Pada jiwa yang memerhatikan…

Posted on Updated on

Bumi keputihan dalam tempoh seminggu ini.

Malah ibuku cukup risau akan keadaan diriku dan menelefonku di saat kami berprogram.

Ribut salji memang teruk mak, tapi Syah ok 🙂

Weekend lepas juga banyak airport tertutup. Bagi sesiapa yang berprogram di negeri belah sana, tentu akan terkena dengan penangan snow yang jarang sekali menimpa bumi negeri sejuk ini. Flight tertunda, flight batal dan tentunya saat-saat flight mendarat, itu sangat mengerikan!

Kata mereka,’ This is the worst or maybe the best snow we ever had in 18 years!’.

Dan aku memerhatikan manik-manik salju itu menerpa skrin keretaku. Talhah telah pun dipasangkan mode anti-slippery, tapi Allah sahaja tahu betapa berdebarnya aku ketika Talhah mengesot ke kiri ke kanan tanpa dapat aku mengawalnya. Akulah yang mencorakkan warna-warna salji di atas jalan raya itu. Dan jalan terus licin dan melicin. Kereta yang gah itu turut dipandu 40 mph.

Aku tibe di kampung Dumfries yang putih di saat minyakku hampir tiada. ( kedai minyak semua tutup di sepanjang perjalanan). Yang kelakarnya, di saat aku mencari stesen minyak, ada kereta polis menahanku. Alamak! Apa aku nak buat ni? Dahlah sorang je kan perempuan. Pakai jubah pulak tu!

‘ Are you lost? We see you driving passing us so fast. What’s for the rush?’

Pakcik, minyak dah habislah.. Nanti kereta berhenti tengah jalan pukul 2 am ni macam mana? semua kedai dah tutup. Ujarku dalam bahasa Inggeris.

‘ It must be hard for you to find anything open at this time. But try St Michael Street. Do you know where it is?’

Of course tak tau pakcik. Tapi takpe. Saya ada tomtom! eheheh.. Tapi aku takdelah cakap camtu.

Aku sangat takut dikenakan tiket dan dimintanya aku keluarkan lesen walaupun aku ada lesen UK yang sah. Cuma saat itu aku hanya perlukan minyak dan balik ke bilikku secepat mungkin.

Esok aku perlu pergi ke klinik kol 9am.

In a fresh mode.

Di sepanjang perjalanan yang tiada siapa menemani kecuali Allah, hati kecilku terus berdetak dan berdetak.

Aku mengimbau kenangan bersama saudara-saudaraku di jalan Islam ini. Mereka yang aku kenal atas dasar cintakan Allah dan tarbiyah. Mereka yang pernah aku bertemu sesaat, namun ikatannya tersimpul padu.

Terasa hujung mingguku bagaikan filem yang sangat mengkayakan perasaan dan membasahkannya.

Kekontangan di tanah hati ini terasa dialiri air mawadah yang melembutkan dan mentanakkan suburan pohon yang membuahkan buah-buahannya.

Ianya asyik.

Syair Arab ada menggambarkan:

Akan diuji persaudaraan yang diada-adakan ( tak ikhlas)
Akan tetapi kami diwaktu dinihari berjalan dalam persaudaraan yang berkekalan
Air ikatan mereka berbeza-beza
Air ikatan kami cukup nikmat,
Turun daripada awan yang satu.
Walau berbeza keturunan kami
Tetapi yang menyatukan kami adalah amal
Yang kami letakkannya umpama bapa.

Al Akha’ ( Persaudaraan), Ikatan dan Amal

Ia ibarat denyutan nadi yang memberi harapan untuk hidup
Ia ibarat irama yang menghiburkan qafilah dalam pengembaraan menuju fajar yang baru.

Namun aku tahu, sesiapa sahaja yang pulang dari pertemuan manis itu tentu akan merasai kepahitannya di saat mereka pulang.

Namun hidup inilah pertarungan yang sebenarnya. Walaupun pahit manapun kehidupan sebenar kita, ialah tempat merasai manisnya saat- saat kesabaran dan perjuangan yang ditempuh.

Hampir lebih 5 tahun fasa ini dilalui. Fasa melihat dinamisme diri ini tercabar akibat realiti yang kutempuhi. Fasa menahan kesabaran akibat suasana sekeliling yang tidak membenarkan impianku mengembangkan potensiku untuk Islam berkembang.

Aku masih ingat di saat aku hampir menduduk peperiksaan SPM. Di saat itu aku melihat kepada pohonan hijau yang menjadi pemandangan dan tempat ilhamku di sepanjang 7 tahun aku di sekolah itu.

