kerana cinta itu menolak kita

Posted on Updated on

salam,

Hari ini saya dan ainul mardhiyah akan bertolak ke plymouth, memenuhi permintaan seorang ukht di sana…

Dan tentu untuk menghubungkan tali hati yang perlu dieratkan dengan perjumpaan ziarah penuh keberkatan..

Dalam aku mengembara, berjalan dari satu negeri ke satu negeri dalam masa sehari serta berjumpa pelbagai manusia..

Aku belajar bagaimana untuk menjaga momentumku bukan sahaja sebagai seorang manusia, namun sebagai seorang daie juga…

Program Syahadatul Haq di Birmingham 2005
Program Syahadatul Haq di Birmingham 2005

Aku teringatkan dua orang murabbi yang sangat dekat di hatiku ini..

Di saat aku lelah , ( dan pancit), ataupun drain -keringnya energy yang tidak dapat dicari lagi bekalannya di mana, aku membayangkan dua jiwa yang tua itu masih mengorak langkah dalam dakwah ini walaupun usia lanjut telah mula menggigit mereka…

Aku pernah mengikuti musafir mereka dalam memberikan taujih buat manusia yang memerlukan..

sama sahaja tempatku sekarang dan tempat mereka..

Kamilah pemandu ke tempat destinasi, kamilah juga yang memberikan tausiyah..

namun memberikan taujih tidak sepayah untuk memikirkan apakah pengisian terbaik untuk si pendengar.

Menyampaikan dan memuntahkan segalanya tak susah, tapi untuk memikirkan pengisian terbaik untuk pendengar, itulah yang selalu memeningkan sel-sel otak..

Saya tak tau bagaimana nak cerita pada kamu semua perasaan saya sampailah kamu sendiri yang dapat mencubanya.

Bila kita yang drive dan kita sendiri juga kene prepare pengisian, memberikan taujih, mendengar masaalah, kemudian kita juga perlu drive pulang… drive yang bukan sejam dua sahaja… tapi lebih dari itu..

Baru saya faham sangat kenapa murabbi saya pernah mengatakan ini pada saya:

Rasulullah saw. berkata, “Seandainya aku berjalan bersama saudaraku untuk memenuhi suatu keperluannya, maka itu lebih aku cintai daripada I;tikaf sebulan di masjidku ini.” (Thabrani)

Masjid Nabawi - sekarang rombongan umrah MSM telah pun berangkat pergi ke sana untuk seminggu...

Kerana ketika itu, dia memandu dari manchester ke aberdeen selama 7 jam hanya untuk memberi pengisian selama 2 jam. Malam itu juga dia pulang semula untuk memberikan pengisian di Leeds pula.

Hanya mereka yang pernah bersamanya sahaja memahami kepenatan, kelelahan dan keberkatan perjalanannya itu.

Kerana dia tahu menyampaikan taujih atas permintaan mutarabbi dan saudaranya itu lebih baik dari beriktikaf di masjid nabawi!

Dan kita tahu bahawa:

Dari Abu Hurairah, r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Satu sembahyang di masjid ku ini lebih afdhal daripada seribu sembahyang di masjid-masjid yang lain, kecuali masjid al-haram di Mekah.

(Al-Bukhari dan Muslim)

Apatah lagi beriktikaf di masjidnya!

Dia menziarahi kami walaupun jauh beratus batu, hanya untuk memenuhi hajat kami yang membutuhkan pengisian darinya..

Kerana padanya itu lebih baik baginya dari bersolat tengah malam…( dan kerana itulah juga aku termotivasi untuk menjadi sepertinya.!!!)

Itupun setiap kali mutarabbi berjumpanya, selalu demand macam-macam darinya, dan dia hanya cuma tersenyum sahaja dengan penuh cinta buat mereka..

Sedangkan mutarabbinya tidak tahu kepenatannya yang amat bila dia terpaksa drive ke tempat mereka.

Namun alhamdulillah, disebabkan kerana usahanya itu mengembara ke tempat mutarabbinya , menyebabkan pengisiannya itu sentiasa bermakna, bercahaya dan memberikan kesan buat jiwa manusia yang mendengarnya..

Kerana dia memperjuangkan apa yang dikatakannya..

Alhamdulillah..

