya. Kerana pantai sering menjadi sumber ilhamnya. Dan pantai juga merupakan mesin pita yang menayangkan semua memorinya.

pantai di dundee
pantai di dundee

Dia melihat bagaimana 6 tahun di bumi asing ini sangat banyak mengajar dirinya. Mengajar untuk bersabar dalam mentarbiyah diri sendiri. Bersikap Qanaah(puas hati)dengan apa yang ada. Qanaah dengan sedikit tarbiyah yang dia dapat. Berapa banyak kali dia memberikan muhasabah dan terkadang termelenting kepada murabbi-murabbinya kerana kecewanya dengan tarbiyah dia perolehi dari mereka.

Dia merasakan pada usia dakwah dan tarbiyah yang lama ini, dia mendapat bahan yang lebih tinggi. Dia mahu menerima dos pekat tentang fiqh dakwah, fiqh harakah dan sebagainya. Taujih tarbawi yang mengatasi awanan dan tingkatan langit. Dia mahu rasa gah dengan tarbiyah dia dapat. Dia mahu duduk di atas dipan-dipan. Mahu bergelar murabbi super sebab dapat banyak bahan yang bombastik!

Apa????

Ingat dunia ini ideal dan indah seperti itu ke?

Seperti mana ramai orang mengidamkan menjadi Cinderella, seperti itu jugalah ramai orang mengidam dapat menjadi anak murid Hasan AlBana.

Tapi berapa ramai je dapat jadi Cinderella bukan?

Kerana itu,kekecewaannya pada tarbiyahnya itu memberikan pengajaran yang amat besar bagi dirinya.Nilai yang tidak dapat dia miliki jika dia hanya duduk berkepit di bawah murabbi kesayangannya di Malaysia.

Di sinilah dia belajar bahawa: Tarbiyah saya adalah tanggungjawab diri saya, bukan orang lain!

Dari situ, dia berani mengembara.Seorang diri.Merata-rata dia pergi. Dia sudah pergi ke semua tempat yang ada akhawat di UK pada 3 tahun pertamanya di sini. Terkadang mengikut murabbi memberikan pengisian. Terkadang sukarela menziarahi akhawat, minta mereka mencuci karat-karat hati ini dengan pengisian ruhi.

Di waktu itu, dia menjadi sangat dahaga pada ilmu.Dia akan bergegas ke mana sahaja ada program. Dia tidak mahu tertinggal. Tidak kisahlah naqibah dia buat usrah ataupun tidak, dia pastikan dia ada pengisian pada setiap minggu. Dia akan cari, online ke, recording ke, jumpa murabbi lain ke. Dia mahu dengar, dia mahu tarbiyah.

Namun acapkali dia menangis sendiri.Menangis dengan esakan penuh dahsyat. Barangkali tak ramai memahami perasaan rasa keseorangan di atas jalan dakwah ini.

Ya, ramai kata sahabiah dia menawarkan diri jika dia perlukan teman berbicara. Telefonlah mereka. YMlah mereka.

Tapi tak sama jika ada teman di kawasan sendiri, teman untuk berdiskusi tentang masalah dakwah di kawaasan. Dan tentu teman untuk perjalanan selama 5-10 jam ke sesuatu program.

Namun dia sedar, itu satu tarbiyah bagi dirinya. Selepas 4 tahun, dia sudah rasa sebati dengan perasaan itu. Malah dia tak pernah lagi rasa kesunyian. Sebab kesibukannya pada banyak perkara membunuh sunyi itu.

Di dalam perjalan 5-10 jam itulah dia mengambil masa untuk menghafaz Quran, untuk baca buku medik, untuk membaca bahan usrah dan sebagainya.

Tiada masa langsung untuk bosan!

Dan dia merenung kembali: sudah tercapaikah apa yang diimpikannya selama ini.

Apa yang dia mahu adalah:

Dia mahu menjadi hamba Allah yang Dia redhai.

Menjadi hambaNya yang buat kerja yang Dia suruh.

Iaitu menyeru manusia untuk memahami dakwah dan islam ini secara tulen.

Dan dia melihat pada laut. Dan di sana wajah kesalnya mula bercorak di pipinya yang mulus itu.

Sudahkah cukup usahanya itu?

‘ Akak, tahu tak, pasal anak usrah akak?’

‘Kat Malaysia?’

‘A’a, tulah, ramai sangat yang sedih. Saya tak pernah kenal dia, tapi pernahlah saya ajak dia pergi program. Saya text dia. Pastu dia jawab’ Saya dah faham sangat pasal dakwah dan tarbiyah ini. Tapi saya dah buat pilihan saya, harap awak jangan contact saya lagi.‘ Sedih gila akak time dia bagi mesej tu, dah lah saya tak kenal dia.’

Bukan dia tak pernah tahu tentang anak usrah dia. Malaysialah medan ujiannya. Dan bila diberi pilihan antara keluarga dan dakwah, dia akan memilih keluarga. Ternyata dia gagal mendidik anak usrahnya sepanjang dia berada di bumi asing ini.

