tarikan dunia

Buat anda semua yang saya kasihi kerana Allah…

kaget terkadang bila saya menulis kepada manusia yang saya tidak tahu entah siapa..

adakah apa yang diungkapkan ini bakal difahami..

atau bakal disangkal..

atau tidak beroleh apa-apa sahaja…

namun seperti mana yang sentiasa dinasihati oleh ramai pembacaku..

kongsilah seceduk pengalaman kerana kita takkan tahu bilakah pengalaman itu bermanfaat buat manusia lainnya.

Dalam kita mengharungi perjalanan kita menuju negeri abadi yang sering kita lupakan ini…

tidak dapat tidak kita pasti bertarung antara tarikan iman dan juga syaitan yang menghiasi hawa kita.

فَأَلۡهَمَهَا فُجُورَهَا وَتَقۡوَٮٰهَا (٨) قَدۡ أَفۡلَحَ مَن زَكَّٮٰهَا (٩) وَقَدۡ خَابَ مَن دَسَّٮٰهَا

Dilihamkan manusia itu dua jalan, jalan kejahatan dan ketaqwaan. Sesungguhnya beruntunglah orang yang membersihkannya. Dan celakalah orang yang mengotorinya. ( asy-syams 8-10)

Ujiannya adalah apabila kita perlu mempertahankan iman ini dibelakang manusia. Di saat kita berseorangan. Adakah keintiman kita pada Allah lebih baik ketika bersendirian dari keramaian.

Tidak dinafikan faktor suasana dan rakan-rakan sangat membantu untuk membina tahap keimanan dan amalan kita pada Allah.

Tetapi keikhlasan kita akan teruji tatkala kita perlu mempertahankan amalan kita di saat kita berseorangan di kamar. Dan di saat itu hakikat keimanan kita pasti akan teruji.

إِنَّ ٱلۡمُنَـٰفِقِينَ يُخَـٰدِعُونَ ٱللَّهَ وَهُوَ خَـٰدِعُهُمۡ وَإِذَا قَامُوٓاْ إِلَى ٱلصَّلَوٰةِ قَامُواْ كُسَالَىٰ يُرَآءُونَ ٱلنَّاسَ وَلَا يَذۡكُرُونَ ٱللَّهَ إِلَّا قَلِيلاً۬
Sesungguhnya orang-orang munafik itu melakukan tipu daya Allah dan Allah pula tetap membalas tipu daya mereka (dengan membiarkan mereka dalam keadaan munafik). Mereka pula apabila berdiri hendak sembahyang, mereka berdiri dengan malas. Mereka (hanya bertujuan) riak kepada manusia dan mereka pula tidak mengingati Allah melainkan sedikit sekali ( An-Nisa: 142)

pernah tak terfikir, adakah iman ini munafik? ataupun kita yang malas?

Perkara yang paling sukar untuk ditentang adalah nafsu kita sendiri.

Seperti mana Rasulullah di saat pulangnya perang Badar dan umat Islam memperolehi harta rampasan yang banyak, baginda berkata,

‘Kita telah pulang dari peperangan kecil menuju peperangan lebih besar.’

Bila ditanya para sahabat, baginda berkata; itulah dia peperangan melawan hawa nafsu…

Golongan kita tak ramai.

Jika kita melihat golongan manusia yang beriltizam dan sanggup berkorban demi tsabat di atas jalan Islam ini tidak ramai.

Berapa ramai sahaja yang tahu pasal Islam.
Dalam ramai-ramai itu, berapa ramai yang benar-benar faham.
Dalam yang faham itu, berapa ramai yang mengamalkannya.
Dalam yang beramal, berapa ramai yang ikhlas.
Dalam yang ikhlas itu, berapa ramai yang iltizam dengannya.

Sebab itu kita lihat, lebih ramai daie di Malaysia lebih larut dengan dunia daripada larut dalam dakwah yang sangat penuh pengorbanan dan pancaroba.

Mungkin itulah yang ditakuti saudaraku disaat dia melihat aku bermewah-mewahan di kala ini.

Entah, aku sendiri tidak mengerti perasaanku sendiri.

Memang impianku untuk memiliki kemewahan yang meluas. Sehinggakan aku hanya boleh ke mana sahaja aku mahu untuk menyeru manusia dan tidak perlu risaukan wang yang makin susut di bank.

WAlaupun aku sedar abdul rahman bin auf sendiri merangkak dititian sirat…

aku sendiri tak pasti adakah aku mahu menjadi sebegitu..

