kerana cinta

Posted on Updated on

salam,

banyak saya nak tulis pasal benda ini..

dilema2 yang ada..

malu pun ada nak tulis banyak2..

tapi tulah realitinya..

– putus cinta kerana dakwah..

– berkahwin dengan bukan ikhwah..

– usia dah lanjut, tapi takde calon ikhwah, yg ramai bukan ikhwah..

dan paling sweet,

dilema memilih ikhwah yang tepat sebagai pasangan hidup

dan ini berkait dengan adakah wajar menolak lamaran seorang ikhwah hanya kerana dia kurang ikhwani/mentarbiyah manusia? atau menunggu ikhwah yang betul2 memenuhi ciri2 impian? ataukah terlalu banyak lamaran, semua yang bagus2 belaka.. mana satu yang tepat utk dipilih…

ataupun memilih untuk berkahwin sebagai langkah escapisme.. kahwin dengan seseorng ikhwah tu sebab dah takde choice lain… ( ramai kan yang begini…huhuhu…)

antara dilema yang penting juga adalah yang turut dikongsi ramai akhwat…

lama dah tunggu ikhwah meminang... takde sapa yang ada dan sanggup.. faktor usia, sekufu, pangkat, semuanya memainkan peranan….

tak semua baitul muslim itu berakhir dengan warna-warna indah… tak sedikit yang tidak pun memiliki BM yang ideal.. malah terlalu ramai akhwat yang tenggelam dan lari dari dakwah setelah berBM…

tak semuanya indah, dan kita patut kongsi cerita2 kita buat penguat semangat..

tentu ada banyak juga yang indah2 supaya cahaya harapan kita pada BM yang mendapat redha allah itu akan sentiasa menyala2..

semuanya ini merupakan episod-episod dalam hidup kita untuk Allah uji, sejauh mana pergantungan kita pada Allah dengan sesungguhnya itu….

tawakal dengan erti kata sebenar...

errmmmm…..

ada masa ke saya nak tulis semua ini?

macam takde, sebab saya kene banyak catchup baca buku dulu supaya saya dapat hasilkan sesuatu yang bermakna buat antum semua…

tapi ada seseorang bertanyakan saya perkara ini..

indahnya jikalau saya dapat rakamkan episod ini dalam bentuk cerita… saya tak mampu kerana saya tak cukup masa ( alasan!!!!!)

soalannya:

ada seorang anak usrah dah berjaya break dengan teman wanita dia, dan ana ingat ana dah tak perlu buat apa2 dah dan dia akan terus dengan hidup dia dan maju ke hadapan. Tapi, setelah beberapa minggu memerhati, ana terasa yang dia masih terasa kekosongan hati, lebih teruk lagih, dia nih seorang yang tak tegas, aka mcm sensitif la.

Jadi, bila mana perempuan itu menangis dan minta tolong dia, faham kan maksud ana. Macam.. “thanks for the msg that you send me, only you that really understand me.. Thanks for helping my problem..dan etc”

Jadi, apa pandangan antum untuk ana membantu dia dan apa yang terbaik untuk dia.


faham kan kenapa kite perlu menanggalkan jahiliyah chewing gum paling melekit dalam badan kita ini, sebelum kita dapat pergi jauh lagi dalam menggapai cinta Allah?

sebab itu, sesiapa yang sanggup menanggalkan jahiliyah itu telah membuat sesuatu perkara yang amat besar dalam hidupnya! (dan tentu hebat sekali!)

jawapan saya:

ikut pengalaman tgk adik2 yang break ( utk wanita ) pertama: Sibukkan diri dengan Allah.. bile mereka dah dapat cinta Allah, dan paling penting break sebab nak dapatkan cinta Allah, insyallah dia akan kuat dan takkan tunduk dengan nafsu/pujukan wanita..

kedua: sibukkan diri dengan dakwah, dan membuat kerja2 yang menaikkan kemuliaan dirinya, ie tarbiyah dan dakwah..

jahiliyah mmg susah nak tinggalkan melainkan dengan tekad dan bulat hati yg sungguh2… dia akan begitu 2-3 bulan sebab nak biasakan diri ‘hidup sorang2’.. tapi bile dah jumpa nikmat cinta Allah, dan cinta kerana Allah bersama ikhwah/akhawat seangkatan, barulah dia tahu bahawa cinta yang selain dari itu semu, rendah nilainya dan bagaikan fatamorgana- – indah pada khayalan, kosong pada kenyataan..


itu sahaja perkongsian,

moga ada warna-warna harapan dalam hidupku ini untuk aku terus berkarya kerana Allah..

wassalam

aisyah,

seusai pusingan jaulah

1.10am

25/5/09

Advertisements

13 thoughts on “kerana cinta

    nowfara said:
    May 25, 2009 at 1:46 am

    Salam

    “faham kan kenapa kite perlu menanggalkan jahiliyah chewing gum paling melekit dalam badan kita ini, sebelum kita dapat pergi jauh lagi dalam menggapai cinta Allah?”

