Hanya kerana aku mengasihimu adikku..

Posted on Updated on

salam,

adik,

kamu tahu kamu siapa ( saya maksudkan SEMUA adik2 saya)

kamu sangat dekat di hatiku

dan aku sangat sayangkan kamu

aku sanggup buat apa sahaja demimu

dan tentu semuanya itu aku buat kerana Allah dan untuk membuatmu lebih dekat kepadaNya.

cuma terkadang aku ada expectations (read with ssss) padamu

walaupun kau pun ada expectation padaku yang aku tk dapat penuhi ( huuuh alasan!)

namun elok juga kau tahu apa aku harapkan padamu, supaya kau dapat melaksanakannya dan dapat membuatnya tanpa aku beritahu kamu banyak kali..

kerana aku kasihkan kamu,

dan aku tak mahu menyakiti hati kamu dengan menasihatimu berulang kali hingga kamu jemu…

adikku yang dikasihi….

Aku mahu menjadikan dirimu daie yang kendiri

Aku mahu dikau dapat menjadi tanah yang subur di pulau mana kau dicampakkan.

tentu kau tak dapat jadi tanah kalau kau tiada  baja dan pokok yang menjadi bekalan mu.

kerana itu kau perlu banyak ilmu.

ilmu tak dapat hanya dengan mendengar, menonton, dan berbuat..

tapi ilmu itu dengan membaca…

aku tahu kau tak suka membaca,

dan kau lambat membaca sehingga buku-buku di almarimu sangat cantik tak bersentuh,

tapi dari bukulah terkandungnya banyak khazanah-khazanah ilmu yang tak dapat aku curahkan padamu..

mulutku sangat limited dan ilmuku juga..

nak berguru… mana nak cari guru di tempat kamu itu? ada ke yang dapat berikan ‘ilmu’ yang benar-benar kita nak itu?

jikalau kau banyak membaca, nescaya kau mampu menjadi seperti ibnu Abbas adikku..

Aku mahu kau proaktif

Jadikan tarbiyah itu HABITmu..

di mana sahaja kau pergi,

siapa sahaja kau jumpa,

apa sahaja yang kau lakukan,

tarbiyahlah orientasimu..

dengan tarbiyahlah kau memberi dan dengan tarbiyahlah kau menerima..

tarbiyah menjadikanmu tawaduk, dan sentiasa ‘interested’ nak tahu pasal orang lain,

kerana kau juga belajar sesuatu dari mereka.. bukan hanya sibuk nak berkongsi semata-mata…..

Dari tarbiyah juga kau akan merasai, Allah ‘mentarbiyah’ kau secara direct..

setiap masa, setiap waktu, setiap ketika..

tapi kau kene letakkan tarbiyah sebagai orientasimu! kalau tak kamu tak rasa benda itu!

Aku mahu kau sentiasa kuatkan dzatiyahmu!

walaupun kau seorang, kau sentiasa rasa dahaga nak tambahkan ilmumu,

tingkatkan amalmu,

menaikkan semangat dakwahmu,

kau akan sentiasa menjadikan diri kamu dari hari ke hari, lebih hebat dari sebelumnya..

walaupun diri kau keseorangan, takdenya usrah dan tarbiyah, tapi kau tegar mencari, kau berusaha juga menjadikan dirimu kebal.

Kerana aku mahu kau menjadi daie yang unggul dan kental…

di mana kau pergi,

kau berorientasikan tarbiyah,

dan menjadi magnet bagi manusia lain,

kau menjadi panduan dan penunjuk bagi mereka…

apakah lagi yang membahagiakan diri ini selain dari menjadi bermanfaat buat manusia lain bukan?

Sehingga itulah baru aku akan menjadi SANGAT bahagia dan tenang,

kerana aku tahu adikku sudah cukup bersedia,

untuk aku lepaskan dia serta merta

seperti mana Rasulullah, melepaskan sahabatnya, ke Rom, ke Afrika, ke China, dan serata dunia lainnya.

Berseorangan!

Dan dia tidak lagi sedih dan pilu ditinggalkan berseorangan, kerana adikku itu, di mana sahaja dia berada, dia akan sentiasa mencari tarbiyah bagi dirinya walaupun tanpa ada murabbi membimbingnya!

maaf akak mengomel, tapi akak sayang kat kamu, sebab itulah kamu kene tahan sikit dengan akak, ye….

sayang kamu kerana Allah,

dan moga kita masuk syurga sama-sama,ameen…

wassalam

akak

dundee

Advertisements

5 thoughts on “Hanya kerana aku mengasihimu adikku..

    nida'ul-iman said:
    May 22, 2009 at 2:24 am

    Kak, maaf kan kami….

    Sememangnya inilah syndrome generasi Y yg unik..Huhu

    Segigih mana kita cuba memperbaiki diri mesti tak cukup lagi kan kak?

    Paham je akak nak yg terbaik…..kami nie yg tak kesian kat diri sendiri sbb selalu tak bersungguh dlm memenuhi criteria mutarabbi ideal..

    Astaghfirullah…*in tears*

    hikari2211 said:
    May 22, 2009 at 8:21 pm

    dush!dush!dush!(hantuk kepala kat pintu)
    maaf murabbiahku…
    kerana sentiasa mengecewakan…
    terima kasih atas omelan..
    sayang kamu kerana Allah juga..

    adik,
    volgograd

    muharikah responded:
    May 22, 2009 at 11:02 pm

    nida dan hikari…

    nak kamu jadi pelapis dan pewaris dakwah ini…

    dan sebab hati ini sangat sayang sama kamu.. of course nak yang terbaik… sorry!!heheheh

    hikari2211 said:
    May 23, 2009 at 5:34 am

    haha
    mmg kena nih…
    mcm mana kak aisyah tau umah ni byak buku d almari ?!!

    hikari2211 said:
    May 23, 2009 at 5:35 am

    -gmex nih

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s