Tautan cinta

Posted on Updated on

scan0006

Pictures ihsan from husgandheart.wordpress.com

Kaget terkadang diri ini.

Adakah kerana jiwa perempuan? Kerana perempuan ini memiliki hati yang sensitif dan mudah sekali tersentuh?

Atau kuasa kenikmatan dari ALlah yang teramat sukar dimengertikan oleh logik akal ini…

Dan semalam aku kongsikan sebuah asbab di atas tarikan magnet yang teramat indah dan kuat ini….

Dan (Dialah) yang menyatu-padukan di antara hati mereka (yang beriman itu). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu-padukan di antara hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatu-padukan di antara (hati) mereka. Sesungguhnya Dia Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. ( Anfal: 63)

Bukan pertama kali hatiku terpaut ketika menatapi wajah sepertinya. Wajah nuur yang bersih dan bercahaya. Wajah yang sering membuatkan diri ini terkesima menatapnya dan mahu melihatnya di sepanjang waktu..

Itulah dia wajah insan yang dahulunya diri mereka kotor dilumpuri jahiliyah, pakaian-pakaian mereka adalah pakaian kemodenan, dan hidup mereka adalah hedonisme( dan tentu kita tak pernah menyangka mereka pernah seperti itu dahulu!)

Sehinggalah cahaya Islam itu menerangi hati mereka, dan ayat-ayat Allah menyirami dan membersihkan lumpur jahiliyah dalam jiwa mereka. Mereka lahir bagaikan tunas-tunas yang mekar dan indah di saat manusia melihat mereka.

(Bahawa orang beriman ini diibaratkan) sebagai pokok tanaman yang mengeluarkan anak dan tunasnya, lalu anak dan tunasnya itu menyuburkannya, sehingga ia menjadi kuat, lalu ia tegap berdiri di atas (pangkal) batangnya dengan keadaan yang mengkagumkan orang-orang yang menanamnya. ( Muhammad: 29)

Kerana dasar imanlah mereka memilih cara hidup yang baru. Kerana dasar fahamlah mereka merungkai jahiliyah yang membelit jiwa mereka. Kerana mereka telah ‘berjumpa’ dengan Allah dan mengenalNya, lantas berkomited denganNya.

Aku tidak dapat membantu diriku untuk tidak jatuh cinta dengan insan seperti mereka.

Insan yang membuatku kaku ketika berjumpa. Insan yang terus mencuri hatiku disaat iman mereka bersinar di bawah redup mata mereka yang sentiasa mengharap.

Mengharapkan bimbingan, tauladan dan taushiyah yang nuansanya adalah Quran dan Sunnah.

Indah! Sesiapa yang pernah merasainya tentu mengerti akan perasaan mengasihi mutarabbi hanya kerana Allah. Mengasihi mereka kerana mereka telah menanggalkan jahiliyah yang mereka amat sayang satu ketika dahulu, demi untuk bersama-sama murabbi mereka mengharungi jalan-jalan yang tidak menjanjikan kesenangan.

Mereka kini menjadi batu-batu bagi bangunan dakwah ini. Saling kuat menguatkan antara satu sama lain.

“Dan orang-orang yang beriman, laki-laki dan perempuan, sebagian mereka adalah penolong bagi sebagian yang lain. Mereka menyuruh mengerjakan yang ma’ruf, mencegah dari yang munkar, mendirikan sholat, menunaikan zakat, dan mereka ta’at kepada Allah dan Rosul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah. Sesungguhnya Alloh Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” (Qs. At Taubah : 71).

Sesungguhnya dalam Islam, cinta dan keimanan adalah ibarat dua sisi mata wang. Keduanya tidak dapat dipisahkan antara satu sama lain. Tiadalah cinta tanpa iman. Dan tiadalah iman tanpa adanya cinta. Iman dan cinta inilah yang menjadi mata air yang menyegarkan ikatan hati ini, yang menyatukan dua orang mukmin yang tidak pernah berkenalan.  Kerana iman dan cinta inilah hati ini terpaut kuat, tanpa boleh disekat dan ditahan2.

