Hidup ini panjang dan berliku.

Posted on

Target pembaca: Semua

Maaf pada kak peter pan tak sempat jumpa akak… insyaallah kita akan berjumpa di masa akan datang.

Blog ini telah mendapat tumpuan dari pelbagai pihak, terutama selepas keluarnya sajak saya di IKIM itu. Saya merasa bersyukur dan terkadang merasai bimbang jika banyaknya artikel saya di dalam ini yang tidak dapat difahami oleh sesetengah pihak.

Namun memang diakui penulisan berbentuk pengalaman dakwah dan pemahaman dakwah sangat jarang ditulis oleh orang yang lama berkecimpung di dalamnya.

Pernah dulu saya terfikir:

‘ Kenapa ustaz yang ada blog yang femes tu tak bersama kita? kenapa dia jemaah X? Jemaah dia lagi betul ke eh?’

‘ Kenapa takde ustaz2 dari jemaah kita ini yang betul2 best tulisan dia dan dia ini menonjol dalam masyarakat?’

Bila saya fikir-fikir balik, ustaz-ustaz yang siang dan malamnya membina manusia memang tak sempat nak menulis pengalaman dan buah fikirannya. Sebab nak berehat dan tidur pun takde masa!

Maka manusia mempercayai mereka bukanlah kerana mereka ini menonjol dalam masyarakat tetapi atas kekuatan dan hidupnya fikrah yang mereka bawa!

Sebab itu, dalam sengkang masa yang ada ini, dalam keadaan saya yang hanya berjumpa mad’u di hujung minggu, saya manfaatkan penulisan-penulisan yang bagi menitipkan barangkali pengalaman dan buah fikiran dakwah yang ada.

Tentu penulisan-penulisan biasa sudah banyak ada di dalam dunia maya ini. Biarlah ini menjadi kelainan yang menjadi satu keistimewaan.

Dan tentu jika bercakap tentang dakwah dan daie, kita tak boleh sempitkan hanya kepada mereka yang mengikuti usrah dan juga bergabung dengan jemaah sahaja. Walaupun golongan itu akan lebih mudah meresapi dan memahami apa yang dituliskan ini.

Namun sebagai muslim sendiri, terkadang memang kita tak berpeluang berada dalam tarbiyah dan jemaah ini. Namun kita berusahalah bergabung diiri kita dengan Islam, dengan cara mendekatkan diri kita dengan majlis-majlis ilmu, di mana sahaja kita berada.

Dan perkara ini penting, lebih penting dari membaca Quran dan solat Malam.

Tapi janganlah tak buat baca quran dan solat malam tu eh…hehhee…

Hidup ini panjang dan berliku.

Terkadang yang buat kerja dakwah tak tentu confirm masuk syurga ( walaupun janji allah sangat banyak tentang mereka yang berjuang di atas jalanNya ini)

Terkadang manusia biasa pun boleh masuk syurga.

Semuanya bergantung kepada sejauh mana kita berusaha menjadikan seluruh hidup kita itu berbuahkan amal, tidak kira sejauh mana ilmu yang kita ada.

Kerana itu perlu sentiasa muhasabahkan diri kita… setiap hari…

adakah makin bertambah umurku.. makin dekat diriku dengan Allah….

Wallahualam.

ada esay nak kene siapkan.

hingga bertemu lagi.

Aisyah

Advertisements

19 thoughts on “Hidup ini panjang dan berliku.

    hantu penanggal ..muahahaaha said:
    February 25, 2009 at 7:58 am

    ni nak tambah sikit drpd hantu penanggal.. hehe.. sy pun byk dosa ni sebab menuntut ilmu hitam dedulu..tu yg skang jadik hantu penanggal.. keh keh keh..

    anyway, ape yg sy nk tambah ialah.. drpd perjumpaan2 dgn hantu2 yg berdakwah kannnnn.. dikatakan bhw kite masuk syurga or neraka bukan bergantung kpd amalan tetapi keredhaan (kasih sayang) Tuhan … πŸ™‚

    so bagi manusia2 yg byk dosa tu kan.. jgn risau jgn khuatir.. ade peluang punye lah masyuk syurga janji ade kesedaran, ade effort blajar agama dan mengamalkannyer.. jgn plak tk amal.. tu yg tk berkat tu.. kui kui kui

    regards,
    hantu yg perihatin kpd manusia πŸ™‚

    qalamfajr said:
    February 25, 2009 at 10:51 pm

    salam kak

    huhu.. benar kata2 kak, ramai benor pelawat blog akak ni. =) *hint2*

    anyhow ukhti.. moga Allah permudahkan urusan ukhti.

