Reproduce: Nafas Kader

Posted on Updated on

Salam,

artikel ini di tulis pada tahun 2009. Akhir final year saya dan bertemu dengan adik2 di UK. Pengalaman bermusafir yang ingin saya kongsikan ibrah untuk adik2 saya yang mula kelesuan dan kelemahan. Harga syurga itu mahal. Maharnya adalah sebuah pengorbanan.

__________________________________________________________________________________________________

Nafas Kader

Waktu malamnya untuk ibadah,

Perjalanannya untuk membaca,

 jaulah dakwahnya untuk menebar fikrah

dan dia berharakah untuk mewarnai dunia!

Katakanlah: ” Adakanlah perjalanan di muka bumi ini dan perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang yang terdahulu. Kebanyaka dari mereka itu adalah orang-orang yang mempersekutukan Allah ( Ar-Rum: 42)

Asma mengambilku lambat hari ini dari airport.

Katanya air di radiator sudah kering. Kontang. Warna signal merah yang menyala di dashboard kereta beserta dengan suhu kereta yang mencapai kepanasan maksima menyebabkan mereka terpaksa memberhentikan kereta di tepi jalan bagi menyejukkan kereta.

Anehnya dalam keadaan begitu, sepatutnya diisi air di dalam radiator, bukan menunggu kereta untuk sejuk! ( hehe.. tarbiyah sayyarah – tarbiyah kereta bagi akhawat ini belum mantap lagi…. hehee)

Akhirnya aku terpaksa menunggu hampir 2 jam sebelum ketibaan mereka. Aku cuba juga berjalan ke arah mereka walaupun tidak ketahui di mana. Mengikut sahaja kata hati kerana menunggu bukanlah kegemaranku, dan sungguh pungungku sudah pun lenguh membelek fungsi blackberry yang baru kumiliki kelmarin.

Sewaktu perjalananku ke arah mereka ( yang tidak diketahui itu), aku melalui sekumpulan manusia yang sedang menunggu bas untuk ke destinasi masing-masing. Terlihat bas ‘National Express’ yang silih berganti melalui tempat menunggu bas itu. Ada yang ke Nottingham, ada yang ke Leeds dan ada yang ke London.

Bas di UK yang efisien dan selasa. Di UK satu company je yang uruskan sistem pengangkutan bas, iaitu National Express.

Entah mengapa, tiba-tiba aku teringatkan seseorang yang amat dekat di hatiku.

Akak… jauhnya lagi tempat saya! Tempat akak dekat je.. saya dah lalu tempat akak ini.Lagi sejam baru sampai tempat saya…. penatnya tunggu kak!

Begitulah dia keluhan normal seorang adik yang baru sahaja bertatih dalam medan dakwah ini. Usianya masih muda, dan bukanlah langkah yang mudah bagi seorang sebayanya untuk berjalan berseorangan setiap minggu selama 3 jam, pergi, 3 jam balik, hanya untuk menghidupkan sebuah halaqah.

Aku sangat memahami perasaannya di setiap kali aku memandu pulang dari Manchester, Birmingham ataupun Leeds dan terlihat papan tanda Glasgow ( sejam setengah ke bawah Dundee). Di ketika itu hatiku seakan-akan mahu menerbangkan keretaku ke Dundee, kerana terasa lamanya perjalanan itu.

https://i2.wp.com/www.map-of-uk.com/images/map-of-uk.gif

Ketika aku melihat bas National Express tersebut jugalah, aku teringat kenangan silam di waktu aku bersendirian bertatih di jalan ini. Tidak ramai yang sanggup menemaniku bermusafir di dalam perjalanan yang amat lama hanya untuk mendengar sesuap ilmu yang dapat membenangi hatiku..

Ketika adanya teman, aku amat gembira buat menghilangkan bosan dan mengantuk.

Tapi di kebanyakan waktu hanya kesunyian menjadi sahabat karibku.

Namun pada detik-detik itu, Allah menyedarkan aku betapa aku amat perlukan Dia sepanjang waktu.. terasa kesunyian itu tidak bermakna bila adanya Dia di sisiku tanpa henti.

Walaupun terkadang aku sayu kesedihan mengenangkan diri yang bersendirian menempuh perjalanan yang lama itu, tanpa ada sesiapa yang dapat memahami perasaan itu melainkan yang melaluinya sendiri. Namun di waktu safar itulah idea-idea besar lahir dari benakku.

Ternyata perjalanan yang panjang itu juga menjadi sumber inspirasiku.

