Antara kebenaran dan ukhuwah

Posted on

Target pembaca: Muslim Daie

salam,

Kadang-kadang terpaksa mengakui bahawa bekerja di dalam jemaah yang makin berkembang dan memiliki ahli yang berlatar-belakang yang pelbagai sangat-sangat menguji keikhlasan hati dan juga kebersihan ukhuwah.

Aku melihat bahawa keutuhan sesebuah bangunan dakwah itu berdiri lebih kukuh tatkala ahlinya sedikit dan perbincangan sesama ahli dakwah itu meluas ( bila sedikit senang sketlah kan nak bincang). Termasuk juga jika mereka diacu dari sudut tarbiyah yang sama.

Apabila kita memasuki kandang kumpulan yang lebih besar, dan manusia di dalamnya itu pelbagai, memang sangat sukar untuk kadang-kadang mencapai kata sepakat dan kadang2 terpaksa menelan sahaja kepahitan yang ada demi menjaga ukhuwah.

Terkadang aku mimpikan aku berada di tempat yang tiada manusia lain di situ melainkan golongan pelajar sahaja. Di situ tentu dinamika golongan muda ini akan lebih berkembang.

Tapi dari sudut lain, jika ini berlaku, maka kuranglah muwajjih dan pembimbing di kalangan mereka. Maka terkadang akan lebih tersadung langkah dan tidak matang dalam membuat sesetengah keputusan.

Suasana realitinya adalah apabila kita dapat bersama berkerja dalam sebuah saff yang ada golongan syuyukh dan juga muda , yang berusaha sama-sama mencapai kesefahaman yang utuh dalam setiap perkara…

sebab perkara itulah yang akan berlaku di Malaysia…

dan perkara itu, padaku teramat susah…

Sebab mereka yang baru berjinak-jinak dalam tarbiyah akan mengambil sesuatu yang dipelajari sebagai satu yang ideal dan perlu dilaksanakan. Mereka akan bersemangat dalam beramal dan mengaplikasikan apa mereka tahu

Mereka yang telah lama dalam tarbiyah pula memiliki hikmah yang tinggi dan cuba mengimbangi golongan pelajar ini. Dalam nak mengimbangi perkara inilah, berlakunya clash dan ketidak fahaman.. dan ukhuwah teruji lagi sekali.

Apatah lagi acuan tarbiyah di Malaysia terdapat pelbagai cawan dan juga bentuknya.

Maka terkadang wujud satu golongan merasakan dia lebih betul, dan yang lain adalah salah.

Maka di situ jemaah akan mengalami gegarannya.

adakah kita ingin bersatu atas perkara yg benar atau berpecah atas perkara yg lebih benar?

Jemaah ini telah melihat pelbagai manusia yang mufaraqah ( keluar) dari jemaah ini hanya kerana merasakan dirinya lebih benar dari orang lain, dan merasakan mereka mahu menjadi solusi kepada masalah jemaah.

Maka mereka yang baru berjinak dengan dakwah akan merasai kebingungan yang amat.


Kenapa kita semua tak boleh bersatu? Bukan kita satu fikrah?

Kadang-kadang aku bertanya, adakah kerana manusia Melayu ini memang jenisnya mahu menang sahaja. ( ego tinggi sangat)

Adakah kerena kefahaman kita tentang fiqh amal jamaie belum cukup tulen?

Adakah kerana taushiyah dan kesufian hati kita masih diselaputi karat-karat jahiliyah?

Jawapannya tentu berbalik kepada tarbiyah, samada tarbiyah jamaiyyah ( usrah, daurah) dan juga dzatiyyah.

Jika tiadanya kefahaman di atas jalan dakwah ini, tentu ramai sudah pun berundur untuk keluar dan membuat kerja dakwah sendiri-sendiri.

Yang ruginya Islam dan yang untungnya adalah jahiliyah!

Perkara ini juga tertakluk kepada ukhuwah, dan ukhuwah ini memang amat payah dijaga apatah lagi bila jarang berjumpa, dan hanya berhubung lewat email dan telefon sahaja.

Memang sukar untuk membina kekuatan. Lagi sukar adalah kekuatan dari kesatuan itu bukanlah perkara yang boleh dipaksa-paksa, malah di atas kethiqahan. Dan kethiqahan itu terletak pada kekuatan muwajjih dan murabbi memberikan kefahaman kepada ahli dan menonjolkan keperibadian yang menthiqahkan.

Dan terkadang perkara inilah yang tidak berlaku. Yang muda inginkan tarbiyah dan pengisian ruh. Mereka mahu bergerak dan berkerja. Maka golongan yang memberikan mereka peluang ini akan lebih mudah mendapat kethiqahan mereka.

Manakalah golongan syuyukh terkadang tidak sempat untuk mengcater keperluan golongan muda yang laju ini, malah tidak sempat bersama-sama golongan muda ini dalam setiap amal dakwah mereka. Kadang-kadang pengisian usrah tak sempat nak disediakan, maka keluarlah istilah usrah itu kering, tak menggerakkan dan bosan. terkadang arahan lebih banyak daripada sentuhan tarbiyah penuh kasih sayang.