Entah mengapa, melihat pokok-pokok hijau dan gunung-ganang yang menjadi landskap kepada alam itu menumbuhkan keinginan yang sangat mendalam di hatiku.

Aku ingin berkerja untuk Islam. Semenjak kecil, aku menyedari bakat-bakat yang Allah berikan padaku. Dan aku mahu lontarkan segalanya buat Islam.

Aku menggambarkan diriku yang pasti sibuk melaksanakan amanah-amanah dakwah. Akan menjadi seorang mahasiswa yang tentu mempunyai dinamisme, kepimpinan dan juga visi yang dapat menarik ramai manusia kepada Islam.

Sehinggalah aku bertemu dengan realiti ini. Ternyata ia amat sukar. Namun ternyata ia mencuci hatiku dan merefleksikan diriku pada Allah.

Jika aku berada di malaysia, tentu juga aku tak akan dapat menjaga keikhlasanku. Mungkin aku juga alpa dari mentarbiyah diriku sendiri. Akibat terlalu sibuk kononnya dengan dakwah.

Tentu orang yang muncul hebat di mata masyarakat mengalami peperangan jiwa yang maha hebat.

Peperangan yang menuntut keikhlasan, menundukkan keegoan dan berjihad menahan hawa nafsu untuk meningkatkan zatiyahnya.

Dan tentu mereka yang tidak dikenali akan lebih mudah membentuk keikhlasannya dan lebih rapat dengan Allah. Namun dia juga menghadapi satu peperangan lain; itulah dia peperangan menentang kemalasan dan qanaah ( menerima seadanya) keadaan yang ada.

Hasilnya, manusia yang mampu membawa gelombang yang besar dalam masyarakat akan terus tersembunyi di sebalik tekanan dan cabaran hidup yang dihadapinya. ( maknanya baik seorang diri sahaja)

Sayang bukan? Sedangkan manusia sebeginilah yang akan mencorakkan kehidupan masyarakat di malaysia nanti.

Dan aku melihat diriku dan keindahan alam yang ada di Dumfries. Mungkin sahabat-sahabatku tak mampu berkongsi keindahan alam yang wujud di negeri ini. Atau mereak takkan mampu memaknai rasa kekosongan dan kesepianku di bumi ujian ini.

Namun aku sedar, pertarungan ini memberikan aku satu muhasabah yang besar. Betapa aku jauh dari Allah, dan gagal merasai kebersamaan denganNya, di saat aku merasai perlunya aku berdamping pada manusia.

Jika segalanya kulaksanakan untuk Allah, demi Allah, tentu aku akan sering bersamaNya walaupun aku jauh dari teman-teman seperjuanganku yang lainnya.

Namun hidup ini adalah dunia realiti. Kita pasti alpa, pasti jauh dari Allah, pasti akan tersadai dengan mehnah dunia.

Aku melihat saudaraku yang berkahwin atas dasar dakwah turut tersadai dengan kenikmatan dunia ini. Formula asalnya 1+1 bukanlah 2 ternyata tidak menjadi realiti.

Jika aku down sebab aku seorang, sukar untuk aku fahami mengapa keluarga dakwah boleh down jika sentiasa ada teman di sini.

Aku juga melihat saudaraku yang hidup dalam rumah islam turut tersadai dengan fitnah syaitan dan hasad pada ukhuwah. Akhirnya walaupun kesemuanya bergabung dengan kafilah islam, kekuatan mereka tak pernah utuh.

Aku melihat ramainya orang-orang berpengalaman dalam dakwah, yang telah mengikuti tarbiyah puluhan tahun lamanya, mereka menekan kebangkitan pemuda-pemuda islam ini dan menahan semangat mereka.  Slogan mereka bahawa mereka lebih berpengalaman, lebih makan asam garam, lebih tahu akan ujian-ujian dakwah ini menjadikan mereka terus menerus menyekat pemuda-pemuda Islam ini untuk pergi lebih jauh di atas jalan dakwah.

Hanya kerana mereka sudah tidak merasai semangatnya Islam dan dakwah ini, dan mahu pemuda-pemuda ini merasai sedemikian juga. Seharusnya kita semua perlu merasai semangat dan himmahnya Islam itu. Malah sama-sama berlari laju di atas jalan dakwah ini.

Tentu belum kita bicarakan mereka yang sudah tidak merasa manisnya halaqah ini dan terus merasa lelah dengannya. Malah pada mereka dakwah yang paling penting adalah untuk turun pada masyarakat dan menggahkan dakwah dengan program-program bombastik.

