Sebelum tidur

Posted on Updated on

Salam,

dah lama saya tak tulis sesuatu untuk kak asam pedas.. asyik benda2 berat je… maafkan saya kak eh…

ini nak share something dengan pembaca semua…

Rasulullah SAW berpesan kepada Aisyah r.a:
“Ya Aisyah, jangankah engkau tidur sebelum melakukan 4 perkara:”

1. Sebelum khatam Al Qur’an
2. Sebelum membuat para Nabi memberimu syafaat di hari akhir
3. Sebelum para muslim meredhai kamu
4. Sebelum kamu melaksanakan haji dan umroh

Aisyah bertanya: ya Rasul, bagaimana aku dapat melaksanakan 4 perkara seketika ?

Rasul tersenyum dan bersabda: jika engkau tidur,
– Bacalah Al Ikhlas 3 kali, seakan-akan kau menghatamkan Al-Qur’an
– Bacalah sholawat untukku dan para nabi sebelum aku, maka kami semua memberi syafaat di hari akhir
– Beristighfarlah untuk para muslimin, maka mereka akan meridhai kamu
– Dan perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir, maka seakan-akan kamu telah melaksanakan haji ataupun umroh

Wallahu a’lam.

Life di Middlesbrough ini mempunyai warna warni yang tersendiri. I quite like it despite having tight schedule in the hospital and the final is coming so soon too…

Menemui adik2 yang baru sahaja mengenal kemanisan islam tentu membuatkan hatiku bahagia. Berada di samping mereka, berbual, masak, solat, ma’thurat, bertafakur, berjalan-jalan, semuanya di lalui bersama-sama..

Terkadang aku takut untuk mengakhirkan episod sebuah pertemuan, hanya kerana aku perlu menghadapi satu realiti, satu realiti kehidupan yang menjadi makna kepada manusia ini diciptakan.

‘Tidaklah Aku ciptakan Jin dan Manusia, melainkan untuk menyembah Aku..’ azzariyat: 56

kerana itulah manusia perlu bersusah payah dan perlu keluar dari zon selesanya, demi melaksanakan tugas ibadah itu, tugas hidup dalam jihad dan perjuangan yang hakiki…
Hidup bergelumang dengan jahiliyah namun memiliki keimanan yang tulen kepada Allah swt.

Tentu aku sangat gembira bersama adik2 yang sayangi kerana Allah. Bersama mereka aku temui kedamaian dan ketinggian cita-cita.

Tentu lebih seronok akhawat yang hidup dalam rumah islam, rumah yang sudah diwarnai dengan warna tarbiyah, siang dan malam pagi dan petang.
Biah itu ada sepanjang masa.

Berbanding dengan mereka yang perlu mewujudkan biah itu penuh ‘struggle’ dan sering terkandas di pertengahan jalan.

Namun aku tahu, inilah realiti yang perlu dihadapi. Terkadang terpaksa share satu rumah dengan pelajar lelaki, berkongsi bilik air, berkongsi dapur dan terpaksa bertembung mereka saban waktu.

Bukan sahaja tiada teman untuk bersolat jemaah mahupun berbicara tentang Islam, untuk menjadi seorang Islam pun satu cabaran dalam suasana itu ( pakai tudung, jaga pakaian, nak pergi bilik air perlu pakai satu sut lengkap!!

Kerana itu, tarbiyah yang didapati di negara luar ini cukup banyak mengajar aku tentang fleksibiliti dan muamalah dengan orang yang bukan Islam mahupun Islam yang tidak faham. Bagaimana garisnya perhubungan antara lelaki dan perempuan tanpa terkeluar dari garisan Islam.

Tarbiyah ini telah mengajarku bagaimana kita dapat jadi kuat, walaupun suasana tidak membantu tarbiyah kita.

