Di satu malam yang panjang…

Posted on

Dakwah ini hanya menjanjikan kemanisan jika kita benar-benar berjuang untuknya dan kerananya…

Di saat-saat kesukaran itulah kita akan dituntut untuk bersabar.. untuk benar-benar melepaskan kesenangan tubuh badan dan anggota yang kita ada…

Tentu perjalanan selama sejam dari M’boro ke Leeds takkan terbanding dengan perjalanan dari Dundee ke Durham, ataupun glasgow ke manchester, ataupun perjalanan kami dari Manchester ke Aberdeen pada satu masa yang lampau dahulu..

dan perjalanan itu mengambil masa 8 jam, dan tentunya hanyalah untuk mendengar sesuap pengisian selama 3 jam!

tentu di saat aku bersama permata-permata dakwah di Leeds, aku meragui keikhlasan dan pengorbananku di saat aku berpergian itu.. Terkadang aku rasa teramat mudah pula perjalananku itu.. tiadanya cabaran yang mempu membersihkan niat dan juga hatiku di saat berbicara dengan hatiku..

Dari Middlesbrough ke Stockton turut mengambil masa 15 minit, sedangkan dahulu dari Dundee ke Aberdeen berjumpa adik kesayangan mengambil masa sejam suku, dan untuk ke Birmingham untuk ke daurah dan bertemu adik kesayangan mengambil masa 6 jam!

Sering tarbiyah saffariyah mengajar kesufian hati dan menjadikan hati ini bening dalam meneliti asma-asma Allah di balik ciptaanNya..

di samping itu perjalanan yang lama itu menjanjikan waktu yang eksklusif bagiku berguru dengan ustazku menerusi siaran mp3 dari corong radioku.. Dan tentu perkara ini tidak sempat kulakukan jika perjalananku amat pendek cuma.

Dan Allah pasti mahu mengajar aku sesuatu.. Di saat kesenangan itu tiba, tidak sama sekali semangat itu perlu luntur, malah tidak boleh sesaat pun jiwa ini malap dalam menerangi hati manusia lain..

Duhai dia yang kurindui saban waktu menemaniku dalam tarbiyah safariyah kita..

sungguh di waktu malam hari di saatku pulang, pada pagi2 buta yang gelap dan hitam petang, aku menginginkan dikau merasainya bersamaku.. merasai nikmatnya rasa iman dan faham islam itu..

nikmatnya berkongsi rasa tahu dan faham ini pada mereka yang berada di samping kita di dalam perjalanan itu…

nikmatnya apabila berkongsi cerita bagaimana detik-detik bermulanya kita menghirup cahaya hidayah itu., di balik suara nasyid yang berkumandang…..

nikmatnya berkongsi bebanan dakwah ini, dan merasai melimpahnya kasih antara kita…

tentu pengalaman itu bukan buah bicara manusia biasa, namun hanya buat mereka yang melaluinya sahaja…

aku merindui detik2 itu bersamamu duhai dinda…. kerana detik itu manis dan mengasyikkan sekali….

PS: moga allah mudahkan urusan dalam exam… dan perjuangan lainnya… selepas itu, faiza faraghtafansab! wa ila rabbika farghab!

Advertisements

4 thoughts on “Di satu malam yang panjang…

    muzakkir said:
    March 17, 2009 at 11:12 am

    salam alaik..
    dah nak walimah ke ukhti?
    mabruk

    muharikah responded:
    March 18, 2009 at 12:15 am

    salam…

    errkk… ada bau2 nak walimah ke? ni entry utk adik mutarabbi saya…hehe… dah lama tak jumpa dia… πŸ™‚

    muzakkir said:
    March 18, 2009 at 5:56 pm

    owh..m.mf salah sangka..
    haha,tu 1st post comment here..
    sebelum ni pembaca senyaaap je..
    terasa nk bg komen “sebelum mata terlena”

    drmuthiah said:
    March 24, 2009 at 4:04 pm

    haha
    dinda vs kanda

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s