Melihat landskap Scotland yang sering memukau membuatku terpaku seketika akan kebesaran yang Maha Esa.

https://i2.wp.com/www.1adventure.com/archives/images/cuillin-mountains-scotland-backside.jpg

keindahan Scotland yang pasti akan dirindui

Benar, perjalanan itu mendekatkan diri kita dengan ALlah!

Perjalanan itu juga memberi nafas baru bagi tenagaku, menyemarakkan kelesuan motivasi, dan menjanakan idea-idea baru untuk Islam dan dakwah.

Ia tidak berhenti di situ.

Entah mengapa, satu perjalanan yang dilakukan dengan susah payah itulah Allah akan mengurniakan nikmat tak terhingga padaku.

Ketika aku datang untuk menuntut ilmu, aku dapat menghirup ilmu tersebut seperti seorang yang amat dahaga, dan akan kusimpan untuk dialirkan ilmu itu bagaikan cahaya matahari yang tidak jemu menyinari cahayanya walaupun tiada manusia memuji. Terkadang ia mengalir bagaikan air bah yang melimpah ruah.

Sering aku rasai begitu terutama ketika aku menyertai jaulah bersama murabbiku selama seminggu tanpa henti, mengikuti pengajiannya yang berbeza, pada tempat dan orang yang berbeza. Limpahan bah memasuki hatiku sehingga tidak mampu kutahan cahayanya melainkan aku harus menyampaikannya pada manusia lain pula.

Sedih. Sudah beberapa tahun aku tidak berkesampatan melalui jaulah safariyah itu bersama murabbiku.

Mungkinkah perjalanan yang jauh, payah (dan amat mahal pula tiketnya) dapat membasuh daki-daki mazmumah yang sentiasai diintai syaitan dalam hati seorang mukmin?Mungkin sahaja. Amat rugi rasanya jika perjalanan sejauh itu hanyalah diniatkan semata-mata untuk mencipta nama di hadapan manusia!

Tapi aku rasa bukan itu! Cabaran terutama adalah untuk meninggalkan keselasaan di belakang dan bergegas menempuh perjalanan yang mencabar itu. Yang penuh lelah dan kepenatan. Tentu harganya amat manis dan berbaloi sekali! Kerana tarbiyah safariyyah ini mengajar hati ini untuk tegar, mantap dan kukuh! Dia mendidik hati untuk menginginkan perkara yang besar! Dan membentuk hati yang mantap melakukan sesuatu hanya untuk Allah!

Tidak hairanlah jika Jabir bin Abdullah sanggup berjalan kaki dari Madinah ke Mesir selama sebulan hanya untuk mendapatkan sebuah hadis! Imam Syafie pun begitu, apatah lagi Imam bukhari yang berjalan seantero dunia dan belajar dengan 70000 orang guru ( yeah, you’re right, it is 5 zeros!) hanya untuk mendapatkan sejuta hadis, dan akhirnya mensahihkan 4000 hadis sahaja.

Di detik aku perlu berjalan jauh demi menyampaikannya risalah agung ini, ALlah mengurniakan aku ilham, pemikiran dan juga karya baru dalam dakwah. Aneh! Tapi setiap kali aku bertemu adik-adik baru, di tempat berlainan, di suasana yang berbeza, aku belajar sesuatu yang amat baru!Boleh saja dari sudut kata-kata mahupun tulisan.

Dan sangat mengujikan sekali hati ini! SAngat!Ia menjadi teruji bila yang mahu mendengar tidak ramai dari sudut bilangannya. Dan ada pula yang terlalu kusut fikiran mereka memikirkan kerja sekolah ataupun amanah dakwah lain hingga tak bertumpu fikiran dalam halaqah. Dan aku fikir, does quantity matters? Nah…

Perjalanan yang jauh ini juga dapat mencuci hatiku, dan melatihku untuk berkata dengan hatiku. Terkadang kita tak kenal siapa audiens kita. Terkadang kita mahu mereka mendapatkan sesuatu dan terhibur dengan pengisian kita. Mahu mereka rasa syok dengan kata-kata kita.

Tapi kita lupa. Kita ini bukanlah penghibur manusia, tapi kita adalah penyampai hidayah Allah. Kita menghidupkan hati yang lena, dan menyegarkan semangat yang tidur. Itulah kita. Walaupun ada yang tidak berminat, ada yang tak mendengar, tapi bukankah yang kita nak happykan bukanlah manusia yang mendengar? Tapi kita nak buat diri kita yang happy. Happy sebab dapat menghidupkan manusia lain dengan cahaya Allah ini..