Benarlah, seorang daie itu, yang menolaknya bukan sekadar kefahaman sahaja (walaupun kefahaman itulah yang paling utama) tetapi adalah juga kecintaannya

cintanya pada Allah, pada Deen Allah,

dan tentunya pada mad’unya..

Kecintaan buat mereka agar mereka dapat masuk syurga sama-sama dengan dia…

مُّحَمَّدٌ۬ رَّسُولُ ٱللَّهِ‌ۚ وَٱلَّذِينَ مَعَهُ ۥۤ أَشِدَّآءُ عَلَى ٱلۡكُفَّارِ رُحَمَآءُ بَيۡنَہُمۡ‌ۖ تَرَٮٰهُمۡ رُكَّعً۬ا سُجَّدً۬ا يَبۡتَغُونَ فَضۡلاً۬ مِّنَ ٱللَّهِ وَرِضۡوَٲنً۬ا‌ۖ سِيمَاهُمۡ فِى وُجُوهِهِم مِّنۡ أَثَرِ ٱلسُّجُودِ‌ۚ ذَٲلِكَ مَثَلُهُمۡ فِى ٱلتَّوۡرَٮٰةِ‌ۚ وَمَثَلُهُمۡ فِى ٱلۡإِنجِيلِ كَزَرۡعٍ أَخۡرَجَ شَطۡـَٔهُ ۥ فَـَٔازَرَهُ ۥ فَٱسۡتَغۡلَظَ فَٱسۡتَوَىٰ عَلَىٰ سُوقِهِۦ يُعۡجِبُ ٱلزُّرَّاعَ لِيَغِيظَ بِہِمُ ٱلۡكُفَّارَ‌ۗ وَعَدَ ٱللَّهُ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ مِنۡہُم مَّغۡفِرَةً۬ وَأَجۡرًا عَظِيمَۢا (٢٩)

Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras terhadap orang-orang kafir dan bersikap kasih sayang serta belas kasihan sesama sendiri. Engkau melihat mereka tetap beribadat rukuk dan sujud, dengan mengharapkan limpah kurnia (pahala) dari Tuhan mereka serta mengharapkan keredaanNya. Tanda yang menunjukkan mereka terdapat pada muka mereka dari kesan sujud . Demikianlah sifat mereka yang tersebut di dalam Kitab Taurat dan sifat mereka di dalam Kitab Injil pula ialah: Mereka itu ibarat pokok tanaman yang mengeluarkan anak dan tunasnya, lalu anak dan tunasnya itu menyuburkannya, sehingga ia menjadi kuat, lalu ia tegap berdiri di atas batangnya dengan keadaan yang mengkagumkan orang-orang yang menanamnya. Ini kerana Dia hendak menjadikan orang-orang kafir merana dengan  kembang biaknya umat Islam itu.Allah telah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari mereka, keampunan dan pahala yang besar. ( Muhammad : 29)

Akak, saya tahu saya dah buat akak rasa kecewa dengan saya. Tapi takpelah kak kalau akak tak sayang kat saya lagi, tapi janganlah akak abaikan tarbiyah dan dakwah saya ye kak..’

Adikku yang dikasihi itu menulis di balik tetingkap YMnya.

Pertama kali kami berselisih faham yang besar.

Mengguris perasaan keduanya.

Dicarik-dicarik dan dicobek hatinya.

Entahlah aku rasa perempuan ini memang sangat emosional. Bila terganggu perasaannya, terganggulah semua tumpuannya.

Berderailah air matanya dan kesedihan merajai dirinya berhari-hari.

Dan aku fikirkan, beginilah dia lumrah dalam ukhuwah.

Murabbi saya pernah berkata pada saya:

‘ Sesuatu ukhuwah itu takkan solid, selagi tak bergaduh dan tak menangis sebab sahabat kita itu..’

Tentu kita gaduh dan nangis sebab sayang gila kat sahabat kita itu.

Pernah saya bergaduh dengan murabbi saya dan berhari-hari dia tidak menegur saya.

Dan kini saya pula bergaduh dengannya yang amat dikasihi..

Kelakar je rasa putaran hidup ini..

Tapi memang begitu, makin gaduh, makin sayang… sebab dengan gaduhlah baru kita betul-betul kenal peribadi sahabat kita itu..

Aku menjawab kata-kata adikku itu..

