Bila minda itu bercatur..

Posted on Updated on

Train station Lime Street, London, menunggu train ke Plymouth
Train station Lime Street, London, menunggu train ke Plymouth

Salam,

apa ye nak cita pada kamu semua?

Seminggu sudah berjalan bersama abah, mak, nuar, qila dan arinah..

9 bulan kami tak bergaduh dan bertekak, kali inilah suasana betul2 meriah di mana kami sering mengenakan each other dan marah2 dalam kereta yang sempit…..hehehe..

u guys yang ramai adik beradik tentu faham apa saya cakap ini… adalah times yang kita ponder, whylah adik beradik kita ini nak gaduh dengan kita, napelah tak macam kita dengan kawan-kawan? Nyaman, damai, tak gaduh…

tapi macam Aza pernah kata kat saya time kami gaduh,

‘ Bukanlah namanya adik beradik kalau tak gaduh tu..’

Betul juga kata dia. 9 bulan tak berjumpa, tentulah macam-macam perangai timbul.

Kami sempat untuk menikmati alam yang sangat menakjubkan di Loch Ness, Ben Nevis dan Edinburgh. Insyaallah gambar akan dikongsi sebab abah saya banyak ambil gambar tapi tak sempat nak transfer dalam komputer ini.

Banyak perkara yang mahu saya kongsikan dengan anda semua.

Paling terbaru adalah ketinggian cita-cita saya buat dakwah dan Islam ini….

Mehlah saya citer, kalaulah saya tak mampu nak buat pun, at least anda yang membaca dapat buat jika mampu…

Insyaallah seusai saja mendapat gaji pertama saya, saya ingin:

a) membeli kuda( kereta) dakwah untuk scotland ini.. Akan beli yang ada 7 seaters MPV.  Dalam gambaran maybe akan beli vauxhall zafira ataupun renault espace, mana2 yang reliable dan murah..

Tapi tadi baru tengok iklan Nissan Qashqai yang ada 7 seaters,sangat best dan menakjubkan sebagai kuda dakwah (ermm… maybe tak ramai yang tahu, saya memang dibesarkan dengan minat pada kereta.Insyaallah akan diletakkan pada tangan bukan pada hati..)

nissan Qashqai
nissan Qashqai

2) Saya nak beli rumah yang besar dan lapang supaya tak payah pening kepala nak cari tempat untuk program insyaallah

3) Saya plan dengan adik saya untuk membeli sebuah bangunan pejabat untuk dakwah. Tingkat Ground Floor klinik saya dan abah, dan juga pejabat HR Consultancy mak saya ( mak saya punya syarikat baru). Tingkat atas semuanya ada dewan, tempat ceramah dan juga tempat tidur. Kalau boleh siap ada padang lagi berdekatan kalau nak buat aktiviti sukan

4) Saya nak bermeeting dengan semua ikhwah akhawat seantero dunia yang sudah dan bakal grad untuk membuat permetaan dakwah untuk perancangan 10 tahun akan datang. Antarapendetailannya adalah:

i) muhasabah perancangan dan tindakan yang telah dilaksanakan oleh generasi terdahulu

ii) membaik pulih  yang sedia ada

iii) merancang aktiviti baru untuk generasi Y

Antara rancangan yang saya fikirkan adalah:

– membuat sekolah Islam mengikut acuan berbeza dari sekolah Islam yang ada

– menyertai medical fakulti yang telah dibina ikhwah akhawat kita

-menubuhkan syarikat farmasi kita tersendiri

– memposisikan diri kita sesuai di lapangan masyarakat.

Ermm… terfikir itu dulu..  Macam seorang ustaz pernah cakap, berfikirlah kerana tiada sekatan pada berfikir, namun bila beramal, rancanglah ia dengan tersusun..

Dan jika kita dapat jelaskan visi kita dengan jelas dan terang, insyaallah kita akan dapat menarik manusia kepada cita-cita kita iaitu menaikkan daulah Islam.. insyaallah..

Opps… satu lagi saya lupa nak tambah…

menulis buku…

ermm…. tak taulah nape keinginan saya menulis buku tidak membuak seperti mana buat benda2 lain..

sebab rasa perlu update blog selalu barangkali…ehehehe… so dah tak perlu buku untuk saya kongsi apa saya ini since ok je dah ada reader tetap kat blog in…

Buat semua adik-adikku/sahabat-sahabat sekalian, jangan takut bermimpikan perkara yang tinggi dan terkadang mustahil untuk dicapai. Kita takkan pernah tahu bilakah masanya ALlah campakkan kita peluang yang tidak kita sangkakan untuk kita gapai cita-cita itu..

Tak salah mengimpikan yang tinggi tapi tidak dapat mencapainya,namun kitalah rugi kalau kita sendiri mengimpikan perkara yang rendah sebab dengan itu kita telah ‘insult’ keupayaan sebenar kita…

Setelah itu, tulislah impian anda itu terang dan jelas. Dan kongsilah dengan manusia lainnya. Jika anda tidak mampu mencapainya, sekurang-kurangnya orang lain mungkin mampu…

Kisah Hulagu Khan mentahkikkan kebenaran ini..

Nak tahu apa cite dia? Insyaallah saya cite lain kali eh.. penat dah jalan-jalan satu hari..

Wassalam

Aisyah

Dundee

Malam graduasi.

Advertisements

6 thoughts on “Bila minda itu bercatur..

    nowfara said:
    June 26, 2009 at 1:49 pm

    Semoga mimpi-mimpi menjadi realiti…

    InsyaAllah

    aizadiha said:
    June 26, 2009 at 10:01 pm

    masyaAllah akak..teruja amat!
    huhu..sesorang pernah berkata,besar impian kita..besar juga amal yang kita lakukan untuk merealisasikannya..

    pimpin saya bersama cita2 akak sekali,ok;)

    mawaddah said:
    June 26, 2009 at 10:18 pm

    salam kakakku,

    subhanallah..sy terharu mambaca cita2 akk~
    pernah terpk tapi xsehebat rancangan akk..

    mari kita sama2 martabatkn da’wah menggunakan ijazah ini..
    “Shoot for the moon even if u miss,insyaallh u’ll b among the stars..dont shoot for the kite because u’ll have nothing”

    hati sy berbisik-nk join future plan akk boley?
    sgt2 nk contribute sumthing 4 islam biiznillah

    yg merindui murabbiku,
    (~_*)

    drmuthiah said:
    June 27, 2009 at 5:28 am

    wah3
    saya terlambat rupanya membaca entry ini!
    tot i’m the first one, haha

    betul2 (tiru ipin)
    mimpi, angan2, fikir banyak2
    kadang2 mmg rasa takkan dpat capai
    tp Allah mesti tunjuk jalan finally kalau betul2 beriltizam dgn tuh…huhu

    -pengalaman semata

    p/s rindu akak juga

    ayu said:
    June 28, 2009 at 2:06 pm

    medan khayal tidak sama dengan medan kata-kata.
    Medan kata-kata tidak sama dengan medan amal dan tindakan.
    Medan amal tidak sama dengan medan jihad.
    Medan jihad yang salah tidak sama dengan medan jihad yang sebenar yang menuju ke matlamat yang dikehendakki Allah dan ditunjukkan oleh Rasulullah saw.
    all d best kak!

    salam sayang dr malaysia(im home, ke medan sebenar)

    muharikah responded:
    July 7, 2009 at 3:33 am

    nowfara,muthiah, aiza, mawaddah dan ayu –> insyaallah kita sama2 gapai cita2kita yang tertinggi itu ya?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s