Ketika langit bersinar cerah..

Posted on Updated on

Apa yang di dambakan di dunia ini..

cuma syurga Allah sematakan?

Benda itu sahaja yang benar2 menolak hati dan perasaan kita untuk hidup dan menggapai ketinggian azam itu walaupun badai deras menimpa hidup kita..

Tatkala aku berbual dengan nidaul iman tentang ketinggian cita-cita kami..

Dia menjawap

‘ saya nak mati syahid kak’

Aku tersentak dan terdiam. Entah kenapa, jujurnya bagiku, mati syahid jarang berkumandang dahsyat di jiwaku..

Adakah jarang diperingatkan?

Adakah kurangnya taujih berkenaan dengan jihad?

Adakah lemahnya tarbiyah askariyah dan jasmaniyah bagi memupuk ketinggian perasaan utk mati syahid itu?

atau apa ya?

Sering kali aku melihat langit biru yang cerah pada detik-detik aku berjaulah demi kalimah Al-Haq ini… dan aku melihat ketinggian mega yang memukau perasaan dan jiwaku..

Dan aku berfikir..

Sudah bersediakah aku untuk bertemu Tuhanku?
Ataupun aku masih lagi mendaki tangga-tangga cabaran dalam hidupku, supaya aku dapat menyintaiNya sepenuh hatiku, melebihi segala sesuatu di dunia ini..

kerana mungkin aku telah tenggelamdengan cinta-cinta lain di dunia ini…

Adakah benar , dan jujurnya hatiku ini menginginkan syuhada?

Kerana setiap kali aku terfikir, andaikata tetiba pegawai MI5 ( perisik britain) menangkapku dan memasukkan aku dalam penjara. Kemudian aku dihukum gantung dan mati tanpa berjumpa keluargaku..

MampukahΒ  aku berhadapan dengan perkara itu?

Kata mahu mati syahid?????

Sedangkan terkadang ketakutan untuk gagal dalam peperiksaan lebih ditakuti daripada mati itu sendiri!

Ya Allah!! Teruknya! apa nak jadi? Adakah cukup menjadi orator yang hebat dalam dakwah dan gah dalam penampilan pada manusia sedangkan pabila seruan jihad berkumandang, kita menjadi sangat kecut??????????????

Tetiba rasa diri teruk….

Banyaknya kene baiki dirikan…..

Nidaul iman selalu buat saya rasa inferior dengan ruhiyyahnya..

tapi takpe, dia pun salu inferior dengan diri saya dari aspek lainnya..

so adillah kan? heheheh…

PS; sesiapa yang mengenali hidupnya( nidauliman) , tentu mahu membiarkan dia rehat sepanjang masa kerana bengkak2 matanya dan layu badannya akibat kekurangan tidur ketika berusaha menaikkan kalimah Allah ini..supaya dia lebih bertenaga dan berjalan lebih laju lagi selepas itu.. ( tapi bangun dik!! nanti saya lambat ke epot!!huhuhuh)

1) Pada detik ini rakan2 di Dublin dan volgograd sedang bertempur dengan medan peperiksaan mereka.. harap doakan selalu buat mereka..

2) Ikhwah akhawat UKEIRE ketika ini sedang bermukhayyam khariji/camping di York.. tak sabar nak dengar cerita-cerita mereka time mereka balik nnti..

3) saya sendiri akan bersama family saya selama 2 minggu ini . Seminggu kami akan berjalan di Scotland dan seminggu berjalan di Eropah.. insyaallah ada kesempatan saya akan update dari masa ke semasa.

4) masih merancang jaulah-jaulah setersunya..

5) buat adik-adik yang disayangi, kuatkan himmah dan semangat.. kalau rasa luntur sahaja, cepat-cepat cari ubatnya dengan ziarah dan usrah..

