Selamat Hari Murabbi

Posted on Updated on

Ada dua insan yang mahu saya rakamkan setinggi-tinggi penghargaan pada hari berbahagia ini.

1) Cikgu Hasnah Mohd Akil
2) Ustaz Fauzi Al-Massariy

Mereka dua telah menghidupkan saya dan menjadi saya seperti mana saya sekarang.

Di tangan mereka berdualah terlalu banyak hikmah yang saya pelajari dan saya dukungi.

gambaran seperti ustaz fauzi sentiasa mendidik mutarabbiyahnya namun dia sangat menjaga hubungan dengan akhawat.
gambaran seperti ustaz fauzi sentiasa mendidik mutarabbiyahnya namun dia sangat menjaga hubungan dengan akhawat.

Dari mereka berdualah saya belajar bahawa tiada penggangguran patut wujud dalam hidup ini dan ubat kepada kelalaian dan rehat adalah menyibukkan diri dengan Islam dan dakwah.

Dari lisan dan tunjuk ajar mereka saya bangun pada dini hari dan saya nampak DAKWAH di depan mata saya, dan tatkala saya tidur, akan saya fikirkan DAKWAH di hati saya.

Ribuan langkah kau tapaki
Pelosok negeri kau sambangi
Tanpa kenal lelah jemu
Sampaikan firman Tuhanmu..
(Izzatul Islam , Sang murabbi)

Merekalah memberi erti kepada perjalanan saya ini dan sentiasa memotivasikan saya untuk terus berjalan, walaupun badai dan mehnah datang melanda dengan dahsyatnya..

Banyaknya keistimewaan mereka tidak terbilang!

Dan merekalah contoh peribadi unggul sang murabbi yang pernah hadir dalam hidup saya.

Mereka akan sentiasa bertanya perihal diri saya walaupun saya bukan lagi di bawah jagaan mereka. Namun mereka sangat concern, jika saya mendiamkan diri, tidak memberikan khabar, kerana diam bererti menyendiri, menyendiri bererti, muflis dakwah dan tarbiyah!

Mereka adalah contoh bahawa dunia ini tiada apa bagi mereka. Tiada harta dunia, rumah, kereta, jawatan mewah yang mereka banggakan. Cukuplah dapat mendidik jutaan anak-anak muda untuk mengenal islam yang hakiki.

(jika melihat rumah dan harta mereka, semuanya all out utk dakwah dan tarbiyah. Ya Allah, jadikan aku seperti mereka!)

Mereka sering bersendirian dalam perjalanan, namun terus tegar memberikan inspirasi buat manusia lainnya…

Dari mereka saya belajar, tidak kira di mana, siapa, dan jantina apa, jika dakwah memerlukan kita, disitulah tempat kita beraksi dan memberikan bakti!

Saya melihat Cikgu Hasnah pernah memberikan kuliah dab usrah kepada pelajar-pelajar lelakinya. Namun dia sangat menjaga hubungan dengan ikhwah. Pernah seorang ikhwah menelefon dirinya untuk berbincang tentang hal dakwah di tengah malam ( sebab baru abes meeting) dia akan biarkan sahaja telefonnya berdering tak berjawab.

+ Makcik, kenapa tak angkat telefon?Mana tahu penting brother tu nak cakap apa2 untuk program esok.

– Tak maulah makcik dah pukul berapa ini? Tahu tak suara perempuan boleh jadi lain bagi telinga orang lelaki bila dia cakap pada waktu malam?

+ Ya Allah, ye ke makcik?

Di sisi yang lain.

+ Ustaz, ana nak tanya sikit soalan, tapi ini soalan peribadilah. Tanya saya seusai selepas liqa kami.

– Haa, tanyalah apa dia..

Saya pun mendekati ustaz supaya tak perlu saya menguatkan suara saya di khalayak ramai. Malu jika yang lain tahu.