Orang yang tidak merasainya tentu akan pelik melihat sekumpulan manusia yang sangat berkasih sayang atas dasar cinta ini! Mereka pelik bagaimana sekumpulan manusia ini sanggup berkorban apa sahaja untuk saudara mereka. Namakan apa sahaja! Wang, masa, tenaga dan sebagainya.  Inilah dia kekuatan iman dan cinta. Cinta yang disandarkan hanya untuk Allah dan  kerana Allah.

Sebab itu, buat adik2 yang memutuskan cinta mereka dengan kekasih yang tidak sah, mereka tidak pernah kesunyian setelah permutusan itu, kerana Allah menjanjikan satu nikmat paling ketara,iaitu nikmat meraih lautan cintaNya, dan cinta manusia yang mencintaiNya juga..

Imam Hasan Al-Banna pernah mengatakan bahawa dengan sayap iman dan cinta inilah Islam diterbangkan setinggi-tingginya ke langit kemuliaan.

Hadits Rasulullah saw juga menegaskan:

“Gambaran orang-orang beriman dalam hal saling mencintai, saling mengasihi,  di antara sesama mereka adalah laksana satu tubuh, jika ada sebagian dari anggota tubuh yang sakit, maka seluruh anggota tubuh akan ikut merintih, merasakan demam, dan tak boleh tidur.”

Di sekitar Arsy ada menara-menara dari cahaya. Di dalamnya ada orang-orang yang pakaiannya dari cahaya dan wajah-wajah mereka bercahaya. Mereka bukan para Nabi dan syuhada’, tetapi para Nabi dan Syuhada’ iri hati pada mereka. “Ketika ditanya oleh para sahabat, Rosulullah saw menjawab, “Mereka adalah orang-orang yang saling mencintai karena Allah, saling bersahabat karena Allah, dan saling kunjung karena Allah“. (HR. Tirmidzi).

Duhai mereka yang aku cintai keranaNya. Terkadang tak mampu aku ungkaikan lafaz cinta ini dari sudut kata-kata dan perbuatan. Tapi benar perasaan ini sering mengetuk hatiku di saat bertemumu..

Ingatlah kehangatan cinta ini hanya mampu tercipta jika adanya iman di dada kita. Selagi kita tidak lari dari tali Allah swt, selagi itulah cinta ini akan bersemi dan menyegarkan sisi-sisi kehidupan kita.

Kita takkan mampu berukhuwah seandainya kita lari dan berpisah dari saff ini. Berusahalah, sejauh mana ujian yang mendatang, setinggi mana badai menimpa, janganlah lari dari saaf ini, kerana tindakan itu memutuskan satu ikatan yang padu dan amat manis ini..

Buat akhawatku, dikau merasai aku menyintaimu, dan benar, aku menyintaimu hanyalah kerana ALlah…..

Post jumpa mutarabbi 🙂 Love u guys for the sake of Him…

Advertisements

8 thoughts on “Tautan cinta

    10mgTar said:
    March 25, 2009 at 10:40 am

    …..fhm maksud latest post ni.
    Dah lama juga fhm maksud2 previous posts yg menyentuh pengertian ‘ukhuwah’ pd org2 dakwah ni, tp sy mls nk komen sblm ni. ya, memg quran dah terangkan berkawanlah pd mereka yg baik2 sj, byk hadis pun tulis mcm ni..fhm juga implikasi di sebalik knp kena berkawan dgn yg baik2 aje…slh satunya agar virus jahiliyah tak berjangkit pd yg baik2 ni ha…Sbg tanda sokongan, diucapkan sejahterahlah walaupun pd sy, ni ialah prejudis paling besar.nokhtah besar di sini.

