Dan pasti mereka akan kurindui…

Posted on Updated on

rantai

buih2 lautan

lautan
Di Plymouth,perlabuhannya di sana.. tempat aku dan mereka yang pasti dirindui..

Malam ini malam terakhir saya bersama adik-adik saya di plymouth..

banyak benda saya belajar dan banyak benda mahu saya berikan buat mereka..

dan apa yang saya belajar adalah bahawa setiap ukht itu perlukan adalah…..

Perhatian dan cinta seorang murabbi…

Murabbi yang dapat membimbing dan membetulkan jalannya.

menunjuk jalannya dan menaikkan himmahnya..

dan mereka mengajar aku sesuatu perkara yang telah lama menyekat hatiku..

Iaitu untuk memberikan cintaku itu sepenuh hati tanpa henti , tanpa sempadan.

tanpa gusar dan takut..

takut ditinggalkan, takut dikecewakan dan takut apa-apa ntah lagi .. (huuhuh)

Tapi,

terharu aku dengan adik-adikku ini…

mereka kata mereka telah merasainya..

tapi aku rasa mereka patut dapat yang lebih dari apa yang telah kuberikan..

Aku tahu ramai antara kita pernah merasainya..

Dakwah ini telah memperkenalkan kita akan erti kemesraan, rasa lapang dan rasa nyamannya cinta.

Mungkin ada antara kita pernah merasai cintanya seorang lelaki, mak ayah, anak-anak dan sebagaianya..

tetapi kasih di atas nama Allah, menyayangi manusia yang baru kita kenal beberapa jam dan hari, tidak langsung sama dapat diungkapkan dengan kata-kata berbanding kasih setipikal itu..

Cinta kerana Allah, di atas jalan Allah dan untuk Allah ini….

Membasahkan kekontangan pada kerak-kerak hati yang rindu,

Menyirami suburan tanaman dakwah, yang tentu mengeringkan hati-hati yang kepenatan beramal.

Serta menjadikan hidup ini serba indah dengan matahari pada redupnya hari..

Hari-hari yang suram tatkala ujian dakwah itu mendatang..

Ukhuwah itu menyelamatkan kita dari kekusutan yang ada!

3549494892_ca569f63ce

Inilah dia ukhuwah

dipercikkan pada hamba-hambaNya tanpa disedari.

Asyik

dan

manis

وَأَلَّفَ بَيۡنَ قُلُوبِہِمۡ‌ۚ لَوۡ أَنفَقۡتَ مَا فِى ٱلۡأَرۡضِ جَمِيعً۬ا مَّآ أَلَّفۡتَ بَيۡنَ قُلُوبِهِمۡ وَلَـٰڪِنَّ ٱللَّهَ أَلَّفَ بَيۡنَہُمۡ‌ۚ إِنَّهُ ۥ عَزِيزٌ حَكِيمٌ۬

Dan (Dialah) yang menyatu-padukan di antara hati mereka (yang beriman itu). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu-padukan di antara hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatu-padukan di antara (hati) mereka. Sesungguhnya Dia Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. ( Anfal: 63)

Alhamdulillah Ya Rabb…

bochonok
Qaidah Sulbah :Melihat wajah mereka di balik Skype sangat cukup menggamit kerinduan yang mendalam di hatiku 😦

Ukhuwah itu juga ajaib.

Kita menjadi teruja untuk kenal sesama kita kerana kita ada title itu..

Title orang yang mahu faham islam dan mahu berjuang untuk tahu dan dapatkan Islam itu..

Atas dasar kesefahaman itulah, cinta itu wujud tanpa pernah bersua, atas dasar itulah kita merasai indahnya berada dalam dunia ini..

Dunia ukhuwah penuh cinta…

Pernah tak anda rasainya?

Terkadang saya rasa tak mampu untuk mengasihi semua adik-adik dan akhawat semua, merasai takutnya perasaan ditinggalkan dan dikecewakan.

Tapi Allah yang menciptakan hati manusia ini, hati yang satu-satunya anggota badan manusia yang boleh expand seluas-luasnya.. ( betulkan?) dan tentunya Allah tahu hati kita mampu untuk menampung banyaknya hati-hati manusia lain..

Cuma tulah masalah saya….

nak sayang semua orang boleh..

nak follow up, nak bimbing, nak tanya khabar, nak call dan YM sorang-sorang tu, macam cabaran yang agak besar jugalah, sebab itu semua memerlukan masa…

masa yang amat mencemburui saya..

Harapnya adik-adik2ku yang jauh dariku akan dapat belajar dariku, walaupun sekejap masa yang aku ada bersama mereka..

Sekumpulan adik-adik yang aku amat rindui untuk aku bimbing, kasihi dan sentuhi, adalah anak-anak usrahku sendiri di russia… kerana merekalah paling banyak terabai olehku kerana masuliyaatku yang banyak di sini..

dan aku selalu berharap, kesabaran mereka, kemaafan mereka padaku dapat membuatkan setiap ilmu yang kusampaikan buat mereka, walaupun sekejap, akan membuahkan kefahaman yang mendalam, lebih dalam dari mereka yang dapat bertemuku saban waktu… (tapi siapa je pun jumpa saya hari-hari..heheh)

Nak menangis rasanya tengok wajah antum tadi. Takkan 2 tahun baru kita dapat berjumpa ? ( uwwaaaaaaaaaaaaa!!!!!!)

oklah, nak spend malam terakhir saya bersama adik-adik di sini pula…

Tema jaulah saya ini adalah : Keakhawatan dan ukhuwah … best sangat!!!