Dan dia melihat kepada anak-anak binaannya yang lain.

Dia amat kecewa kerana tidak menjadi murabbi yang baik pada mereka.

‘ Kak Wardah, dalam nota ini dia tulis,seorang murabbi itu perlulah menegur kesalahan anak usrahnya. Dia perlulah juga memberikan sentuhan dan mengajarnya aspek yang tidak diketahui. Camne ni k wardah?Akak tak buat semua benda ini pada saya lagi?’

Dan dia diam membisu melihat anak usrah yang dijumpainya setahun sekali itu. Dia saat itu, mereka mengikuti kuliah berkenaan dengan profail murabbi, dan cara-cara menjadi super murabbi.

Dia amat kecewa dengan dirinya sendiri. Kecewa yang tidak kunjung tiba perubahannya. Tentu yang jauh amat susah digapai dan dicapai.

Yang berada dekat dengannya dan sering bersamanya adalah anak usrah orang lain. Yang jauh itulah anak binaannya yang sangat susah untuk dia capai.

Dan dia melihat, bilangan sahabat-sahabatnya makin menyurut. Ramai sudah pulang. Ramai juga sudah sibuk. Berkeluarga dan berkejaya.

Dan setelah beberapa ketika masa berlalu, dia berasa kesunyian kembali.

Dia masih ingat, 5 tahun di sekolah menengahnya, pasti ada sambutan hari lahir di sekolah bersama teman sekelasnya. Kelasnya ada 30-40 orang. Semua orang akan ingat hari lahir masing-masing. Entah mengapa, dia sangat merasai kasih sayang orang padanya di tika itu. Kasih sayang yang tidak dapat ditunjukkan pada waktu biasa.

Namun dia tidak kisah pada hadiah. Yang paling bermakna adalah dia bersama rakan sebaya untuk meraikannya. Merasai tua sama-sama.

Dan kini, mereka sudah tiada. Dan tinggal dia seorang diri bersama adik-adik. Dan memang. Memang dia penat menjadi kakak, sebab dia mahu juga merasai dewasa dan budak kecil seperti mana teman sebaya yang lainnya.

Hari ini dia sudah melangkaui suku abad.

Dan dia bertanya pada dirinya sendiri , ‘ Di mana aku sekarang di dalam hidup ini?’

‘ Akak, nak apa untuk birthday?’

‘ Saya nak apa yang saya perlukan.’

‘Apa dia?’

‘Carilah, kalau awak betul-betul memerhatikan saya.’

Dan tentu adik DFnya itu tidak pernah ada masa untuk memikirkan perkara remeh itu.Β  Tapi dia sengaja mahu mengujinya.

‘Wardah, anti mahu apa?’ tanya sahabat baiknya.

‘Takde apa ukhti.’ jujur kataku. Tidak mungkin sahabatnya tahu apa yang dia perlukan kerana mereka cume berjumpa 4-5 kali setahun sahaja.

Dan Wardah memerhatikan lagi langit biru yang menjadi atap bagi pantai tempat idamannya itu.

Sudah lama dia mahukan sesuatu yang istimewa. Sesuatu yang dia harapkan ada ukht tahu dia memerlukan benda itu. Sangat prihatin akan keperluannya.

Dan dia memerhatikan kitab lusuh di tanganya. Kitab yang banyak berjasa baginya selama 5 tahun yang silam. Kitab yang banyak menyuluh jalannya dan mewarnai jiwanya. Kerana terlalu kerap dia gunakan dan kurang cermat dia menjaganya, kita itu sudah terkoyak danterkeluar isinya serta terputus tali tandanya. Dan dia mahu katakan buat mereka yang dikasihi, jika ada hadiah mereka buat dia di hari ini, dia mahukan kitab yang baru, buat peneman jalan dia yang masih panjang ini…

PS: terima kasih adik2 sebab buat sajak yang sangat menusuk kalbu ini.

PSS: terima kasih yang menyanyi untukku dan memberikan ucapan bermakna.

PSSS: murabbiku pernah berkata: dia tak pernah sambut pun birthday dia!huhuh…

Maaf menulis dengan panjang. Moga tak ramai baca entry panjang ini.. Dan maaf lama tak update blog, baru malam ini ada keselesaan menulis setelah 2 minggu berjalan tanpa henti di merata tempat.