Hasilnya, dakwah ini tidak mampu menghasilkan jiwa-jiwa yang berkarismatik dengan Islam dan tarbiyah. Dakwah ini masih tandus dengan peribadi unggul sang daie dan pemimpin yang menjadi magnet kepada masyarakat.

Umum tahu akan kehebatan Anwar Ibrahim, akan kepetahan Barack Obama dan magnetiknya Hasan Al-bana.

Mereka semuanya menunjukkan bakat-bakat dan karismatik tersendiri di saat siswa dan muda mereka. Hasilnya, puluhan tahun kehadapan, mereka menjadi figur yang dapat menarik manusia untuk mengimani gagasan mereka.

Sedangkan pemuda dakwah, di mana mereka?

Yang menonjol hanyalah ustaz-ustaz yang profesionnya memang untuk pergi kepada masyarakat dan mendedahkan Islam buat mereka. Mereka dah memang perlu berkarismatik untuk itu.

Tetapi bagaimana dengan kita? Kita yang doktor, yang jurutera, doktor gigi, pakar kimia, matematik, fizik, akauntan…

Di mana kita semua? Sudah cukupkah izzah kita di mata dunia? Sudah cukupkah idealisme dan dinamisme kita dicanangkan sewaktu kita masih menjadi siswa? Sedangkan saat belajarlah peluangnya untuk berkarya dengan bakat-bakat, dan sewaktu belajarlah kita dapat mengumpulkan kekuatan dan pengalaman dakwah ini.

Tidak kira kita di mana sahaja. Samada keseorangan di bumi Scotland, Exeter, Swansea dan sebagainya, ataupun dalam keramaian di Dublin, Birm, London, Notts atau Manchester, kita semuanya berpeluang melakarkan sejarah bukan sahaja dalam diari hidup kita, tetapi dalam diari manusia dan masyarakat lainnya.

Kita perlu menggunakan segala kekuatan yang kita ada dalam mengemblengkan potensi dan karismatik yang kita ada. Masa tidak banyak sedangkan tanggungjawab perlu sentiasa dipenuhkan.

Allah tersangat memberikan keberkatan buat mereka yang menjunjung risalahNya. Malah akan terus membantu mereka yang berjuang mendapatkan hidayahNya.

Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keridhaan) Kami, benar- benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik. (29:69)

Tentu indah, dalam kita merasai manisnya study dan kerja-kerja kita, dakwah dan islam menjadi sandaran dan tolakan untuk setiap perkara yang kita lakukan…

Hingga bertemu lagi dalam tulisan lain.

aisyah
dumfries
4 am

Advertisements

6 thoughts on “Pada jiwa yang memerhatikan…

    muharrikdaie said:
    February 10, 2009 at 9:30 am

    teruskan menulis ukhti ….. agar tulisan mu memberi kekuatan dalam melalui jalan dakwah ini …. jazakumullah

    qalamfajr said:
    February 12, 2009 at 10:56 am

    take care till then ukhti.

    jalan kehidupan ini macam2 ceritanya. kadang2 hujan turun membanjiri, kadang2 ais menjadikan ianya licin, dan kadang2..terik panas menjadikan tayar kereta rosak. =)

    apapun.. matlamat yg satu itu, insyaAllah menjadi pengikat dikala surutnya kemanisan ukhuwwah, dan menjadi guidelines dikala semangat sedang membara.

    heh.. i better stop ‘ere… kang xpasal2 ana tulis another entri plak kat blog ukhti.

    -yg jauh di selatan sini-

    hafiz abdul said:
    February 13, 2009 at 6:24 am

    Tidak akan berlaku adil seorang pejuang Islam yang berjuang tanpa rasa takut akan Allah dan tidak bimbang dengan dosa.
    Di akhir zaman ini, orang selalu memperjuangkan haknya. Kalau tidak dapat boleh jadi masaalah dan perbalahan. Jarang sekali di akhir zaman ini orang yang berjuang mengorbankan haknya demi keredhoan Allah dan khidmat untuk masyarakat.

    aqilah lovely sister said:
    February 13, 2009 at 1:30 pm

    Salam syah,
    kagum dengan kegigihan aisyah berada di tempat jauh dari Malaysia dan juga jauh ke pendalaman .Walaupun kita jarang berbual,ttp insyaallah kami adik-beradik di sini sentiasa mendoakan aisyah di sana.

