Kita tanpa rumah..

Posted on Updated on

Advertisements

One thought on “Kita tanpa rumah..

    muharrikdaie said:
    April 19, 2009 at 5:57 pm

    Thanks sis muharikah for this videoclip.

    Memang perenungan terhadap sejarah ini perlu tapi … apa tindakan kita? Ini persoalannya. Apakah semua kita akan merintis khilafah yang hilang ini atau sekadar menjadikan ianya sebagai retorik untuk dilihat dan dibincangkan didalam bilik aircon sahaja atau dipenjuru penjuru masjid dan dikaca telivisyen tanpa tindakan?

    Perkara ini telah lama dibangkitkan oleh Asyahid imam Albanna selepas 4 tahun kejatuhan … beliau berusaha untuk membangunkan dan merintisnya hingga kita dapat merasai kemanisan perjuangan beliau sekali pun tidak berjaya untuk menebus kembali sepertimana dilakukan oleh Salahuddin Al ayubi. Namun yang penting adalh usaha kearah itu!

    Begitu juga Assyahid Izzudin AlQassam di palestin. Imam syamil Di daghistan dan ramai lagi. Sehingga ada fatwa mengatakan sekiranya kita selesa berada dibawah demokrasi atau sistem lain selain islam kita berada dalam kesyirikan!

    Perkara ini adalah perkara lama yang sepatutnya telah lama kita semua tangani namun ianya terus ditelan masa yang hanya sebahagian dari kita sahaja yang merasainya

    Tapi di malaysia berapa kerat yang sensitif isu ini. Ulama’ ulama’ nya lebih senang mengumpul sijil sijil PHD dan duduk dibilik menulis buku buku dari terjun ketengah masyarakat dan bergabung tenaga dalam merintis khilafah ini …mereka hanya mengeluh lahaw lawalla quwata illah billah bila palestin dan negara umat islam diserang …
    Inna lillahi wainna ilaihi rajiun bila umat islam disembelih.

    Hanya merakamkan sajak sajak …. syair syair dan melepaskan geram ditangan dari menjuruskan perasaan tersebut dalam bentuk tindakan dan perancangan rapi untuk memulakan satu dimensi baru kearah merintis khilafah yang hilang ini.

    Apa yang kita lihat hanya kepura puraan terhadap agama Allah ini dan satu kelucuan perasaan yang hambar serta dusta yang telah sekian lama menipu diri sendiri dari segenap sudut ….

    Kita sebenarnya telah kehilangan semangat jihad apalagi bila pemuda pemuda dan pemudi seperti kita semua mencintai dunia dan profesion dari mendahulukan islam dalm kehidupan …

    Kita bukan sahaja kehilangan Rumah Kita semua tapi kita telah kehilangan jantina ( maaf ) serta mandul dalam dalam melaksanakan jihad dan dakwah.

    Ulama’ hanya berlegar dengan ilmu dan serbannya tanpa dapat menjadikan kelebihan yang mereka miliki untuk meniupkan semangat jihad dan kesedaran dalam jiwa pemuda pemuda hingga pemuda pemuda islam tidak lagi sensitif dengan isu isu khilafah ini atau pun hanya sekadar berkokok tanpa tindakan yang drastik …

    Ustadz dan ulama’ hanya pandai bermain hujjah tanpa dapat membantu bukan untuk berperang tapi membantu untuk bersama dalam jalan dakwah ini pun sesuatu yang berat bagi mereka …

    Mereka lebih suka terasing dari bersama dalam jamaah untuk melaksanakan salah satu ciri dari merintis khilafah ini.

    Apa yang boleh kita harapkan lagi ….. hanya kesedaran yang kerdil dan berada dalam thoifah yang kecil ini sajalah yang mampu dilakukan oleh kita untuk merintis kembali khilafah yang hilang ini sebagai usaha yang berterusan yang mudah2an Allah akan lahirkan kembali seorang Mujaddid untuk mengembalikan kehilangan yang telah terlalu lama ini. insyaalah. sama sama kita berdoa.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s