Terkadang apa yang dikatakan dan dilakukan oleh golongan syuyukh lain dengan apa yang termaktub dalam buku-buku dakwah yang dibaca.

Namun di situlah letaknya kebersihan hati dan salamatus sadr. Seperti mana golongan muda melihat adanya titik kelemahan pada golongan tua, seperti itu jugalah orang tua melihat anak-anaknya yang sedang membesar ini tapi terkadang berlagak macam dah pandai sangat (oppps…..).

Tentu banyak lagi yang kita tak pelajari, tentu banyak lagi amalan fardhiy kita yang belum tertunai. Tentu banyak lagi ujian yang belum kita tempuhi, ujian berumah tangga, berkerja dan sebagainya.

Maka di sinilah kesungguhan kita mencari titik persamaan itu diperlukan. Di situlah istighfar sangat-sangat menjadi teman. Nak beralah dengan parents kadang-kadang sukar sebab kita tahu apa yang kita nak itu betul. Tapi parents kita terkadang lebih tahu apa yang terbaik untuk kita. Namun parents pun perlulah memahami anaknya dan cuba memahamkan anaknya itu.

Simbiosiskan? Tapi cakap memang mudah, nak buat?hurmm….

Sekadar renungan untuk semua.

Tentu di Malaysia keadaan menjadi sangat sukar sekali.

Satu cabaran bagi jundiy-jundiy dakwah di seluruh dunia adalah bagaimana kita dapat menggambungkan hati dan perasaan kita bersama generasi terawal di Malaysia di dalam saff dakwah ini.

Bagaimana kita sama-sama dapat blendkan potensi kita dalam dakwah tanpa berlakunya pergeseran dan pertembungan budaya kerja dan fiqh dakwah yang berbeza-beza.

Seperti mana seorang akh pernah menasihati kami, apabila bertembungnya pelbagai pendapat ini :

Fiqh dakwah seharusnya meluaskan ufuk pandangan. Apabila kita memperlekeh dan memperleceh. .. kita sebenarnya memerlukan lebih lagi kepada fiqh dakwah.
Tentang itu lebih penting, lebih betul, lebih benar.itu adalah salah… maka berusahalah menyatukan hati2 kita yg masih sarat dgn jahiliah…

Berprestasilah dalam dakwah, namun kene sentiasa beringat, kerana syaitan akan sentiasa juga berusaha merobohkan kekuatan ukhuwah kita, dengan ruang-ruang kecil jahiliyah yang tidak kita pelihara..

Semoga semakin cemerlang dalam amal insyaallah. 🙂

Advertisements

3 thoughts on “Antara kebenaran dan ukhuwah

    hamba Allah said:
    February 25, 2009 at 9:17 am

    salam..betul2..

    “Satu cabaran bagi jundiy-jundiy dakwah di seluruh dunia adalah bagaimana kita dapat menggambungkan hati dan perasaan kita bersama generasi terawal di Malaysia di dalam saff dakwah ini.
    Bagaimana kita sama-sama dapat blendkan potensi kita dalam dakwah tanpa berlakunya pergeseran dan pertembungan budaya kerja dan fiqh dakwah yang berbeza-beza.”

    …Allah sentiasa melakukan tapisan2 atas seseorg tu untuk thiqah dijalanNya…kadang2 tak semua kehendak kita, kita dpt..x semua pndgn@situasi kita,org faham..kat situ Allah nk uji sejauh mane daie2 yg baru..nak cope dgn situasi sebenar ‘kapal’ yg sepatutnya diselamatkan oleh mereka….nak terjun dari ‘kapal’ ke atau nak tolong gerakkan ‘kapal’ skali walaupun sgt payah dan sakit…semoga semakin matang^_^

    muharrikdaie said:
    February 25, 2009 at 6:34 pm

    ……izinkan ana memasuki ruangan yang dikhususkan untuk muslim daie ini untuk memberi sedikit pandangan tentang persepsi anti tehadap polimik ini!

    Pada realitinya sekarang ana rasa tidak berlaku percanggahan pendapat dan cara berfikir serta cara bekerja antara golongan syuyukh dan pelajar ini dimalaysia atau dimana mana pun samaada dlm jamaah yang sama atau pun berlainan jamaah dan mungkin ini hanya satu persepsi!

    Golongan syuyukh ini juga adalah pelajar seperti anti! Di universiti seperti anti, mendapat tarbiyah seperti anti dan melalui proses pencernaan minda dan jiwa serta ruh juga seperti anti ….Mereka juga melalui jalan yang sama seperti anti!

