Di manakah pemuda itu?

Posted on

p1010232

Ternyata hidup dalam kepompong kecil ini membutakan..

tatkala melihat keluarga dan sahabat terdekat, jauh dari Allah dan Islam..

tersirat hati ini hanya Allah yang tahu..

siang dan malam..

pagi dan petang…

diri ini berhempas pulas, berpeluh-peluh, mengorbankan masa, tenaga, wang dan fikiran untuk memberikan nyawa ‘hidayah’ buat manusia lain..

ternyata… aku masih hidup di duniaku sendiri..

sedangkan orang paling dekat denganku…

makin jauh dari Allah..

dan leka dengan arus hedonisme yang membaja..

apakah cara dapat kukeluarkan mereka dari lautan itu..

melihatkan mereka akan indahnya bermahkotakan iman dan berhatikan taufik

Bila mana bersama islam dan dakwah, hidup seakan menyelerakan dan membahagiakan.

Namun ternyata, wajah-wajah yang aku lihat dari rancangan realiti TV3 dan TV9 seakan-akan serupa dengan wajah di sekelilingku… cuma aku masih jauh dari sudut jasad dengan mereka….

Tentu mereka perlu diberikan hak seperti mana aku berikan pada ramainya manusia di bumi UK ini…

Tentu bila aku pulang ke Malaysia.. akan ada 3 golongan orang Islam paling besar perlu aku hadapi..

1) orang yang cintakan Islam- mereka akan acknowledge dan welcome sangat-sangat tatkala kita memberikan tausiyah

2) orang yang tak nak terlibat apa-apa- orang yang anda akan temui di jalanan, dan mereka takkan acknowledge kita, tapi akan terima kita seadanya.

3) orang yang melihat kita asing, seperti mana kita melihat mereka asing

– kerana kita takde pakwe macam mereka. Pakaian kita sampai lutut, tudung kita besar macam alas meja. Kita bercakap tunduk, tak suka ketawa bila berhadapan dengan lain jantina. Kita pendiam jika tiada yang patut dibacarakan. Bila ditanya tengan Mentor, OIAM, atau mana2 lagu paling hangat di pasaran malaysia, kitalah orang paling blur di dunia!

– ironinya, golongan ketiga inilah yang paling dekat dengan jasad dan jiwa kita..

Ya Allah, berilah hidayah dan taufikMu buatku, keluargaku dan seluruh saudara-saudara dan rakan-rakan yang pernah aku bernaung kasih dengan mereka..

Bantulah aku untuk berkongsi apa yang sangat membahagiakan aku di sepanjang masa ini…

Ternyata, perjalanan ini masih panjang..

Alhamdulillah, exam ward simulation tadi berjalan dengan baik. Allah sangat banyak tolong. sangat-sangat.

Saya dapat 7/7.

Alhamdulillah..

kembali ke middlesbrough malam ini utk hantar esey hari rabu ini…

salam ukhuwah,

aisyah

Advertisements

6 thoughts on “Di manakah pemuda itu?

    10mgTar said:
    May 1, 2009 at 1:33 am

    Sy nk nyampuk post ni sbb da tunggu lama. rasanya ni masa sesuai sbb author da declare busy – (quarantine time)- so that hati sy x trase sgt jika nyampuk sy x d bls…hihi…Sedar gak nyampuk sy hanya di bls dua kali je sejak sept 08 til now, may 09…alah..gedik je sy ni. Nk wat mcm ne, sy ni detail in observation….maap ler.

    Mengena post ni, agk2ny sy antra 2 & 3 spt yg di describe kan tu.

