The fear of Allah ( Khaufullah)

Posted on Updated on

I cried yesterday when i read stories of Rasulullah and his companions on how do they really fear Allah…

really fear Allah..

sometimes I wonder…

do i really fear Allah?

Do u Aisyah?

Do u?

And sometimes I do  substitute the reward of akhirat with the dunya!

Terkadang aku terfikir di saat aku mempasskan anak usrah aku di waktu exam ini.. ( diha, gmex, wada, kaguya and anis– miss u guys a lot!) aku merasakan sepatutnya aku lebih fokus study.. aku lebih mantap dalam beramal.. dan lebih dekat dengan Allah..

tapi tidak…

syaitan telah mengisi ruang2 kosong dalam hidupku menyebabkan aku mencari2 benda2 lain utk mengisi kosongnya jiwaku..

tentu saban minggu aku akan nanti2kan detik usrah kami supaya hati gersangku akan terisi dengan kebahagaian yang tiada tandingnya.

tapi bila benda itu tiada, aku tercari2 dimanakah kebahagian yang mahu ku cari?

dan paling penting membuatku lupa akan Allah… dan kurang takut padaNya..

dan aku teringat kisah Kaab…

Kaab yang mmg takde alasan langsung dari pergi ke perang Tabuk..Semua benda dia ada. cuma lengah2 je .. macam aku kadang2 lengah2 nak belajar walaupun buku dan masa semuanya ada..

Kedudukan Tabuk dari madinah. Nampak dekat, tapi kalau bayangkan takde kenderaan, jalan kaki, panas terik, dan time tu buah-buahan dan bussiness tengah bagus.... susah nak buat keputusan untuk pergi kalau kurang beriman.
Kedudukan Tabuk dari madinah. Nampak dekat, tapi kalau bayangkan takde kenderaan, jalan kaki, panas terik, dan time tu buah-buahan dan bussiness tengah bagus.... susah nak buat keputusan untuk pergi kalau kurang beriman.

Dan bile perang Tabuk dah habis dia tetap tak pergi mana2 pun…

Bila Rasulullah balik, dia mmg plan naklah reka2 cerita, supaya RAsulullah dapat lepaskan dia dari apa2 sahaja hukuman yang bakal diberikan.Yelah, seorang mukmin itu memang apa sahaja arahan Allah kasi, dia akan terus taat dan patuh.

Tapi….  kerana takwanya kepada Allah..

Dia kata pada Rasulullah,

By Allah, I have no excuse at all. I had never been so well to do as I was at that time.

Time itu Rasulullah maafkan je orang2 munafik lain yang tak pergi perang itu. Tapi untuk Kaab, baginda terus tarik muka dan tak nak pandang Kaab. (Seorang mukmin itu sangat tinggi nilainya di sisi Allah banding dengan manusia musyrik dan munafik lain)

Dari sudut tarbiyahnya begitu juga, kalau satu kesalahan itu dibuat oleh orang yang tinggi levelnya dalam jemaah, sure hukuman dia kene lebih teruk berbanding dengan oarng yang rendah, kerana tahap itu adalah tahap mendidik yang sepatutnya memang diexpect dari orang yang tinggi levelnya itu.

Bebalik pada Kaab, ketika itubermulalah pemboikotan yang berlaku ke atas kaab, Hilal dan Murarah kerana ketiga2 mereka tidak dapat hadir ke perang Tabuk.

Bear in mind, ini satu2nya perang yang mereka tak pergi. Perang2 lain semua mereka pergi. Nak tunjukkan betapa dahsyatnya dan hebatnya sahabat2 ini, tapi kerana lemahnya iman mereka.. mereka tak dapat nak pergi time Perang Tabuk itu.

Murarah bin Rabi tak dapat pergi kerana kebunnya tengah ranum dan subur. Bila dia sedar sahaja kesalahan dia tu, terus dia sedekahkan semua harta dan kebunnya itu di jalan Allah..

( Ya Allah, kalaulah aku tak pergi program sebab duit scholar baru masuk dan ramai kawan aku ajak pergi Spain, adakah aku kasi duit aku pada fisabilillah? Uwaaaa!!)