    Terima kasih dengan peringatan yang macam ini..

    hawariyyin said:
    May 25, 2009 at 3:07 am

    salam..

    saya paling setuju dgn sibukkan diri dgn dakwah!! insyaAllah, kemanisan dalam dakwah akan membuatkan anda melupakan segala jahiliyyah..

    wslm

    muharrikdaie said:
    May 25, 2009 at 3:23 am

    Cinta Allah ada IZZAH Nya.
    Cinta Manusia juga ada IZZAH Nya

    Kerana kita hipokrit dengan Cinta dan tidak memahami fikh cinta itu maka jadi lah cinta itu satu fobia dalam kehidupan.

    Kesannya …kita mengatakan cinta itu Jahilliyah. Cinta itu racun. Cinta itu penyebab dosa dan maksiat …

    Akhirnya … cinta itu menjadi musuh bagi kita sedang kita tidak ada bukti dan sebab untuk memusuhinya.

    Cinta sebenarnya adalah kehidupan
    Cinta adalah air yang mengalir

    Kita memerlukannya seperti makan dan minum
    Jangan kita menghukum cinta seperti menghukum mustakmalnya air …
    kerana cinta itu suci menyucikan kiranya kita letakan hukuman tuhan keatasnya

    Putusnya hubungan kerana cinta bukan disebabkan salahnya cinta tapi lebih kepada sikap EGO manusia dengan diri dan hatinya maka cinta jadi mangsa …

    Sifat manusia selalu menyalahkan ciptaan Allah yang lain sekiranya dia gagal meraihnya …

    Selamanya Cinta akan menjadi KONTROVOSI sekira manusia tidak tahu asal kejadiannya ..

    Sesungguhnya CINTA itu lebih awal lahirnya dari Adam dan Hawa dan yang mengenalinya akan tahu bahawa cinta itu tetap terus wujud hingga kealam syurga …

    Dan Allah tidak akan mematikan nya selamanya …kerana Allah itu MAHA PENCINTA!

    elazwar said:
    May 25, 2009 at 9:59 am

    salam…
    dh lama jd silent reader..
    neway,
    jzkk sbb post ni menjawab persolan yg ditimbulkn anak usrah ana…^_^
    susah jugak jd naqibah xde pengalamn nih

    muharikah responded:
    May 26, 2009 at 7:19 pm

    nowfara, hawariyin dan elazwar, salam ukhuwah… lamanya jadi silent reader… πŸ™‚ insyaallah dipanjangkan ukhuwah kita selama2nya….

    muharrik –> cinta itu subjektif dan abstrak.. tapi cukuplah kita katakan tiada cinta paling teragung yg paling didambakan hati seorang hamba melainkan cinta pada Ilahnya….dan semua kecintaan yang membawa kecintaan kepada Allah atau bersandarkan keranaNya sahaja…

    pak supir said:
    May 28, 2009 at 9:38 am

    gud marriage is better than being a single women , but
    being a single women is better than bad marriage .

    [And surely We shall try you with something of fear and hunger and loss of wealth and lives and crops, but give glad tidings to the patient.] (Al-Baqarah 2:155)

    Pena Biru said:
    May 29, 2009 at 2:50 am

    β€œfaham kan kenapa kite perlu menanggalkan jahiliyah chewing gum paling melekit dalam badan kita ini, sebelum kita dapat pergi jauh lagi dalam menggapai cinta Allah?”

    dah bace 2/3 kali, tp masih paham

      muharikah responded:
      May 30, 2009 at 3:55 am

      owh,
      kami kat sini adalah belajar tentang sayonara jahiliyah (SJ). dan ustaz tu adalah bagi perumpamaan, nak tinggalkan jahiliyah ini dia macam nak tanggalkan chewing gum, susah sebab asyik melekit je. DAn chewing gum ini pun syok je kunyah, ie nak buat jahilyah pun syok, tapi nak tanggalkan mmg susah..

      itulah kisahnya asal usul chewing gum yang disinonimkan dengan nak meninggalkan jahiliyah..
      wallahualam.