    talipon said:
    March 26, 2009 at 12:21 pm

    berkwn boleh dgn sesape jer.. islam seseorg bukan pd pakaian or perbuatan dia tapi pd hati dia.. dan kalau dh ade kwn yg sesat tu..nasihatkan tapi jgn lar terikut2.. tapi kalau dh mmg iman lemah gemalai sgt.. so pepandai ler jauhkan diri dan berterus-terang je lar secara baek.. TAPI kalau kite tgk.. Tuhan tu adil.. kawan2 zaman jahiliyah tu sendiri sebenarnyer akan menjauhkan diri or stop ajak buat perkara tak baek biler diorg notice kawan diorg dh berubah.. so ape nk risau.. ape yg muharikah nk habaq sebenarnyer pasal perasaan kasih sayang sesama diorg yg berada pd jalan yg sama.. kasih sayang yg timbul ikhlas kerana Allah semata takkan putus or hilang walau ape sekali pun berlaku…. dan perasaan yg dirasakan tu sgt sukar utk diungkapkan oleh mereka dan perasaan itu menyebabkan mereka sanggup berkorban ape shj utk sahabat2 mereka.. sebab tu ade kata2 –> tidak sempurna iman sehingga kamu mengasihi saudara kamu sebagaimana kamu mengasihi diri sendiri 🙂

    10mgTar said:
    March 28, 2009 at 5:21 am

    Sy fhm… Sy nah b’cmpur dgn org2 dakwah ni dulu. Nah mkn sedulang sesama mereka, nah jln kaki sesama ke masjid waktu subuh, nah menangis + peluk sesama mereka, nah sesama kagum ngan suasana aman dlm masjid ms dok tunggu, tunggu azan subuh masuk, nah ingt mengingati sesama wat solat sunat mlm…etc. Bila balik KL, keluarga pun semcm tkejut ngan perubahan sy…Memng x nafikn sy nah merasai kasih syg yg dimaksudkn oleh muharikah+ anda…

    Bekas kawan baik sy, Fatin Ismida, dia pendakwah..paling rpt ngan sy…byk budi dia pd sy sbb sbr ngan sy, dgr + tengok gila sy + sudi didik sy + sudi sedekah ksh syg tu…Dialah yg slalu mpertahankn sy jika ada puak (jemaah) lain yg mempertikaikn knp sy masih x btudung, knp msh suka brseluar pendek, knp sy msh ke club etc…P’sahabatn sy ngan dia kejap je sbb dia pindah ke uni lain. Hnya Allah je tau betapa sy sedih bila dia da xde … mcm Tuhan ‘rampas’ dia dr sy…[ini yg sy rs + xnk rs lg]. Dn, sy tinggal sorang2, dikelilingi olh mereka yg sy kira, ‘si badut kejam’ + b’rmulut ‘laser tahap nuklear’ ..Sy x mmpu tahan lama2 + kembali skit2 ke habit2 tertentu..jadiknya, mereka ni mulalah pandang semcm dgn sy…

    Akhirnya, krn xtahan dgn gelagat puak (jemaah) ‘si badut kejam’ ni, sy pilih utk putuskn kasih syg itu, t’masuklh dgn bekas kwn baik sy tu. Memg kwn baik sy tu x de slh pun kat sy..tp, trust sy da ilang pd org2 dkwah ni…[bunyik mcm kelakar sbb sy komen ni kat blog dakwah kan..]. X perlulh sy b’kongsi knp sy panggil mereka ‘si badut kejam’. Apabila kasih syg tu putus, diri sylah yg disalahkn oleh mereka sbb sy memg tjk benci sy pd mereka ni…memg tjk habis habisan… api lawan api memg syoklah…

    Ni, sy di UK, tetiba, ingt balik kat bekas kwn baik sy tu…ingt semua lah …ayat kegemaran dia ialah ‘ selangkah dekat ngan Allah, seribu langkah Allah dekat ngan kita’…. Mcm magik je…bayang bayang kasih syg yg dia beri pd sy masih ada dlm diri sy wpun da bersawang sy x hubunginy + memg sengaj x nk dekatkn diri dia pd dia lg….

