Talhahku

Posted on

Sudah sekian lama ingin aku ceritakan tentang Talhah.

Dialah penemanku, dan dialah kekuatanku dalam mengharungi ribuan batu perjalanan yang berliku.

Aku takut jika aku ceritakan tentang dia, akan ada orang kata aku ini cintakan dunia, sukakan kemewahan dan mahu berlagak.

Sedangkan aku kasihkan dia kerana dialah penemanku pada pemusafiran yang tiada teman utk berbicara.

Seandainya dia mampu bertutur, tentulah dia akan menjadi teman bualku, mendengar segala permasalahan ku, berkongsi suka dukaku..

Aku teringat dahulu rasulullah pernah menyukai buraq..

Para sahabat pun amat sayangkan kuda2 mereka yang banyak berkhidmat utk mereka..

Andainya Talhah seekor kuda tentu akan aku sapu pipinya dan belai lembut sisir kulitnya yang berkilat.

Dia memang kuda yang gagah.. ( walaupun mahal gile nak maintain!)

Biarlah hari ini aku menceritakan tentang Talhah, bukanlah kerana aku bangga, tapi kerana dia banyak sangat berjasa padaku..

menyampaikan aku ke destinasi.

memilikinya membuat aku tidak bosan berjalan.. berjalan dan terus berjalan..

kerana dia membuatkan aku selesa bersamanya.

Bugatti Veyron – jangan tak tahu ini adalah kereta paling mahal dan paling laju di dunia ( dia pakai engine kapal terbang)

barulah saya faham, kenapa kuda yang baik itu penting untuk dakwah. Dan pentingnya kita kikis, kikis habis2an penyakit takbur dalam diri kita ini bila kite memiliki kereta hebat seperti itu.

Menjadi satu ironinya, kereta yang bagus selalunya mahal, dan kereta mahal selalu disinonimkan dengan orang kaya ( or in english people said, a person with deep pocket!)

Sedangkan saya rasa orang dakwah patut miliki kereta seperti itu, sebab memang utk perjalanan jauh dan ketahanan memang dialah yang terbaik. ( buat auto cruise langsung tak penat drive..huhuhh) dan tentu kalau ada kereta besar, lagi cun! boleh angkut semua pergi daurah.

Kereta seperti itu juga akan tahan bila kene langgar, dan sangat selamat untuk dipandu.

anyway,itulah dia putaran dakwah.

Kita sebenarnya perlu psycho semua engineer-engineer muslim untuk fikirkan cane nak buat kereta yang sesuai dan memudahkan kerja2 daie ini..

yang jimat minyak, yang bawak laju, yang selesa, tak penat dan ramai boleh naik.

Koenigsegg- jenama swedish, kereta sport yang menggunakan tenaga solar sebagai tenaga.. nak tahu dari mana dia dapat tenaga solar tu?Dari cat dia! Ya Allah, canelah orang2 barat ini boleh terfikir nak buat benda kreatif cmtu.. kita? 😦

Memangkan kita kene ada mindset perlu buat semua benda untuk umat islam, apatah lagi para duat…

Bilal bin rabah sangat terkenal kerana terompah yang dipakainya dapat kedengaran di syurga. Sebab apa?

Sebab dia mengistiqamahkan dirinya walaupun utk perihal yang kecil-kecil. Dia selalu solat sunat dua rakaat seusai sahaja dia berwudhu. Malahan Rasulullah tak mahu sapa-sapa jadi muazzin baginya kecuali Bilal.

Kalau terompah Bilal sudah kedengaran… apatah lagi BMW dan kereta2 kita yang lain…

Jadikan semuanya untuk dakwah..

tapi sukar bila kita sudah mula menyukainya dan melupai tujuan asal Allah mengurniakan itu untuk kita..

PS: bestnya duduk UK ini, semua kereta bagus2 semua murah.. dan tahan lasak… 10 kali ganda lebih dari malaysia… kesian kita orang malaysia..huhuuh

wallahualam

Advertisements

14 thoughts on “Talhahku

    nowfara said:
    May 27, 2009 at 2:29 am

    hebatnya bilal……

    isk isk isk….

    ain_supir said:
    May 27, 2009 at 2:44 am

    salam

    benar kak, kita perlukan kereta yg best utk dipandu… esp, kalau kita penat or ngantuk, kereta tu boleh jalan sendiri sampai tiba destinasi dengan selamat…

    lg satu, kereta kita namanya juga talhah… dinamakan sempena jaulah terengganu hr tuh, sementelah zaza suke bangat sama sahabat yg gelarannya — syahid yang berjalan…

    kami; orang kampung, menjaganya semampu mungkin… insyaallah

    p/s: supir yg dah tak larat sangat memandu lewat malam… =(

    salahuddin said:
    May 27, 2009 at 9:45 am

    salam..mmg best bile naik kete besar..
    org yg drive pon xpenat..
    [sy mcm dpt rasa even xleh drive..=D]

    -kesian k.ain salu kene balik lewt mlm
    esp afta ke ky…=]

    “semoga Allah mmberkati”

    tigakupang said:
    May 27, 2009 at 6:29 pm

    Salam…….
    Bangga, riak, bongkak, directly or indirectly…

    Allah amat ‘muak’ dgn sifat ini. Dakwah seseorang pendakwah itu akan dicampak ke kandang yg penuh keji jika pendakwah ada sifat seperti itu!!