Hilal bin Umaiyah tak dapat nak join sebab saudara mara dia datang dan tak dapat nak pergi join perng itu.

Dan dia pun cakap.

Ala.. aku dah pergi semua perang-perang yang ada. Takkan satu perang yang aku tak pergi ini akan effectkan?

Tapi dia terus tersedar dan akhirnya memisahkan sementara dirinya dari tetamunya itu..

( adakah time parent dan family kita datang ziarah kita kat UK ini , kita akan utamakan jalan2 dengan mereka, atau berusaha ajak mereka ikut program dengan kita?)

Dalam usaha pemboikotan itu, Murarah dan Hilal duduk kat rumah. Kaab je yang agak tak segan silu pergi masjid, pergi pasar , dan kerja.

Dan dia cakap:

Asingnya kampung aku ini! Semua orang buat tak kenal aku! Benda yang paling aku takut adalah kalau aku mati dalam keadaan ini, Rasulullah takkan Imamkan solatku dan jika Rasulullah meninggal, aku akan dihina sampai bebila dan takde sapa yang akan cakap dengan aku dan nak solatkan jenazahku!

Setiap kali Kaab solat belakang Rasulullah, dia mencuri-curi memandang Rasulullah, berharap wajah berkat itu memandangnya. Tapi Rasulullah cuma memandangnya di saat dia solat sahaja, sesudah itu rasulullah berpaling darinya.

Satu hari, Kaab berjalan di pasar di Madinah ketika seorang Kristian koptik bertemu dengannya.

Wahai Kaab. Ini surat diutuskan oleh Raja Kristian Ghassan buatmu.

Surat itu berbunyi

Telah sampai ke pengetahuan kami bahawa tuanmu telah berbuat tidak baik pada ku. Allah takkan meletakkan kamu di lembah kehinaan. Seeloknya engkau bergabung dengan kami dan kami akan membantu engkau.

Innaalillah wainnailaihi rajiun!! Keadaanku telah sampai ke pengetahuan Al-Kuffar sampaikan mereka mengajak aku bersama mereka! Jerit Kaab.

Terus Kaab membakar surat itu dan berjumpa Rasulullah:

Ya Rasulullah. Tindakanmu itu telah menjatuhkan kedudukanku sehinggakan orang kaffir membina harapan buatku!( Put hope on me)

Walaupun sedemikian, selama 40 hari boikot itu berlaku, Kaab, Hilal dan Murarah tetap tegar dengan ujian yang ditimpakan ke atas mereka itu.

Mereka berterusan bertaubat tanpa henti dan terus menerus bermujahadah dari berbuat aksi yang merugikan diri mereka sendiri..

( Kalaulah kita, tetiba kita dipulaukan sahabat atau jemaah kita, sure kita nak cari member baru or join mana2 jemaah yang nakkan kita. betul tak? sah tak kuat iman dan azam kita!huhuhhu)

Selepas 40 hari, Rasulullah menyuruh pembantunya memberikan amanat kepada ketiga-tiga sahabat yang tidak pergi ke perang Tabuk tadi.

Kkatanya.

+Berpisahlah dari isteri kamu semua!

Berceraikah????? Tanya mereka.

+ Tidak. Berpisah sahaja!

Ya Allah malapetaka apakah ini! Sudahlah diboikot masyarakat. Anak bini semua pun perlu memboikot mereka! Teruknya balasan dosa kami ini!

Dalam keadaan yang sengsara, duka dan lara, dirasakan bumi sangat sempit dan rasa kelamnya hidup, pada hari ke50 pemboikotan,  ketika Kaab sedang bersolat Subuh di atas bumbung rumahnya dan menangis teresak-esak, kedengaran dari jauh suara berkumandang kegembiraan.

Gembiralah kamu wahai Kaab!!

Mendengar sahaja ucapan itu, terus Kaab bersujud menyembah bumi dan menangis kerana tahu bahawa pemboikotan itu sudah berakhir.