    Alhamdulillah, sy diberi peluang utk bebetul bergaul mesra dgn gol.dakwah (kaki bc quran, kaki p masjid, rjn wat program2 etc) dan bukan gol.dakwah (yg kaki club, kaki minum, kaki mcm2 lah). Sbnrnya, baik sy mahupun kwn2 sy x nah anggap gol.dakwah sbg asing, spt mn yg dinyatakan di ats…sbb kita ni kan bersaudara. Ya, mereka asing, tp asing pd kami as in kami x kenal mereka, x nah cakap (ni kes klu jumpa di street lah). .tp, sy slalu je senyum dgn sesape di jalanan…nk bls senyum ke x, kini sy x heran.

    pemakaian, ada pakwe ke x, tau lagu2 ke x, tu semua x penting. sy + kwn2 ada borak gak psl gol.dakwah ni…in a way, kami bangga gak dgn gol.dakwah, in a sense that mereka ada skill nak control marah.

    Namun, sbg manusia, mcm u all semua, sy ade hati + maruah…kerana kecewa teramat sgt, sy tutupkan hati sy dgn gol.dakwah selama 10tahun…(1998 – 2008)…10tahun itu menggambarkan betapa sy kecewa, sy sedih dgn senario org2 dakwah…sedih juga knp lah sy di beri ujian super hebat mcm tu..semua ini berkisar ketika di Malaysia dulu, ketika pulun belajar di uni…iaitu setelah bekas kwn baik sy (org dakwah tu) pergi…

    Sy pernah di tuduh masuk kristian hanya krn sy rapat dgn non-bumi, pernah dijeling2 oleh mereka kerana berseluar pendek + x pakai tudung, di intip ke mana sy pergi + apa sy buat, mcm2lah.

    [teruk sgt ke sy sampai di perlakukan begitu? sy rs x teruk kot, tp nakal..sbb sy x melawan, ada yg lebih teruk, bwk pelajar lelaki masuk..tidur sesama, ada yg terang2 melawan…ada yg terang2 hisap rokok di koridor asrama, yg terang2 pakai tube pun ade…tp, sy pulak yg jadi sasaran..sampai hari ni sy x fhm knp sy di ‘pilih’ olh mereka]

    tp ini bukan penyebab sy tutup hati pd mereka selama 10tahun…apabila sesuatu itu melibatkan ‘memberi malu besar pada maruah sy, memperjudikan masa depan sy’, sy memilih utk mematikan hati sy dan buat segala apa yg mereka ‘idamkan’…gitulah sy…

    Even mak sy berbuih buih bri nasihat itu ini, sy ya kan aje…family x tahu apa yg berlaku ketika di uni semasa sy di msia. Deep down, sy tidak pernah merasa sesiapa pun asing….brgkali, apabila ada yg tahu pengalaman sy, mereka lah yg menganggap sy asing. Sy da x larat nk kecewa kecewa dah…lantak lah kan.

    Sy punya bermacam2 pengalaman…seorg bekas athlete, bekas debater gak, bekas pendeklamasi sajak…ms nk abis wat degree pun, bebudak junior sekolah kenal sy lagi..ccccheeeewah……..[psst..slh seorang (kini jd pengacara tv, lelaki) pernah kalah debate dgn sy…ecehhhhhh..promote diri tu!!.]

    Semasa sy tgh hebat jd athlete, ada seorg minah ni, slalu kutuk2 sy, dia iri hati sebenarnya…dia kata, ‘hoi..jom lawan lari dgn aku..’ sy diam je sbb sy tau sy lebih pantas dr dia..agk2 da puas berdesing telinga dgr kutukan dia (dia kata sy pondan), sy pun kata, ok..jom lari…bila lari, sy sengaja buat kalah….dan pas tu, sy trus x lari lagi, forver fullstop…famili pun suka sbb diorg nk sy focus pd akademik…

    Basically…bila sy da puas bersabar, last2, sy buat apa yg dia nk kan sgt2….inilah juga yg pernah berlaku antra sy dgn gol.dakwah…nak sgt, meh..sy wat betul2.

    Jika sy merasakan muharikah asing pd sy, after what had happened between us, logiknya, sy tidak akn lagi jenguk blog dia n karang komen ni pjg2…ade baiknya sy layan movie di utube kan..kan? sy still jenguk blog dia, bantai komen pjg2 ni…..