Atau menjadi orang biasa dan akhirnya terpaksa bekerja keras hanya untuk sustain kehidupanku.

Namun kusedar, dia melihat penyakit-penyakit hawa dalam diriku.

Yang sukakan barangan bagus. Yang mewah. Walaupun aku boleh memilih yang lebih sederhana harganya.

Aku pula memandang dari perspektif berbeza, aku mahu biasakan diriku dengan kemewahan ini hanya kerana aku tidak mahu terikat dengannya apabila aku telah memiliki wangku sendiri.

Aku sudah menikmati kesemuanya.. kereta, cermin mata, baju, kasut, hand bag, kamera, ipod…

Kesemua barangan itu tak pernah aku bermimpi memilikinya sebelum dua tahun lepas.

Dua tahun lepas apabila Allah murahkan rezeki buat keluargaku, dan alhamdulillah, rezeki itu sampai sekrang tidak pernah putus-putus.

Dahulu, sewaktu menjadi editor majalah bulanan sekolah al-amin, aku terpaksa menggunakan mesin taip( ya , mesin taip!). Aku terpaksa tidur di sekolah berhari-hari meminjam komputer sekolah yang agak lambat itu.

Hanya kerana kami tak mampu beli komputer!

Pakaian sekolahku yang sudah cabik rabik terpaksa digunakan berulang kali tanpa bertukar. Sehinggalah kasut sekolahku yang terkoyak menampakkan stokin putihku terpaksa aku pertahankan hingga ke akhir tahun.

Memang kami pernah mengalami saat kesusahan. Di kala semua sahabatku mampu membeli apa sahaja, aku bertawakal dengan duit 2 ringgit bapaku berikan.

Memang nak beli apa sahaja perlu berjimat.

Sehinggalah aku masih ingat di tahun kesusahan kami di mana elaun scholarshipku terputus, aku hanya pasrah dengan wang bekalan ibuku 250 pound sebulan. Aku berjalan kaki 40 minit setiap hari ke universiti. Aku menangis sepanjang waktu kerana menyusahkan ibu dan ayahku.

Dan ibuku sering mengingatkan aku akan tahun di mana ketika itu, kami semua tak mampu beli baju baru pun.

Untuk pengurus besar seperti dia yang tak memiliki baju baru untuk ke pejabat adalah satu yang mengaibkan!

Dan aku memahami perkara dan kesusahan itu.

Setiap kali ke program, aku akan luangkan 5 jam untuk mencari tiket paling murah di dunia.(huhuh) bantuan akhawat tak pernah putus-putus datang, sehingga aku tak pernah pun tinggalkan program yang perlu aku hadiri.

Alhamdulillah.Zaman itu telah berlalu. Dan Allah kurniakan ganjaran yang sangat besar buat kami.

Dan tahun ini Allah kurniakan Talhah buatku.

Manusia sangat kagum ketika aku memandunya. Mereka jengkel mengapa aku boleh memiliki kereta semewah itu.

Dan aku adalah seorang daie.

Bukan patutnya seorang daie itu miskin? Dan perlu infakkan hartanya pada jemaah dan ummah? Mana boleh dia simpan duit banyak-banyak?

Hehehe… aku pernah meminta ibuku kereta Honda Civic, tapi memang harganya sama sahaja dengan Talhah.

Apabila aku memiliki Talhah, aku sendiri mengatakan pada diriku, tiada lagi kemaafan jika aku tidak mampu untuk menziarahi anak-anak usrahku. Tiada lagi kemaafan jika aku tak manfaatkan Talhah untuk dakwah.

Dan sehingga kini, aku rasa sudah teruk Talhah dikerjakan. Jika abangku ada di sini, tentu dia akan marah sebab aku tidak menjaga Talhah dengan cermat pun.

Tapi Talhahlah yang menjadi teman dan penjagaku. Walaupun aku tersangat segan membawanya bersama orang yang tak mengenalku dan akan beranggapan perlbagai padaku.

Bezanya ketika aku menaiki Talhah dan Hanzalah, orang masih menghulurkan wang minyak ketika aku menumpangkan Hanzalah.

Tetapi cuma adikku sahaja menghulurkan wang untuk Talhah, hanya kerana dia memahami situasi kewangan orang macam kami, yang wang keluar lebih cepat dari air.

Tak mengapalah. Inilah dia ujian pembersihan hati.