    -orang jauh di selatan-
    baru aje baca artikel tajuk “Kita Bukan Malaikat..!” hihi sla klik di atas.

    10mgTar said:
    February 26, 2009 at 3:57 am

    Refer “….Kekadang manusia biasa pun boleh masuk syurga.”

    Perhaps, I’m too blur with the statement above. It goes to show that I imagine each of us is manusia biasa.

    Based on what I’ve seen/read/heard/experienced so far, be it daie or not, be it whoever – when they make a mistake, they will make an auto – response such that ‘saya hanya manusia biasa’. From it, that’s why I imagine each of us is manusia biasa. (Correct me if my mathematics is incorrect.). I’m SO SORRY since I’m quite observant right from the smallest to the biggest equality… My job is all about equations and their functions.

    Let say, if my mathematics is incorrect, I figure, no matter how insignificant as well as meaningless the goodness may seem to a number of human beings, I believe the Lord knows/realizes it better than the entire of my fellow human beings. Afterall, keredhaan Allah lebih penting dari keredhaan manusia.

    I’m not a hijab type. Nevertheless, I have choices in order to upgrade the Islam’s name regardless my wrong doings. A simple friendly smile can be considered as a starter.
    Either I’ll be a resident of Heaven or Hell, I pass it over to the Lord’s justification.

    I TAKE A BOW in advance due to I don’t know your definition of manusia biasa is…perhaps, my comment is incorrect entirely.

    muharrikdaie said:
    February 26, 2009 at 6:03 pm

    Salam ukhti

    ….Ustadz juga seperti kita …punya citarasa dan keyakinan dan kefahaman sendiri.

    Biasanya ustadz femes akan intima’ dijamaah yang femes dan dikenali ….mungkin kerana dia merasakan ingin menggunakan kelebihan dari kehebatannya untuk dimenfaatkan oleh lebih ramai manusia walaupun tanpa tarbiyah berbanding thoifah yang kecil ( ana x tahu anti dijamaah mana ) yang hanya dikenali oleh beberapa kerat manusia yang inginkan tarbiyah!

    Tidak salah dimana mana jamaah pun, hatta jamaah x atau pun y kerana yang penting ummah mendapat menfaatnya dan dapat melahirkan golongan pelapis dalam meneruskan agenda dakwah!

    Sayangnya …ramai juga ustadz yang hebat hebat ini yang ramai pengikut tapi tidak kreatif dalam mengambil kesempatan untuk mentarbiyah, yang mana akhirnya jadilah jamaah ini jamaah mandul tanpa dapat mengrekrutkan qiyadah pelapis. Lantaran itu pengikut pengikutnya hanya menjadi passenger didalam jamaah seumur hidup dalam keletihan memikul kitab!

    Inilah kehebatan dan kelemahan ustadz ustadz dan begitu juga kita da’i yang faqir ilmu ini, hanya mampu untuk mentarbiyah dan melontar fikrah tapi tidak mampu untuk mengumpul mad’u!

    Ya Allah alangkah mersiknya irama dakwah ini sekiranya digabungkan antara kami dalam satu orkestra jamaah yang dapat mengalunkan zikir zikir rindu kepadaMU!

    Hidup ini memang panjang sekiranya umur ini di menfaat kan dan memang berliku sekiranya kita berjuang membela deen ini ….dan peluang kesyurga amat cerah sekiranya kita ikhlas dalam perjuangan dan amal. ” Setiap manusia akan binasa kecuali orang yg berislam. Setiap org yang berIslam akan binasa kecuali org beriman. Setiap org beriman akan binasa kecuali org yang berilmu. Setiap org berilmu akan binasa kecuali orang beramal. Org beramal pun akan binasa kecuali orang yg ikhlas” ( KH Rahmat )

    Ukhti … Sayugia bila berbicara ttg syurga, memang Allah telah serahkan pada kita untuk memilih satu daripadanya. Tapi terkadang kita yang berada dlm tarbiyah ni, nama nama syurga dan isi syurga pun tidak pernah kita ambil tahu …. yang sedihnya, kita serahkan kembali pada Allah membuat pilihan untuk kita? Pelik kan!