    … dan kelebihan mereka adalah hanya pada usia, cara fikir serta pengalaman dan tidak gopoh dalam membuat sesuatu keputusan dan perancangan …Ini fitrah. Golongan syuyukh ini juga pada hemat ana bukanlah golongan yang otokratik atau ” Kaisar ” yang tak boleh dikritik dan ditegur atau murabbi tarikat yang hanya mengeluarkan taujih tanpa boleh dibantah!Malah mereka2 inilah yang akan menjadi qudwah dan penunjuk jalan dan penerang jalan bagi kafilah dakwah ini!

    Pandangan ana … terjadinya clash dan ketidak fahaman, antara kedua golongan ini bukan disebabkan ketidak sekata dalam sesuatu tindakan tapi adalah permasaalahan ” TA’DIB ” ( Adab ). Inilah permasaalahan besar kepada golongan pelajar yang tidak diberi perhatian oleh murabbinya. Siapa yang patut dipersalahkan?

    Terkadang, didalam usrah murabbi terlepas pandang dalam membentuk ta’dib ini sehingga mutarabbi berjalan tempang dalam mempromosikan diri sebagai qudwah didalam dakwah juga dalam muzakarah bersama golongan syuyukh ini sehingga terjadinya clash dan ketidakfahaman!

    Terkadang juga, murabbi banyak menyampai dan menumpukan persoalan fikrah dan bahan didalam proses pentarbiyahan tanpa menitikberatkan persoalan ta’dib ini sehingga melupakan method yang diajar oleh Arrasul ini dan lahirlah dari rahim jamaah ini da’i da’i yang tinggi fikrahnya tapi tidak halus tindakan dan sufi jiwanya. Sehingga kegersangan Ta’dib ini boleh mencacatkan akhlaq yang dibina.

    Ana setuju jika anti katakan bahawa gulungan syuyukh ini tidak mampu untuk meng “cater ‘ golongan muda yang laju ini sehingga menatijahkan usrah dan program yang gersang dan tidak melahirkan tarbiyah dan kasih sayang!

    Sepatutnya kita patut memahami bahawa Tarbiyah ini bukan hanya berupa usrah, penyampaian bahan dan apa yang termaktub dalam agenda usrah tapi lebih melaut dari itu. Mengikut arahan juga adalah tarbiyah. bersabar dengan murabbi juga tarbiyah. bersabar dengan gulungan syuyukh juga tarbiyah ….

    Sebab itulah golongan muda tidak dapat bertahan dalam tarbiyah dan dalam dakwah sehingga dimalaysia sekarangpun kita ketandusan pentarbiyah2 dan da’i da’i serta pejuang pejuang yang diharapkan … sebab mereka bukan sahaja laju tapi gopoh dalam perjuangan!

    Kalau dikira kira, setiap tahun beribu ribu graduan yang ditarbiyah diMalaysia ie UKM,UM,UIA – di Mesir, Jordan, Yaman, Syria, di UK dan berbagai tempat lagi tapi berapa ramaikah yang ada sekarang dimalaysia yang dapat memberi sumbangan kepada dakwah dan tarbiyah? Dimana mereka yang laju ini? Dimana mereka yang selama ini rakus menghirup tarbiyah ini menghilang? Apakah mereka yang hilang itu sekarang ini sedang rakus menghirup dunia yang telah teruji diatas mereka? Inilah persoalan yang menjadi tanda tanya?

    Ana bukan golongan syuyukh tapi ana menghormati kesabaran dan istiqamah golongan ini ….kesabaran dan istiqamah dalam mentarbiyah.Istiqamah adalah setinggi tinggi maqam dalam ilmu kesufian dan inilah yang patut kita tekankan didalam pembinaan kader2 dakwah

    “Kenapa kita semua tak boleh bersatu? Bukan kita satu fikrah?”
    Sebenarnya sejarah telah menjawab persoalan ini. Bermula dari aisyah dan ‘Ali dan setelah runtuhnya khalifah othmaniyah maka perpecahan tetap terus berlaku. Hanya Allah yang mengetahui disebaliknya…

    Apa pun dalam kita memandang kemelut pepecahan ini bukan sahaja kita kena memandang kepada fikh dakwah tetapi juga kita kena juga memerhatikan tentang fikh waqi’.

    Waqi’ nya dimalaysia perpecahan dikalangan jamaah bukan perpecahan fikrah dan matlamat tapi lebih menjuruskan kepada uslubnya.

    Maaf. panjang sangat komentar ini seolah2 blog ini ana yang punya …. sekiranya tidak menepati dengan penulis, anggaplah ia sebagai iklan saja!

    muharikah responded:
    February 25, 2009 at 10:13 pm

    salam muharrikdaie..

    masyaallah… ana sangat terkesan dengan input dari anta..

    mmg banyak angle kita tak nampak jika kita hanya melihat dari sudut kita sahaja..

    perkongsian sebegini tentunya membuka mata!

    jika ada lagi input2 dan pandangan berguna.. silakan berkongsi… tak kisah panjang2 pun…

    blog saya ni mmg dah jadi blog ramai orang dah..hehehe.. kak peter pan.. muharikdaie.. sape lagi… tape asalkan semua dapat manfaatnya…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s