    Betullah apa yg ditulis oleh muharikah + anda…memg ya sy nah merasainya…predudis yg sy maksudkn ialah berkenaan gelagat ‘si badut kejam’…ya, bkn semua pendakwah mcm ni….tp pemgalaman sy mengatakan bahawa masih terdpt para pendakwah yg…ntahlah….lebih baik jd wartawan ruangan gosip di majalah mangga atau jdi kaki samseng jika x fhm bahawa perubahan itu proses… lain org lain cara dia dibesarkan…

    Diri sy skang ialah diri sy. Sy da kisah klu org xnk b’kwn dgn sy…Sy bahgia dgn cr sy. Krn sy sygkan diri sy lah sy xnk rs lg. Sy x mahu lg di perlakukan spt dulu…memg sy rindu ksh syg itu, memg sy ingin mcari kwn sy tu balik bila da abis phd nanti..tp, mcm xde gunanya…

    …kerana sy nah merasai ksh syg tu, makanya, sy menyokong + mengucapkn sejahteralah pd mereka yg masih merasai ksh syg itu…benar, ksh syg di jln Allah amat indah…it’s just more than words.

    [SY BKN NK PERHATIAN. SY CUMA KONGSI DRP MCMNE SY MERASAI KSH SYG ITU HINGGA PUTUS. AMBILLAH IKTIBAR. TQ]

    talipon said:
    March 28, 2009 at 6:03 am

    hehe .. Ok, tgk balik kpd objektif awak lam hidup dan lam mendekati org2 sebegini. Tu sebab kite kena buat semuanyer hanya semata2 kerana Tuhan sebab apabile berlakunyer perkara sebegitu, awak tkkan melayan sgt mende2 tu sebab awk tahu awk punye objektif adelah krn Tuhan, tiada sebab lain. So kalau diorg2 ni buat mcm tu pd awak.. satu –> ingat that bende tu berlaku atas izin Tuhan. dua –> ingat that awk berubah sebab Tuhan bukan sebab sesiapa. So ade kasih syg dr diorg OR rasa benci dr diorg, ignore it, go bck to ur objective which is kerana Tuhan, then u wont hurt so much and takkan pukul rata or serik with this group of ppl coz like u said.. tk semua mcm group badut tu. Ramai jer org2 dakwah ni yg tk betui jalan dia.. pong-pang-pong-pang tapi peribadi sendiri teruk! Setakat jage hubungan ngan Tuhan tapi hubungan sesama manusia tk jaga! Org2 mcm ni sy tk suka sebab peribadi buruk ni yg memburukkan golongan dakwah dan worst memburukkan nama Islam itu sendiri. And they use the reason –> no one is perfect!! Mmg lah no one is perfect but being a pendakwah, dey shud jaga peribadi tu sebab tu lar Nabi dan Rasul tu ‘maksum’ – im not sure of dis word but i think it means peribadi dia dijaga Tuhan sebab SAPE NK IKUT PD ORG YG PERIBADI DIA BURUK?? Dan org2 yg nampak kawan2 diorg ni ade peribadi buruk, patut tegur lar.. tapi again, some ppl mmg tak bley nak terima teguran.. dan satu lagi penyakit org dakwah, dey r very judgemental ppl.. and to them, org yg jahil ni tk layak berkawan ngan diorg OR diorg sendiri yg rasa inferior ngan org2 jahil ni.. ntah lah. Org2 jahil pun judgemental gak.. to them org2 dakwah ni tak open dan tak modern. Sama jer manusia ni.. yg penting, kite ade akal.. so pikir yg mana baik yg mana buruk.. ambik yg baik tinggalkan yg buruk… dan jgn sebab nila setitik rosak susu sebelanga..

    Good Muslim = IQ + EQ + SQ –> Ade akal yg bagus, sensitif terhadap perasaan manusia lain dan menurut perintah Tuhan

    Tul Tak Muharikah ?? 😀

    Arinah baby tua!! said:
    March 28, 2009 at 10:51 am

    Aisyah..jgn la tulis ayat panjang2 pastu b’bunga2 plak tu!
    org tak paham la..:-p
    heheheeehehehe..
    saya bace setengah pastu ntah la..kena bace skali nk paham…:-(
    ke sbb bhs melayu saye makin truk??!!
    hhahhahahahaha…….nnt jumpa lg kat sane!

    muharrikdaie said:
    March 30, 2009 at 6:36 am

    Kehangatan cinta dijalan dakwah sekali pun indah dan berpahala memang sukar untuk dipertahankan kecuali bagi mereka yang benar2 dapat menghayatinya dengan penuh keimanan.

    memang benar Iman dan cinta tidak boleh dipisahkan sekiranya kita menginginkan cinta yang jitu dan mapan!cinta juga memerlukan hubungan yang berterusan apalagi dijalan dakwah yang ingin membina ukuhuwah dan perjuangan.