    Apakah Hikmahnya Allah menciptakan 7 atau 8 tingkatan syurga dan menceritakan ttg isinya itu hanya sekadar cerita? Tidak lain tidak bukan untuk memberi motivasi kepada kita untuk mendapat tingkatan yang terbaik!

    Sebenarnya ukhti syarat untuk memasuki syurga tidak pernah berubah ……..Beriman dengan Allah dan rasul dan berjihad dijalannya ….

    Patutlah Syeikul Intifadhah Assyahid Syeikh Ahmad Yassin yang berkerusi roda berjuang sesungguhnya sehingga kebenaran ucapannya dan ditepati kebenaran janji Allah sepertimana yang diberitahu anaknya Abdul Ghani bahawa beliau menolak untk tinggal dirumah yang selesa yang selayaknya sebagai seorang pemimpin! Beliau ingin membina rumahnya diakhirat seperti kata anaknya:

    “Ayahku lebih menginginkan akhirat sehingga ia tidak begitu memperhatikan perabut duniawi.Luas rumahnya kecil. Hanya tiga ruang. Hanya simen dilantai dan ruang dapur yang telah rusak. Bila musim sejuk tiba, rumah ayah amat sejuk yang tidak terhingga dan bila musim panas tiba, panasnya terlalu membara. Ayah tak pernah langsung terfikir untuk membaiki rumah nya kerana dia benar benar sibuk mempersiapkan rumahnya di Akhirat!”

    Kesimpulannya ….yang memasuki syurga Allah tanpa jalan yang berliku adalah manusia biasa yang menjadi luarbiasa dan bukan manusia yang biasa biasa ….

    maaf panjang lagi komen ana …jika diizinkan nak sewa ruang ni ….

    hantu penanggal ..muahahaaha said:
    February 26, 2009 at 7:09 pm

    wah cunnn ah muharrikdaie.. dis is da one i’ve read sumwhere but cannot remember where i read πŸ™‚ – ” Setiap manusia akan binasa kecuali orang yg berislam. Setiap org yang berIslam akan binasa kecuali org beriman. Setiap org beriman akan binasa kecuali org yang berilmu. Setiap org berilmu akan binasa kecuali orang beramal. Org beramal pun akan binasa kecuali orang yg ikhlas” ( KH Rahmat )

    hantu penanggal ..muahahaaha said:
    February 26, 2009 at 7:12 pm

    kalau tk salah sy, syurga yg paling atas tu utk org yg solat dan beramal ikhlas semata2 sebab cintakan Tuhan kan, tiada sebab lain kecuali sebab tu .. πŸ™‚

    10mgTar said:
    February 26, 2009 at 8:56 pm

    I respect each line that has underlined β€˜manusia biasa’. But that doesn’t recommend I accept each line of it. I rest the case here for the sake of kesederhanaan notion in Islam, written by Imam Tirmizi. Thank you.

    muharikah responded:
    February 26, 2009 at 10:17 pm

    salam k hantu penanggal…

    just nak bagi satu ayat Quran surah As-Saff ayat 10 – 12

    Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya). (Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam Syurga “Adn”. Itulah kemenangan yang besar.

    Kene beramal dan berusaha kak nak capai Syurga Allah… tak dapat nak angan2 dan tak boleh nak lengahkan usaha kita dalam bertaubat dan meningkatkan amalan kita…

    kadang2 terfikir gak kalau malam ni mati, boleh masuk syurga tak..

    terus rasa takut nak mati dan takleh tido….huhuhu…

    tapi manusia cam kita cepat lupa… tengok dunia serba indah.. tengok orang accident pun tak insaf..

    tapi time malaikat maut tarik nyawa ke kerongkong kita, barulah nak beriman betul2… lambatkan…

    huhuh… life is a long life struggle between evil and angel. antara hawa dan juga keimanan…

    selagi tak mati, selagi itulah kita akan kene bermujahadah untuk dapatkan redha Allah dan syurgaNya itu….