Ketika Talhah terlanggar batu besar…

‘PANGGGGG!!!!’

Badan aku sedikit bergegar tercampak ke hadapan. Aku tahu, jika kereta Wira pasti akan kemek dan perlu dibaiki segera.

Dan aku mendiamkan diri selama 4 jam dalam kereta kerana aku sangat takut Talhah akan tercalar dengan teruk.

Di saat itu Allah melatihku, untuk terus mencabut dunia di hatiku…

Di saat itu aku bayangkan…

Boleh kah aku hidup tanpa kameraku..
tanpa ipodku..
tanpa kasut espritku..
tanpa cermin mata brandedku..
tanpa segala kemewahan..

boleh kah?

insyaallah boleh… sebab aku sudah melalui kesusahan itu satu masa dahulu..

( tukar spec sampai tunggu 2 tahun walaupun dah patah dan calar balar…huhuh)

Dan bila aku lihat, sedikit calar pun Talhah takde… allah Akbar!

sahabatku pernah berkata, terkadang bila kita dah selalu susah, sebab itulah kita nakkan kemewahan.

Tapi barangkali kita pernah susah, kita tak kisah pun untuk bersederhana di saat kemewahan.

Dan walaupun manusia akan menilai luaran kita, namun apa yang terpancar pada hati dan wajah kita itulah yang lebih utama…

itu sahaja perkongsian di hari senja ini…

moga jaga iman selalu!

Advertisements

Author: Muharikah

Dr Aisyah Daie di JalanNya..

10 thoughts on “tarikan dunia”

  1. Akhi wa ukhti fillah………

    Kesusahan dan kesempitan terdahulu bukanlah neon neon hijau untuk kita membalas dendam dalam hidup
    bergermelapan bermewah mewahan setelah Allah membuka pintu pintu dunia untuk kita kerana ini amat menyalahi fitrah hidup sebagai seorang mukmin apalagi sebagai seorang da’i / da’iyah yang memerlukan qudwah hasanah sebagai ciri yang wajib bagi dirinya.

    Memang seandainya kita mengungkapi sejarah kita dan tidak membuka lembaran sejarah orang lain, pasti kita akan rasakan kitalah manusia yang paling susah di alam buana ini lantas syaitan dan nafsu bergabung tenaga untuk mentahkikkan ijtihad kita untuk menggunakan segala rezeki yang soleh itu untuk kita hamburkan tanpa kita menyedari telah merosakan sebahagian akhlaq dan adab sebagai seorang da’i!

    Sebagai da’i, kesufian adalah ruh kita. zuhud adalah peribadi kita. Andainya ruh ini kita sumbat dengan kemewahan …bagaimanakah ingin kita membangunkan citra diri dalam meningkatkan energy spiritual untuk bernafas dengan nafas ruhani yang wangi dan segar.

    Maka jadilah kita da’i yang tiada himmah yang serba tidak kena dalam melaksana dakwah dan tarbiyah. Setiap kata kata kita tidak didengari, setiap arahan tidak diikuti, segala nasihat tidak dipeduli dan jadilah usrah kita usrah yang bermasaalah bukan sebagai usrah yang muntijah.

    Tidak salah kita menggunakan harta demi kepentingan diri dan dakwah kerana rasullulah bersabda ” Sebaik baik harta yang solih adalah milik orang yang solih”.

    Zuhudlah kita. Zuhud bukanlah berarti kita tidak boleh menggunakan rezeki yang soleh itu untuk diri dan menggunakan nya untuk membeli barang yang berkualiti untuk melaksanakan dakwah, akan tetapi hakikat zuhud yang sebenarnya adalah penguasaan dunia tanpa mengganggu jiwa. Dunia boleh digenggaman kita tapi tidak boleh melekat dihati kita ….

    Akhi wa ukhti fillah …

    Terlebih baik jadilah kita seperti Mus’ab …. jadilah kita seperti Abdurahman bin Auf ….usman bin affan dan Saad Abi Waqqash. Jika tidak mampu jadilah kita seperti Sufyan AlTsaury, Abdullah AlMubarrak dan ALaits Bin Saat. Kalau tidak mampu jadilah kita seperti kita dan bermujahadahlah semampu mungkin …atau jika tidak mampu juga, jangan sampai kita seperti Thalabah sehingga akhir hidupnya tidak diterima Zakatnya dan mati dalam keadaan yang merugikan …..

    sekadar muhasabah untuk diri sendiri
    Wallahuakalam

  2. wahhh .. bagus awak ni ek muharrikdaie.. ustadz mana ajar awak ek? tknak kongsi ker ustadz tu ngan kitorunk? 😀

  3. muharikah = pendakwah perempuan

    muharikkdaie = pendakwah lelaki

    tul ker??? nama korunk dua ni lebih kurang sama jer.. ape maksudnyer?

