Nilainya ikhlas dan faham

Posted on

Duhai adikku…

fikrah ini menitahkan bahawa, kefahaman itu membentuk diri kita untuk menjadi tentera fikrah dan aqidah.

Kefahaman itu menolak kita untuk mempertahankan aqidah yang bergelojak ini..

Kefahaman ini juga membentuk jiwa keikhlasan dan ruhaniy yang sangat mendalam.

Bak kata seorang ustaz,

Apabila berjayanya satu-satu program kita, semua orang akan lari dari nak claim kejayaan program itu adalah kerana dia. Dia pasti takkan mahu merasakan bahawa kejayaan itu atas tangannya, tapi atas takdir Allah swt.

Kesemua ini lahir dari kefahaman tentang Deen Allah yang amat benar ini..

terkadang senang sekali kaki ini terjerut kembali ke dalam kancah jahiliyah.

Walaupun baru sahaja pulang dari pertemuan mawaddah, tapi tentu kekuatan diri dan istiqamahnya diri ini yang menjadi titik kejayaan kita seusai berakhirnya program.

Betapa ramai yang tersadung balik semula ke tempat ‘asalnya’ hanya kerana tidak mempunyai kekuatan ini.

Kita tak tahu nak berpaut pada siapa..

dan terkadang terfikir..

worth it ke nak tinggalkan dunia ini untuk Islam?

Nabi s.a.w., sabdanya: “Sesungguhnya kebenaran – baik yang berupa ucapan atau perbuatan – itu menunjukkan kepada kebaikan dan sesungguhnya kebaikan itu menunjukkan ke syurga dan sesungguhnya seseorang itu niscaya melakukan kebenaran sehingga dicatatlah di sisi Allah sebagai seorang yang ahli melakukan kebenaran. Dan sesungguhnya berdusta itu menunjukkan kepada kecurangan dan sesungguhnya kecurangan itu menunjukkan kepada neraka dan sesungguhnya seseorang itu niscaya berdusta sehingga dicatatlah di sisi Allah sebagai seorang yang ahli berdusta.” (Muttafaq ‘alaih)

firman Allah:

“Maka Allah lah yang mengurniakan nikmat kepadamu dengan memimpin kamu kepada keimanan seandainya kemu orang yang benar’

Terkadang nikmat itu tidak dirasai secara sempurna lagi..

sabar ye adik2.. sabar.. jangan lemah dengan diri sendiri..jangan mudah kalah….

sekejap je.. sekejap je ujian ini.. insyaallah, bile sudah kita atasi masalah ini dengan doa dan usaha… insyaallah, kefahaman kita tentang Deen ini akan sempurna dan kita akan merasai nikmatnya tak terhingga, hingga kita tak merasai lagi nikmatnya dunia ini…

Advertisements

15 thoughts on “Nilainya ikhlas dan faham

    lea yana said:
    April 4, 2009 at 1:01 pm

    salam akak..
    hmm..mnarik ata2 tu..
    if cam kite la..kite paham and dari kfahaman itu mmbawa kpd prubahan diri ke arah yg lbh baik..even kite xbyk ilmu dlm diri ni ttg islam itu..so..it is ok??eg:cam pasal couple..kite tau bnde tu haram tp kite xtau nk jawab cmne if ade org bntah psl couple tu haram..xpe ke cmtu??

    muharikah responded:
    April 4, 2009 at 5:48 pm

    salam dik yana…

    heheh.. betul awak cakap itu..
    tapi tak bermakna kita perlu berhenti dari menuntut ilmukan? dalam kehidupan seharian kita, bile berjumpa dengan situasi2 macam awak kata itu, elok juga kite terus mencari jawapan yang sebenarnya, akhirnya kfahaman itu betul2 kita dapat rasa..

    dan tentu dapat menegur orang dengan berhikmah insyallah…

    rue_ruzaNna said:
    April 9, 2009 at 4:49 am

    salam kak..amik lagi ye yg ni..hehe..tq πŸ™‚

    muharikah responded:
    April 9, 2009 at 7:42 am

    salam rue! salam ukhuwah juga! πŸ˜€

    hafiz abdul said:
    April 10, 2009 at 4:13 am

    aslkm awk bukan saja doktor utk penyakit zahir malah yg rohani pun boleh awk rawat jugak

    muharrikdaie said:
    April 10, 2009 at 5:28 am

    ….sebenarnya kefahaman merupakan cahaya yang di semayam kan Allah dalam hati hamba pilihannya yang terus terusan bermujahadah, berdakwah dan tidak berpatah balik setelah melalui ujian dan tribulasi …thabat dan istiqamah tidak mengenal sedih …tiada cucuran airmata ….tiada kecewa dan putus asa. Dengannya, seorang hamba dapat membedakan antara hak dan batil, penyimpangan dan kelurusan….

    kefahaman tidak saja bertitik tolak dari usul isyrin yang dikhatamkan tanpa ruh dan tindakan … tapi kefahaman yang mencahaya adalah …yang me muharik kan kita beribu batu perjalanan … menghabiskan ringgit2 dan pound … melonglaikan tubuh … menyimbahkan keringat … mematikan nafsu …menghabiskan usia …mengerutkan muka ….mengubankan rambut ….mencengkungkan mata ….menyungkurkan tubuh ….mengharungi fitnah … melupakan nikmat ….mementingkan umat!!!! Sehingga kita tersungkur dipintu syurga.