    hantu penanggal ..muahahaaha said:
    February 26, 2009 at 10:58 pm

    hehe… tenkiu sis manusia bernama muharikah for the reminder.. ari tu dh terlalai jauh gak lar first time balik mesia ari tu.. lepas br dr UK baru2 ni..terdekat balik ngan Tuhan.. so tgh usaha lah ni spy tk jauh balik…. ni tgh berlawan hawa lah ni.. hehe.. ikhlas ngan manusia takdak masalah..ikhlas ngan Tuhan tu ada sikit susah sebab dh terbiasa buat bende utk manusia.. skang kena tune sikit lar.. buat apa2 pun utk Tuhan dan ikhlassssssssssss πŸ™‚

    muharikah responded:
    February 27, 2009 at 12:12 am

    hehehe…

    kak hantu,

    saya panggil kak, penjaga malam ok?hheheh… penjaga malam orang yang jaga malam dan solat…hehe…

    ni nak kongsi satu blog salah seorang adik yang baru je berubah gak.. kadang2 saya pun selalu insaf bila baca blog dia…hehehe..

    ni dia…

    http://razeenmohdrom.blogspot.com/

    kene baca banyak blog2 orang yang baru berubah supaya kita pun kene kuat untuk menjadi lebih baik…ok?hehhee….

    hantu penanggal ..muahahaaha said:
    February 27, 2009 at 4:30 am

    he he he .. okay aar.. sy akan favoritekan blog dia sebab sy suka lompat sana lompat sini bace blog.. pehtu hilang ntah mana. so sy ade awak, dia dan _e_n_ _a_hi_ ( isikn tpt kosong – hang man.. kih kih kih ) πŸ˜›

    eh aisyah.. sy pelik lah..suboh tadi dr fatma ade ckp pasai mencegah seksa kubur. dia ckp bace satu doa ni setiap kali lepas solat selepas tahyat akhir seblom salam.. tapi dia tak habaq pun doa tu bley dpt katne.. awak tau ker? bukan surah al-mulk.. yg tu sy tau.. nih satu doa. sy nak lar doa ni… πŸ™‚ Owh.. sorry..terlepas point.. sebenarnye yg sy pelik bukan pasai doa tu tapi pasai dia kate tak jaga kencing boleh kena seksa kubur.. bukan lar sy tk jaga kencing sy tapi awat bende tu di-stresskan?? kencing plak tu… buang air besar tak plak.. so kenape ek?? mcm sumtink yg MAJOR sgt sebab pagi tadi masa sy bace satu blog ni pun dia ade ckp jaga kencing tuh atr perkara yg mesti dijaga utk elak seksa kubur.. hmmmmm .. im just curious.. wanna knw why or mende ni mmg tkde xplaination ker? 😦

    muharrikdaie said:
    March 2, 2009 at 1:48 am

    Salam ….
    saya cuba jawab mudah2an memberi sedikit kefahaman.

    1. Berkenaan doa siksa kubur, banyak doa2 yang mathur yang diajar oleh Rasullulah untuk mengelakan siksa kubur dan antara yang famous adalah yang terdapat dalam AlMathurat yang sering kita baca :

    ” Allahhuma Inni A’uzubinaminal kufri wal Fakr, Allahhumma Inni A’uzubika min ‘azabil kabr”
    ( Ya Allah ya tuhanku lindungilah aku dari kufur dan fakir, Ya Allah ya tuhanku lindungilah aku dari siksaan kubur.

    Sunat dibaca selepas tahiyat akhir sebelum salam.

    2. Berkenaan dalam hadis yang menyebutkan siksa kubur disebabkan air kencing dan persoalan ukhti ttg kenapa tidak pula disebabkan air besar, ada persoalan yang perlu dijelaskan;

    a) Air kencing mudah keluar, sama ada melalui batuk atau kencing yang tidak tos (bahasa org kampung ) serta saraf kencing yang kurang berfungsi ( Boleh refer kat dr. Aisyah ttg saraf ni atau anti sendiri seorang dr lebih memahaminya) ditambahi pula oleh sifat manusia suka memandang remeh tentang masaalah istinjak ( bersuci )!

    Sebab itu dalam hukum istinjak kencing, kita disunnatkan supaya melakukan istibrak ( sengaja berdehem atau batuk selepas sisa kencing terakhir keluar supaya tidak ada sisa lagi tertinggal dan baru dibersihkan).