  4. salam aisyah

    awak ade masalah suke kemewahan.. rasanye tak la kronik mana..sebab tk melibatkan perasaan org.. errr.. nih sy nk tanye pendpt awak atau sesape kt luar sana yg ade masalah sama.. saya wonder gak lah kot2 sy sorg je ker mcm ni or ade ramai jer yg mcm saye.. hehe

    sy punye problem ialah sy akan rasa meluat yg tk bley nak control if sy terasa org tu spt nk kongkong sy dan it apply to every single human around me inclusive my parents n siblings.. Sy mmg fobia sgt2 ngan kena kongkong ni.. so kalau ngan kawan2 pun tk bley slalu jumpa.. duduk seumah mmg konfem tk bley.. nanti perasaan meluat akan dtg ngan sendiri dan mmg tk bley nk control.. kalau sy tk jauhkan diri.. mmg sedikit sebyk org tu akan terkena punyer.. tapi utk bab ni bukan pasal kongkong lar tapi ntah.. kalau lebih dr 3 hari ngan org yg sama.. sy akan rasa rimas.. tapi bende ni tk kekal lar.. lepas sy jauhkan diri..perasaan tu akan hilang. tapi mcm tadi.. sy saje balik mlm dgn harapan tk bertembung ngan parents sy sebab minggu lepas diorg dh mai.. tetiba minggu ni mai lagi..so walaupun sy tk pasti pasai apa diorg mai.. tapi sy dh terasa mcm diorg nk check sy jer.. so sy balik terus masuk bilik tanpa menyapa diorg.. mak sy tanye dh makan blom pun.. sy sekadar ckp ‘dah’ tanpa melihat pun kt diorg.. sy mmg rasa sgt2 bersalah ni dan berdosa tapi perasaan meluat mengatasi segala2nyer… Owh tapi jgn salah paham.. mmg sy sgt syg pd org2 yg sy meluat ni.. famili dan kengkawan.. tapi still perasaan tu mai dlm situasi2 spt yg sy cerite kt atas…. ngan kengkawan sy tk rasa dosa sgt tapi ngan parents mmg sy rasa kesian dan sgt2 berdosa.. camner ni syah??? eh sorry.. ngan kengkawan pun rasa bersalah dan berdosa.. baru tersedar..tadi tulis tanpa berpikir 😦

  5. Salam sis yang dihormati
    ( Tak tersampai dihati untuk memanggil hantu penanggal atau hantu tertanggal) Kalau ada nama lain kan bagus.

    Nak jawab soalan 1.

    Siapa siapa saja yang berminat dengan islam itu bagus termasuk sis lah!

    Saya banyak belajar ngan ramai ustadz dan semua ustadz2 ni hebat2 dan tak tahu mana satu yang terlebih hebat dan kalau sis nak kongsi …. rajin rajinlah pergi masjid dengar kuliyyah dan beramal apa yang termampu!

    Kebagusan manusia itu tidak terletak pada tulisan dan kata katanya melainkan berapa banyak ianya dapat memberi menfaat dan cahaya islam pada manusia lain. kekadang tulisan dan kata katanya juga menjadi malapetaka dalam hidupnya diakhirat sekiranya dia tidak beramal ….

    Soalan ke 2

    Muharrik ini maknanya lebih kurang dalam bahasa melayu bergerak. ( Saya tak pandai bahasa arab sangat)

    Muharikah = perempuan yang bergerak
    Muharrik = lelaki yang bergerak

    ~Dalam kontek dakwah bolehlah diterjemahkah sebagai pendakwah yang sentiasa bergerak kerana kalau kita tak bergerak dakwah tak kan berkembang.

    ~ Nama pena saya Muharrikdaie : tujuannya adalah untuk memotivasikan saya untuk bergerak sebagai daie yang kerdil dan kecil yang bergerak dan saya terus akan terbang bergerak seperti burung hud hud dalam kisah Nabi Sulaiman dari satu blog ke satu blog jika diizinkan pembaca dan yang empunya blog untuk menyampaikan pandangan dan fikrah saya dan dan diluar sana saya bergerak menyumbang tenaga dan kemampuan dalam apa pun kerja kebajikan dan dakwah yang saya rasa itulah saja yang saya mampu lakukan untuk deen Allah ini.

