Kerana cinta itu terlalu istimewa

Posted on

Akh,

cinta bagi ukht itu
bagaikan
permata
amat berharga
bagi insan bernamanya

Ianya
terlalu mahal
Ianya
terlalu istimewa

disimpannya cinta itu sekian lama,
diperam dibiar masak
disubur dibiar harum
disiram dibiar mekar

hanyalah menantikan
menunggu-nunggu
detik yang abadi itu


di saat sahnya sebuah ikatan
dan termateri sebuah janji
untuk saling redha meredhai
untuk saling cinta mencintai

pada detik itulah duhai akh

akan kau kecapi..

nikmatnya
harumnya
asyiknya
penangan cinta itu

dengan itu,
jangan kau pinta ia datang sebelum masanya
jangan kau pinta pembuktiannya sebelum akadnya

kerana pasti akan
hilangnya nikmat cinta itu.

kerana cinta itu
terlalu istimewa
bagi seorang ukht

kerana disitulah
letaknya harga dirinya
bahagianya
hidupnya

petiklah ia
di saat kemanisannya
di detik pertama pernikahanmu dengan si ukht itu…

Aisyah
Dundee
8/5/09
malam selepas hantar portfolio yang menghororkan 😦

Advertisements

3 thoughts on “Kerana cinta itu terlalu istimewa

    aizadiha said:
    May 10, 2009 at 3:29 pm

    salam akak…
    salam rindu dr volgo..maan najah fil imtihan.kami nk exam juge ni.=)

    nk curi sajak ni boleh? salah satu sbbnye sbb rindu akk ^_^

    rufaiyda said:
    May 13, 2009 at 8:33 pm

    salam kak Aisyah

    Masya Allah, indahnya sajak. Subhanallah, ana baru merancang untuk menulis sesuatu yg isinya lebih kurang sajak kak Aisyah ni. tapi, dalam bentuk surat, tak reti nak mengarang sajak. emmm, kite ni ade same wavelegth ke? heee.

    miss u my sis. semoga mendapat yg terbaik dlm exam. doakan ana juga.

    muharikah responded:
    May 16, 2009 at 4:49 pm

    aiza –> iAllah kita start liqa lepas exam saya insyaallah

    rufaida– > kaifa haluki? lamanya tak jumpa! apa blog anti ye? ana rasa ana takde simpan… nanti kalau singgah lagi bagilah ye alamat blog… jzkk 🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s