Malahan Allah telah menurunkan ayatNya menyatakan Allah telah memaafkan taubat hamba2Nya itu.

Kaab teramat gembira sehingga memberikan baju kepunyaannya di saat itu kepada orang yang menyampaikan mesej dari Rasulullah itu. Kerana itu satu-satunya baju yang dia ada, terus dia pinjam baju jirannya untuk bertemu dengan Rasulullah.

Tiba di masjid,  ramai yang bergembira mengucapkan tahniah padanya. Dia terlalu gembira sehingga ketika bertemu dengan Rasulullah dia berkata:

Wahai Rasulullah, aku akan sedekahkan semua hartaku dijalan Alah kerana Allah telah  menerima taubatku.

– Jangan begitu. Simpankan sedikit untuk keperluanmu, balas Rasulullah.

Dan Kaab pun menyimpan sedikit harta untuk keperluan hidupnya. Katanya di akhir itu..

Kerana berkata benar itu telah memerdakakanku, aku berjanji akan bercakap yang benar sahaja selepas ini ( ayat English dia best sketlah: It is the truth that brough me salvation, as such I am determined to speak nothing but the truth in the future).’

Itu Kaab.. Sungguh itulah 50 hari peperangan dan hukuman mental yang paling dahsyat pernah dihadapi olehnya. Aku menangis kerana aku sangat faham keadaanya bila seharian tak bercakap dengan sesiapa. Aku sangat faham perasaan itu. But 50 days!

But amazingly, Kaab tegar. Dia tahu dia boleh ambil jalan pintas dan buat je cerita pada Rasulullah supaya Rasulullah maafkan dia. Tapi dia tak nak. Kerana dia takutkan Allah. Dia takut Allah murka padanya. Lantas dia memilih untuk dihukum di dunia supaya terlepas dari hukuman di akhirat.

Cubalah kita fikir, para sahabat tak pergi berperang, terus Allah beri hukuman sangat dahsyat. Kalau pada kita, Allah menyeru kita berjihad dalam mengenalNya dan memperjuangkan agamaNya:

:نفِرُواْ خِفَافً۬ا وَثِقَالاً۬ وَجَـٰهِدُواْ بِأَمۡوَٲلِڪُمۡ وَأَنفُسِكُمۡ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ‌ۚ ذَٲلِكُمۡ

خَيۡرٌ۬ لَّكُمۡ إِن كُنتُمۡ تَعۡلَمُونَ

Berangkatlah kamu, samada dengan keadaan ringanataupun dengan keadaan berat dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui. ( taubah: 41)

Apa pulak hukuman bagi kita? sedangkan setiap kali program, ada je masa-masa kita rasa malasnya nak pergi!!! Bosan!

لَا يَسۡتَـٔۡذِنُكَ ٱلَّذِينَ يُؤۡمِنُونَ بِٱللَّهِ وَٱلۡيَوۡمِ ٱلۡأَخِرِ أَن يُجَـٰهِدُواْ بِأَمۡوَٲلِهِمۡ وَأَنفُسِہِمۡ‌ۗ وَٱللَّهُ عَلِيمُۢ بِٱلۡمُتَّقِينَ (٤٤) إِنَّمَا يَسۡتَـٔۡذِنُكَ ٱلَّذِينَ لَا يُؤۡمِنُونَ بِٱللَّهِ وَٱلۡيَوۡمِ ٱلۡأَخِرِ وَٱرۡتَابَتۡ قُلُوبُهُمۡ فَهُمۡ فِى رَيۡبِهِمۡ يَتَرَدَّدُونَ

Orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, tidak akan meminta izin kepadamu untuk (tidak turut) berjihad dengan harta benda dan jiwa mereka dan Allah Maha Mengetahui akan orang-orang yang bertakwa. Sesungguhnya yang akan meminta izin kepadamu hanyalah orang-orang yang tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat dan yang hati mereka (sangat) ragu-ragu. Oleh itu mereka sentiasa bingung teragak-agak dalam keraguannya. ( Taubah 43-44)

Ya Allah…teruknya kita… 😦  betullah. Time nak exam inilah antara ujiannya. Terkadang 5-6 bulan sebelum exam dah ragu-ragu. Ini baru time belajar, time kerja, dah ada anak… pelbagai alasan tercipta untuk ‘escape’ dari jalan Allah ini…

Ya Allah…

Di sisi yang lain….