    2) Kenapa tidak buang air besar? Air besar tidak seperti kencing, Ia nya mudah dibersihkan dan dan tidak mudah mengeluarkan sisa seperti kencing kecuali kalau ( ceret beret disebabkan penyakit)

    Begitu juga mandi hadas besar. Saudari kena hati hati kerana sekiranya seorang wanita yang mandi dalam keadaan berdiri confirm tidak sah kerana air pastinya tidak akan sampai dicelah celah sulit yang hanya dapat sampai sekiranya kita duduk bertinggung.

    Bagaimana pula dengan dye rambut yang tidak telus air? mungkin isu ini kita kena bincangkan!

    3) Sebenarnya perkara istinjak ( bersuci ) ini implikasinya amat besar terhadap ibadah! Sekiranya istinjak ini batal dan tidak sempurna, akan mencacatkan seluruh ibadah kita dan pastinya pahala ibadah menjadi kosong dan kita berdosa dengan Allah taala.

    Sebagai mukmin dan muslim apalagi bagi seorang yang menggelarkan dirinya da’i kena selalu sentiasa mengulang2 kefahaman ttg perkara ini kerana tanpa kita refersh, takut2 perkara ini terjadi pada kita yang mengakibatkan amal amal kita menjadi amal yang ‘daif.

    wallahuaklam.

    hantu penanggal ..muahahaaha said:
    March 2, 2009 at 4:58 am

    waahhh …. mmg tu lah dia doa yg sy nak tu πŸ™‚ terima kasih daun keladi πŸ™‚

    owh pasai istinjak.. hmmmm.. nampaknye kena lah sy berdehem setiap kali selepas wee-wee. dan nampaknyer mandi hadas sy tk pernah sah lar 😦 sebab sy tk pernah duduk pun.. harapnyer dimaafkan sebab sy tatau seblom ni.. harap-harapnyer .. errr..tapi sy rasa berdiri pun boleh gak cuci sumer cuma duduk tuh lebih afdal dan dpt memastikan betul2 bersih.. hehe

    rambut sy tk pernah dye.. so sy tk pyh risau pasai tu.. mmg tk pernah ade niat nak dye pun.. bersyukur dgn ape yg ade.. kih kih kih….. sy bangga ngan diri sy.. cewahhhh … πŸ˜›

    anyway.. terima kasih bebyk muharikkdaie .. jawapan awak sgt memuaskan πŸ™‚

    by d way, dh alang2 kt sini….nk tanye kot2 awak tahu, boleh bagitau kt mana di KL ni sy boleh dptkan CD bacaan surah or ayat2 Quran? sy kena tanye sebab sy taknak la plak dpt yg kualiti kureng sebab sy ade satu jer sekrg, tu pun org kasik.. tatau mana dia dpt.. dan sekrg tk bley pakai sebab sy main tetiap hari, so dh rosak lar kot sebab sy rasa kualiti tk bagus.. so ade cadangan ker? terima kasih in advance ya manusia!!

    muharrikdaie said:
    March 2, 2009 at 6:22 pm

    …tapi sy rasa berdiri pun boleh gak cuci sumer cuma duduk tuh lebih afdal dan dpt memastikan betul2 bersih..

    ~ Dalam hukum tak boleh rasa rasa dan kena betul2 pasti berdasarkan ilmu.

    ~Pandangan ulama’ fekah mengatakan bahawa seorang wanita yang mandi hadas besar dengan berdiri, airnya pasti tidak akan sampai kecelah2 yang tersembunyi yang syarat sah mandi kena meratakan air dikawasan tersebut. ( susah nak explain dgn tulisan)

    ~ Syarat sah mandi hadas selain dari bersih adalah untuk menyucikan dengan syarat melalukan dan meratakan air diseluruh tubuh yang diwajibkan syarak.

    ~ Resolusinya : setelah tahu, saudari kena mohon ampun dengan Allah dan mohon agar ibadah yang lalu diterimaNya. Sekiranya berkesempatan belajarlah …bukan saja masaalah bersuci tapi masaalah solat dan lain2 ibadah, supaya kita dapat tingkatkan kefahaman kita dan beribadah dengan cara yang betul dan diterima Allah.