    Kami di sini sentiasa mendoakan aisyah berjaya menjadi doktor islami yang walaupun sibuk dengan report medical nya, ttp masih ada masa untuk meluangkan masa menulis dan pergi program walaupun jauh.

    qla kat sini sentiasa doakan supaya aisyah di sana dapat maintain iman dan islam selepas aisyah pulang for good di Malaysia seperti mana qla mendapat cahaya dakwah yang sebenarnya ketika belajar di Australlia.Ttp maybe diri tidak prepare betul2 dengan keadaan dakwah di malaysia, so diri in menjadi keliru dan sentiasa berjuang dalam diri supaya dapat pergi ke program dan usrah walaupun terpaksa membahagikan masa kerja , family dan masyarakat.

    Sebab itu , ramai akhawat mengatakan kutiplah ilmu sebanyak2 nya apabila berada di negara orang kerana medan yang sebenarnya ialah apabila kamu mengaplikasikan teori islam yang pernah dibentangkan dalam usrah dan program.

    Tak ramai akhawat yang balik malaysia for good akan join usrah sekarang walaupun sudah dinasihati ttp disebabkan kerja dan keluarga, mereka terpaksa beralah di antara dua kerana mereka akan memberi alasan tidak dapat komitmen yang banyak terhadap program.

    Qla harapkan aisyah enjoy buat praktikal doktor di tempat syah dan harapkan syah yang terbaik dan jadilah contoh daie dan mad’u yang baik kepada masyarakat di sana

    muharrikdaie said:
    February 13, 2009 at 7:49 pm

    Ukhti dan pembaca yang dikasihi…..terpanggil untuk berkongsi pengalaman untuk mengalirkan secubit kisah sebagai murabbi kepada akhawat buat tatapan semua diruangan ini …

    ikhwah/akhawat. Gugurnya dai’yah dijalan dakwah ini bukan disebabkan oleh ketidak fahaman persoalan masuliyah … atau kekurangan tarbiyah ….tapi lebih kpd persoalan jatidiri …. tidak tahan ujian ….kecintaan pada dunia, profession, hati yang kerdil dan pengaruh sangsuami serta ruh kesufian yang tidak dipelihara.

    …..maka jadilah daiyah yg hebat ini daiyah yang jumud dan beku apabila pulang kemalaysia. hanya berlegar disekitar tanggungjawabnya memikul beban sebagai surirumah yang hanya dapt membina baitul muslim! Cukupkah itu? Apakah tarbiyah yang mengajar kita begitu setelah kita lalui proses yang begitu panjang dengan keringat pengorbanan yang bukan sedikit! Kita berhenti disekitar ijab dan qabul.Apakah cukup hanya sebagai srikandi rumahtangga? yang rutin harian membelai anak dan suami? ini persoalan yang yang sama2 perlu kita fikirkan.

    benar sabda Rasullulah ” Sesungguhnya manusia itu tidak lain seperti kawanan 100 ekor unta, hampir2 engkau tidak boleh menemukan didalmnya seekor unta yang menempuh perjalanan jauh” ( HR Bukhari )

    sebagai daiyah sekalipun sudah bersuami tidak seharusnya kita padamkan cita cita besar kita. Jgn jadikan tanggungjawab rumahtangga sebagai penghalang kepada perjuangan. Sepatutnya kita lebih kuat untuk meneruskan perjuangan bertemankan suami tercinta!

    Kita masih boleh berjuang bukan hanya sekadar membina baitul muslim tapi lebih jauh dari itu untuk membina Baitul Dakwah untuk mendidik anak2 dakwah yang lahir dari ikatan cinta kita! menyambung matarantai perjuangan kita. Kita harus mengunakan segala pengalaman diluar negara untuk mengimarahkanlagi dakwah dan tarbiyah ini disekitar masyarakat setempat. ….Kita harus belajar hidup untuk orang lain, bukan hanya dikepompong kita sahaja!

    Sayyid Qutb mengatakan ” Orang yang hidup bagi dirinya sendiri akan hidup seperti orang kerdil dan mati sebagai orang kerdil. Tapi orang yang hidup bagi orang lain, akan hidup sebagai orang besar dan mati sebagai orang besar”.
    Inilah perwira dan serikandi islam sejati!

    Bagi yang telah bersuami ….jalinkanlah semula kesefahaman fikrah, ruh dan kasih sayang untuk memarakkan semula bunga bunga dakwah dan tarbiyah yang berterusan muga2 wujudnya baitul dakwah yang melahirkan ustadzfilaalamin ….. Insyaalah

    drmuthiah said:
    February 17, 2009 at 2:10 am

    salam to all

    saya terkesan dgn untaian kata2 saudara/i di sini.

    spasibo byak2…

    akak, org nak paste kat blog ye 🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s