    Tak mahu tulis psl kereta, tapi, mahu menyentuh soal lain berkait dengan bangga. Sila baca baik2:-

    1. Tak semestinya yang belajar u/grad di oversea itu lebih hebat dari mereka yang belajar u/grad di Malaysia atau di negara – negara dunia ketiga, seperti Nigeria. Saya mengajar para pelajar u/grad orang putih dlm bidang sains di UK ni Saya tahu ‘warna kertas litmus’ sistem di sini, UK. Para pelajar di Malaysia lagi berganda ganda hebat n sistem Malaysia lebih ok dari sini. Cuma, para pelajar orang putih ini memang diakui dididik dari bermacam2 sudut dan banyak cakap, promo mereka memang poyos.. Pelajar kita,tak habis habis dengan malu, takut dan malas. Tu je.

    2. Tak semestinya yang buat fully research di oversea itu lebih hebat dari mereka yang buat fully research di Malaysia atau di negara negara di dunia ketiga, seperti Uganda wpun di akui research2 di oversea memang hebat. Konsep ini perlu di tukar segera mungkin kerana akhirnya nanti akan/sedang/telah memakan diri sendiri.

    3. Ada juga doktor2 perubatan memperlekehkan doktor2 PhD. Yang ini saya tak mahu ulas walaupun saya boleh ulas… simple sgt logicnya….ooops!

    ATAS SEMUANYA,
    Kehebatan seseorang bukan terletak pada nama universiti dan lokasi universiti itu. Kehebatan seseorang itu terletak pada diri seseorang itu. Ini yang benar, namun benar ini sering diperkotak katikkan. Realitinya ialah ranking sesuatu universiti kadangkala di pengaruhi oleh para personaliti yang mengisi jawatan dalam Lembaga Pengarah universiti itu. University is all about business at the end of it if you know what I mean.

    Pada yang sedang/sudah habis belajar (tak kira peringkat) di oversea, pernahkah kamu menganggap seperti perkara 1/2/3 di atas? Berapa ramai antara yang sudah bergelar officer/got professional career yg sanggup dok lunch dgn makcik2 sapu sampah?

    Hebat seseorang ialah umpama perangai padi ; makin tinggi ilmunya, makin merendah diri. Tinggi mana pun, Allah tetap hebat. Salah satu ciri hebat seseorang pendakwah ialah apabila dia tidak memperdagangkan ayat-ayat AlQuran dengan harga yang terlalu murah (quote dlm salah satu ayat dlm surah albukhary). Murah sebab tak walk the talk tp sibuk ‘jual beli’ ayat alquran.

    <<> >

    Entry ‘asing’ yg lalu….sah2 sy di layan asing oleh seorang pendakwah di sini dan dia mengakuinya tapi…….pelik? Tak pelik. Tak ada yang pelik.

    Sekadar peringatan, teguran dan lepas geram skit je.

    Moga Allah beri kita semua lebih banyak kasih sayang.

    ps: idea cat tuk kete solar tu asalnya dtg dari org islam…! tp, org islam kan suka bergaduh, so barat ambillah kesempatan..we got served, folks..!

    dari,
    ahli akademik+penyelidik yg sdg buat Phd di UK.

      SAYA said:
      May 28, 2009 at 11:06 am

      salam..
      surah albukhary?

    ainul arina said:
    May 28, 2009 at 1:12 am

    salam kak aisyah..

    ada sikit buah tangan di rumah untuk akak.. jenguk-jenguk la ambil ye kalau free nanti.

    muharrikdaie said:
    May 28, 2009 at 11:13 am

    Buat sang tiga kupang …saya mintak izin nak komen sebab saya ni pendakwah …

    Bangga, riak, bongkak, directly or indirectly…
    Allah amat ‘muak’ dgn sifat ini. Dakwah seseorang pendakwah itu akan dicampak ke kandang yg penuh keji jika pendakwah ada sifat seperti itu!!