Walaupun demikian, aku tidak sedikit pun gusar. Terkadang apabila berada dalam kondisi ini, aku mudah untuk fokus pada study dan kerja dakwahku yang lain. Aku sedar, di rumah yang ramainya orang yang diajak bersembang dan berborak ( dan masak) seringkali seorang ukht itu struggle dalam menyiapkan kerja2 sekolahnya dan kerja dakwah.

kerana itulah orang sepertiku memang sangat banyak untuk membaca setiap emel yang masuk dalam inboxku, dan setengah akhawat lain hanya akan pilih satu dua emel yang terpenting baginya pada hari itu…

Terkadang keseorangan ini ada kelazatannnya. Terkadang duduk dalam keramaian ada barakahnya..

Paling penting, bagaimana kita dapat kondusifkan diri kita di mana sahaja kita berada, agar amal dakwah dan study/kerja kita takkan terjejas dengan situasi mencabar yang kita hadapi..

Salam perjuangan… Jangan biarkan masa kita kosong dengan perkara yang sia2!

PS: nak tanya pendapat semua, saya perasan, sangat banyak blog-blog Islam yang tumbuh bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Alhamdulillah. saya rasa sangat happy tgk perkembangan itu.

Satu perkara yang menjadi kerisauan, terkadang banyaknya blog-blog ini, tapi saya gusar dengan sambutan yang diberikan..Ini melihat kepada stats dan komen2 yang diberikan… Hurmm… mengapa ye?saya sendiri baca ada yang cam syok giler bile baca!

Ekcelikan, ramai orang suka apa eh…apa yang dicari bile baca blog seseorang itu?

Terkadang saya banyak kali fikir nak tutup blog saya ini sebab ramai sangat membacanya dan saya tak bebas menulis perkara yang saya mahu ( sesuka hati saya..hehhehe) …. pssssttt…. menyampahkan asyik cakap benda yang sama..huhuhuh….

dan terkadang saya kecewa dengan diri saya kerana tak mampu untuk menulis setiap hari, walaupun idea mencurah2, hanya kerana tidak sesuai untuk tatapan umum ataupun tiadanya masa untuk menulis..maafkan adik2 yang mencari2 sesuatu tetapi tidak ada di blog ini…cuma kalau kasi idea, apa yang biasanya dicari oleh pembaca semua di blog ini insyaallah mudah2an dapat jadi panduan kita bersama2..

Advertisements

8 thoughts on “Sebelum tidur

    talipon said:
    March 19, 2009 at 4:24 am

    haa.. makcik uiks… bace surah ikhlas tu senang nak diamalakan.. tarak hal…. tapi yg lagi 3 tu kasik ler contoh. mcm sholawat ke atas Nabi tuh, tunjuk lah ape yg nk dibace tu? dan mcm mane nk sebutnyer sebab dia habaq kt situ bukan nabi jer tapi nabi2 seblomnyer jugak. berisitifghar kpd muslimin, pun sama kes.. ape yg nk kite sebut kalau istifghar utk diorg? ke niat pun dh cukup? tasbih, tahmid, tahlil, takbir tu camner plak? tasbih = zikir ? takbir = takbir raya tu ker??

    ni mau jwb soklan awak –> ape yg org carik dlm blog.. weh byk manusia byk ragam. mcm2 bende owang carik. terpulang kpd individual tu lah dpt jumpa ke tak ape yg dicarik. watpe nk pikir ape org nak.. tulis dr hati yg ikhlas pun dh cukup baik. sama ade kena ke tak pd ape org tu.. leave the thing to HIM.. ha ha ha ha ……… 😀

    semlm sy tido kt umah cousin sy. Sy bace buku ‘ Dont Be Sad’ .. pehtu sy tgk cousin sy tuh duk kusyuk bace satu buku nih and i got curious.. thinking he must be reading sumtink very interesting!! and guess wat.. heheh.. the title is ‘ HOW TO GET BEAUTIFUL WOMEN IN BED ‘ and indeed it is very interesting!! And tetiba sy terpikir.. hmmmm.. berapa byk lar dosa penulis tuh dpt kot.. but at da same time rasanye dia bley gak dpt pahala sebab bila sy bace buku tu kan.. then sy dpt tau tactic2 yg lelaki gunakan utk seduce pompuan.. and wit dat, u will know how to avoid things.. hehe BUT rasanye byk agi dosa dpt dr pahala tulih buku tu!!