Tarbiyah dan dakwah ini adalah hubungan hati dan kasih sayang. Bagaimana mungkin saya nak mendidik awak tanpa adanya cinta ini…’

Dan Hasan AlBana turut mengatakan:

Kita juga mahu supaya bangsa kita faham bahawa mereka lebih kita sayangi daripada diri kita sendiri

Cinta itu menolak kita untuk bekerja dan meraih prestasi.

Hasan AlBana dicintai oleh semua… dan tentu kerana dia memberi cintanya buat mereka..

Dan tentu dengan kecintaan itu sebagai murabbi, kita mahu menjadikan adik-adik kita yang terbaik, lebih baik dari kita..

Namun tentulah terkadang cinta itu menyebabkan si adik merasai dikongkong, terasa dan menyampah kerana selalu ditegur dan disuruh. (ehem ehem)

Namun begitu,  tentulah kita semuanya manusia biasa.

Bila kita dah terlalu sayang pada seseorang, mudah sahaja hati ini dicuit dan disentuh walaupun halnya itu kecil sahaja..

Teringat kat adik saya di Birm,  di malaysia, dan adik2 DF yang lain juga banyak juga dah saya gaduh dengan mereka, dan makin rapat selepasnya itu.

dan tentu sekali kawan-kawan lama saya, rabi’,illi, rahimah , zin…lawak je ingat zaman-zaman dulu..

dan teman seperjuangan saya di UK ini, k nikmun, leli, k farah dan lain-lain..

ooppss pernah seorang adik volgo saya kata pada saya, dia tak rasa diDF pun oleh saya, tapi saya rasa kalau derang dapat diDF pun oleh saya, sure tension kene memenuhi expectation saya seperti mana adik2 saya di UK ini.. (hehehe.. gurau je, tapi DF tu tetap perlu buat regardless of apapun..)

Bila fikir balik..

perempuan owh perempuan..

memang sensitif!

eheheh…

tapi alhamdulillah, semua dah ok, dah makin semangat balik, dan dapat energi..

Perempuan ni perlu diberi perhatian, perlu ditenangkan bahawa dia tak berseorangan di jalan dakwah ini.. dia perlu tahu ada manusia mengasihi dirinya..

walaupun kita semua perlu mendidik diri kita agar mencintai Allah lebih dari segalanya di dunia ini…

Memang serabutlah hati bila kita ada perselisihan dengan sahabat kita.. tidak dapat tidak better setelkan awal-awal sebab perjalanan kita masih jauh, dan kerja kita masih banyak.. jangan biarkan ada yang melambatkan perjalanan kita.

Tapi selepas perselisihan itu, terasa manis dan bersihnya hati..

mungkin Allah telah menjatuhkan dan mensucikan dosa-dosa kita?

Mudah-mudahan.. insyaallah…

Oklah, perlu bersiap, nanti terlepas flight..

insyaallah ada idea akan sambung lagi..

banyak kerja nak buat, patutnya saya kene start tulis buku dah sebab dah janji dengan orang, tapi kenapalah tulis blog lagi best! ( saya tahu!! sbb tak yah skema!! yezzza!!)

itu sahaja, jaga himmah dan iman,

wassalam

aisyah

dundee

9.23am

Advertisements

13 thoughts on “kerana cinta itu menolak kita

    aisyah ismail =) said:
    June 15, 2009 at 10:27 am

    salam’alayk

    akak.. akak tak pernah berseorangan…insyaallah.. kami.. adik2 akak.. walau di mana jua berada.. semua sentiasa mendoakan akak.. moga Allah memberkati dan mempermudahkan perjalanan akak

    chaiyok akak~ moga terus bersemangat!

    (^_^)”

    u know me said:
    June 15, 2009 at 10:39 am

    kuang2, insya Allah, slowly progressing… Alhamdulillah….

    with my baby running around tarik2 and cakar2 my face during usrah..