    Pesan sy, agr org2 dakwah juga x merasa asing dgn org2 yg bukan dakwah…kwn sy pernah jadi gro semasa d uni, kata dia – org leh nilai dia mcm2, tp org itu hanya akan tahu siapa dia jika betul2 kenal dia..dia masih kawan sy lagi. n da x gro da..da masuk cambridge.

    kelemahan sy ialah sy terlalu mengikut hati jika kecewa, marah, mungkin overly over sensitif…dan ianya memberi beberapa kerugian pada sy..namun, allah temukan sy kembali dgn gol.dakwah after 10years time-off…xnah sy idamkan utk bc blog dakwah…tp tu lah, ini sy skang…sy percy allah maha adil. sy berusaha utk betulkan diri sy, betulkan mn patut kan….tp tulah usaha sy lebih lambat dr siput yg berjalan……….adoi!!

    Sekian.

    muharikah responded:
    May 3, 2009 at 12:36 am

    Salam kak 10mg..

    jzkk atas perkongsian..

    muharrikdaie said:
    May 4, 2009 at 7:37 pm

    Saya terpanggil untuk memberi komen ini sb saya rasa orang dakwah tak pernah mengasingkan sesiapa, apalagi saudara seislam kerana antara fokus utama orang dakwah adalah untuk menyelamatkan sebanyak banyak manusia supaya kembali kepada iman dan ini adalah tanggungjawab utama seorang pendakwah kerana jika org dakwah tidak bersedia untuk menyelamatkan saudaranya serta mengasingkan saudaranya sbenarnya dia bukan orang dakwah ataupun pendakwah ataupun dia pendakwah songsang dan disebut dalam istilah islam ” Taddayun Mangkus “. Beragama tapi menyeleweng.

    Orang dakwah tak semestinya pakai tudung labuh sampai kelutut ( setakat macam alas coffee table oklah, jgn sampai macam alas meja makan) atau pakai kupiah atau serban atau pakai jubah ataupun purdah. dia boleh pakai apa saja asalkan menutup aurat yg telah disyariatkan.

    Terkadang kita ingat orang pakai tudung, pakai kupiah itu orang dakwah tapi sebenarnya kekadang mereka ini bukan golongan dakwah dan ini yang banyak tersalah persepsi org awam terhadap org dakwah dan yang jadi mangsa adalah golongan dakwah mendapat caci keji masyarakat jika orang2 begini berakhlak buruk.

    Perkara terasing dan diasing ini adalah perkara biasa. Sebenarnya tiada siapa yang mengasingkan kita. Yang mengasingkan kita adalah diri kita sendiri dan dibantu oleh perasaan kita yang stiasa bersikap negatif terhadap golongan dakwah.

    Saya tidak dilahirkan dalm golongan dakwah atau orang agama. Dan hidup remaja pun agak teruk. Bergaul dgn kawan2 yang berfikrah jahiliyah mgkin lebih teruk dari 10mg dan bila kesedaran datang saya cuba mengubah hidup bergaul dgn golongan dakwah dan tidak meninggalkan kawan2 lama. Kesannya, kedua dua mengasingkan saya namun saya tak mengasingkan diri saya sendiri. Saya tetap bergaul walaupun pada mulanya kedua dua golongan ini bersikap dingin terhadap saya tapi akhirnya, natijah ketidak putus asaan saya, kedua dua group ini rapat dengan saya dan banyak kawan2 saya tarik pada iman dan saya semakin rapat dengan golongan dakwah yang akhirnya saya menjadi pendakwah smpai sekarang.

    Bagi saya yang penting adalah bagaimana halatuju kita dan perubahan yang kita nak lakukan pada diri. Bagaimana nak mengawal diri dan emosi. Tidak lain tidak bukan adalah kita kembali pada iman dan islam.