    ~ Saya pun baru balik ke KL ni …Setahu saya dulu CD ni biasanya boleh didapatkan di Jln Masjid India atau Saba’ media center di Kg Baru. Harga yang original dlm RM25. Tapi sekiranya saudari berada dioverseas dan ingin bantuan saya, just bagi adress dan saya akan pos kan!

    muharikah responded:
    March 3, 2009 at 12:23 am

    salam,

    buat muharrik daie… jazakallah kerana bantu saya menjawab soalan kak hantu…

    kak…

    ni website ni ada quran..

    http://www.quranexplorer.com/quran/

    ni ceramah agama

    http://www.mykuliah.com/

    lagi satu kak, kalau akak rajin pergi kat UIA gombak… dia ada banyak gerai2 jual CD dan benda2 islamic..

    kalau nak yang english dan moden… boleh gi kat saba islamic media… dia kat taman setiawangsa….

    kalau tak kalau ada apa2 ceramah agama, akak trylah pergi.. time2 camtu ada gak oarng jual2 cd…hehehe…

    saya suke cari kat youtube…

    gune keyword ceramah agama…huhuh…

    miss u kak! now im in middlesbrough pula…huhuh

    hantu penanggal ..muahahaaha said:
    March 3, 2009 at 7:25 am

    hello dan salam muharikkdaie.. yer..yer..stuju..tak bley rasa2.. kena tepat dan betul. mmg sy pun tgh blajar plan2 ni.. takut berlambak2 sgt.. KO pulak sy nanti.. πŸ˜€ sebab sy bukan nak blajar saje tapi nak amalkan juga mana yg termampu buat masa sekrg.. dgn harapan kemampuan bertambah dr semasa ke semasa.. πŸ™‚

    sy dh balik mesia. so tkper lah.. sy akan cuba carik mana tpt2 yg awak habaq tuh. yg nih susah sket kot sebab tom-tom takde but akan sy usahakan. maybe kena ambik lrt dan jalan kaki ..ayoooo.. harap2 tak malas.. hehehe

    salam sis muharikah.. tenkiu for the links. quran explorer sy dh mmg ade tapi duk lam laptop lar, tk bley bwk lam kete. well.. sy harap sy dpt membahagikan masa dgn betul utk agama, keje, gym, kedai buku dan huha-huha jugek.. kih kih kih ..semoga sy selamat.. dunia dan akhirat πŸ˜€

    ibu said:
    February 13, 2011 at 4:31 am

    Terkadang yang buat kerja dakwah tak tentu confirm masuk syurga ( walaupun janji allah sangat banyak tentang mereka yang berjuang di atas jalanNya ini)

    salam. Betul tapi mungkin tak benar. , analoji…… Nak masuk universiti kena ambik SPM right. Tanpa SPM
    tak ada peluang dan kelayakan.Dakwah untuk diri sendiri pun kerja dakwah jugak so kalau tak dakwah langsung ada kelayakan ker masuk syurga. Masuk tak masuk tu bergantung ehsan Allah tetapi kena ada kelayakan yang telah ditetapkan dulu.wallahuallam.