Kerana itu tinta sejarah turut mencoretkan, bagaimana Abu Ayub Anshari syahid ketika membebaskan Konstantinopel. Bilal bin Rabbah wafat di Cyprus. SAad bin Waqqash wafat di China. Semuanya untuk menghidupkan manusia lain dan menegakkan risalah Islam ini. Pelik kenapa mereka tidak memilih tanah kewafatan Rasulullah sebagai tempat wafat mereka. Hanya kerana mereka mencintai Deen ini melebih diri mereka sendiri.

Tentu keistimewaannya bila kita berjaulah ke tempat orang, berkongsi apa yang kita ada, kita rasa sangat kaya. Kaya dengan pengalaman, kaya dengan hidayah dan kaya dengan ketenangan.

Tidak dapat tidak, kita belajar bagaimana untuk ‘approach‘ orang dengan cara yang berbeza-beza. Kita belajar untuk try and error, dan tahu bahan apa yang tepat untuk digunakan untuk golongan yang mana dan dalam keadaan apa sekalipun. Tentu kita tahu tarbiyah ini bukanlah tempat memindahkan ( transfer) ilmu tapi tarbiyah adalah membetuk fikrah. Kita tak boleh gunakan approach dan bahan yang sama untuk semua orang kerana setiap manusia itu berbeza masalah, kefahaman dan karakter. Hanya dengan berjumpa pelbagai manusia dari pelbagai tempat sahaja kita dapat membina skills ini, skills menjadi super murabbi tauladan. Memberi dengan tepat buat semua manusia yang ditemuinya.

Pernah seorang adik mengadu pada saya  akan kerumitan masalah dakwah di kawasannya. Dirasakan banyaknya masalah tak dapat nak diselasaikan. Saya mencadangkannya untuk berjaulah. Jumpa orang lain. Cuba memberi pada mereka yang sudi. Jika orang tak mahu dengan kita, carilah mereka yang mahu walaupun mereka duduk beribu batu jauhnya.Kerana seringkali kita akan temui motivasi yang besar di saat bertemu mereka yang mahu pada kita. Moga dengan motivasi itu dapat menolak kita untuk lebih berprestasi di kawasan kita dan dapat kita temui idea baru untuk menyelesaikan masalah di tempat kita sendiri. Tak percaya, boleh cuba sendiri. 🙂

Ternyata tarbiyah safariyyah ini menguatkan hati, menajamkan akal dan melembutkan jiwa. Aku melihat ramai kader-kader dakwah mendapat nafas yang baru ketika mereka keluar dari zon kawasan selesa mereka, merasa payahnya bermusafir untuk berkongsi sesuap ilmu dan menuntutnya pula.

Sudah tentu nikmatnya berbeza dan sudah tentu kefahamannya berlainan dari mereka yang mendapat dan memberi ilmu buat manusia di depan mata sahaja…

Ingat lagi lagu sang murabbi?

Ribuan langkah kau tapaki

Pelosok negeri kau sambangi

Tanpa kenal lelah jemu

Sampaikan firman Tuhanmu

Benar, kita hanya mampu menjadi sebenar-benar kader dakwah dan murabbi jika kita ghairah dalam menuntut di mana sahaja, dan memulakan langkah seluas-luasnya bagi menyelamatkan manusia.

Selamat memulakan safariyah anda!

Wassalam

ukhtikum fillah,

Aisyah

2.50am

Nottingham

Sumber rujukan: Quantum Tarbiyah

Advertisements

16 thoughts on “Reproduce: Nafas Kader

    ummu said:
    May 31, 2009 at 4:59 am

    salam kak aisyah,

    dah lama saya follow akk nye blog.. sgt menarik dan always help me in many ways..

    teringin rasanya nak berjaulah kat UK naik kete, mesti lain ngan jaulah naik bus express and bus biasa..and of course mesti lain dr jaulah OZ huhu…

    btw akk, keep up writing gud posts. all the best.

    ukhuwah fillah
    ummu ab rahman

    hafiz abdul said:
    June 1, 2009 at 9:36 am

    aslkm kalau boleh tukar fond nya bagi jelas sikit pening nak baca

    mun82 said:
    June 1, 2009 at 9:43 pm

    salam,

    sgt rindukan saat2 ketika tanggungjawab masih kurang, masih mampu untuk berjaulah bersafariyyah bersama akhawat, bergilir-gilir memberi taujih, bersama-sama mengalunkan zikir, matsurat, nasyid, berkongsi cerita, berkongsi sanwic, air dan mihun =)

    kenangan2 itu sentiasa segar dalam hati ana. benarlah, kejar 5 sebelum 5. lapang sebelum sempit.

    sis, grab ur golden hour. once dh keje, you will appreciate how much time you have in your hands before, and how you wish you can buy time from other people who are wasting their time, so that you yourself can have extra time to do things you want to do.