    Nama yang hampir sama dengan yang empunya blog ini adalah secara kebetulan sahaja. Cumanya mungkin ada persamaan dari citarasa dakwah dan persamaan fikrah dan citarasa ini juga saya rasa wujud dalam setiap diri pembaca dan pengunjung blog ini.

    Oklah sis. Terima kasih dan saya harap jika ada tulisan saya yang boleh dimenfaatkan beramallah! Sekurang2 nya tak penat saya tulis dan dapat diamalkan oleh orang lain dan sedikit sebanyak cucuran pahala itu dapat mengalir dalam catatan Allah untuk saya …

    Lastly saya syorkan nama pena sis di shortformkan menjadi Han…ggal. Yang Muaahaaa maintainlah! Ok tak?

  6. hehe .. hantu penanggal sy ambik nick tu sebab masa br balik dr mesia ari tu, sy gi balik kampung dan gi kubur.. tuh kali kedua sy gi kubur kot selepas kali pertama tahun 2000. disebabkan sy ni jenis tk ikot pantang larang owang tua2.. sy redah masuk hutan kebun pokok getah sorg diri ari tu di waktu senja ikot short-cut ke kubur makcik sy. sy tk tgk jam masalahnyer.. so tk perasan masa tu dh nk dekat senja. dh tentu masa nak balik ari dh nak gelap. masa sy jalan ari tu.. sy nampak ade mcm lampu kt sebelah kiri sy tapi agak sayup2 lar.. lampu yg kemerah2an dan bergerak seolah2 mengikot sy.. sy berenti dia pun berenti.. takut mmg tak bley nak kate lar kan TAPI sy tatau pun itu hantu.. sy mati2 ingat org jahat nak rogol ker nak bunuh TAPI mengikot kata ayah sy yg pernah duduk di kawasan tu masa dia kecik2.. tu ialah hantu penanggal sebab dia pun pernah nampak gak…. so masa buat nick tuh sy teringat pd hantu tu ..hehe..

    but yes.. sy mmg sedang membahagi masa utk gi masjid dgr kuliyah tapi pd masa yg sama nk gi jumpa sorg ustazah ni jugak ajar pasal agama tapi blom jumpa lagi. sy kena assess dulu ustazah ni takut2 dpt ajaran sesat plak.. hehe..

  7. kak kacang puteh,

    boleh faham masalah akak…
    saya rasa boleh kot cam cek secara psychologynya nape jadi camtu…

    lagi satu cam kadang2 benda tu hasutan syaitan je nak porak perandakan hubungan kita dengan manusia lain…

    tapi kalau kita nak baik dengan manusia ini, hubungan dengan allah ( hablu minallah ) tu kene kuat .. sebab allah akan lapangkan hati kite unutk manusia lainnya…
    tapi kalau hati kita sempit.. sebab tu jemu kot…

    wallahualam…

    lagi satu, kene cari benda2 fun untuk dibuat bersama dengan orang kita buat tu… dengan itu insyaallah takdelah rasa boring…

    pasal dengan paretns tu.. cam biasa je ramai rasa camtu… sebab parents kita kan… tapi cam kene istighfar banyak2 dan try tepis hasutan syaitan tu… dan tundukkan keegoan.. cam kene rasa diri ini lebih hina dari semut… so kita takkan lebihkan perasaan kita banding dengan orang lain…. huhuhuh….

  8. owh ye ker?? so hati sy sempit la ni sebab senang jemu ngan manusia? mmmm.. agaknye sy kena carik jin pulak utk berkwn.. maybe jin tk menjemukan sebab dia bley buat mcm2 .. kih kih kih

    okay2.. sy akan cuba naikkan lagi amalan ibadat sy.. 🙂

    tapi betul kot ape awak ckp tu.. sebab biler sy solat selepas bende tu berlaku.. hati mmg jadik lembut sikit dan sy jadik rasa kesian sgt2 kt mak sy.. 😦

    thanks for the advise! 😉

  9. wahhhh … i have finally found my ICON!!! this is what i’ve been waiting for!! will stick to this one!! warna hijau pulak tu!! 😀

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s