hati sejuk bila teringatkan mereka

Posted on Updated on

Type of readers: Muslim Daie

AMARAN: Jangan jadikan entry ini sebagai alasan untuk memburukkan orang dan jemaah lain…. anggaplah ini luahan hati saya semata-mata..

salam

sungguh ironi kadang2 kita rasa frust dalam dakwah…

frust dengan anak2 usrah

frust dengan naqibah

frust dengan ahli dalam jemaah sendiri

cam pelik, orang nak benda sama, camne lah boleh selisih faham dan cam terasa2 hati?

tapi itulah manusia, punya hati dan perasaan. dan buat hati yang lemah, cepatlah syaitan menggoda dan mengusiknya..

Jika tak sabar akan mehnah dalam dakwah dan jemaah sendiri, pasti kita akan tergelincir dan akhirnya akan merosakkan diri kita sendiri.

Jika kita tak ikhlas melaksanakan sesuatu kerana Allah, sudah tentu kita sudah putus asa dalam mengajak manusia padaNya..

Kerana itu Allah itu Maha sweet.. Alhamdulilah Allah Akbar.

Baru aku faham bagaimana Aisyah dan Ali boleh berperang. Hanyalah kerana ada miscommunication, salah faham dan ditambah lagi dengan hasutan syaitan manusia..

apatah lagi kita manusia akhir zaman…

Allah maha sweet, kerana setiap kali aku terasa dengan manusia dalam jalan dakwah ini, Allah kurniakan insan2 bersih yang sentiasa menceriakan hari2 suramku.

setiap kali aku down kerana manusia di dalam jalan dakwah ini, Allah ilhamkan murabbi2 ku menurunkan cerita2 yang menyuburkan semangatku, dan mengingatkan aku, ramai lagi manusia yang nakkan Islam..

gembiralah Aisyah, gembiralah melihat ramainya wajah2 yang mahukan iman dan islam..

Kerana itu aku happy.. setiap kali baca tulisan kak terung dalam websiteku ini, setiap kali berkata2 dengan anak usrah yang tak pernah bersua, setiap kali melihat semangatnya anak2 usrahku yang baru join usrah 3 bulan… setiap kali ada je orang menyuntik semangatku dalam dakwah; seperti pembaca semua..

jazakumullah saya ucapkan. anda menceriakan hari saya!

Lesson to learn, bila terasa dengan orang jangan cepat melatah, sebab Allah pasti akan berikan kegembiraan dari ruang yang tidak kita sangkakan…

sayang antum

wassalam

aisyah

Advertisements

14 thoughts on “hati sejuk bila teringatkan mereka

    as-sarii said:
    January 28, 2009 at 12:43 am

    ana teringat pesan seorg ukht. “kalu kita blh blapang dada dgn mereka yg berbeza fikrah dgn kita,apatah lagi kita ptt lebih blapang dada dgn mrk yg sfikrah dgn kita.” anyhow ukhti, barakallah fik.

    muharikah responded:
    January 28, 2009 at 1:07 am

    betul tu ukht/akh… πŸ™‚ jzkk atas ingatan…

    hajah.neez. said:
    January 28, 2009 at 8:49 am

    Salaam ukhtku,

    sooo true, kekadang kegembiraan itu dtg dari arah yang tidak disangka-sangka. oh sungguh Allah maha mengetahui!!

    semoga sentiasa ceria di musim yang segar kat sana πŸ˜‰ dan semoga Allah akan menemukan kita lagi πŸ˜‰ ameen!

    Asam Pedas said:
    January 28, 2009 at 1:32 pm

    Uiksss dan Salammmm.. Terung dan Kuali mmg aar best..kombinasi yg sgt tepat! Cuba r buat terung goreng pedas..masak lam kuali Tefal yg stainless steel tuh.. ha ha.. Hmmmm.. dat reminds me! Maybe i shud ask Nawwal to masak for me when im bck there in February nanti.. boley buli jer Nawwal tuh.. heheh ..sedap tuh mkn masa panas2 dlm musim sejuk nih.. nak suh Kak Saleha masak salmon asam pedas gak…. kuang kuang kuang ;-P

    zinn said:
    January 28, 2009 at 2:25 pm

    sungguh jama’ah itu ahlinya manusia yg byk sgt kekurangan. jadi byk2kan husnuzhon, berlapang dada, cool dan yg seangkatan dgnnya. tak guna terasa hati sgt sbb manusia bukan malaikat.