    (psst: jom jaulah before kite balik for good…cita2 nk ke isle of skye…masih belum tercapai…huhu)

    love, knikmun

    AMIZA malik said:
    June 2, 2009 at 9:55 am

    setuju dgn stetment akk, jaulah penting untuk bawa kita keluar dari zon selesa.
    bila jaulah tgk sisters, byk sgt dpt melalui pemerhatian dan perkongsian.kalau kita kata dkwah tmpt kita susah, org lain pun susah juga. cuma diuji drpd sudut berbeza.

    pengalaman jaulah ke ireland hari tu mmg bagi nafas baru untuk seluruh RJ. balik tu semua melompat2 dek puas menyedut semangat akk2 dublin, cork, galway, jumpa akhawat rusia, brunei, akk, kak fifah, dan kak laili.

    jaulah medan kita aplikasi segala yg telah kita dapat dlm halaqah. we put theories into actions.

    doakan jaulah saya dan nusaibah ke new zealand dan oz untuk jumpa sisters bakal meningkatkan iman kami dan melajukan pergrkn dakwah mesir.

    sis, we miss u. a lot.we juz cant tell =(

    Dr.UmiKalthumNgah said:
    June 2, 2009 at 3:57 pm

    My dearest Aishah,

    Assalamualaikum warahmatullah…

    This is my email

    umikalth@yahoo.co.uk

    as you requested

    Lots of loves

    Makcik Umi Kalthum Ngah

    ain_supir said:
    June 2, 2009 at 5:37 pm

    salam kak

    sangat bersetuju dan saya sendiri tersentuh semasa jaulah…

    -yg baru kembali dr penang-

    p/s 1: memang kena tunggu enjin sejuk, baru boleh isi air dlm radiator. kalau panas2 terus tuang air, nanti radiator boleh bengkok@rosak….

    muharikah responded:
    June 3, 2009 at 9:03 am

    ummu –> salam ukhuwah ummu… jzkk kerana sudi melawat blog ini.. tentu sangat memberikan semangat buat saya menulis…

    hafiz abdul –> ini mmg standard font wordpress. tak tau cane nak tukar..

    k muni –> waaaaaaaaaaaa!! rasa macam dah tkde masa dah!! banyak benda nak buat……huhuhu… tak taulah sempat tak nak kejar apa2. 😦

    ayu –> bestnya dia jalan2 !huhuhuh… nak ikut ~ i miss you all tooo!! tak taulah bile dapat gi cairo lagi…

    makcik umi –> jzkk makcik, nanti ana akan emel mck insyaallah.

    ain supir –> sangat betul tu.. tapi hari tu sis notts berhenti banyak kali tapi tuang air sket sangat… kitorg terpaksa tuang 2 botol besar air kosong sebab mmg kereta tu kontang air. tapi sangat banyak jasa kereta tu pada dakwah di Notts. oh… nama kereta tu aswad ( sebab dia kaler putih ) 🙂

    aisyah ismail =) said:
    June 4, 2009 at 7:59 pm

    salam’alayk.. kak aisyah =)

    khaifahaluki?

    alhamdulillah.. hari ni Allah bg kesempatan untuk saya baca blog akak.. (dah lama mak usrah saya promote) (^_^)”

    n hampir sume post akak saya telah baca.. subhanAllah.. x sangka kisah kami accident 9 mac tu pon ade kat blog akak.. (-_-)” alhamdulillah kini semua dah sihat.. n masih terus bersemangat dalam jalan da’wa

    insyaAllah saya dan sahabat2 yg laen akan ke UK september ni… berdebar2 n x sabar lak rasa nak lalui tarbiyah di sana.. sudah tentu waqi; nya berbeza..

    jalan da’wa ni masih panjang lagi.. moga Allah thabat kn kita atas jalanNya

    “Beristiqamahlah kamu sepertimana yang diperintahkan, begitu juga sesiapa yang bersamamu yang telah bertaubat (berada dijalan benar, hendaklah mereka beristiqamah juga seperti kamu) dan janganlah kamu melampaui batas-batas (yang telah diperuntukkan) Sesungguhnya Dia maha melihat apa saja yang dilakukan kamu”.