    Cinta tidak terhenti apabila perpisahan jasadiyah berlaku antara kita dan mad’u atau mutarabbi kerana hubungan cinta didalam islam dan iman ini tetap perlu diwujudkan sekalipun berjauhan melalui doa dan munajat agar hubungan ruh ukuhuwah tetap terbentuk selama lamanya.

    Kegagalan dakwah dan ukuhuwah banyak terjadi kerana kemalasan dan ketidak perihatinan sang murabbi untuk melakukan follow-up. Mereka menyintai mad’unya hanya bila berada bersama … dan melupakannnya bila berjauhan …… inlah yang menyebabkan mad’u2 mereka lari meninggalkan dakwah dan islam tercinta ini kerana wajah2 cinta yang mereka letakkan dalam dakwah ini tidak bersifat keimanan lantas memburukan kumpulan yang diasaskan diatas nama dakwah ini ….

    Terkadang kita hanya suka memberi harapan ….setelah diterima harapan itu kita tinggalkannya dalam keadaan bisu dan kelam …

    Sifat sebuah “cinta” bukan hanya beku dan semu, kerana cinta itu sentiasa bekerja untuk membentuk iman …

    Iman itu laut, cintalah ombaknya
    Iman itu api, cintalah panasnya
    Iman itu angin, cintalah badainya
    Iman itu salju, cintalah dinginnya
    Iman itu sungai, cintalah arusnya

    Inilah tatacara cinta bekerja untuk memenangkan Allah keatas diri. Atau memenangkan Iman keatas syahwat.

    Sama sama kita renungkan sebuah sketsa tentang cinta yang berasaskan keimanan ini ….

    Kejadian ini diriwayatkan dari kisah Awliya’ awliya’ Allah AlMubarid dari Abu Kamil, dari Ishak bin Ibrahim dari Raja’ bin Amr Nakha’i :

    Seorang pemuda Kuffah yg dikenali sebagai ahli ibadah telah jatuh cinta pada seorang gadis. Cintanya berbalas tapi malangnya peminangannya ditolak kerana gadis itu ingin dinikahkan oleh ayahnya dgn sepupunya. Gadis itu nekad menggoda kekasihnya untuk melakukannya atas jalan Syahwat.

    Apa pun, perkara itu ditolak oleh pemuda itu. ” Tidak! Aku menolak pilihan itu. Pemuda itu memenangkan iman atas syahwatnya dgn kekuatan cinta. Gadis itu tergamam dan tersedar lantas bertaubat dan kemudian mewakafkan dirinya untuk terus beribadah kepada Allah. kerinduannya sebagai seorang manusia yang yang tidak dapat lari dari fitrah kemanusiaan itu membawa kepada ajalnya ….

    Pemuda tersebut terkejut dengan kematian gadis tersebut yang telah membawa kesemua cintanya. maka dikuburan itulah tempat pemuda itu mencurahkan rindu dalam doa doanya sampai satu saat dia tertidur dikuburan tersebut dan bermimpi bertemu gadis itu. Cantik! sangat2 cantik. ” Kamu disana bagaimana? Tanya pemuda itu. ” aku disini dalam syurga abadi dalam nikmat dan hidup tanpa akhir”

    “Jgn lupa aku dan berdoa untuk aku agar dapat bersama mu” Kata pemuda itu. ” Aku selalu berdoa agar Allah menyatukan kita disyurga. Kata gadis itu. ” Jangan kamu abaikan ibadah mu agar nanti kita dapat dipertemukan. Teruslah beribadah dan berdoa, sebentar lagi kamu akan meyusuriku!

    Selepas 7 malam setelah mimpi tersebut, pemuda itu menemui ajalnya ….