    Your writing these few days sgt kena dgn pengisian yg diberikan my naqibah… mgkn kalian nggak pernah ketemu, tapi ya, pusing2 sama saja ya 🙂

    adik plimot said:
    June 15, 2009 at 12:26 pm

    salam kakak..
    jzakillah kerna memnuhi permintaan kami.
    dgn keadaan dahagakan taujih dr seorang murabbi
    dan keperluan tarbiyah yg kurasekan amt perlu.. afwan
    kalau ianya menambah kekalutan akk dlm sehari-hari..

    diri ini jua mimpikan hidup sepertimu.. hidup kerana dakwah semata inshaallah. mga Allah membalas pengorbananmu..

    adik yg rase bersalah

    illi said:
    June 15, 2009 at 2:20 pm

    sya, tiba2 teringin nk gi majlis2 ilmu ni….huhu….bile nti nk singgah kt area2 dekat manchester ni?

    muharrikdaie said:
    June 15, 2009 at 8:16 pm

    ” Kalau aku jadi jadi Muhammad, aku tak kan lagi turun ke bumi setelah sampai ke Sidratul Muntaha”

    ~ Syair IQBAL

    Namun Muhammad turun juga! Kerana apa? Kerana nyalaan CINTA nya pada dakwah. Pada Ummah. Pada kita! Maka kita lah penyambung cinta dakwah itu. Erti Cinta seorang da’i adalah memberi dan terus memberi …

    ~ Jalan para nabi kita adalah jalan CINTA
    Kita adalah anak anak CINTA
    Dan CINTA adalah Ibu kita

    ~ Apabila ada cinta dihati yang satu, pastinya ada cinta pada hati yang lain …

    ~ Syair Jalaluddin ArRumi

    muharikah responded:
    June 15, 2009 at 8:31 pm

    aisyah ismail –> semangatnya bile anti selalu masuk blog ana.. jzkk sis!

    zinn –> bestnyaaaaaaaaaaaaaaaa dapat usrah dengan orang indon!!!!!!!!! mahu jugak dong!!!

    adik plimot –> ummu, jgnlah rasa serba salah.. kan ada hadis saya sebut tu… kalau duk rumah bukannya buat apa pun.. tambah lemak je….heheh… yeay im on my way now!

    illi —> boleeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee nak gi ke sana…………. nanti lepas parents ana balik boleh arrange k?

    muharrik –> jzkk atas perkongsian…

    wassalam

    aisyah
    sejam nak sampai plimot

    drmuthiah said:
    June 15, 2009 at 10:33 pm

    🙂
    akak, kita jupo nati deh di liqa YM 🙂

    elazwar said:
    June 16, 2009 at 2:17 am

    salam,

    ada sorg ni komen pd ana
    “There are so many bad things being told about Muslims nowadays, mostly because of the fanatics who read the word’s of Allah as a encouragement for hate. I do not think that Catholic church or Islam really do differ in their deep-core. The only problem is when we compare the very strict, severe rules of how different from European culture. I wonder how does the Muslim youth, who study and is most likely to live in Europe, can deal with differences.”

    ana xde pengalaman tinggal di europe… jd, how you can deal with differences?

    ana rasa org yg bg komen ni european or american.. yg pastinya dy atheis yg sedang dlm pencarian…

    maaf jika pertanyaan ni membebankan…

    jzkk.

      muharikah responded:
      June 18, 2009 at 12:33 am

      salam ezwar.. tak faham sangat soalan.. leh explain lagi tak?huhuh..

    elazwar said:
    June 19, 2009 at 1:43 am

    salam,
    oops, sori soalan yg x jelas…
    gomen ne…
    blh x akk explain pengalaman akk la senang…
    how you deal with differences between life of a muslim with the locals?

    ni komen yg ditulis lepas baca cite pasal argument a young muslim with his atheist lecturer…. ala d one yg this muslim tu declare his prof has no brain.

    ‘ala kulli hal jzkk.

    elazwar said:
    June 19, 2009 at 1:47 am

    so, maybe dy pelik kut cane a young muslim(baca: yg boleh menjaga dirinya sbg muslim) could survive hidup kt negara yg cam dorg ni…

    muharikah responded:
    June 21, 2009 at 1:15 am

    elazwar…

    pengalaman? err…

    panjang neh nak kene tulis ini…

    tapi apapun,

    kalau kita ada kefahaman yang mantap, jelas dan terang, regardless ada serangan kaffir berbentuk manusia dan kebendaan, insyaallah kita akan tsabat and be difference from everyone else..

    walaupun duduk di bumi kafir..

    tapi kalau pegangan islam lemah, iman pun nipis, even duduk negara islam pun akan terjerumus ke lembah kesesatan…

    make sense ke eh?

    huhu

    wasslam

    nak tulis pengalaman mmg berbuku2 ada… tapi sape nak tulis je kan?hehhehe

    wassalam

    elazwar said:
    June 22, 2009 at 1:41 am

    hurm,
    betul3…
    ^_^

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s