    muharikah responded:
    March 19, 2009 at 7:35 pm

    a) salawat tu boleh cam kita baca solawat time waktu tahiyat akhir. ataupun paling ringkas: allahumma sali ala saidina muhammad waala aali muhammad. ada yang lain2 juga boleh cek kat pakcik google

    b) istighfar utk orang Islam: Allahumma firli waliwa lidaina wa lijamiiel Muslimin wal muslimaat, al-ahya wal amwat, birahmati kaya arhamarrahimin…

    atau dalam melayunya: Ya Allah, ampunilah aku, dan kedua orang tuaku dan kesemua orang Islam ; muslimin dan muslimat, samada hidup mahupun mati, dengan rahmat mu ya raahimm

    c) Takbir: Allah akbar, Tasbih: Subhanallah , Tahmid: Alhamdulillah

    Aiyaa… cane ada orang Islam boleh baca buku macam tu kak talipon?huhu… sadis sadis sadis,, bukan akan meransang buat maksiat ke?huhuhu…. camne ni kak? kene tegurlah cousin akak tu suruh kawen cepat2, dan bacalah buku tentang rumah tangga yang membahagiakan.. ke dia dah kawen tapi baca buku2 camtu? ish iskh… tapi tulah, kene didik iman, bukan menghalang camtu je tanpa dia faham kenapa dia kene tinggalkan benda tu..huhuhu…

    talipon said:
    March 20, 2009 at 3:28 am

    aiyaaaa… rupanyer2 ape yg awak ckp ni bende2 biasa tu ker.. astaga.. bahasa2 awak ni jargon sunggoh lar syah.. bikin org mcm sy konfius.. tsk..tsk… eh tapi bukan selawat tuh ade sebut nama muhammad ( pbuh – pbuh ni sy tiru dr buku dnt be sad tapi sebenarnyer sy tk paham pun ape maksudnyer but i can guess it means selawat kot ) so selawat boleh tuju pd nabi2 seblom muhammad jugak lar ni?

    owh.. cousin sy tu tak bley nak kata ape dh sebab parents pun tak bley nak kata ape.. masalahnyer bapak dia suh dia carik duit sendiri kalau nk kawen dan dia tak cukop duit lagi. nak suh dia puasa.. heheh.. rasa2nyer boleh terputus hubungan cousin tu kot kalau sy nasihat, dan nk nasihat org yg BLOM dpt hidayah ni sgt2 lah complicated. sy tk percaye sgt berdakwah dgn kata2 kpd org yg BLOM dpt hidayah.. dakwah kata2 ni lebih masuk dgn org yg TELAH dpt hidayah tapi dgn org yg BLOM dpt hidayah, peribadi dan tingkahlaku serta layanan terhadap dia yg akan lebih masuk ke hati dia..

    thanks syah for the infos..

    muharrikdaie said:
    March 20, 2009 at 6:50 pm

    Pembaca yg dirahmati Allah,

    tertarik dengan entry Muharikah kali ini ttg kesusahan student kat overseas.

    Terpanggil saya untuk berkongsi cerita ini terhadap kesusahan adik2 di overseas demi mencapai cita cita agar semangat adik2 tidak luntur dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang pelajar.

    Pada 2006 saya ke Rotterdam kerana bertugas. Saya ditempatkan di Erasmus University. Keesokannya saya lapur diri dan bertemu dgn seorang akhawat ini. Beliau seorang Pharmacist tapi menyambung Master dlm Clinical Epidimology. Saya pun pelik kerana course ini untuk MO. Kata beliau beliau ditugaskan untuk ambik course ini sebab involve dalam Teknologi kesihatan.