    Atas nama cinta ia memenangkan Allah atas dirinya, memenangkan Iman atas syahwatnya. Atas nama cinta pula Allah mempertemukan mereka …..Cinta selalu bekerja dengan cara itu …….

    Teruskan berdoa dan perbaharuilah doa untuk mengikat bai’ah kita saudara seiman kerana doa merupakan merupakan senjata yang paling ampuh dalam perjuangan ini!

    traveller said:
    April 1, 2009 at 4:38 pm

    assalammualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh

    Akak

    Jazakillahu khayran kathira. Biarlah segala usaha, tenaga dan masa dibayar oleh Allah dengan Rahmat-Nya, Redha-Nya, Cinta-Nya dan hanya Allah yg Haq akan membayar kembali yang Haq pada sang salik.

    Moga dapat memenangkan islam dalam diri & pada manusia lain atau mencapai syahid fi sabilillah.

    Allahumma ya muqqalibal qulub, thabbits qulubana ‘ala deenik.

    Fastaqim kama umirta.
    Ihfazillah yahfazka.

    iLOVEu kak, fillah.
    [Maryam:96]

    wallahua’lam
    segala puji hanya bagi Allah, Tuhan sekalian alam

    Adikmu,
    AJK teknikal SCUK yg perlu menambah thaqafah dalam bidang ICT & teknikal komputer [~_~]

    ar-rijal said:
    April 13, 2009 at 4:12 pm

    salam ziarah.tulisan yang amat bermakna.

    terbaca komen2 pelawat diatas,kadang2 daie ini menjadi pembantut usaha da`wah.kita ingin bawa ummat kembali kepada fitrah.kepada Islam.tetapi kadang2 perlakuan dan cara kita menakutkan dan menyebabkan orang tertolak daripada Islam.menyebabkan khalayak jadi takut untuk mendekat.perubahan itu tidak boleh berlaku dalam satu malam.kecuali dengan izin Allah.kalau la orang da merokok selama 20 tahun dalam hayatnya,adakah kita boleh expect dia berhenti merokok dalam masa satu minggu??

    yang penting,hati mad`u itu perlu dibasuh,dicantikkan,kefahaman nya perlu dibina,relung hatinya perlu dibuka untuk memahami dan menerima.bukan kita menetapkan peraturan itu dan ini sampai takut dan membebankan.perubahan itu ada prosesnya.kalau orang dari baik nak jadi jahat pun ada prosesnya.dari x baik kepada baik pun pasti ada prosesnya yang perlu dilalui masanya.

    kadang2 kita mengatakan dakwah dengan hikmah dan sikap terpuji mencontohi da`wah Ar Rasul,tetapi benarkah kita faham cara da`wah Rasul itu?atau kita cuma melaungkan sahaja kata-kata kosong?

    selama 13 tahun da`wah nabi di mekah,Al Quran diturunkan menjelaskan perihal aqidah sahaja.kenapa?kerana hati manusia ini dibentuk dengan kefahaman . bukan peraturan.bilamana kefahaman terhadap Islam itu terbina kukuh dan teguh,barulah hukum2 diturunkan.

    merujuk kepada pengisian ISK , dikatakan zaman ini adalah zaman mekah.dan secara logikalnya kerana ummat kini seakan mengasingkan agama ini dan kehidupan.bukan kerana Islam itu tiada.tetapi kefahaman itu tiada.maka kejahilan moden bukanlah tiadanya Islam seperti era Mekah zaman Rasul tetapi kejahilan zaman mekah moden adalah kurangnya kefahaman terhadap Islam itu.kefahaman yg benar dan sahih.

    jadi tindakannya,bina kefahaman,ketuk hati mad`u.bukan hanya meletakkan hukum itu salah dan ini salah.ini buka aurat,x leh join liqo`.macam mana kita nak bawa perubahan kalau kita sendiri menyebabkan orang takut untuk berubah..tugas kita untuk ummat ini.bukan menetapkan salah.lagipun kita ini dai bukan penghukum.nahnu dua`t la qudat.

    cetusanminda.wordpress.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s