Umar ditanya mengapa dia menangis keterlaluan sampaikan matanya hampir buta untuk menangis…

Kau tanya kenapa aku menangis? Malah matahari dan bulan pun memangis sebab takutkan Allah.

Khalid pernah mengimamkan solat dan ketika bacaannya sampai ke ayat:

كُلُّ نَفۡسٍ۬ ذَآٮِٕقَةُ ٱلۡمَوۡتِ‌ۖ ثُمَّ إِلَيۡنَا تُرۡجَعُونَ

Tiap-tiap diri (sudah tetap) akan merasai mati, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Kami ( ankabut: 57)

Dia ulang dan ulang balik ayat tersebut. Sampaikan di sudut ruang solat itu kedengaran satu suara mengatakan:

Berapa kali kau nak ulang ayat itu? Bacaan kau telah menyebabkan 4 jin mati!

Beberapa petikan Hadis:

+Allah berfirman: Jika hambaKu tidak takutkan Aku di dunia ini, maka aku akan berikan dia rasa takut di akhirat. Tapi jika dia takutkan aku di dunia ini, aku akan selamatkan dia dari ketakutan di akhirat kelak.

+Semua perkara akan takut pada seorang hamba yang takut pada Allah. Tapi semua benda akan jadi benda menakutkan bagi seorang hamba jika dia takutkan selain dari Allah.

+ Muka yang basah disebabkan setitis air mata yang jatuh kerana takutkan Allah, akan selamat dari memasuki pintu neraka.

+Bila seorang Muslim itu menangis kerana takutkan Allah, maka dosa-dosanya akan jatuh bagaikan dedauanan yang gugur dari dahannya.

Takutkah kita pada Allah?

Kalau ya, sudahkah kita bertaubat dan menjauhkan diri dari maksiat?

Allahumaghfirlanaa ya rabb, wahdina Ila shiratal mustqeem..

PS: Afifah Exam esok. Moga dimudahkan oleh Allah.

PSS: Aza is coming back tomorow! Alhamdulillah. Cant wait.

Advertisements

10 thoughts on “The fear of Allah ( Khaufullah)

    ace said:
    May 10, 2009 at 8:40 pm

    salam.

    sedang revise veterinary regulation blablabla.
    tp jenguk cni jap.

    alhmdulillah, u r so touched wif wut u ve read. sementara nk viva nih, keep reading n sharing ya.

    n dont nakal2 kt luar. amek ati coursemates sket2 je, amek ati Allah byk2 tau.

    pssst…u still owe me one ‘live’ tazkirah in english. akan ku tuntut buat bekal iman time2 exam nih.

    waaaaaa tanak xam

    razeen said:
    May 11, 2009 at 3:07 pm

    go kak aisyah!!!!!!!!!!

    kitorg pun exam lagi 3 hari. insyaAllah. we’ll do our best.

    And thnx for kisah kaab. best horrorrrrr. =)

    And suka ‘pss’ tu. hihi.

    Alhamdulillah. =)))

      muharikah responded:
      May 12, 2009 at 8:20 pm

      razeen dan afifah.. jzkk atas doa 🙂 gud luck too for both of u! Smgt dengn usaha!

    dahiyah said:
    May 13, 2009 at 5:31 am

    assalamualaikum ya ukhti, =)
    minta maaf gune perkataan ya ukhti..sbb rase lebih dekat dgn akak..;)

    entry akak yang ini, sangat bagus bagi saya,
    apa yang akak nak sampaikan daripada apa yang akak dah baca, tersampai ke hati saya. dapat revise semula sejarah islam seperti sejarah sahabat Rasulullah SAW( Kaab rahmakumullah) dan di aplikasikan pula kepada keadaan sekarang..alhamdulillah..maksudnya tersampai kepada saya..

    diperingatkan dan diperceritakan sebegini, menyebabkan hati tersentuh dan semoga dikurniakan iman oleh Allah SWT kepada kita yang kadang-kadang(/selalu) hilang dari diri saya.