+ Eh… apa yang anti buat ini? Jauh sketttttt….Jauh satu meter dari ana… ok… now baru cakap..

Ya Allah, ustaz, saya rasa dah cukup jauh kot dari ustaz.. Ustaz masih rasa dekat? Bisikku dalam hati.

Mereka mengajarku bahawa menjaga hubungan itu bukan pada luaran sahaja, tapi menjaganya dari hati, meletakkan benteng yang amat tebal di hati..

Aku sedar, walaupun ustaz meletakkan benteng yang amat tebal itu, namun perasaan dan hati kami sebagai mutarabbi sangat dekat dan mesra dengan dia. Boleh sahaja ungkapkan apa yang kami mahu. Tanpa sekatan dan segan. Dirasai sangat hubungan antara anak dan ayah, murabbi dan mutarabbiyahnya.

DI ketika yang lain.

+ Nah, amik ini! Ustaz campakkan baju sweaternya kepadaku.

– err,…. ustaz, kenapa kasi sweater ustaz?kami ada sweater kami sendiri..

+ Tutup kaki kamu tu, kamu pakai seluarkan. Nampak celah-celahnya.

Kebiasaannya memang bila berliqa akan duduk bersimpuh. Ada antara kami memakai jubah seluar. Tentu akan terselak sedikit bahagian baju kami ke atas.

Dan ustaz sangat concern dengan pandangan matanya ketika mengajar, maka dia menyuruh kami menutup ‘aurat’ kami itu.

Takjub!

Mereka berdualah murabbi yang saya belajar by example, bukan sekadar hanya mendengar semata-mata.

Dari jiwa mereka yang hidup dan akhlak yang mahu dimiripkan seperti Al-Quran itulah saya belajar nilai iman, islam dan dakwah yang sebenarnya!

Amazing cerita-cerita yang nak saya kongsikan tentang mereka , tapi kerana kekangan masa, tak dapat nak titipkan semua di sini.

Satu perkara lagi, murabbi-murabbi saya ini sangat direct menegur saya, tapi saya tak pernah terasa dan sangat-sangat berterima kasih kerana menegur saya. Tegur tandanya kisah, kisah tandanya sayang….

Buat dua murabbi kesayanganku, ku hadiahkan nasyid ini buatmu…

Oh Murobbi, kau bimbinglah diri ini.
Yang mengharap ridhoNya
Aku lemah, aku jahil tanpa bimbingan darimu,
Kau penyabar, kau penyantun, kau pengasih
Kepada mutarabbimu,
kasam mukaku, kau balas dengn senyummu..

Selamat hari murabbi guruku!

PS: nak buat entry utk semua cikgu2 dan murabbi2 saya, tp sure derang tk baca blog saya ini, tpi Allah thu betapa mereka semua sangat banyak berjasa mendidik diri ini..

Advertisements

One thought on “Selamat Hari Murabbi

    ace said:
    May 16, 2009 at 10:04 pm

    2meter radius dari ana!

    sambil tunggu giliran ntuk tanye soalan, sy menghirup air panas.

    PAP.

    jgn minum dgn tangan kiri.

    PAP.

    skali lagi ana nmpk, ana rotan anti btol2.

    bila smpi turn ntuk tanye soalan,
    “patut ke pergi reunion ntuk dakwah kawan2 lama or pergi program tarbiyyah yg clash tarikh?”

    ZAPPPP.

    daie kena jadi initiator.
    bukan join je reunion. pastu br terkial2 nk islamic kan reunion tuh.

    daie kna selangkah ke dpn. jadi org yg initiate reunion.

    daie kna proaktif.

    dakwah kna muntij.

    tp hidayah ttp milik Allah.

    ustaz fauzi ke tuh? sy panggil dia USTAZ =)

    p/s: muharikah, jgn le blk kja msia. i need murabbi+++ by my side.

    ~sang mutarabbi yg tamak~

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s