    BarakAllahufik =)

    muharikah responded:
    June 5, 2009 at 1:43 am

    salam,

    aisyah ismaill…hurmm.. macam nama murabbi saya time sekolah menengah dulu..heheh… taaruflah sket… sape murabbi awak , meh nak kenal sket..hhehe

    salam ukhuwah

    wassalam

    aisyah ismail =) said:
    June 5, 2009 at 5:05 am

    salam’alayk.. hihi x pe ke saya mention nama murabbi saya kat cni.. nnt dye kate saya ni x de tsir langsung adeh.. tp x pe je kot.. murabbi saya adalah yg paling baru je selamat walimah n baru menjadi isteri orang di kuantan =)

    alhamdulillah.. saya pun baru je balik dr umah dye.. jumpe ramai gak a akhawat2 time walimah tu best2..

    insyaAllah. .ade rezki kte jumpe eh akak.. dye dah pesan saya bble cari akak nnt kak sane. =)

    nusaibah said:
    June 7, 2009 at 1:40 pm

    slm kak aisyah~ jom!! sronok je kalau dpt jln2 dgn akk:)
    tp skrg kitorg tgh risau2 pasal swine flu kt aussie..hehe

    muharikah responded:
    June 11, 2009 at 10:47 am

    aisyah –> wah… ni anak didik orang hebat ni… tak sabarnya nak jumpa anti!!! kene tambah banyak bekalan tau di malaysia sebab nanti awak di UK awak kene jadi ustazah aisyah ismail pula… jangan berharap utk menerima, tapi perlu sangat memberi… ok? sama2 bangunkan islam!

    nusaibah –> swine flu dah takde dah kan? cane orang2 di mesir nusaibah? selamat ke yang 4 orang lagi tu?

    nusaibah said:
    June 11, 2009 at 8:49 pm

    yg acident tu ke? seorang byk fracture satu bdn, td dh buat surgery,tp esok akan buat satu lagi..
    seorang lg ada blood clot in brain,td dh remove,tp skrg ada brain edema,msh xstabil…
    mnta akhawat semua tlg doakan mereka..buat yasin dan solat hajat..
    2org lg cedera ringan,but sgt trauma dgn insiden tu n need lots of moral support..kasihan sgt..
    alfatihah utk arwah~

    aisyah ismail =) said:
    June 14, 2009 at 1:01 pm

    salam’alayk.. insyaAllah.. x lame lg kami ada PMC then jaulah then pre departure.. tgh mngumpul bekalan la ni.. byk lg nk kene di top up b4 ke sana..

    insyaallah akan terus hdup dlm tarbiyah n yeah erti hdup pd memberi kan akak =)

    yeah! sama2 bgn kn islam!~

    إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفًّا كَأَنَّهُمْ بُنْيَانٌ مَرْصُوصٌ

    Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berperang di jalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

    [as Saff, 61, 4]

    barakAllahufik (^_^)”

    arraqaiq said:
    April 11, 2012 at 9:00 pm

    kak aisyah, baru baca sedikit perenggan atas tu, tapi dah rasai kesukaran bg akhwat2 yg jauh utk mendapatkan sesuap ruh dan cinta dalam sebuah bulatan sdgkan kami di sini? sgt mudah! T___T

    mungkin itu mujahadah yg menjadikan mereka2 kekal dan lebih kuat utk meneruskan jalan dan teruterusan istiqamah!
    tapi kami di sini? saya merasai sendiri pada diri saya, susahnya nak keluar dari kepompong selesa dan senang, bila dah rasa hanyut dan ‘terbiasa’ dlm kehidupan macam ni T_______________________T lagi besar mujahadahnya rasa….

    doakan kami tak hanyut dan kuat dlm mujahadah
    terima kasih sebab tarik saya naik feri hari-hari sblm dulu, rasa tak percaya dan seperti dlm mimpi keadaan2 tersebut
    Semoga allah terus kuatkan dan tsabatkan kaki akak dlm jalanNya, menyebarkan sinar2 islam utk semua 🙂

    adawiahhosni said:
    April 19, 2012 at 4:39 pm

    Reblogged this on bersamadakwah and commented:
    Tulisan ini saya baca dari blog Muharikah..memang seperti apa yang berlaku pada mana2 jema’ah dakwah dan tarbiyyah di Malaysia ini..masalah tertuju kpd sang ikhwah..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s