    Asam Pedas said:
    January 28, 2009 at 3:00 pm

    kurang..kurang juger..tapi we MUST all remember this – AIM FOR THE MOON..AT LEAST IF U FALL..U FALL AMONG DA STARZZZZZZZZ πŸ˜‰

    muharikah responded:
    January 28, 2009 at 5:06 pm

    derr,,, kak asam pedas dah angau ni… kuang kuang kuang…

    ill be in dumfries in february, then middlesborough, nanti akak datang tau!

    saya masak asam pedas ikan.. tapi masak gune periuk biasa jelah..hehehe

    Asam Pedas said:
    January 29, 2009 at 3:08 am

    huh? u mention nuthing bout dundee? how lar m i suppose to see u? hw cum u r so free travelling here n there? holiday meh?? πŸ˜‰

    shi syahirah said:
    January 29, 2009 at 7:19 am

    salam kak aisyah. anda juga menceriakan hati saya selepas membaca post ini. benar…syaitan menggoda. sedangkan kita semua nak mencari mardhotillah kan kan? sayang ukhti selalu abadan abada =)

    abuyon said:
    January 29, 2009 at 9:57 am

    salam. baca entry di atas teringat perkataan seseorang tapi dah lupa yang betulnya, lebih kurang begini – berdekatan tak semestinya bersatu, berjauhan tak semestinya berpecah. Agaknya betullah bila dilihat senario yang berlaku pada hari ini.

    traveller said:
    February 6, 2009 at 2:49 am

    salam ‘alayk

    jazakillahu khayran kathira ya ukht…tiada kata terucap. hanya Allah, pemegang hati-hati ini dan pemilik nyawa kita yg dapat balas segalanya. ana uhibbuki fi redha-Allah…

    wallahua’lam
    segala puji hanya bagi Allah, Tuhan sekalian alam

    maisarah said:
    February 17, 2009 at 2:59 pm

    salam kak aisyah
    nak join jgk usrah akak ^_^

    muharrikdaie said:
    February 18, 2009 at 5:43 pm

    Salam …ukhti.

    ……sekelumit nasihat buat renungan diri ini dan semua pembaca yang dikasihi, sekiranya ianya memberi menfaat …

    Diantara ciri murabbi ialah mereka2 yang tidak kecewa dengan tribulasi dalam memimpin. Setiap ujian berupa pahala dan ianya merupakan rencah dakwah untuk mematangkan kita dalam mentarbiyah. Tiada istilah frust ….kecewa dan sebagainya kerana tarbiyah merupakan proses …bukan saja proses bagi mutarabbi tapi juga bagi diri murabbi sendiri.

    Oleh itu satu sifat yang wajib ada bagi seorang murabbi/mas’ul adalah ” CINTA “. Murabbi mestilah seorang ” pencinta “. Seorang pencinta akan mempunyai jiwa yang halus dan penuh kasih sayang. Mutarabbi kita adalah kekasih kita dan orang yang kita cinta dan apa pun kesilapan dan kelemahan nya, kita akan terus mencintainya sekalipun dalam mencintai mereka kadang2 hati kita terluka …. dan pastinya kelukaan itu akan terubat jua oleh Sang pencipta dengan percikan iman yang menyelusuri jalan kita seterusnya …

    Ukhti …ingatlah! Dakwah itu seni dan punya kesenian yang tersendiri ….kita harus belajar keseniannya yang berbagai bentuk ….lenggang lengok dan irama dakwah nan berbeza yang kadang2 sukar untuk kita menari dengan nya ….

    Oleh itu ukhti ….sepatutnya kita renungi kekurangan diri kita …mungkin kita memberi tarbiyah tidak masuk kehati kerana dakwah adalah sentuhan hati kehati. Memang banyak faktor lain atas kegagalan tarbiyah tapi kuncinya adalah hati. Hanya hati yang suci yang dapt jadi kunci sejati …..dan insyaalah mudah2an Allah pelihara kita dari Qalbun Maridh ( hati yang sakit ) …… jumpa lagi

    hantu penanggal ..muahahaaha said:
    February 20, 2009 at 6:01 am

    huit muarikah

    sy dh nk balik dh. asam pedas tk dpt..dumfries pun tk dpt nk tgk. hehe.. tapi dpt gak r mkn couscous masakan original Moroccan, bukan instnt punye k.. huish..sedap giler!! so.. jumpa agi kt memana ..heheh.. tuhan yg menentukn……… tatau bila agi nk mai Aberdeen but nxt time sedey gak r mai sini sebab kete dh tkde.. infct, lain pun rasa mai aberdeen kali ni sebab acah and geng dh takde.. huhu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s