PS: Datanglah ke Plymouth… derang keakhawatan dan penuh kasih sayang 😀

PSS: untuk adik2 saya, Tumuhat dan cinta entry lain ekk… time2 rindu itu datang pada kita.. baru syiok bacakan?heheheh…

wassalam

aisyah

Plymouth

2.12am

Advertisements

4 thoughts on “Dan pasti mereka akan kurindui…

    nida'ul-iman said:
    June 19, 2009 at 6:53 am

    Jzkk for this entri..

    sgt menyentuh hati kerana terimbau kembali kenangan bertemu org2 kampung sebulan yg lalu~

    jiwa daei itu besar kan kak? saye tahu akak pon berjiwa besar.

    kongsikanlah hati akak yg penuh kasih sayang kerana Allah itu dengan manusia2 lain yg dahagakannya kerana mcm dlm surah al-baqarah ayat 245, Allah berfirman:

    Barangsiapa meminjami Allah dgn pinjaman yg baik maka Allah melipatgandakan ganti kepadanya dengan banyak. Allah menahan dan melapangkan (rezeki) dan kpdNyalah kamu dikembalikan.

    You more you give, the more you get. Jgn risau krn Allah akan mudahkan walaupun kita rasa sgt tak mampu dan tak berdaya.

    Dan org mukmin takkan pernah takut dikecewakan atau rasa tak dihargai krn mukmin sejati tak mengharapkan apa2 di mata manusia dan penilaian manusia tak bermakna baginya krn yg hanya mahu diraih adalah pandangan, kasih dan perhatian Allah semata.

    Allahualam.

    Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah..

    -yang sgt bersyukur krn Allah izinkan jiwa ini dibimbing oleh murabbi/murabbiah yg berjiwa besar dan penuh mahabbah krn Allah dan dakwah-

    thumuhat ranger said:
    June 19, 2009 at 10:17 pm

    salam kakakku syg..

    yea, seorang ukhti tu memang memerlukan belaian dr murabbinye.. kami masih perlukan dahan utk berpaut, perlu ditunjuk cara utk berjalan. walau kami tahu cara nak berjalan, cuma jalannya kami kurang jelas..

    selepas ditunjuk, arahlah kemana kak.. akk mahu kami ke utara? selatan? timur? barat?

    asalkan bekalan kami cukup, kami mampu utk meredah arus itu. kerna kami yakin akan jalan ini. kamu nampak hadaf kami. dan kami punye thumuhat yg besar utk kami capai.. maka kami akn bersama..

    jom smue ukhti2ku, kite redah arus dakwah ini.. kerna thumuhat dan cinta kita pd jalan ini!!!

    salam juang dr rangers2!!! (hehe) *wink2*

    aizadiha said:
    June 20, 2009 at 9:37 pm

    “kenapa usrah harini macam tak best je..”

    “maaflah tak dapat buat yang terbaik..”

    “kenapa korang taknak cerita dengan saya..”

    huhu..itu ayat2 fevret akk lately. akk, janganlah cakap macam tu lagi ye. sebenarnya setiap kali usrah cukup banyak kami dapat, insyaAllah.. abaikan tsunami, puting beliung yang ada. kalau satu usrah kita hanya habiskan dengan memberi salam je pun, ada ibrahnya di situ.. usaha mendapatkan tarbiyah- dengannya, beroleh pahala insyaAllah!

    “ku selalu berharap, kesabaran mereka, kemaafan mereka padaku dapat membuatkan setiap ilmu yang kusampaikan buat mereka, walaupun sekejap, akan membuahkan kefahaman yang mendalam, lebih dalam dari mereka yang dapat bertemuku saban waktu”..

    aminnn, berkat doa seorang murabbiah^_^
    semoga terus muharikah~ doakan kami juga sentiasa..

    *rindu sangat ok!
    ='( kuhitung-hitung detik bertemumu… kuhitung kunampak 2tahun..kusedih kuseka air mata..eewah, apa lah merepek ni.saya sambung study yek -_-

    muharikah responded:
    June 21, 2009 at 1:20 am

    nidaul iman… glad u are always here for me… be it physically or not… i always feel blessed with the doa that u gave away from me… ( cheeehh… perasan je orang doakan saya…huhuhuhu)

    Thumuhat rangers –> yeah!!!!!! bergegar dunia ini dengan dakwah!! Allah Akbar.. insyaallah kita bangkitkan ummah ini dengan islam!! ok rangers2 sekalian???ehehehehe…

    saya kalau boleh nak awak redah satu UK. bekerja sampai penat, sampai tak larat, sampai kering duit, sampai letih dan tak de tenaga lagi… supaya sama2 dapat masuk jannah Allah nanti…

    ada berani??? hehehe

    Aiza –> ur writing nowadays always make my heart melt.. rasa cam nak beli tiket balik malaysia sekarang juga!!!sedihnya saya adik!!!!! selalu terbayang saat saya DF adik2 sini, saya sedang DF dengan QS semua di sana… nak sangat ALlah cam salurkan dan campakkan juga perasaan tu pada antum di sana.. insyaallah La Haula Wala Quwwata Illah billah…
    sayang korang! insyaallah kita jumpa satu hari nanti.. cepat mahupun lambat…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s