    Jawapan : Di sini sang 3 kupang kena clear ttg takrif “pendakwah”. Mengikut kamus dewan, pendakwah adalah penyeru agama. Dakwah pulak adalah menyeru. Kalau ikut kamus bahasa arab pulak, ” penyeru ” adalah da’ie. Da’ie bermaksud mengembalikan manusia dari kegelapan kepada cahaya. Dari kesesatan kepada kebenaran.

    Oleh itu jika 3 kupang mengatakan bahawa pendakwah mempunyai sifat riya’ bongkak dan bangga adalah sesuatu yang pelik …..macammana seorang yang nak bawak orang pada cahaya kalau dia sendiri pun dalam kegelapan! Atau orang yang sesat nak bawak pada kebenaran.

    Rasanya sang tiga kupang confuse agaknya, antara ” penyampai agama” dgn ” pendakwah “. macam pak haji yang dah pergi mekah pakai kupiah putih dengan orang yang tak buat haji pakai kupiah putih. Bezakan?

    Penyampai agama mungkinlah ada riya’! Sebab mereka hanya menyampai. Mungkin nak tunjuk mereka banyak ilmu dan berhujjah dll lagi. Tapi da’i dia nak tarik orang pada islam dan bina mereka menjadi orang beriman!

    Tapi nasihat saya …biarlah mereka begitu. Mungkin andaian 3 kupang aje begitu kot! Saya rasa lebih baiklah kita berbaik sangka/ husnul dzan kerana itu mendatangkan pahala. Janganlah sang 3 kupang banyak simpan prasangka sbb prasangka tu akan mengelapkan hati dan akan menjauhkan kita dari iman …

    Perkara 1 ~ Saya tak setuju 3 kupang kata pelajar kita takut, malas dan malu kerana apa yang dah saya lalui dan saya lihat pelajar malaysia dioverseas banyak yang dah berjaya walau pun taklah exceln. Bukan senang seorang pelajar muslim perempuan, lebih lebih lagi duduk dinegara barat, arab dll nak menyesuaikan diri dalam suasana yang serba mencabar kalau tidak mempunyai kekuatan mental, agama dan pengorbanan.

    Lainlah kalau pelajar malaysia yang brutal dinegeri sendiri yang tak kira halal dan haram, mereka nilah yang dikatakan berani …berani yang tak bertempat.

    Saya rasa 3 kupang contohnya. Dah berjaya pun …

    Perkara 2 ~ saya setuju

    Perkara 3~ Saya setuju. memang ada. tapi tak semua. Kerana PHD ni pun dah ramai sangat and PHD boleh dibeli dimana mana.
    Kita pun tak kenal mana satu PHD betul atau PHD plastic.

    Dr perubatan adalah pelajar terpilih. Memang mereka ni genius yang Allah berikan dan proses belajar mereka pun huhh …memang mencabar. Saya tabik spring.

    Mungkin mereka ada asas lah nak perlekehkan Dr PHD ni. Mereka perlekeh pun bukan sebab apa …terkadang Dr PHD ni pun ego jugak. Rasa merekalah paling hebat. Tapi tak semua PHD cam tu …atau macam 3 kupang yang ok ni.
    _______________________________________________

    ~Salah satu ciri hebat seseorang pendakwah ialah apabila dia tidak memperdagangkan ayat-ayat AlQuran dengan harga yang terlalu murah (quote dlm salah satu ayat dlm surah albukhary). Murah sebab tak walk the talk tp sibuk ‘jual beli’ ayat alquran.

    Komen saya: Saya rasa pendakwah tidak perdagang ayat quran tetapi dia MENGGUNAKAN ayat quran … sebab orang yang perdagang ayat quran ni biasanya dia nak sesuatu imbuhan, macam politician.

    Pendakwah dia menggunakan ayat quran untuk menguatkan hujjah supaya orang kembali kepada islam dan mungkin terkadang apa yang diseru itu dia tidak lakukan … ini perkara biasa. Sebab kita semua dalam proses membaiki diri. Sebab itu motto sang pendakwah ” Perbaikilah dirimu dan serulah orang lain” Insyaalah kita sama sama baiki diri.

    ~ (quote dlm salah satu ayat dlm surah albukhary). Murah sebab tak walk the talk tp sibuk ‘jual beli’ ayat alquran.

    komen : Bukan surah Albukhary tapi Hadith Bukhary. Surah hanya untuk alquran. Haidth is hadith. Tak per tu error kecik jer ..

    ~Sekadar peringatan, teguran dan lepas geram skit je.

    Komen saya ~ kritikan dan teguran sang tiga kupang ada juga yang baik dan membina dan ada yang tersasar dari kehendak islam dan nasihat saya agar sang tiga kupang betulkan niat supaya apa yang kita bincangkan disini akan membuahkan amal dan meningkatkan kefahaman serta ilmu kerana kalau nak lepas geram kita tak kan kemana.