    lateentry said:
    June 22, 2009 at 11:35 am

    putus cinta kerana dakwah:

    naqib naqibah sekalian,
    how do you feel, being able to break people’s relationships? begitu mudah telling someone to leave some other person, when you yourself have never ever been in a relationship?

    yes, i admit that your anak usrah will most probably listen to you. terus bergiat dalam medan usrah, moving on. but have you thought about the other person yang ditinggalkan itu?

    think about her or his feelings, and future actions. jika dia terus meninggalkan dakwah (jika pernah mengenali), ataupun Islam terus? just because in ur ideal world, u must make ur anak usrah free dari jahiliyyah bernama perempuan. think about the other person once in a while.

    jzkk

    muharikah responded:
    June 23, 2009 at 3:08 am

    salam

    late entry,

    apa kabar?

    erm…

    actually dia bukanlah seperti itu..

    ada beberapa benda perlu kita lihat di sini:

    a) kebanyakan naqibah pernah bercinta, ada boyfren dan bercinta bagai nak rak sampailah mereka belajar mengenal Islam dan manisnya iman.

    we are all human being… ada hati dan perasaan… suka ada orang concern pasal kita, beli hadiah tuk kita, tanya pasal kita hari2..

    kita sangat suke orang suke pada kita, dan kita suke ada tempat utk kita menaruh cinta kita itu…

    itu normallah kan…

    Dan….

    dengan pengalaman mereka itulah mereka dapat relate dengan manusia lain.. yang sama2 bercinta dan mengalami episod hidup yang sama dengan mereka..

    b) Mereka merasai betapa lainnya hidup dengan adanya boyfren dan hidup bergantung dan mencintai Allah… semata-mata…..

    bila sudah rasa manis dan nikmatnya iman dan islam, barulah hati itu sendiri rasa, ada boyfren sebelum kahwin ini cam salah je, cam tak sedap hati je gayut lama2 tak kemana-mana duit dan masa habis… kawen dengan kita tak sure lagi ke tak..

    sebab bila ada perasaan itulah( perasaan dosa dan guilty), mereka akan break sendiri relationship tu, bukan naqibah tu yang terkadang suruh break pun..

    itu semuanya datang dari iman dan kesedaran orang itu sendiri, merasai haram adanya boyfren sebelum kawen..

    perasaan dosa dan tak best itu datang dahulu dari perasan tahu benda tu tak boleh..

    barulah boleh putuskan relationship tu…

    dan buat semua benda itu untuk Allahkan..

    bukan utk naqib naqibah pun…

    c) terkadang in many situations, that girl or guy akan try juga suruh pakwe or makwe dia join usrah dan program..

    sama2 dapat faham islam dan dakwah..

    lepas tu ramai je menjadi lepas tu. masing2 putus relation ship time sedang ikut tarbiyah.

    tapi lepas setahun dua, terus tunang dan kawen… tak payah pun couple… kan best camtu?hehehehehe

    d) biasa yang putus tu, sebab either one of them mmg tak nak ikut tarbiyah…

    and the girl/ guy yang ikut tu of course susah nak jaga diri sendiri kalau pakwe dan makwe dia tak faham,….

    dia nak jaga hubungan tu kasi Allah redha kat dia, tapi kalau si kekasih tak nak menjaga?

    tentulah akhirnya dia buat keputusan untuk break…

    sebab dia tahu ada sesuatu yang lebih best dan indah..

    iaitu cinta pada Allah….

    ramai sangat adik2 yang mmg semuanya cantik molek, ada boyfren sebelum kenal tarbiyah. Sayang gile2 boyfren dia… akhirnya faham islam, terus break..

    and susah tau utk break tu, yang nak suruh break pun susah, yang menerima kene break tu pun lagi sedih..

    tapi dalam banyak occassion benda tu berat nak dibuat sebab sudah sayang..

    tapi kerana Islam mereka sanggup korbankan perasaan mereka..

    alhamdulilllah kebanyakan dari mereka akhirnya dapat husband yang faham islam dan ikut tarbiyah seleaps itu..

    sebab bagi mereka yang break itu, niat mereka kena betul kalau mereka nak kuat..

    mereka buat tu sebab Allah…

    e) tak kesian kat pihak lagi satu? saya rasa kalau pihak itu ikut tarbiyah/usrah insyaallah dia akan nampak..

    kalau tak nak join, nak buat camne kan? salah siapa kan?

    mmglah kadang2 kita rasa tak bersedia jadi baik dan join benda2 baik ni..

    tapi mati kita boleh bila2 kan, maybe esok, lusa… mana sempat nak join kalau tak skrang…

    betul tak?