    muharrikdaie said:
    February 14, 2011 at 12:37 pm

    Salam. Ibu, anakanda nak perbetulkan sikit statement Ibu. Mohon maaf jika ada kesilapan.
    1) Statement Ibu ~Terkadang yang buat kerja dakwah tak tentu confirm masuk syurga ( walaupun janji Allah sangat banyak tentang mereka yang berjuang di atas jalanNya ini)
    Jawaban :~ Semua hamba Allah yang beriman dan mengucap syahadah dan tidak menentang hukum hakam Allah confirm masuk syurga Allah. Tak kira dia buat dakwah ke, tak buat dakwah ke akan masuk syurga asalkan beriman dan bersyahadah ( itu syaratnya) Cumanya, syurga dan azab yang berbeda. Orang beriman yang asi’ ( berdosa) akan masuk syurga setelah melalui azab Allah kerana dosanya. Ada yg dikeluarkan cepat kerana mendapat syafaat Rasul SAW sebelum habis tempuh hukumannya. Yang tidak mendapat syafaat akan menjalani hukuman sampai kepada tempuhnya. Yang paling lama duduk dalam neraka dan paling akhir keluarnya selama 7000 tahun bersamaan umur dunia ( alhadis). Yang tak confirm masuk syurga tu bukan sebab dia buat kerja dakwah tapi dia syirik dalam berdakwah. Dia berdakwah bukan kerana Allah dan bukan atas “taklif Rabbani’ itu tapi kerana manusia, kerana ingin pujian. Kerana riya’, kebendaan dan sebagainya yang memang riya’ itu adalah salah satu sifat syirik, menyekutukan Allah. Tapi bagi yang beriman dan tak syirik lalu melaksanakan kerja dakwah, insyaalah Allah menjanjikan syurga. Sepertimana janji Allah bagi orang yang solat puasa dan lain lain. Malah org buat kerja dakwah ini syurganya lebih tinggi lagi dari yang tak buat kerja dakwah kerana syurga itu ada Lapan tingkatan dan setiap satu tingkatan ada 100 tingkatan lainnya. Panjang kalau nak bincang. Sebenarnya, masuk syurga ke, tak masuk ke!Itu bukan hak kita untuk menentukan tapi adalah hak Allah. Apa yang penting, kita buat apa yang Allah dan rasul suruh dan kita wajib punya keyakinan( hakkul Yakin) Yakin yang tidak ada dzan bahawa sebesar zarah pun kebaikan Allah akan balas dan sebesar zarah pun keburukan Allah akan balas! Ini janji Allah di dalam alquran.
    2) …..Dakwah untuk diri sendiri pun kerja dakwah jugak so kalau tak dakwah langsung ada kelayakan ker masuk syurga. Masuk tak masuk tu bergantung ehsan Allah tetapi kena ada kelayakan yang telah ditetapkan dulu.
    Jawaban :~ Untuk diri sendiri kita tak panggil dakwah tapi ” perbaiki diri”. Perbaiki diri dan dakwahlah ( serulah) orang lain. Tak per. Itu cuma istilah. Dakwah diri sendiri memang wajib dan memang kerja dakwah jugak tapi tak sempurna! Kerana dalam quran dan dalam hadis banyak Allah sebut tentang amal makruf dan nahi mungkar dan itu memang syarat bagi kita sebagai hamba yang bertakwa ini. Kalau tak dakwah langsung, insyaalah masuk syurga. Tapi kena azab dululah! sebab tugas amal makruf nahi mungkar itu kita abaikan! Tak tahulah berapa tahun? mandatory ke tak mandotary? Dan masuk syurga pun kita tak tahu di tingkatan mana? Syurga firdaus ke? Syurga adnin ke? Surga naim ke? Syurga ma’awa ke? Surga darussalam ke? Syurga darul muqammah ke? Syurga al maqamul amin ke? Atau syurga khuldi?
    Memang semua itu begantung pada rahmat Allah. Kita sebagai hamba yang telah berilmu ini sepatutnya merancang kesyurga mana untuk kita masuki dengan melaksanakan kerja dakwah dan menyelamatkan seberapa ramai manusia dalam mengabdikan diri kepada Allah dan berusaha untuk mengembalikan hukumiya Allah dibumi ini kerana ianya adalah tanggungjawab besar yang akan dipersoal diakhirat nanti. Andai semua itu kita lakukan insyaalah …akan mengalirkan kerinduan Allah kepada kita dan mudah2an diselamatkan kita untuk mendapat husnul qatimah dan mati syahid dijalanya. Insyaalah. Mohon maaf pada Puan muharikah dan Ibu andai jawaban ini tidak bertepatan. Ambilah yang baik buat panduan. Wallahuaklam.

    muharikah responded:
    February 14, 2011 at 5:47 pm

    salam,

    jzkk ibu kerana sudi membuka lembaran sejarah penulisan saya yang telah berkurun lamanya ini…

    teringat zaman dulu2 bile blog ini mmg ditujukan utk orang sekelilingnya.. alhamdulillah sekarang cabaran makin besar dan amanah lebih banyak terbeban.

    ala kulli haal ibu, jawapan ustaz muharrik banyak menyimpulkan jawapan saya. mungkin tangan dia lebih pantas menjawap. jzkk ya ustaz. dan jangan segan2 berkongsi lagi tinta emas ustaz ye.. teruskan menulis insyaallah…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s