    Alhmdulillah, terima kasih,jazakillah kak muharikah.

    entri yg sgt bgs!

    salam wbt

    salam sayang,nurul dahiyah.

    muharrikdaie said:
    May 13, 2009 at 8:59 am

    Sedikit taujih tentang tabuk

    Tabuk bukan saja menceritakan mengenai Kaab tapi lebih jauh dari itu kita kena memerhatikan pengorbanan fakir miskin yang ingin ketabuk tapi tidak mempunyai harta lantas terpaksa ditinggalkan dan mereka menanggis yang teramat sangat bukan kerana melakukan dosa tapi kerana tidak dapat melakukan ketaatan. sehingga Allah redha dgn perasaan mereka.

    Berbeda dgn kita yang banyak mengabaikan banyak ketaatan malah tidak langsung menanggis meskipun luput banyak ketaatan dan bisa gembira dlm keadaan kita berulang kali mengabaikan perintah Allah.

    Tabuk dulu kekurangan beberapa org sepasukan tapi tabuk hari ini ribuan ikhwah/akhawat tidak mau meninggalkan rumah berdakwah sehingga program tarbiyah mingguan 5 ke 6 jam pun memberi berbagai alasan seperti kaab.

    Pembiayaan tabuk dahulu dikorbankan para sahabat sehingga abu bakr habis hartanya umar separuh hartanya tapi tabuk sekarang nak keluar duit minyak pergi program pun berkira kira apalagi untuk infaq …

    kenapa jadi begini?

    Mungkin kerana Allah maha tahu akan bahwa kita belum tulus berjuang dijalannya. Belum betul ikhlas berjuang didalamnya. Sebab itu Allah tidak peduli dgn kita. Mencabut segala rasa sensitivity kita sehingga kita anggap dakwah ini ibarat menepis lalat yang hinggap dihidung kita.

    Sekiranya begini …mungkin khatimah hidup kita, kita tidak akan bersedih apabila tidak membawa apa apa untuk dipersembahkan kepada Allah ….

    standrews said:
    May 15, 2009 at 9:31 pm

    salam,

    Malam sebelum exam sabtu esok pagi ni rasa resah amat2…so ambil masa break 5-10 minit.
    Saya betul2 tersentuh dengan kisah para sahabat yg rasanya agak sukar nak dengar jadi keliling saya…kalau baca sendiri buku sirah macam tak ‘feel’ tapi bila baca kisah2 yg ada dalam blog2 macam mudah meresap dalam hati ni.

    So, harap2 akan ada lebih banyak entry ttg sirah ni.

    jkk.

    lea yana said:
    May 16, 2009 at 10:12 am

    salam akk..’
    wah terharu..
    sambil insafi diri yg hina..
    jzkk akk utk pncerahan ini..^_^

    muharikah responded:
    May 16, 2009 at 4:31 pm

    dahiyah –> jazakillah ukhti :)… jzkk kerana sudi juga bertaaruf dengan saya.. insyaallah ada kelapangan kita boleh duduk di taman syurga sama2 ya?

    md –> again very good input from you! jzkk

    st andrews –> insyaallah, kita boleh buat sama2 eh nanti… kene banyak membaca dan menulis neyh!huhuh

    drliyana –> ehehhe. tenkiu!

    sangtanah said:
    May 16, 2009 at 5:56 pm

    assalamualaikum w.b.t.
    salam ziarah. bila waktu exam melanda, mmg tggugjawab pada mutarabbi tuh jadi terabai. maka terlalu zalim untuk kita sbb tidak berikan haq mereka..takutnya diri ini, bila memikirkan para sahabat yang diboikot oleh Rasul sendiri. dgn orang yang beramal soleh pon x tertanding, aatah lagi dgn iman kaab..astagfirullah..jzkk ukhti mengigtkan..

      muharikah responded:
      May 18, 2009 at 8:21 pm

      waiiyaka..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s