Kerana aku mencintaimu sepenuh hatiku…

Posted on Updated on

Buat adikku yang dikasihi kerana Allah..

seringkali ku tersenyum tiap kali kau menintakan lafaz cinta dan kasih..

Sungguh, sedalam mana kau mencintaiku, tentu kasihku pada mu seluas lautan tak bertepi, sedalam lautan tak berdasar,

namun ku tak betah menuturkannya di depanmu duhai dindaku..

apatah lagi membalas jawapan kasihmu itu..

kerana seringkali aku takut…

aku takut disaat aku menuturkan lafaz cinta itu..

aku tidak mampu melepaskan dikau pergi dari hidupku..

kerana…

diari seorang murabbi itu…

anak-anaknya datang dan pergi…

ada yang tidak akan ditemuinya berkurun lama..

ada yang akan terus hanyut dibuai lautan dunia penuh badai..

ada yang masih terus bersama, namun berada di bawah teduhan murabbi lain pula…

seringkali jalan ini mengajarku untuk berkasih seadanya, mencintai semampunya…

kerana kepahitan di saat berpisah itu terasa kesat dihati ini dan air mata yang mengirirnya tidak mampu ditanggung oleh seberkas hati kecil ini…

cukuplah cinta ini bermuara di hatiku tanpa ucapan..

biarlah senyumanku, tawaku, dan keprihatinanku padamu melukiskan kasihku yang dalam padamu…

Dikaulah lilin yang menerangi hari suramku adikku,

dikaulah pengejut jiwa yang terkadang mengantuk ini,

dikaulah penolak hati di kala di diri ini lemah…

Dan aku menyintaimu sepenuh hatiku..

Duhai buah hatiku yang rindui atas cintaNya…

di saban waktu…

Buat adik2 kesayanganku, di mana sahaja antunna berada,

Akak..

Advertisements

2 thoughts on “Kerana aku mencintaimu sepenuh hatiku…

    aizadiha said:
    March 21, 2009 at 10:40 pm

    akak…?

    terkedu ye kak.
    =)

    buat kakak kesayanganku di mana jua anti berada…
    saya…………………

    ='(
    =’)

    muharrikdaie said:
    April 4, 2009 at 11:55 am

    Kita sering menuangkan cinta yang terkadang tidak dapat membezakan, lantas cinta itu menjadi kosong dan lemah dan hanya hidup dihati dan tidak membawa kepada misi ….

    Dalam cinta biasa, kita hanya mengisi waktu dengan cerita, mengenang itu dan ini, kemana cinta berakhir disaat tiada akhir…cinta tidak memerlukan kata, kerana ia adalah gelombang makna makna. Cinta membuat makna makna itu jadi jauh lebih nyata dari rakaman jiwa kita.

    Tidak semua kata cinta lahir dari cinta, sebab tidak semua yang terkata datang dari jiwa. Mungkin dan mungkin sekadar lintasan perasaan dan luahan hati yang tidak berakar dan berumbi yang terbit dari hati …atau hanya respon sedetik yang hanya perhiasan yang melukakan perasaan ….yang membuatkan orang lain mengharapkan.

    Kita bukan penyair yang disebut dalam Quran:

    ” Dan para penyair itu, diikuti org org pendusta …tidakkah kamu lihat bagaimana mereka mengembara tanpa arah disetiap lembah …dan mereka mengatakan apa yang tidak mereka kerjakan.” ( QS Syuara: 224-226 )

    Inilah metafora ttg tidak kejujuran ttg jiwa yang sakit.

    Cinta misi tidak sama dengan cinta yang lekat dihati disulam perasaan dan menjadi terlalu peribadi sehingga membuahkan kesedihan yang tiada berpenghujung …

    Cinta misi meredhai segalanya. Pertemuan, perpisahan menjadi suatu yang mesti.

    Cinta agung seorang manusia ketika Rasullulah menyanjung Khatijah ketika Aisyah bertanya mencemburui Khatijah! rasullulah menjawab;

    ” Dia beriman ketika semua orang kafir, Dia mengorbankan harta ketika semua orang menahannya, Dia memberi ku anak anak”. Pengakuan jujur yang abadi bukan sekadar bait bait puisi …cinta yang berkembang jadi kata yg tak sempat disampaikan pada sang kekasih. Amat dalam kerana ia lahir dari rahim cinta sejati.Kaget dan terkedu si Aisyah.

    Cinta itu misi dan punya hirarki!

    ” Aku menyintaimu wahai Rasullulah melebihi cinta ku pada yang lain kecuali pada diri aku” Umar merasakan sudah cukup cinta itu. Tidak Umar! Jawab Rasullulah. Sampai aku lebih kamu cintai dari dirimu!

    Inilah hirakinya.

    Cinta misi berawal dan berujung pada yang satu. Allah menjadi awal dah akhir dari semua cinta. maka cinta pada Allah harus turun pada cinta pada Rasulnya. Tapi cinta pada Rasul mengharuskan kita mencintai semua manusia yang beriman kepadanya.

    Sekadar itukah? Masih ada lagi …

    Cinta pada orang beriman mengharuskan kita mencintai ” pekerjaan” yang mendekatkan kita pada Allah dan Rasulnya. harus turun pada orang dan pekerjaannya.

    Apakah pekerjaannya?

    Dakwah dan semua amal soleh. dan itulah jawapannya. begitulah AlMursyid Hasan AlBanna memaknai cinta dan dakwah.

    Begitulah Hirarkinya.

    Mudahkah menghantar cinta ini?

    Tidak mudah, memang! Tapi inilah sumber keharmonisan jiwa manusia.

    Emosi kita persis anak anak sungai yang mengalir sendiri sendiri, pada mulanya menyatu dihulu, lalu nampak terpancar ditengah lalu bertemu dimuara.

    …sekiranya kita benar dengan kata ….benar dengan cinta ….pasti kita bertemu dihujung syurga ….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s