    Ceritanya, beliau sampai dulu di Rotterdam 3 hari sebelum saya. semua tempat tinggal, Universiti scolarcship diuruskan sendiri. malangnya tmpt tinggal diRoterrdam ini amat sukar. beliau dapat menyewa disebuah bilik di sebuah apartment kepunyaan satu keluarga yg mempunyai 1 bilik yg amat kecil. hanya muat katil lipat sahaja dgn sewa Euro 250. Tiada heater. Dapur kongsi. washing machine bilik air kongsi dgn tuan rumah. Tuan rumah bela anjing yang berkeliaran didalam rumah.

    Hari pertama sampai, bilik beliau tidak dikosongkan lagi pelajar lelaki sebelumnya maka akhawat ini mau tak mau terpaksa tidur dihall yang ada anjing, solat dihall yg memang mencabar.

    3 hari berturut2 tidur diluar, salin pakaian dan sbagainya. beliau bersyukur jumpa saya kerana diErasmus tidak ada langsung student malaysia. beliau menanggis yg teramat sangat kerana siapa pun x dpt menolongnya hingga kedutaan pun x boleh nak buat apa apa. Beliau seorang yatim piatu. chinese.Anak angkat sejak kecil sebuah family melayu dan keluarga angkat nya pun dah meninggal. memang saya amat2 terharu.

    Dipendekkan cerita saya menyuruh beliau menggunakan bilik saya sementara saya menguruskan tmpt tinggal beliau dan saya terpaksalah tidur dihotel murah semurah 80 euro sehari. terpaksa! Selepas 2 hari saya bertemu tuan rumah berbincang dan sbagainya maka dapatlah beliau bilik dirumah tersebut tapi masaalahnya tuan rumah ni suka makan khinzir. Segala dapur, pinggan mangkuk, microwave semua tak boleh digunakan. setakat pinggan mangkuk bolehlah beli sendiri tapi barang lain dia tak benarkan beli. Stay or out kalau tak ikut arahan dia. bagaimana pula dgn sinky yang dibasuh khinzir setiap hari. semua kena samak. terpaksalah saya melilau ditgh2 Roterdam cari tanah untuk bekalan beliau untuk buat samak bila2 perlu.

    Satu masaalah lagi every week tuan rumah buat party mabuk mabuk …

    terpaksalah saya carikan tmpt selamat untuk akhawat ini lepak hujung minggu. Saya jumpa kedutaaan, dan saya diperkenalkan dgn keluarga malaysia yang bertugas di Shell dan student2 indonesia yang faham islam di amsterdam, di utrect dan perkenalkan dgn akhawat ini so adalah tempat dia mengadu jika berlaku kesusahan. Mmg tak leh cari rumah lain kerana dia dah bayar rent setahun mengikut perjanjian.

    Lama kelamaan saya tgk akahwat ini semakin berdikari dan tidak lagi call saya untuk minta bantuan hantar dia here and there Makin kuat jiwa dan hatinya bertarung dengan ujian ujian Allah. kalau ada pun call saya cuma minta carikan tanah untuk menyamak pinggan mangkuknya ( x tahu masa bila dia samak, agaknya waktu tuan rumah tak ada)

    Sebelum pulang ke Msia selepas 6 bulan dia menghantar saya ke airport bersama kawanya seorang student indonesia. Mengucapkan terima kasih yang tak terhingga atas bantuan saya.

    Kali kedua saya ke Rotterdam tahun berikut saya tidak dapat berjumpa akhawat ini dan melalui kedutaan saya dapat tahu dia dpt menghabiskan Masternya dalam 1 tahun instead of 2 tahun …tak tahu macam mana dia boleh buat cam tu … X dpt hubungi dia kerana email saya kena hackers … Cuma saya dapat tahu skrag ni beliau bertugas sebagai pengarah di teknology kesihatan di Putrajaya ….

