ternyata perjalanan ini masih jauh

Posted on Updated on

salam,

membaca blog2 rakan saya yang terlibat dalam dakwah dalam lapangan berbeza mendetakkan hati saya…

sungguh perjalanan hidup di dunia ini sangat panjang..

terkadang apabile diri ini berkeluh kesah akan masalah yang kecil di sini, rupanya dalam ruangan dunia yang sebenar,ada masalah lebih besar lagi!

saya melihat rakan sebaya saya, yang telah mempunyai keluarga yang ramai, mempunyai kedudukan kerjaya yang stabil, mempunyai dinamisme yang melonjak, dalam usia sebaya saya.. namun saya melihat diri sendiri, dan ternyata terlalu banyak kekurangan yang saya ada!

tentu terdetik sedikit kesedaran di hati saya berdasarkan iman ini… ternyata saya berada dalam dunia yang kecil, dan skop yang kecil pula.. dan terkadang dalam kita berada dalam zon selesa ini, kita tidak mampu melihat, ada dunia yang lebih besar yang perlu kita sama2 terokai dan merasai sebenarnya masalah kita hadapi tak ada apa sebenarnya…

cabaran bagi generasi zaman kita ini adalah untuk menghubung jalinkan hati, merapatkan saff, serta berlapang dada untuk bekerjasama menaikkan islam, walaupun dari sudut kepakaran kita masing2 yang berbeza..

jalan-jalan ukhuwah:

Ako Anfal – rakan seusrah, juga bekas murabbi

Abu Marwan – teman sekelas dan seperjuangan.

niknazmi– beliau membuatkan saya bercita-cita menjadi ahli parlimen dalam masa beberapa tahun akan datang.. walaupun adik2 usrah saya tak nak saya involve dengan politik!Naqib saya kata, kalau faham kenapa nak kene jadi pemimpin rakyat, baru boleh masuk politik. saya rasa , saya kene khatam dahulu tafsir fi zilal Quran, kena benar2 hadam buku2 fiqh dakwah, kene betul2 kental amal fardhi, barulah boleh berani mati terjun dalam lapangan yang membuatkan ramai tersungkur jatuh di dunia ini….

itu sahaja episod hari ini.. ada gambar2 best dari middlesbrough ini akan saya kongsikan disini ya..

…mana tahu esok lusa saya masuk blog orang lain, mendapat bahana dan ilham lain pula!

tentu perjalanan ini masih jauh, tak setakat di sini.. tak setakat hidup penuh studi.. ada dunia lebih besar. .. lebih jauh.. dan lebih panjang…

Advertisements

One thought on “ternyata perjalanan ini masih jauh

    muharrikdaie said:
    March 14, 2009 at 8:22 pm

    ….terpanggil untuk berkongsi rasa … mmg terkadang kita merasa diri kita kerdil dibanding dengan kawan kawan yang dah berjaya dengan kerjaya masing masing …. apalagi bagi kawan2 yang dah jadi wakil rakyat dan dikenali serta dah famous … makin terasa lah kekurangan diri.

    memang kita tidak cemburui mereka tapi kita banyak mengajukan soalan kepada diri, ” kenapa aku tak boleh jadi begitu dan begini dan dan dapat memberi sumbangan kepada masyarakat dan ummah sedangkan aku mampu untuk berbuat begitu seperti mereka?” Itulah senario diri kita yang amat dahaga untuk jadi figur ditengah masyarakat. Apakah itu sebaiknya? Itulah pilihan Allah sebenarnya!

    Tahukah kita terkadang populariti itu juga merupakan musibah jika amanah dan tanggungjawab tidak dijaga. Makin famous kita disisi manusia makin banyak perkara yang wajib kita jaga untuk mengelakan kemurkaan Allah.

    Penjagaan social dalam bentuk amanah, penjagaan diri dalam bentuk riya’ takabur dan sifat sifat mazmumah yang lain dan begitu juga penjagaan dlm perhubungan dengan Allah yg semakin banyak kita gali semakin kita nun jauh disana ….

    sekiranya kita imbas kembali Isra’ wal mikraj …tidak terpikul kita kayu api itu yang diletakan keatas kita tiada putus putus beribu ribu tahun ….

    Seandainya kita tahu, kita akan berkata pada Allah” Cukup lah amanah ini! tak tertanggung rasanya kiranya aku dihisab dihadapanMu’ Memang benar, setiap kita dilahirkan dengan amanah yang berupa semulajadi. Fitrah. Amanah Dakwah. Amanah yang ditolak oleh setiap makhluk dibumi ini …

    Ada yang melihat skop dakwah ini kecil kerana kita melihatnya dari sudut bumi dan tidak melihatnya dari sudut langit …..maka akan hilanglah naluri dan kesufian kita untuk mencintai langit. Maka akan menjauhlah ruh kita dari langit dan mendekat kebumi sehingga apabila nyawa dijemput kelangit kita sukar untuk pergi kerana cinta kita terlekat dibumi …

    kekadang kita meninggalkan amanah fitrah ini untuk mengerjakan amanah amanah yang berbentuk manusiawi, berbentuk bumi dan meninggalkan amanah langit yang maha hebat ….

    cukuplah kita bersyukur … dengan amanah dakwah ini, Allah datangkan kita dengan alfahmu, dgn jamaah dan dihias kita dgn tarbiyah dan diperindahkannya lagi dgn ikhwah/akhawat sebagai teman perjalanan, saling memimpin untuk menuju perjalanan yang jauh ….

    Penutup bicara ….biarlah kita tidak terkenal didunia asalkan kita terkenal dilangit disamping rakyat rakyat dialam malakut yang sentiasa mendoakan kita mendapat redhaNya …

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s