    sorrylah, ni cik kiah dah mula membebel ni.. maybe sarkastik pun ada…

    tapi kalau awak duduk negara UK ini maybe awak nampak…

    punyalah orang barat nak menghancurkan umat islam, promote cara hidup mereka..

    sengaja kasi kita umat islam ini tenggelam dengan dunia hiburan, cintan cintun dan sports,

    hingga kita lupa Allah, solat dan tak rasa best dengan Islam… malah benci dengan islam..

    kita yang Muslim ini tak sungguh-sungguh nak perjuangkan dan hidupkan nilai Islam dalam hidup kita sedangkan orang Barat mmg lagi suka kita camtu so dia dapat hancurkan dan gunakan kita….

    Tiba-tiba jadi ganas plak..huhuhuh

    tapi harap awak faham lah eh…

    huhuh

    aisyah
    inverness

    Hussaini said:
    June 24, 2009 at 7:19 am

    Late entry yang dikasihi,
    Susah nak tahu makanan tu sedap selagi tak rasa manisnya
    Susah nak tahu kasut itu muat atau tak selagi tak menyelukkan kaki ke dalamnya

    Tak semua perkara yang baik di mata kita, baik untuk diri kita. Mungkin lebih teruk, akan membinasakan diri kita sendiri.

    Kakak-kakak usrah ni buat yang terbaik untuk adik-adiknya
    Namun, pilihan tetap di tangan mereka untuk menentukan masa depan mereka
    Untuk mereka sendiri memilih cinta mana yang cocok dengan diri sendiri

    Sendiri mahu fikir la… πŸ˜€

    Muharrikdaei::: puitis betul kata-katanya

    lateentry said:
    June 26, 2009 at 5:07 am

    salam;

    thanks for the reply. dont worry, i perfectly understand how it is in the uk, and how the people in the jemaah institution thinks and acts. i wasnt really looking for a reply, i already know the answers u gonna give.

    sister, i am not saying u guys are wrong. but what i’m saying is, its not a perfect world out there. in striving for islamic idealism, u guys have to consider the world out there too. i am just reminding the usrah people to not be too hanyut in idealism, jangan lupakan “orang orang biasa” out there, yang berfikiran “biasa biasa sahaja”. yes, of course, break-up ni satu contoh je. did i say dont break up? no. what i am saying is, consider perasaan orang lain. kalau org yg dibreak-upkan itu diberitahu “aku tinggalkan ko sbb Allah”, itu hanya akan difahami sebagai “jahat sangat la aku nie, aku ni nothing but jahiliyyah”.

    dont judge orang2 yg tak ikut usrah as orang yang tak nak Islam. (point e is very judging, sorry to say). usrah and jemaah is just a wasilah, u know that better than me. ada jalan2 lain ke syurga juga. what people do in the name of jemaah and usrah might be right, might be wrong.

    my whole point of writing in the first place is, i’ve seen many people put off by usrah because if this idealistic mentality of the religious and i think it shouldnt be like that. i love u guys fillah. wallahualam.

    muharikah responded:
    June 26, 2009 at 11:35 pm

    lateentry, jazakillah for u input.. sorry i was a bit harsh before and misinterpret what u’re saying.

    tapi betullah apa awak kata tu… dunia di luar tidak ideal, dan sebab tu ramai juga aktivis dakwah bilamana mereka pulang ke malaysia, mereka larut dan tenggelam dengan dunia sebenar di malaysia. antara sebabnya mereka tak prepare mentally and emotionally to combat that.

    insyaallah, orang2 biasa takkan pernah dilupakan..

    kebanyakan orang biasa itulah family kite, best fren kita dan sebagainya..
    cume terkadang, maybe akan ambil masa dalam nak dakwah orang2 biasa ini sebab they need more time to digest dan ikat hati mereka dengan Islam, namun insyaallah lambat laun mereka akan terima..

    cumanya dalam melaksankan dakwah yang efektif, elok kite berikan pada orang yang sudah hampir faham, dan terbuka hatinya utk islam.

    sebab lebih cepat dan senang dapat result. dan hopefully dengan fahamkan mereka, akan dapat fahamkan lagi masyarakat lebih besar keseluruhannya…

    dan elok juga kite tak label orang sebagai orang2 biasa, orang2 jahilyah ataupun orang2 dakwah…

    tapi susah juga bile kita nak explain pada orang..

    hurmm….

    kelemahan saya..

    jzkk late entry, will wait for ur input again in the future.. maafkan reply saya yang mungkin mengguris awak..

    wassalam

    aisyah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s