6) Bila eh nak wat Quantum Tarbiyah?huuhuh…. insyaallah lepas habis jalan2 eh.. πŸ™‚

itu sahaja..

wassalam

ukhtikum fillah,

Aisyah

Dundee

Advertisements

8 thoughts on “Ketika langit bersinar cerah..

    danial said:
    June 21, 2009 at 3:56 pm

    subhanallah

    Hussaini said:
    June 22, 2009 at 2:55 am

    Tazkirah buat diri. Dan pada semua.

    Mulut senang berbicara. Ingin gapai puncak jihad setingginya.

    Namun, andai tiba masa seruan itu berkumandang, mampukah kita menyahutnya?

    Berat. Sangat berat. Sangat-sangat berat.

    Kisah sahabat dalam surah as-sof menjadi bukti, nyawa bukan bukan kepalang dipertaruhkan. Kita pula bagaimana?

    Mampukah kita tinggalkan semua nikmat yang kita kecapi sekarang?

    Andai bumi ini mampu diubah dengan kata-kata…

    drmuthiah said:
    June 22, 2009 at 4:55 pm

    πŸ™‚
    akak, baru abes 3rd paper…
    alhamdulillah…
    2 more to go. hope we’ll meet so soon…

    salam rindu dari russia πŸ™‚

    muharikah responded:
    June 23, 2009 at 3:09 am

    danial dan husaini –> jzkk sudi lawat blog saya..

    drmuthiah –> bila nak jumpa nih?huhu kene belanja saya ni kalau semua dapt lulus semua paper….heheheheh

    hafiz09 said:
    June 23, 2009 at 6:36 pm

    aslkm semoga Tuhan memelihara kita daripada tipu daya syaitan yang sangat mengganggu dalam perjuangan.

    ainulmardhiah said:
    June 25, 2009 at 11:18 pm

    slm drM.

    akak tgk tak kt chatbox akak? saya ad tulis kenapa saya xsmpat nk update blog.

    akak2 alhamdulillah dah selamat smpai ke rumah adik k faie.

    akak2.
    summer camp best! cuba dgr cerita k huda, mst akak senyum sorang2 bila dengar ‘sisters sume tahu THUMUHAT’ =)

    akak2.
    rindu.

    akak2.
    sy xbc habis akak nye blog kali ni.
    nnt sy komen.

    akak2.
    nak tido dah.
    ngantuk.
    letih.
    bekas agas banyak~~~~~ sgt d pipi2, lengan2, kaki2.
    agas2 di birm kerna telah ditetapkan sunnatullah olehNya, bekerja dengan kuat sekali. habis kami2 time summer camp ’09 ni.

    akak2.
    jom kerja kuat spt agas.

    =)

    25.06.09
    birm
    ainulmardhiah

      muharikah responded:
      June 26, 2009 at 1:11 am

      tak sabarnya nak dengar cite!!!!!!!!!!!!!!!
      ( tak sabarnya nak jumpa awak juga!!!huhuhu.. nanti jangan lupa belikan simcard meteor tau utk saya..eheh)

      nanti nak baca update awak walaupun tak confirm boleh online by sabtu sebab dah pergi eropah time tu…huhuh..

      nanti cite apa dapat summer camp k? πŸ™‚

    thanaif said:
    September 25, 2009 at 3:51 pm

    Andai tahu tentang satelit yang kini diradaskan di dalam penggunaan setiap peralatan bagaimana kita tidak sedar kewujudan Rakib dan Atiq yang turut memantau atas prinsip taatnya menunaikan tanggungjawab?

    Raqib dan Atiq ada IDnya.
    Para pemantau ada IDnya.
    Pencatat di siber juga ada IDnya.
    Siapakah yang IDnya berada di lapisan atas tanpa upaya dikesan?

    Para perisik ejen pengintip yang diimunisasikan oleh undang-undang.
    Benarkah begitu?
    Atau manakah yang lebih jujur untuk diujarkan pertanyaan di antara bertolak ansur mengenai agama dengan bertolak ansur mengenai peperangan di manakah sikap yang benar dalam meletakkan keadilan?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s