    Orang yang nak merubah diri tidak boleh mengasing diri dan duduk sendiri sendiri dan berharap hidayah dan pertolongan Allah datang dari langit. Dia harus berusaha mencari hidayah seperti mana mencari rezeki untuk makan. Sebab Hidayah adalah rezeki, rezeki sebagai makanan iman.

    Orang yang mencari hidayah, kena duduk dalam jamaah, kena duduk dalam majlis ilmu barulah hidayah itu kan berkembang.

    Banyak sejarah boleh kita lihat. Saydina omar, lebih jahat dari kita. Buat maksiat secara pakej dan paling kejam membunuh anaknya sendiri namun setelah dapat hidayah, dia duduk dalam jamaah nabi, mengaji dengan nabi dan akhirnya dijamin syurga.

    Begitu juga ibrahim adham seorang perompak, akhirnya bila dapat hidayah, dia bersama jamaah dan akhirnya jadi wali Allah.

    Banyak nak cerita kisah orang2 soleh dahulu, kebanyakan mereka adalah dari penderhaka kepada Allah tapi akhirnya mereka jadi orang yan paling dikasihi Allah. Sebabnya ialah mereka mahu berubah dan tidak ego dengan diri sendiri.

    Inilah yang perlu kita belajar.

    Seharusnya kita lupakan nostalgia pahit terdahulu dan bertaubat keatasnya dan jangan diingat lagi dosa lalu.

    Paling penting bagaimana kita ingin menongkah hidup yang akan datang ini. Apakah yang kita inginkan? Islam atau jahiliyah. Dosa atau pahala. Syurga atau neraka. Kita bebas untuk buat pilihan.

    Saydina Umar berkata ” Kita adalah kelompok orang yang dimuliakan Allah melalui Islam, andai kita mencari kemuliaan dari selain islam, pasti Allah menghinakan kita”

    Sebagai orang dakwah dan mewakili rakan rakan dakwah yang lain, ingin saya katakan bahawa kami semua sayangkan saudara saudara kami dluar sana yang masih belum mendapat hidayah dan tugas utama kami adalah untuk menyelamatkan mereka. Tugas dakwah bukanlah tugas secondary kerana kami sanggup korbankan apa saja demi islam dan dakwah kerana inilah yang diajar oleh nabi kepada orang dakwah dan nabi tidak pernah mengajar untuk mengasingkan sesiapa dalam kerja2 dakwah.

    Akhirnya ” Sesungguhnya Allah memberikan dunia kepada ornag yang ia cintai dan orang yang tidak ia cintai. Tapi Allah tidak memberikan nikmat agama kecuali pada orang yang ia cintai. Barangsiapa yang diberikan agama oleh Allah, maka sesungguhnya Allah telah mencintainya”
    ~ HR Ahmad

    Insyaalah teruskan berusaha untuk kembali kepada iman sekali pun terangkak rangkak seperti siput dan mengikut sejarah akhirnya siput juga yang akan mengalahkan arnab yang laju berlari …. teruskan perjalanan …

    muharikah responded:
    May 4, 2009 at 9:12 pm

    salam akh muharik,

    jzkk di atas jawapan… sama macam apa yang mahu dilahirkan dari hati saya tp tk terungkap dengan kata-kata..

    jzkk di atas tausiyah yang diberikan…

    tadi mendapat adik kesayangan yang bercuti di malaysia…

    sangat2 ketandusan peringatan di saat nak exam ini…

    jzkk adik…

    saya kongsikan pada semua…

    10mgTar said:
    May 5, 2009 at 2:11 am

    muharrik
    betul lah tu.betullah setiap apa yg awk tulis tu. betul. saya tak kata tak betul. semua betul. SEKIAN.

    anfal86 said:
    May 11, 2009 at 5:28 pm

    Assalamualaikum 10mgTar

    Tersentuh hati saya baca cerita akak
    Dan mencetus rasa hati untuk berkongsi
    Sharing is caring 🙂

