teori kepercayaan karut..

Posted on Updated on

Penah mendengar theory perubahan karut? Very simple:

1. Duduk dalam liqa’. Harapkan keajaiban berlaku pada diri sendiri. Berharap naqib dapat menjampi mentera agar diri kita berubah.
2. hanya jampian ustadz paling mujarab. Segala nasihat mesti dari insan bernama ustadz baru mampu memberi kesan di hati.
3. Dauroh dan usrah memberikan bekalan mencukupi untuk sepanajng hidup. Datang dauroh dan usrah, confirm x buat maksiat. confirm amal meningkat

memang mencabar membawa adik2 baru, dari yang dah lama dalam tarbiyah… memang tahap inilah kesabaran, pengorbanan dan doa sangat2 menjadi bekalan dan teman…

perlu mengajar mereka, naqibah tak boleh berikan segalanya melainkan merekalah yang ingin berubah dan mahu diubah terlebih dahulu…..

ya allah ampunilah kekhilafanku dalam mendidik mereka…. banyaknya kelemahanku… 😦

Advertisements

One thought on “teori kepercayaan karut..

    muharrikdaie said:
    March 7, 2009 at 8:19 pm

    Pembaca yang dirahmati Allah …

    Just utk refresh kefahaman yg telah dilupai …

    Mentarbiyah dan menghirup tarbiyah adalah sesuatu yang sukar. Disukarkan lagi apabila murabbi tidak memiliki kesolehan dan tidak menitik beratkan kesufian dalam merentasi kehidupan harian kerana kunci utama peningkatan kesolihan mutarabbi terletak dipundak murabbi yang soleh dan akrab hubungannya dengan Allah dan hubungan inilah yang membantu mengakrabkan hubungan murabbi dgn mutarabbi untuk melahirkan taat dan thiqah terhadap qiyadah.

    Begitu juga kepada mutarabbi, perlu memiliki kekuatan jiwa dan kehendak dan dzatiyah yang tinggi supaya tidak terlalu bersandarkan kepada murabbi kerana murabbi hanyalah manusia biasa tidak punya lampu alladin dan tongkat nenek kebayan untuk mengubah!Hanya yang ada adalah kelebihan dari segi pengalaman dan kematangan.

    Tarbiyah merupakan wahyu yang diterjemahkan, tarbiyah merupakan sunnah dan tarbiyah juga merupakan air ruhani untuk kita menyucikan ruh ruh yang mutannajis dan mustakmal.

    Oleh itu jgn kita anggap tarbiyah/ usrah, daurah dll sebagai satu penyeksaan kerana ianya satu keperluan seperti kehidupan yang memerlukan air.

    Kita berada dlm tarbiyah selain tuntutan adalah ingin menjadi soleh muslih ( mensolehkan org lain ) dan inilah buah yang amat kita harapkan dari proses tarbiyah yang dijalani. Dan ini memerlukan mujahadah yang tinggi. Ianya tidak bersifat ” Kun fa ya kun ”

    Jika kefahaman ini dapat sama2 kita terapkan Insyaalah sekali pun lama proses ini tapi akan menatijahkan ” MURABBI SOLEH DAN HALAQAH MUNTIJAH

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s