    Inilah kefahaman sunnah yang praktikal.

    Adakah ini menjadi dukungan kita atau kefahaman yang retorik yang berputar dan berkisar dari kehidupan peribadi sempit kita?

    Jika kefahaman sunnah ini jalan kita… Inilah kefahaman yang benar …Allahumma Fakkih hu Fiddin.

    Sekadar pandangan …

    halawatuliman said:
    April 10, 2009 at 8:47 am

    salam.

    jazakillah atas tulisan dan peringatan.

    selalunya, lepas pergi program, memang best..dapat semangat utk menjadi lebih baik..tapi selang beberapa ketika, kadang2kan kak, semangat tu bertukar menjadi satu pressure..entahlah..konflik dalaman diri kot..

    p/s: memang tarbiyah ni bukan untuk orang manja.

    *sedih*
    wanie

    muharikah responded:
    April 10, 2009 at 10:01 am

    salam wanie,

    kenapa sedih …….

    baca awaknya blog semangat je… πŸ˜€

    istiqamah ye dik… tarbiyah kita ini ‘sa’bun’ ataupun sukar, sebab dia akan menghasilkan hasil yang ‘tsabit’ orang yang tetap.

    halawatuliman said:
    April 10, 2009 at 11:58 am

    entahlah kak,

    menulis utk naikkan semangat..kalau orang baca memang nampak macam bersemangat..tapi kat dalam diri, allah je lah yang tahu betapa struggle nya diri nak bangkit dan maintainkan semangat..

    nak jadi daie…tapi takut.

    umaq said:
    April 10, 2009 at 6:23 pm

    Sungguh jelas penyampaian kamu. setelah selidiki blog ini baru saya tahu anti juga di GKLN bahkan orang yang lebih senior di sana.

    Semoga Allah tidak membalikkan hati kita dari Iman,

    muharrikdaie said:
    April 10, 2009 at 6:54 pm

    Tidak sempurna kefahaman kalau tak punya semangat dan tidak sempurna semangat kalau tidak ada sifat ” Syajaah ” ( Berani) ….untuk menjadi berani kena bersihkan jiwa daripada Al’Uqdah AlKamaliyah ( Trauma persepsi mahukan perfectionist) ~ kena membersihkan diri daripada paradigma fikiran lama.

    Kita adalah jamaah manusia bukan jamaah malaikat ~ ada kekurangan dan kelebihan disana sini. Kita memang perlu memelihara cita cita dan semangat yang inginkan perfect. Tapi perfect dari segi manusia bukan pada kadar malaikat. Kita membawa imej da’yah yang memahami tabiat2 manusia, bukan imej malaikat!

    Apa yang penting sama sama kita laksanakan ” Tawashaubil haq , Tawashau bis Sabr, Tawashau bil Marhamah. Tangan2 marhamah dikalangan da’iyah harus membantu saudara mereka dalam kekurangan …

    Teruskan perjuangan sesungguhnya kekuatan itu lahir melalui proses yg berterusan …Insyaalah.

    ~ Sekadar membantu mencerahkan fikrah sekiranya bertepatan.

    muharikah responded:
    April 10, 2009 at 11:09 pm

    alhamdulillah, jelas sekali apa yang dituliskan oleh muharik.

    wanie, nanti dah free dari belenggu exam kita akan jumpa ya? insyaallah… πŸ™‚

    naila said:
    April 12, 2009 at 2:57 pm

    asw
    akak
    salam ukhwah
    tharu baca ni
    thx;>

    rue_ruzaNna said:
    April 13, 2009 at 4:27 pm

    salam..hm..’donk!!’..makin penyet batang idung sy bc topic ni + komen2 d cni..suke bace byk kali ble rs down,,kesibukan study n clinical slalu dijadikan alasan..tp kate2 “Allah bg masa sama pd sume org” menjadi pembangkit semangat..hmm..siape sbnrnye kite ni ek,,mungkinke xfaham..or mungkinke xikhlas..hny Allah SWT yg dapat bace hati kite yg sll naik turun imannye..tq again 2 kak aisyah sbb tulis topic ni..

    muharikah responded:
    April 23, 2009 at 2:07 am

    naila–> naila dari mana ye.. boleh berkenalan di sini..

    rue–> ni salu singgah blog saya ni kene buat blog sendiri gak ni utk saya jelajah…hehehe… πŸ˜€

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s