Wassalam

Aisyah

Aberdeen

7/7/09

Advertisements

13 thoughts on “Yang kuinginkan…

    nowfara said:
    July 7, 2009 at 3:42 am

    Selamat Hari Lahir πŸ™‚

    Humaira' said:
    July 7, 2009 at 3:44 am

    Jazakillah kak aisyah atas entry ni…

    “Tarbiyah saya adalah tanggungjawab diri saya, bukan orang lain!

    ayat ni betul2 buat saya tersentak kembali…
    kadang2 tak faham juga dgn diri sendiri: yg kadang2 rasa kecewa, kadang2 rasa cemburu dgn tarbiyah org lain..

    tapi, dlm masa yg sama… saya sedar, yg Allah hanya berikan yg terbaik utk diri kita kan… huhu…

    Jazakillahukhairan katheera ukhti..

    chemat said:
    July 8, 2009 at 3:00 am

    masyaAllah… entri yang sangat bermakna dan penuh hikmah insyaAllah. jangan putus usaha, jangan putus doa… semoga mendapat hadiah yang diinginkan…

    nad said:
    July 8, 2009 at 11:58 pm

    akak, epi bday..hehe..xde kdt nk mesej akak semalam..(alasan :p)
    moga setiap langkah disertai redha dan rahmat kasih sayangNya..
    time kasih banyak2 akak..walaupun jauh,tapi kenangan yang sebentar cuma itu sentiasa dalam hati.. πŸ™‚

    yah_tera said:
    July 9, 2009 at 6:38 am

    selamat hari lahir aisyah…
    rindu awak sgt2
    sgt2….
    -salam sayang-
    kak bayah
    wamy malaysia

    ace said:
    July 9, 2009 at 8:09 am

    salam kak.

    tp quran tu dh ade byk nota kaki n sticker. walaupon susah sket nk bc, tp at least ade le kesan jugak kpd org lain yg nyibuk2 selak quran akak tuh.

    bak kata kak huda…sayang tukar baru…nnti kita perbaiki je lah eh? sy tolong insyaAllah. moga kitab lusuh itu lebih diberkati, ilmunya lebih byk di dada dan di amal.

    rindunyeee nk bc mathurat dgn akak tepi laut dundee after jogging seround.

    nida' ul-iman said:
    July 9, 2009 at 12:59 pm

    setuju ngan kak ace kak……

    aizadiha said:
    July 9, 2009 at 5:39 pm

    salam ukthi..sanah hilwah
    afwan,,sy memang xtau bday akk (tulusnye) hihi…

    moga terus kencang dakwahnya,seiring dgn pertambahan usia.tolong doakan kami juga. takutnya dengan medan malaysia -_-

    muharikah responded:
    July 10, 2009 at 2:16 pm

    salam…

    maaf lambat reply komen semua orang… suka sket balas komen longgok2 unless entry lama..

    just nak cakap pada:

    a) nowfara –> jzkk ukhti. suka baca blog awak juga!

    b) humaira –> jzkkk! Ada blog tak? nama anti mmg humaira?

    c) chemat –> jzkk akh… mmg tengah tunggu hadiah tu pun… insyaallah dah ada yang belikan… cume tinggal nak ambik je.

    d) nad/pochue–> jzkk adik…. nanti datanglah ke scotland.. nak juga awak datang rumah baru saya nanti… insyaallah..

    e)k baya!!!!!!!!!!—> rinduya kat awak!!!! saya tak tahu bile nak balik malaysia ni! sedih sangat! nak sangat balik jumpa akhawat semua especially u!huhuh.. tape.. ada hikmahnya…

    f)ace and nida’ul iman–> for both of u.. i dont care.. i want my present..heheheh.. dari korang dua je saya minta nih… tak kisahlah apa korang cakap…. saya nak juga! ( hehehe… tak malu betul macam bebudakkkk!hhuhuh) sayang korang liLLah!

    g)aiza —> jzkk aiza… jgn lupa jumpa zaza kat malaysia eh..ambil buah tngan… rindu korang! semoga tsabat di jalan dakwah di medan sebenar….

    aizadiha said:
    July 10, 2009 at 7:22 pm

    humaira tu mawaddah nama dia kak..^_^.. (x silap sy lah, sbb tu mmg nickname dia) hu3
    jzkk akak utk buah tangan tu. terharu =’

    supir said:
    July 14, 2009 at 12:25 am

    salam

    sanah helwah!

    murabbi saya pulak pernah cakap

    “hmm, saya tak pernah sambut birthday, lebih2 lagi tahun masihi… dasatkan serangan barat nih…”

    gulp!

    tp, kitorang makan je sate n kek yg ada mlm tuh. tp tuka niat, bukan sambut birthday, tp erat ukhuwwah..
    huhu

    semoga langkahanmu menderu laju di jalan ini kak!
    insyaallah

    p/s: org2 yg dilastik ke tempat2 yg luar biasa ni, memg figur yg luar biasa. semangatnya, amalnya, pemikirannya, masalahnya dll, segala2nya luar biasa! (^-^)

    nurani said:
    July 14, 2009 at 2:57 am

    akak! happy birthday!

    speechless baca entry ni!!

    muharikah responded:
    July 14, 2009 at 4:00 pm

    aiza –> πŸ™‚

    supir –> jzkk dik.. hari tu ummu kasi saya kek… dapatlah rasa kek hari jadi orang kasi… slalu kene beli sendirik je .. thanks to momon! ( kenal kan umu?hehe)

    nurani –> jzkk dik πŸ™‚

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s