    Kakak 10mgTar,
    Saya pernah alami apa yang kakak alami
    Cuma taklah seteruk kakak
    Dalam 20 % sahaja
    Ketika itu, saya di matrik
    Biasalah kita ni walau jahat mana ..tetap akan kembali pada fitrah
    Pernah juga datang majlis ilmu yang di anjurkan gol dakwah ni
    Tapi masa tu, saya rasa amat asing dan tak layak
    Sangat hina dina dan cetek ilmu
    Sunggu tak mampu untuk berada bersama mereka walau untuk seminit dua lagi
    Tapi sbb saya dah pergi mengjointkan diri … duduk jelah kat situ
    Saya rasa mereka tak menghargai kehadiran saya
    Tak menjemput saya untuk bersama mereka lagi
    Dan macam-macam yg saya fikirkan
    Sejak lepas itu, saya langsung tak joint dah

    Namun kakak 10mgTAr…
    How should I convey this message to you and others?
    Allah is very Great…
    When i was in 2nd year at the university
    I had the second chance to be with this so called gol dakwah
    Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar
    Dan kali ini hati saya terikat dgn hati mereka
    Saya sakit mereka jenguk
    Saya tiada duit mereka hulurkan
    Saya sedih mereka pujuk
    Saya lapar mereka beri makan
    Siapakah mereka ini?
    Hati saya mencintai mereka
    Dan saya ingin menjadi seperti mereka
    Saya tahu saya tak layak, tapi ingin sekali saya masuk ke dalam golongan spt mereka
    Kerana segalanya yg mereka lakukan
    Adalah kerana Allah
    Saya tak pernah melihat situasi begini … semuanya Allah dan Allah
    Mereka berkorban apa sahaja…
    Dan di waktu ini, saya masih lagi meneruskan pencarian yang hakiki
    Bersama ikatan akidah yang suci
    Allah, terima kasih untuk anugerah ini

    Cumanya, gol dakwah ini tetap manusia
    Pasti ada salah silap di mana-mana
    Tetapi janganlah kita menghukum mereka… kerana sikap sebahagian dari mereka
    Orang yg membuat kesalahan tersebutlah yg patut di beri nasihat
    Bukan gol. dakwah secara keseluruhannya
    Seperti mana kata Yusuf Islam, andai aku mengenali Islam dari umatnya, pasti aku tidak akan masuk Islam… tetapi kenalilah Islam itu dari sumbernya , Quran & hadis …
    Marilah kita berlapang dada … muga semuanya dipermudahkan Allah

    Kakak 10mgTar, sekadar berkongsi … kerana saya menyayangi kakak
    Dan ingin sekali saya kongsikan perasaan ini
    Mari kita sama-sama membuka hati kerana hidayah sentiasa ada untuk kita, insyaAllah

    Allah telah menyatakan dalam kitabNya (as-syams 8-10) :
    maka Dia mengilhamkan kepadanya jalan kejahatan dan ketakwaannya
    sungguh beruntung orang yang menyucikan jiwa itu
    dan sungguh rugi orang yang mengotorinya

    Umpamanya, setiap kita ada sebuah baldi
    Jika kita membuka baldi itu, maka hujan yang turun pasti akan memasuki baldi itu
    Jika kita menutupnya, maka amat tipis sekali peluang untuk dimasuki hujan
    Hujan itu seperti hidayah , baldi itu seperti hati kita
    Mari kita bersama-sama membuka baldi-baldi kita … walaupun baldi kita bocor,kotor dan buruk tetapi hujan tetap akan membersihkan baldi itu sedikit demi sedikit hingga akhirnya baldi yang tak cantik, tak bersih dan bocor… menjadi baldi yang cantik , bersih dan bocor (untuk mengalirkan kasih sayang kepada orang lain pulak)…insyaAllah

    Huhu… maap kak aisyah..pjg pulak reply ni
    To all , andai kalian ingin masuki syurga, jangan tinggalkan aku
    Pimpinlah aku bersamamu …

    Wit luv,
    ulul albab.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s