    Akhirnya ” Seorang mukmin itu adalah cermin saudaranya”

    aizadiha said:
    May 28, 2009 at 10:56 pm

    salam k.aisyah..
    hrm..’kuda perang’ yang terbaik=)

    akk,,xpelah ada intruders pon..teruskan menulis yek!! ramai yang nak baca ni^_^

    tigakupang said:
    May 29, 2009 at 5:52 am

    to saya:
    ya, saya petik ayat tu di dalam ulasan khutbah jumaat.
    —————————————————————————
    to muharikkdaie:

    terima kasih kerana betulkan surah to hadith. saya petik sebiji biji apa yang ditulis itu termasuk term ‘surah’. apapun, silap saya kerana tak semak dulu.
    —————————————————————————
    Read beyond the obvious about the comment, not every line should be sounded literal, e.g, memperdagangkan.

    I didn’t mean to spit dirt upon any group of people. That wasn’t my intention. I came to jot something down and tried to spell something out to the readers but not entirely dedicated to the dakwah people.

    I clearly know what da’i’s function is. Buruk sangka? Terpulanglah. Nevertheless, at least, I got balls to accept my wrong (the surah stuff) and not choose to shut my eyes off.

    Muharrikdaie, go on and defend the golongan dakwah as often as possible. As for me, I be hold the reality stronger than the beautiful motto.

    It’s better off I move my footsteps backward from this blog. I won’t touch this blog or any dakwah blog ever again since now I truly understand how well they think and see certain things based on their eyes only, only their eyes.

    Selamat ke Syurga.

    muharikah responded:
    May 30, 2009 at 1:22 am

    rilek2.. jangan ‘gaduh-gaduh’. kita sama2 nak belajar dan saling menimba ilmu…

    pendapat takde yang salah..

    cume kita kene tahu apa yang salah dan benar mengikut dalilnya…

    saya tak nak memanjangkan perkara ini nor to delete any entries that I found ‘harsh’ dan unsur-unsur yang tidak menyedapkan diri saya dan pembaca lain..

    saya rasa ini blog saya dan terpulanglah untuk saya berkarya. Jika nak baca silakan baca, kalau tak nak , saya pun tak kisah, kalau nak kritik, biarkan ianya membina supaya sama-sama kita dapat belajar.. bukan menulis dengan kata-kata sinis yang membawa orang rasa perlu membalas dalam keadaan tak best…

    tugas saya hanya menyampaikan dan berkongsi… takkan saya nak tukar blog saya sebab saya rasa ada orang ‘ganggu’ saya dalam menulis dan takkan saya nak buat private juga… sebab mmg perkongsian saya ini saya tujukan untuk mereka yang saya rapat… kalau rasa takde kaitan or tak diincludekan janganlah rasa tersisih pula… sebab ada je blog-blog lain yang tulis banyak lagi benda2 best selain dari blog saya ini..

    blog inilah dunia saya, dan biarlah saya berkarya dalam alam saya ini..

    wallahualam.

    sorry kalau direct. tapi since tiga kupang kata tak nak bukak lagi blog ini saya rasa maybe takde sapa kot yang akan terasa…

    hidayah itu kita yang kene cari sendiri, bukan cari pada orang , tapi cari pada pencipta manusia, iaitu Allah sendiri….

    wassalam

    muharrikdaie said:
    May 31, 2009 at 5:18 am

    Sis muharikah …
    maafkan saya kiranya komen saya mengeruhkan keadaan. Sekadar lontaran pandangan semata2 untuk kebenaran ..
    maaf sekali lagi

    shi said:
    June 2, 2009 at 11:32 am

    akak!!! saya dh lama bangat tak view blog akak yg byk beri input pada diri saya. banyak watkan saya berfikir sedalam2nya kak. jazakillah khayran kathira kak!!!

    p/s: akak, leh namakan kuda dakwah saya tak? tgh mencari2 nama yg sesuai.. bg reply kat chatbox blog saya ley? heeee =)

    take care sis!

    shi said:
    June 2, 2009 at 3:18 pm

    wslm kak..hee..comel la akak nii..kena ada gambo kete br leh bg nama eh? perdana silver kak..ok boleh bg nama skrg? =P

    muharikah responded:
    June 3, 2009 at 9:06 am

    muharrik –> its ok. anta tak buat salah apapun… boleh je nak kasi pendapat.. don worry.

    shi –> sebab kereta perdana tu macam gagah perkasa sket.. apakata saya kasi nama abdullah azzam? ok tak? awak kene baca biografi abdullah azzam tu baru awak dapat ruhnya… dan boleh cerita kat semua orang yang naik kereta awak tu… ok? nak gi kelas ni… nanti cakaplah suka ke tak nama tu… 😀

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s