    Buat adik2 pelajar , sekiranya kita ingat kita susah dan tak boleh hadapinya ingatlah bahawa ada orang yang lebih sukar dari kita ….

    moga moga jadi panduan insyaalah.

    10mgTar said:
    March 21, 2009 at 6:36 pm

    impressive..dgn master leh naik pengarah…indeed impressive!

    a bit of tidbits:-

    1. err..klu master with courses a.k.a attending classes memg ler 1 year/2years…sbb tu byk yg x brani/xde interest nk wat master with full time research.

    [oh..sy dulu wat master with full time research dgn turkish.]

    2. senior colleague sy, assoc. prof. doc. br je naik pengarah. my mentor, prof doc(full profship) jadi ketua pengarah….additional – fullprof is higher than datuk/dato’.

    3. mcm2 kisah sbnrnya ms memula sy dtg uk..nk cite pun meluat..sbb yg betul2 care (tolong dr a to z) sy pun bknlah sebangsa/seagama dgn sy….so, kisah individu tu unik…

    4. tulis lah apa2 nk tulis.
    Sy browse blog2 dakwah for some reasons. Akn tiba ms, sy stop browsing.

    Nowadays, blog is turning into a ‘virtual court’ / ‘virtual judge’, which is weird…and big lawak jenaka. As for me, i see the output given by Allah as an indicator of verdict upon any occasion. I can’t trust every single word/dramatic speech/pious appearance, can I?

    ***Are we becoming more opinionated or dumber?
    Percaya tulisan2 blog/pemakaian individu/cakap berdegar2 melebihi percaya pada keizinan Allah kah?*** – my 1cent wonder…

    10mgTar said:
    March 21, 2009 at 10:22 pm

    Lupa…

    To the author herself:

    For the upcoming exam: = I’m quite aware that you’re more aware of what have you contributed through effort in making your dream comes true. After so many ups and downs, I am honestly clueless about a greeting part. Nevertheless, always remember your parents…their sweat, their sacrifice.

    Most PhD students like me, our exam is every week. Weekly multi – tasks. I’ll get a ‘special’ price if…alah…xyah citelah. Ada juga yang tak ada meeting mingguan, e.g. your hsemt. Ada juga banyak ‘penipu’ dlm menempah kejayaaan (upah org buat keje)- semata2 nk nama naik cepat. Present poster je, tp ckp kat semua org present paper [ hope u know what i mean]…Xpe, Allah is counting every single bit…..

    Nothing beats a title but an honest heart.
    Remember your parents…their sweat, their sacrifice. Take care of yourself.

    hafiz abdul said:
    March 22, 2009 at 1:52 am

    aslkm terimakasih untuk panduan sebelum tidor.kekadang ilham tak datang untuk menulis kekadang datang ilham yg sama jer tu lah kelemahan kita yang belum lagi mendapat ilmu2 ilham.sbb tu dalam hadis ada memberi tahu disetiap AWAL KURUN akan datang mujaddid yang akan memperbaharui urusan hidup diwaktu itu.bukan kah sekarang ni awal kurun dan seorang mujaddid itu ilmu/penghayatan/amal dan perjuangan nya mesti lah yang global sesuai dengan zaman tapi masih dalam lingkungan syariat jadi ambil lah mereka sebagai panduan untuk meneruskan apa yang kita perjuangkan supaya perjuangan kita tak tersasar dari yang tuhan kehendaki kerana perjuangan ini milik tuhan

    ru said:
    November 16, 2009 at 7:48 am

    Saya tertarik dengan hadis Aishah tadi, tapi ada kemusykilan sikit.. Boleh tak pastikan siapa yg meriwayatkan hadis ni, Imam Bukhari ke, Muslim, Ahmad, Ibnu Hibban ke atau sebagainya. dan adkah hadis ni sahih.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s